FOLLOWER

NUFFNANG ADS

Salam Semua – SleeQ Feat Aaron Aziz

Lirik Lagu Salam Semua – SleeQ Feat Aaron Aziz

Semangat aku yang membara
Sekuat semangat bercinta
Ku rela tinggalkan segalanya
Assalamualaikum semua

Oh oh
Bukan ku lupa
Ku tak akan lupa
Semuanya ku bawa ke situ
Soalnya dimana
Ke situ berada
Soalnya siapa berani ikut aku

Mereka kata ku lupa daratan
Dan ku hanya ingin mengejar nama
Mereka lupa tugas cari makan
Sampai bila aku nak tahan lapar

Kan ku janji mu untuk sedia
Sekurangnya tiga tahun
Ku setia kalau kau bersabar
Kan dengan setiap naik ada turun

Mama ada Papa ada tolong jagakan mereka
Sayang fahamkan aku sibuk bekerja
Dengan izin Tuhan perjalanan hidup kita lancar
Nascar aku balik kampung macam askar

[Ulang chorus]

Kan ku tinggalkan semuanya keluarga yang ku sayangi
Doa dari ibu ayah sokongan saudara memberi kekuatan padaku
Sepanjang perjalanan ini

Kadangkala di dalam kerjaya memerlukan pengorbanan
Dan pengorbanan itu penting di dalam kerjaya
Inilah cerita Aaron Aziz

Memang bukannya hatiku yang rela
Memang bukannya hatiku yang setuju
Untuk berjauhan dari keluarga
Untuk berpisah dengan buah hatiku

Ada yang kata diriku tak mampu
Bakat di wajah belum tahu laku
Jangan mencoba diri sendiri yang malu
Kemana pergi semangat orang Melayu

Ku diberikan kekuatan
Danish Anaqi yang pertama
Keduanya insan yang terindah
Ku namakan dia Dwi Ariana
Cahaya mata yang melengkapkan
keluarga Dahlia Arissa
Itulah hasil cinta diriku dengan Diyana

_________________________________________

Saya suka lagu ni,
Lagu yang tahu menghargai insan disisi.
Bersyukur seadanya.
Ikhlas sejujurnya.

Part paling saya suka dan dekat dalam diri saya yang membuat kan saya rasa lagu ni menjadi hidangan telinga saya :

" Kan ku janji mu untuk sedia
Sekurangnya tiga tahun
Ku setia kalau kau bersabar
Kan dengan setiap naik ada turun

Sayang fahamkan aku sibuk bekerja
Dengan izin Tuhan perjalanan hidup kita lancar, Nascar aku balik kampung macam askar

Kadangkala di dalam kerjaya memerlukan pengorbanan
Dan pengorbanan itu penting di dalam kerjaya

Memang bukannya hatiku yang rela
Memang bukannya hatiku yang setuju "


_________________________________________

Ok, bye.
Nak dengar, bukak youtube,
Malas nak letak link. Huhu

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

ALLAH ADA


Orang tanya dan kata,
"bila nak kahwin ??"

saya mmang nak kahwin,
kami merancang berkahwin.

tapi,
bagi kami masa untuk keluarga kami
adik-adik pun masih bersekolah,
bagi abah dan mama rasa ringan bebanan mereka
ketika saya masih bujang ni.

untuk incik lalan,
saya memahami dia. dia mmahami saya
ye, kadang-kala saya takut juga bercinta lama.
takut bosan dan bergaduh.
tapi, saya buat sehabis baik mungkin dalam jaga hati banyak pihak.

sebabtu,
kenal je incik lalan,
saya kenal kan lalan pada family saya
dan incik lalan pula da kenal kan dengan adik2 dia.
ye, saya masih tak berjumpa mak ayah dia.
tapi saya perempuan,
nanti dulu lah.
bila tiba masanya saya akan kucup jua tangan mak dia
sebagai ibu saya. In Sha Allah.


sekarang,
saya minta Allah jaga kan incik lalan,
Allah Maha Tahu.
Saya Yakin padaNYA.

