FOLLOWER

Monday, November 26, 2012

MASA KECIL-KECIL

Masa kecil.

Letak nota kecil bawa pintu rumah jiran,
"Jep, Aku tunggu kau kat tempat biasa"
5.30 petang,
Temujanji biasa.
Dia tunggu aku, aku tunggu dia.
Walaupun dia bersunat,
Dan berkain pelikat,
Dia tetap jumpa aku !


Mengetuk pintu rumah jiran hadapan,
TOK, TOK, TOK
"Assalamualaikum, nak minta buah koko boleh ?"
Si pak cik ketawa melihat kaletah kami, sungguh ! Indah ! Bahagia.
Memecahkan koko menggunakan akar pokok dan memakan isi koko itu dengan lahap dan enak sekali.
Ain, kau ingat lagi tak kenangan ni ?
Sekarang semua pokok tu dah tak ada,
Jalan pun sudah berubah baru.


Pergi menangkap ikan,
Berkubang parit.
Ye, itu aku ! Aku :)
"Abah, kakak nak tangkap ikan dengan jep, ain, piza dan faizol boleh ??"
Abah selalu bagi green light,
Sedangkan mama selalu berleter.
Ah, tapi aku beruntung,
Abah selalu membenarkan aku.
Balik berkubang,
Perlahan2 aku mencuci bdan dn masuk ke rumah.. Mama berleter tanpa henti.
Tapi ah ! Aku ada abah yg pasti backup aku !!:)

Pergi mengaji,
Pasti aku orang pertama yang tiba !
PASTI ! Sebab berebut waktu balik awal, kerana aku orang pertama tiba,
Aku orang pertama pulang. Selesai aku diajar, aku pula mengajar mereka yang masih merangkak-rangkak tidak mengenal huruf. Sungguh dulu aku berlagak, konon paling pandai mengaji, konon suara paling nyaring berzanji. Terima kasih cikgu saerah :)


Seusai pulang dari sekolah,
Teman sebasikal aku,
Zaihan dan faizol,
Mereka jiran aku,
Ye, aku dikelilingi lelaki,
Sebab itu aku cukup keras !
Aku ingat lagi,
Balik sekolah, mereka menolak aku jatuh ke lumpur dan selalu buat aku menangis, abah datang ke sekolah, berjumpa mereka dan memarahi mereka. Aku rasa diri aku umpama puteri yang memiliki perisai pelindung diri. Terima kasih abah ! HAHA


Aku rindu zaman kecil aku !
Bangga memiliki basikal baru !
Bangga memiliki beg baru !
Bangga memiliki kasut baru !


Setiap kali pergi sekolah,
Aku kata perut aku sakit,
Hari-hari sakit,
Cikgu hantar aku balik rumah atok sebab mama dan abah kerja.
Pak tok pelik tengk aku yang asyik sakit perut dan selalu menangis tak berhenti,
Macam-macam surah pak tok bacakan pada tuhan minta aku sembuh.
Padahal aku menipu,
Aku tak sakit apa, aku cuma tak mau sekolah. *maaf tok !
HAHAHA ;p

Sungguh aku comot sekali
dahulu,
Atok yang menjaga aku !
Degil ! Sana sini aku simbah cat,
Dan aku kata atok tak sayang aku.
Tapi kini ? Aku tahu,
Atok sayang aku :)


Banyak lagi kisah kecil aku,
Hah, sedih mengenangkannya,
Dan kini aku pula seperti mama aku,
Kuat berleter memarahi adik aku.
Dan sekarang terjawab,
Kenapa dulu mama risau dan berleter melihat aku yang seperti jantan kesana kesini berbasikal, berkubang.
Oh ! Rupanya itu kasih si ibu :)


Manakala kasih si abah,
Tak sanggup mengatakan tidak kepada si anak. Walhal si abah lagi bengis berbanding si abah.
Tapi segarang mana abah,
Apabila aku dimarah,
Abah ada untu membela.

Terima kasih,
Kakak sayang semua.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...