FOLLOWER

Tuesday, February 5, 2019

AJAR ANAK 2 TAHUN POTTY TRAINING

Banyak-banyak perkara,
Potty traing adalah sesi mengajar anak paling mencabar,
Tambahan pula, masa ajar kaseh potty training saya tengah sarat mengandung. Aduhai mase tu, nak ke toilet je tiap 15 minit ingatkan dia kencing dan buang air besar, rase nak tberanak lah huhu

Saya ajar kaseh potty training seawal 2tahun, mula2 saya inform tecer kaseh utk cutikan kaseh sekolah seminggu dan ajar dia. Saya ajr awal sebab saya risau kalau saya bersalin, nanti lagi kelam kabut dan terabai dia, segan pula kalau masuk umur 3tahun masih ber pampers.


So saya pun mula baca teknik2 ajar anak potty training, Allhamdulillah berjaya, tapi part kencing sahaja. Part buang air besar, kaseh tak boleh keluar. Yela budakkan kalau pakai pampers, akan buang air menonggeng la, berdiri la, so posisi duduk agak janggal bagi dia.

Walaupun saya ingatkan tiap 15minit untuk kencing atau buang air besar, part membuang mesti dia membuang dalam panties dia. Keputusannya, kencing boleh, membuang tak boleh. Dia sanggup tahan membuang dari duduk kat potty training tu.

At last, saya da habis teknik dn idea, sehari, saya pakai kan dia dress tanpa panties, die nak pampers saya kata "alamak, mommy lupe beli pampers kaseh" dia mencari juga tau, tapi saya sorokkan haha

So bila dia tak pakai panties, bila nak membuang, dia rasa serba salah. Sebab dia tahu, tanpa panties, kalau dia membuang, najis akan kena pada dia. Anak 2 tahun da tahu perasaan geli dan malu. Teknik ni je hardcore tp berkesan hahaha


Incik lalan kesian juga kat anak, dia kata "pakaikan la kaseh panties, kesian dia tu" tapi saya kata "biarkan, ayang tengah didik dia, kalau tak ayang yang ajar, siapa lagi..." then hari pertama tanpa panties, dia terlepas membuang atas lantai. Dan terus dia lari sebab geli. HAHAHAH then sambil bersihkan saya terangkan pada dia kenapa kena membuang kat potty training

Sejak kesa terlepas ke lantai dan dia geli, terus dia tahu ke potty training. Hari ke2 tanpa panties (tp pakai dress smpai lutut) dia masih confius macammana rasa sakit perut, tapi dia tahu dia nak membuang, so betapa lah dia atas potty training.


Lokasi potty training memang saya letak kat kawasan dia bermain untuk minggu pertama, sebab minggu pertama lebih kepada mendidik tahu fungsi potty training dan elak tercicir ditengah jalan hehe

Then bila anak da pro, baru saya pindahkan ke toilet. Ingat ye, anak ada rasa malu, takut, geli tau. So untuk pertama kali, bagi dia semangat, saya pesan pada husband "puji anak, pujiii" masa anak meneran pun saya puji "pandainya kaseh" incik lalan pun bagi pujian, kesan dari tu, dia rasa bangga dapat independent membuang dan kencing ditempat yang betul.


Sekarang dia da pandai da rasa nak kencing dan membuang, happy sangat dia tiap kali buka seluar, tambahan pula potty training dia jenis bermusic tiap kali duduk, happy sangat.


Dan saya reward kaseh dengan gaun princess kegemaran dia. Suka sangat dia ! Dn dia kata "mommy mommy,baby pandai mommy"

Allhamdulillah berjalan lancar,
Gambar kt atas ni la potty training kaseh, siap bermusic tau, jenama fisher price, saya beli rm202.90 tak pasti pula harga kerajaan baru berapa sekarang HAHAHAHA

No comments:

PENGALAMAN BERSALIN AHMAD FURQAN BIN AHMAD FAIZAL

sekarang Ahmad dah 1 tahun, sebelum mommy makin pelupa, so mommy nak catit segalanya. sebab itu pengalaman manis, melahirkan anak lelaki din...