:)

"Jika betullah kita sayang dia , tapi kita belum mampu jaga dia , maka bangunlah berjaga di malam hari minta Allah yang jagakan dia dulu buat sementara waktu."- [Syabab Musafir Kasih]


berpuluh kali orang tanya. huhu ;p

with love,
FatinFashiekin


ASYIK-ASYIK


Dia ulang ulang ulang :
" awek don kan dah cantik,... bagus,... don suruh turunkan berat badan, sekarang da dah kurus,
40kg je... BAGUS, ikut cakap don. don suruh diet die diet. don suruh dapat kn ukur lilit peha dan lengan yang don nak pun awek dia ikut... BAGUS... "


sentap.
bila tengok saya je,
sibuk dia bercerita tentang awek don.
lepastu perli-perli.
almaklumlah, saya makin berat.
nk kata kita ni tak dengar cakap lettew,





LOL


with love,
FatinFashiekin



TAKZIAH

Takziah kepada rambut yang telah ku bela bertahun tahun tahun tahun. Dan tadi balik kerja terus ke Hair Studio.

Dap dup dap dup.

Dia tanya nak potong macammana ?

Saya : uish, seram ! Seram ! Seram !
Mula-mula terfikir nak potong macam rihanna tuh. Gile pendek. Tapi sampai je, yang mampu saya kata "layer, depan u jangan potong pendek, rambut I dah panjang dan berat. Nipis kan sekali"

Lepas siap !
Balik rumah,
Tengok.

Lek elleh !
Macam tak potong pun ?????????
Dia buat layer dan nipiskan,
Means cuma jadikan rambut saya bertingkat-tingkat.
panjang still lebih kurang.

Mama kata :
"Tak nampak apa pun, ahad nanti potong lagi~"

Phew, lagi ?
Okey. But its okey lah.
Percubaan pertama. Settle.

Ahad ni,
Lagi pendek ! Huhu
Sebab mama kata mama nak potong rambut dia 2 inci.
2 inci pun poyo nak ke salon ?
Potong sendiri dah kan ? Hehe

Ok. Bye

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

CUTI SEKOLAH

Hari-hari :

"Kaktin nak tetop, nak katon"
"Kaktin nak tetop, nak katon"
"Kaktin nak tetop, nak katon"

Kalau kita bising,
Dia pakai earphone dan hayati katon tu sorang-sorang dan gelak sorang-sorang. Lama-lama tertido.

Haih budak zaman sekarang

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DILEMA RAMBUT

2008, 2009, 2010, 2011, 2012
Punya lah komited saya dalam membela rambut ! Sekarang bila panjang rasa bangga gila bila diri depan cermin, lepastu tengk rambut hanis zalikha. Lepastu sengih sorang2 depan cermin sebab rambut dah sama panjang dengan beliau. HAHA.

Sekarang,
Mengada pula, mula rasa rimas. Lepas mandi nak mengeringkan rambut lama gila. Nak menyikat pun lama gila. Nak menyanggul pun lama gila. Semua lama gila.

Godaan demi godaan pula bila tengk bunga citra lestari berambut pendek. Auw !

Rasa stress gila pk.
Potong kah tak potong kah ?
Tapi mama pun bising rambut panjang sangat lepastu kadang-kadang merata. Huhu.

Ok. Difikirkan.
Bye


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

NANTI BILA KAYA - REM (FYNN JAMAL)




VERSE 1

        Gm                               Cadd9
pagi tadi ku terbaca status facebook terbuka
             Em7                                       Dsus4
dengan bangganya kau kata hanya aku yang kau cinta
          Gm                                   Cadd9
untuk gadis yang pernah meminta apa2
           Em7                                      Dsus4
kau sesungguhnya termanis dan paling istimewa


          Gm                               Cadd9
ku memang tak pernah punya wang berjuta
              Em7                        Dsus4
tapi kau aman dengan cuma kata2 cinta
         Gm                                Cadd9
ku memang tak mampu untuk beli kereta
              Em7                 Dsus4
tapi kau cukup bila ku buat kau ketawa


          Gm   Cadd9    Em7   Dsus4
ha-ha!
         

