FOLLOWER

Friday, February 8, 2019

KECEWA DAN RALAT

Disebalik gambar ni,
Ada kekecewaan,
Ada keralatan,

Kenapa laaaa incik lalan ajak makan steak mase saya tengah sakit kepala, saya makan cuma sepotong je, lepastu saya tolak

Sakit kepala yang super berdenyut,
Incik lalan kata : "mengandung lagi kot" HAHAHAHAH makin sakit pulak kepale ni dengar statement dia HAHAHA


Actually saya tahu kenapa sakit kepala, sekarangkan saya cuba zero sugar, so tiap hari saya akan minum kopi o kosong utk tenaga, kesilapan saya sebab say buat kopi o kosong tu sangat-sangat-sangat kaw dn kiranya say overdose kafein, bila sehari tak dapat kafein, kepala jadi tingtong


Keluar masuk toilet tau sebab sakit kepala sangat. Still boleh senyum dan gelak tapi tak selese, lagi2 bila nak mengunyah.


Sekarang,
Sakit kepala dah hilang,
Esok weekend,
Rindu pulak nk makan benda bkolestrol macamni😆


Sekarang 2pagi,
Dan saya buat entry ni,
Nampak tak ? Nampak tak?
Tengah kebulur ni 🤣🤣🤣

Jom kunyah tomato
**muka kelat**

Wednesday, February 6, 2019

PIKI TUNANG

Harini 6febuari2019
Mewakili rombongan pertunangan antara farhan dan norashikin,
Nampaknya bertambah-tambah la nama ekin kat keturunan kami,
Isteri pakcik saya ekin,
Isteri sepupu saya ekin,
Nama saya punn ekin,
Ni pun sepupu akan kawin dgn org nama "ekin" 🤣🤣

Kalau berkumpul kat rumah atok,
Sebut ekin, semua toleh nmpaknya hahaha..


Setelah 60hari,
Ni kali pertama saya jumpa sanak saudara, almaklumla saya hari ke3 pantang terus balik melaka,
Incik lalan yg jaga,
So saudara mara tegur,
"Pantang sendiri ye!" 😅

Macam saya pernah kata,
Mengikut jawa,
Pantang amat penting,
Saya je murtad tradisi jawa haha

Nervouse juga nak join rombongan ni,
Sebab ada baby kecil (adk anggun),
Risau adik anggun mengamuk je,
Tapi Allhamdulillah walaupun panas terik, anggun maintain anggun, dia tdr lena sungguh haih.

Tema harini, biru,
Saya kemana mana memang letak tema warna, baru lah kelihatan sedondon. Hehe

Apapun, selamt btunang piki !!
Gambar tak ada sebab hp kat incik lalan, gambar saya pun ehsan dari hp aza hahah

Isteri solehah,
Fatin fashiekin

Tuesday, February 5, 2019

AJAR ANAK 2 TAHUN POTTY TRAINING

Banyak-banyak perkara,
Potty traing adalah sesi mengajar anak paling mencabar,
Tambahan pula, masa ajar kaseh potty training saya tengah sarat mengandung. Aduhai mase tu, nak ke toilet je tiap 15 minit ingatkan dia kencing dan buang air besar, rase nak tberanak lah huhu

Saya ajar kaseh potty training seawal 2tahun, mula2 saya inform tecer kaseh utk cutikan kaseh sekolah seminggu dan ajar dia. Saya ajr awal sebab saya risau kalau saya bersalin, nanti lagi kelam kabut dan terabai dia, segan pula kalau masuk umur 3tahun masih ber pampers.


So saya pun mula baca teknik2 ajar anak potty training, Allhamdulillah berjaya, tapi part kencing sahaja. Part buang air besar, kaseh tak boleh keluar. Yela budakkan kalau pakai pampers, akan buang air menonggeng la, berdiri la, so posisi duduk agak janggal bagi dia.

Walaupun saya ingatkan tiap 15minit untuk kencing atau buang air besar, part membuang mesti dia membuang dalam panties dia. Keputusannya, kencing boleh, membuang tak boleh. Dia sanggup tahan membuang dari duduk kat potty training tu.

At last, saya da habis teknik dn idea, sehari, saya pakai kan dia dress tanpa panties, die nak pampers saya kata "alamak, mommy lupe beli pampers kaseh" dia mencari juga tau, tapi saya sorokkan haha

So bila dia tak pakai panties, bila nak membuang, dia rasa serba salah. Sebab dia tahu, tanpa panties, kalau dia membuang, najis akan kena pada dia. Anak 2 tahun da tahu perasaan geli dan malu. Teknik ni je hardcore tp berkesan hahaha


Incik lalan kesian juga kat anak, dia kata "pakaikan la kaseh panties, kesian dia tu" tapi saya kata "biarkan, ayang tengah didik dia, kalau tak ayang yang ajar, siapa lagi..." then hari pertama tanpa panties, dia terlepas membuang atas lantai. Dan terus dia lari sebab geli. HAHAHAH then sambil bersihkan saya terangkan pada dia kenapa kena membuang kat potty training

Sejak kesa terlepas ke lantai dan dia geli, terus dia tahu ke potty training. Hari ke2 tanpa panties (tp pakai dress smpai lutut) dia masih confius macammana rasa sakit perut, tapi dia tahu dia nak membuang, so betapa lah dia atas potty training.


Lokasi potty training memang saya letak kat kawasan dia bermain untuk minggu pertama, sebab minggu pertama lebih kepada mendidik tahu fungsi potty training dan elak tercicir ditengah jalan hehe

Then bila anak da pro, baru saya pindahkan ke toilet. Ingat ye, anak ada rasa malu, takut, geli tau. So untuk pertama kali, bagi dia semangat, saya pesan pada husband "puji anak, pujiii" masa anak meneran pun saya puji "pandainya kaseh" incik lalan pun bagi pujian, kesan dari tu, dia rasa bangga dapat independent membuang dan kencing ditempat yang betul.