VERSE 2
         Gm                                       Cadd9
masihkah kau ingat lagi kenangan kita bersama?
            Em7                               Dsus4
perut kita berbunyi2 dan yang ada mee segera
      Gm                            Cadd9
biarlah hanya bersimpuh di kaki lima
           Em7                  Dsus4
tapi rasanya seperti di angkasa raya


CHORUS

         Am          Em
andainya kau tahu
       Am  Em
betapa sayu
         Am              Em
sabarnya kau tunggu
           Am       F--
datangnya harimu

TUNGGULAH HARI KITA!


VERSE 3
(transpose)
         Gm                        Cadd9
nanti bila kita kaya ku beli kau semua
       Em7                                Dsus4
dari anak patung kecil hingga bintang kejora
           Gm                            Cadd9
kan ku gajikan pekerja agar kau goyang saja
       Em7                                 Dsus4
kita kan ke sini-sana dan berumah di russia


         Gm                  Cadd9
nanti bila kaya kau bilang apa saja
                    Em7                    Dsus4
yang kau mahukan tak kiralah sepelik mana
               Gm               Cadd9
kan ku carikan setiap apa yang kau pinta
             Em7                  Dsus4
mesti hati kuman itu semua ku usaha


          Gm   Cadd9    Em7   Dsus4
ha-ha!


(adlib)
pappa ra pappa pa pappa
pappa ra pappa pa pappa
pappa ra pappa pa pappa pa


BRIDGE

       Gm                                           Cadd9
aku pasti kau tersenyum dan memujuk tidak apa
         Em7                                        Dsus4
kau akan membisik "sayang, tak perlu itu semua"

nak nangis dengar lagu ni,
ada versi perempuan tak ??
kak FYNN versi perempuan please !

:)



LITTLE GIRL


haih. saya kalau boleh,
saya nak sangat baby boy.
serius, nak anak pertama boy,
TAPI bila tengk baby girl,
rasa tercarik-carik pula hati.
dengan kegebuan pipi dia,
haih, camna ??

ok. KEMBAR. lelaki vs perempuan
deal. haha.
kidding. Sihat Walafiat pn dah Allhamdulillah :)









rindu aireen,
lepasni bila balik johor lagi,
sure dah pandai jalan sendri
dan tak minta dukung :(




with love,
FatinFashiekin


MASA KECIL-KECIL

Masa kecil.

Letak nota kecil bawa pintu rumah jiran,
"Jep, Aku tunggu kau kat tempat biasa"
5.30 petang,
Temujanji biasa.
Dia tunggu aku, aku tunggu dia.
Walaupun dia bersunat,
Dan berkain pelikat,
Dia tetap jumpa aku !


Mengetuk pintu rumah jiran hadapan,
TOK, TOK, TOK
"Assalamualaikum, nak minta buah koko boleh ?"
Si pak cik ketawa melihat kaletah kami, sungguh ! Indah ! Bahagia.
Memecahkan koko menggunakan akar pokok dan memakan isi koko itu dengan lahap dan enak sekali.
Ain, kau ingat lagi tak kenangan ni ?
Sekarang semua pokok tu dah tak ada,
Jalan pun sudah berubah baru.


Pergi menangkap ikan,
Berkubang parit.
Ye, itu aku ! Aku :)
"Abah, kakak nak tangkap ikan dengan jep, ain, piza dan faizol boleh ??"
Abah selalu bagi green light,
Sedangkan mama selalu berleter.
Ah, tapi aku beruntung,
Abah selalu membenarkan aku.
Balik berkubang,
Perlahan2 aku mencuci bdan dn masuk ke rumah.. Mama berleter tanpa henti.
Tapi ah ! Aku ada abah yg pasti backup aku !!:)

Pergi mengaji,
Pasti aku orang pertama yang tiba !
PASTI ! Sebab berebut waktu balik awal, kerana aku orang pertama tiba,
Aku orang pertama pulang. Selesai aku diajar, aku pula mengajar mereka yang masih merangkak-rangkak tidak mengenal huruf. Sungguh dulu aku berlagak, konon paling pandai mengaji, konon suara paling nyaring berzanji. Terima kasih cikgu saerah :)


Seusai pulang dari sekolah,
Teman sebasikal aku,
Zaihan dan faizol,
Mereka jiran aku,
Ye, aku dikelilingi lelaki,
Sebab itu aku cukup keras !
Aku ingat lagi,
Balik sekolah, mereka menolak aku jatuh ke lumpur dan selalu buat aku menangis, abah datang ke sekolah, berjumpa mereka dan memarahi mereka. Aku rasa diri aku umpama puteri yang memiliki perisai pelindung diri. Terima kasih abah ! HAHA


Aku rindu zaman kecil aku !
Bangga memiliki basikal baru !
Bangga memiliki beg baru !
Bangga memiliki kasut baru !


Setiap kali pergi sekolah,
Aku kata perut aku sakit,
Hari-hari sakit,
Cikgu hantar aku balik rumah atok sebab mama dan abah kerja.
Pak tok pelik tengk aku yang asyik sakit perut dan selalu menangis tak berhenti,
Macam-macam surah pak tok bacakan pada tuhan minta aku sembuh.
Padahal aku menipu,
Aku tak sakit apa, aku cuma tak mau sekolah. *maaf tok !
HAHAHA ;p

Sungguh aku comot sekali
dahulu,
Atok yang menjaga aku !
Degil ! Sana sini aku simbah cat,
Dan aku kata atok tak sayang aku.
Tapi kini ? Aku tahu,
Atok sayang aku :)


Banyak lagi kisah kecil aku,
Hah, sedih mengenangkannya,
Dan kini aku pula seperti mama aku,
Kuat berleter memarahi adik aku.
Dan sekarang terjawab,
Kenapa dulu mama risau dan berleter melihat aku yang seperti jantan kesana kesini berbasikal, berkubang.
Oh ! Rupanya itu kasih si ibu :)


Manakala kasih si abah,
Tak sanggup mengatakan tidak kepada si anak. Walhal si abah lagi bengis berbanding si abah.
Tapi segarang mana abah,
Apabila aku dimarah,
Abah ada untu membela.

Terima kasih,
Kakak sayang semua.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PRE REWANG NOT PRE WEDDING HAHA

Fuh, resize gambar sebanyak 500keping, then edit cincai2, pun just dapat siap kan tak sampai 100keping. Owner muka dah kata "upload3" hehe.

Nanti-nanti.
Dahulu kan wajah pemilik. HAHA

Dah siap,
Esok dah boleh upload,
Saya pilih yang okey-okey je.
Yang blur2 dan gigil-gigil walaupun senyuman menarik saya tak upload, sebab gambar nampak berkabus.
Maaf yek.

segala copy2,
Diminta menghubungi saya ;D

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MALAYSIA VS SINGAPORE

Dari dalam bilik abah memujuk :
"Kak, tengk bola ni kak,
Penuh stadium ni kak"

Tapi saya memilih untuk tidak menonton, badan penat ni, esok ada hal lagi tak settle. Kalau lah malaysia kalah, stress oo. Haha.

Ye, saye ni dah lah benda2 kecik pun boleh stress, bukan setakat stress, kalau kalah apa-apa perlawanan yang saya sokong, sure saya nangis.

Nampak je kuat,
Tapi hati saya tipis.
Bola kalah, menangis.
Bos tegur, rasa bersalah.
Tak reti buat sesuatu, stress.
Semuaaa nampak bermasalah.