Sekarang dia da pandai da rasa nak kencing dan membuang, happy sangat dia tiap kali buka seluar, tambahan pula potty training dia jenis bermusic tiap kali duduk, happy sangat.


Dan saya reward kaseh dengan gaun princess kegemaran dia. Suka sangat dia ! Dn dia kata "mommy mommy,baby pandai mommy"

Allhamdulillah berjalan lancar,
Gambar kt atas ni la potty training kaseh, siap bermusic tau, jenama fisher price, saya beli rm202.90 tak pasti pula harga kerajaan baru berapa sekarang HAHAHAHA

Sunday, February 3, 2019

UPGRADE LALAN FOOD

Selesai je pemasangan kanvas wildtrax, terus angkut kerepek penuh2, dapat lah angkut 100kg kerepek pisang utk phantran kepada agen di kl dn selangor.

Dan ada rezeki lain tiba,
Kami kan memang mencari kawah kuali besar dan tungku dapur besar, tiba2 dapat berita ada seorang makcik ni buka cafe tp dah tutup, sempat guna 2kali je kuali dan tungku tu, mereka letgo rm900 peh seronok dan anggap rezeki, kalau baru, ribu ribu ribuu wei..

Allhamdulillah,
Dipermudahkan azam 2019 utk upgrade lalan food. Even perubahan kecil, ia tetap berjalan positif dan wajib disyukuri 😇

Isteri solehah,
Fatinfashiekin

TINTED DAN KANVAS WILDTRAK

Masa lalanfood keluarkan wildtrak, memang tak sempat nak tinted atau pasang apa-apa, sebab direct guna utk COD kerepek dan kebun.

Ade je dapat voucher tinted tapi incik lalan tak nak, dia kata alang2 kereta baru, ambil yg baik. Sebab kerete lasak dan terdedah pada panas. Saya ikutkan je dan anggap isu tinted tak penting pun.

TAPI bila bersalin kan anggun,
Haaa baru tinted menjadi isu besar, sebab anggun silau, puas la saya memandu sambil tutup2 dia dengan kain. Susah nk bawa anggun teman COD kerepek.

So, sempena CNY yang penuh dengan promotion, saya pulun kejar sale jual kerepek gila-gila sebab nak gaji tinggi hahaha (even kerja dengn diri sendiri, still ada gaji, baru tak kacau duit syarikat)


Dan Allhamdulillah dipermudahkan,
Bila ada target, semangat melonjak, sale pun meningkat positif, terus bawa kereta pi tinted dan pasang kanvas belakang wildtrak,


Kami memang tak memilih pemasangan bumbung tetap sebab perlu wildtrak tu kan dibawa ke kebun la, barang berat lah, bukan berat je, tinggi2, besar2, so pemasangan kanvas yg sesuai. Boleh pasang dan buka semula.


**Saya bagi incik lalan surprise tinted dan kanvas, tu yg incik lalan belikn washing machine.. mungkin dia terharu HAHAHAH

Isteri solehah,
FatinFashiekin

Saturday, February 2, 2019

SUAMI YANG BAIK

Incik lalan : yang, pi tukar skirt panjang sikit

Me : kenape ? Nak buat ape ?

Incik lalan : nak ajak keluar rumah jap

Me : panas2 terik ni, nak buat ape ?

Incik lalan : meh laa,

Me : **tukar baju berjalan keluar dn npk kotak besar belakang ford**

Incik lalan : hadiah untuk ayang

Me : eeeee, bazir bazir bazir bazirrrrrr!! Kenapa bazir ! (Sambil bebel panjang)

Incik lalan : ala tak pe lah, kesian tgk ayang, ni memudahkan ayang..ni elaun abang bg talk kt seminar tu. Kan ayang selalu penat nk mbasuh.

Me : **lega**


=================================


Ada tak isteri2 spesis saya, spesis yang takut susah kan suami,
Saya ni bukan suami je,
Segala yg berkaitan dengan saya,
Saya boleh buat, saya buat sendiri,
Nak kata tak boleh,
Nak kata minta tolong tu,
Agak susah.
Lebih rela susahkan diri ber banding susahkan suami atau sesiapa lah.


Saya bukan lah kategori yg baik sgt,
Ade juga paw suami HAAHHAHAA,
Tapi paw idok ler "yang, nak 3k" paling2 paw benda yang tahu suami mampu je, contoh "abang, tolong bankin duit, nak beli shawl duck".. ha benda2 simple macamtu.


So bila incik lalan belikan iphone la, ni belikan mesin ni, adoi, saya rasa bazir sangat lahai.. terbayang saya penat lelah dia kat kebun, penat lelah dia bkerja sampai ke negeri9, tibe2 terbazir sebab belikan saya mesin ni. Haih. Nasib baik dia tahu saya camna so cepat2 dia cakap "ni guna elaun abang bagi talk lah" huh lega. At least tahu, duit tu dihasilkan dari air liur dia je 😆😆😆

Friday, February 1, 2019

KAKAK PUNYA LAH MOMMY

See, sudah ku katakan,
Si kakak akan kata "kakak punya!"
Nasib baik pilih carseat yg newborn-20kg so si kakak memang boleh guna 🙄🙄🙄

Tak memasal,
Esok kena pi beli lain kak oi,
Sebab mommy pn dah janji akan adil pada kalian kan, okey la okey laaa tu seat kakak,

Kakak kaseh,
See mommy manjakan kakak,
Dah tua manjakan mommy pula tau,
Kalau mommy nak apa2 tunaikan tau.
Hahaha


Mommy sayang kakak adik,
Love u.

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...