Benda paling tak suka,
Contoh dulu dato LCW lawan LINDAN,
Mula-mula saya tak tgk.
Tapi abah memujuk,
Saya join lah tengk.
Bila saya tengk je, Kalah.
Abah kata "kakak punya pasal lah ni, kalau akak tak tengk, sure menang"

T_T sentap..

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PENGANTIN SEMINGGU



Selamat pengantin seminggu !
Semoga berbahagia dunia akhirat.
Semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.
Semoga sentiasa dimurahkan rezeki.
Semoga diberi kesihatan yang baik.
Semoga dilimpahkan kesejahteraan dalam perhubungan sehingga ke-Jannah :)

*kompang dipalu,
Pengantin lalu !
Diatas pelamin,
Tersimpul malu*

Cewah ! ;p

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

NAKIAH&MUHAMAD GRANDCHILDREN

Seronok ! Semua balik !
Eh tapi ada juga still belum sampai.
Mengelat. Mengelat tak rewang ;p

Tapi seronok,
80% dah sampai rumah,
Balik kerja je terus pi rumah mak long,
Dengar mak long buat lawak,
Mak ude yang suka mengusik,
Cik ekin yang lawak,
Atok yang macam kluarga iskandar,
Mama yang konon hebat masak. HAHA

Then,
Paling best,
Ada inul comel !
Sara dan ireen yang menawan pn ada.
Semua ada.
Cuma budak-budak zaman sekarang tak seronok macam dulu kan ?
Dieorang tak da main-main kat luar,
Main bola ke,
Main lari-lari ke,
Main kawin-kawin ke,
TAK ADA.

Semua khusyuk menghadap game,
Memegang ipad dan note.
Baik je kat ruang tamu.

Zaman dah berubah kan ?
So my adik2 pun merengek lah nak itu ini. Cehh, no no no.
Belajar pandai-pandai.
Buktikan kehebatan baru kakak tunaikan. Kan ??
Dulu kakak, hp pun susah nak pegang.
Kan ? Kan ? Kan ?

Ok. Tu je.

Nanti update lagi.

Bai.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BABY BABY BABY OO

Nak ada hubby,
Nak ada baby.

Tidur kan hubby,
Tidurkan baby.

*pang !!!*
HAHAHA

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

TUTTI FRUTTI

Assalamualaikum



 welcome to tutti frutti
gambar ni dah berkurun,
tapi baru dapat sebab dalam 7D dia
dan dia baru email,
dan dia email setelah dipaksa




haha. memang lah cuma gambar saya,
kan blog saya ;p

tapi serius u all patut kasihan pada saya tau,
sebab tutti frutti saya HODOH T_T


Tengk lah, kosong !
incik lalan lah yang ambil ni.
sampai hati.
dah jadiknya rasanya payau kelat tak sedap

sepatutnya Tutti frutti adalah begini :



haa, kan indah. kan ??
kan ??

semua salah dia



with love,
FatinFashiekin

SUJUD SYUKUR



Sujudku penuh cinta,
mengharap penuh rasa pada Yang Esa,
mensyukuri nikmat yang tidak terhinggaa,
dan akhirnya,hanya redha yang ku pinta...

;)


with love,
FatinFashiekin


SINGGAH

Tak da nak tulis panjang-panjang,
Cuma nak singgah dan beritahu,
Saya busy weekend ni saya kahwin,
Tema merah hitam.
Jemput datang.

Ye, percayalah.
Nampak papan tanda "shiekin"
That's me okey. Me !
HAHAHA

Tak da lah,
My cousin (abang farid) berkahwin dengan my new cousin pn nama nya shiekin juga.

So this sunday majlis kahwin,
Saya pula banyak benda nak kena settlekan. Fiuh.
Bulan 12 ni ?
Anniversary abah mama ?
Pun still tak fikir lagi.
Sebab terkejar-kejar menyelesaikan hal sebelum masuk bulan 12.

Bulan 12 juga plan berjalan-jalan sempena cuti sekolah sedang di hold kan. Alisya dan Aqilah nak datang.
Keputusannya ?? Nanti akan dibentangkan.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.