FOLLOWER

Tuesday, September 13, 2016

AKIKAH ALISYA DAN AKILA

Allhamdulillah bjalan lancar,
Incik lalan cter, penuh org dtg. Menu makanan gulai / sup dan nasi beriyani (sedapnyeee 😭😭)


Pagi raye incik lalan dah kepoh call, dia kata "sembahyang raya paling selekeh" sbb dah tbiasa isteri siapkan semua, bila isteri tak ada, semua benda tak bawa lah,. (Baru th keajaiban seorang isterikan 😁😁)


Walaupun kat sana busy, incik lalan rajinnnnnn call. Cerita dia nk gi amik daging lah, cerita dia otw beli ais lah, cerita dia baru lps makan lah. Terase betul kesunyian dia kt kedah, incik lalan kata "org len ada isteri hidang makan, anak didukung, dia py isteri jauhhh" lepastu saya ungkit lah "dah abang tinggalkan kiteorg kt pagoh xbagi ikut,".. Incik lalan kata "anak lagi penting, anak kena sihat, kasih syg isteri xpa, boleh claim" 😂😂


Dan esk incik lalan balik sini ! Dia tak lama kat kedah sbb risau baby (ceh, ingatkan rindu bini) 😒😒😒 padahal tiap hari kot iols mms gambar baby kat dia, gambar bini je tak ade 🙄🙄

Apapun, allhamdulillah,
Kaseh dah akikah, alisya dah akikah, akila dah akikah. Tanggungjwb kami sebagai ibu abah dah dilunaskan utk akikahkan anak2 kami 😇 lega. Asyik tangguh tk ada masa je, settle juga akhirnya 👏🏻👏🏻


Yeay !! Esok daddy balik,
Esok daddy balik 😘

Saturday, September 10, 2016

KETUPAT PALAS EMAK

Sedapnyaaaaaaa ketupat palas 😭😭
Cicah rendang / gulai / serunding !
Apasal lah johor tak ade ketupat palassss. Sedapnyaaaaaaaaaaaa



Semoga daddy simpankan untuk mommyyyyy 🙀🙀🙀🙀

48kg

Nak bagitahu,
Jiran sebelah rumah kata gua dah kurus gile, suami gua pun kata gua dah kerimping tahap kering. Tapi suami gua kata leher gua jinjang, paling gua suke part perut gua, perut dah cantik (dulu gua hidup dengan korset sbb perut lembik)


Gua happy gile hahahaha
Baru lah raye !
Hahahaha



Lady faizal,
Fatinfashiekin

KASEH TAK SIHAT

Ikut plan raye hji tahun ni turn kedah, incik lalan ade bt akikah utk alisya dan akila. So saya very lah excited, sbb my mjlis kan (nk buat goodie daddy tak bagi, booring) dlm masa yg sama, ni 1st time nak beraya haji diutara, org kata rya hji kt utara syokkk. Bkobar kobar saya nk myambut raya kt sana.


Tapi,
Kaseh aneeqa farzana binti ahmad faizal still tak sihat 😞 memndangkan kaseh tu ank kesayangan incik lLan, oleh yg demikian, saya dan kaseh kena tinggal. Incik lalan arahkan kaseh dikuarentin supay kesihatan tak terjejas. Incik lalan balik kedah sorang2. Haih. Nasib baik la saya x beli set baju raya haji lagi, sbb sibuk anak tak sihat, rupenye btl sgkaan, tak balik pun.. Daddy promise dia balik kedah sat je mmandangkan baby tak sihat ni.



My daughter batuk2, hidung tersumbat + muntah 😣 daddy tak bagi balik kedah sebab daddy suruh kaseh brehat, takut perjalanan jauh buat baby makin x sihat. Tapi, nak ketupat palasss 😭😭 sedapnya ketupat palas cicah gulai kambing emak 😨😨 peh. Serius rindu !!


Tapi xpelah, raya haji kat johor pn okeh, dpt mkn rendang mama 😝😝😝 dapat mkn lodeh 😎😎 semua orang ada jaga baby, gomol baby, manakala saya ? Guling2 depan tv 😎😎😝

Apapun,
Semoga perjalanan daddy dipermudahkan ! Balik cepat daddy ! Nanti kiteorang rindu, kiteorang tak biasa tidur bila daddy tak pok2 kiteorang heheheheh


Kedah, mu tunggu end of this year ok, kami datang !!!

**skg slu fokus pd instgram**
**jarang update blog**
**amponn**



Lady faizal,
Fatinfashiekin

Friday, September 2, 2016

DEMAM DA 2 MINGGU

Masuk 2minggu demam+batuk,
Skg berjangkit kat anak pula,
Allahuakbar


Saya demam,
Baby demam,
Nasib baik incik lalan sihat


Saya da lah jnis xtahan sakit,
Sejuk menggigil je nangis,
Tgk ank x sihat pun nangis,
Terlalu menangis,
Sampai incik lalan balik pukul2 petang dari kerja jaga kiteorang.


Mlm2 tdr,
Tangan kanan incik lalan tepuk saya,
Tangan kiri tepuk baby,
Sampai dia kata "punyalah penuh kasih sayang saya ni, tepuk serentak korang b2 saya yg x tidur" 😄


Untill now,
Saya still menggigil,
Anak pula mama jga,
Harini incik lalan xdpt cuti sbb ada Dr baru masuk, incik lalan kene bwk dia tjuk cre kerja, so saya pn balik la pagoh ni sbb serius x larat nk jga baby.



Smoga esk sembuh,
Xlarat da mgeletar mcm org ktagih dadah, kesian ank merengek je sbb bdan panas.



Currently : menggigil sejuk

Monday, August 29, 2016

LALAN FOOD

Memperkenalkan !!!
Lalan food !!! 👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻


Ini lah projek yang saya jalankan,
Impian menjadi usahawan kerepek pisang ! Yes, saya ikut kata suami. Apa jua kata suami, memang saya ikut. Dia suh berhenti kerja, saya ikut. Dia suruh buat kerepek pun saya buat. Sebab bagi saya "keberkatan" ikut kata suami tu bagi saya ianya sangat indah. (Nampak x solehah ? Hahhaha) **kibas shawl**


Suami menyarankan saya untuk menjadi usahawan pisang kerana dia sendiri pengusaha kebun pisang. Dia ada produk, dan dia minta saya pasarkan, memandangkan saya memiliki kelebihan dalam kepetahan bercakap dan dah involve kan diri dalam bidang perniagaan difarmasi selama 8tahun. Dah biase handle supplyer, so tahu lah nak buat macammana.



Kerepek ni kami pasarkan dikedai-kedai sekitar melaka, ada plan nak letak di pam minyak dan RnR cuma sekarang, fokus pada kedai dulu. Sebab takut stok x cukup. (Bukan x cukup stok, tak cukup tenaga ni haa nak menggoreng) hehe



Saya berniaga ni bukan untuk kaya, tapi mencari sumber pendapatan yg ada masa untuk keluarga, dapat bantu suami, dn kluarga. Senang kata tak menyusahkan sesapa tapi berbakti untuk mereka. Amin.


Mula plan bisnes ni sebulan sebelum berhenti, sebulan sebelum berhenti oder zipper plastik, oder stamp cop company, create akaun khas untuk company, minta designer create sticker company, semua bnda remeh saya settle awal,


Berhenti je, saya terus sediakan tenaga belajar mengoreng. Jgn ingt goreng kerepek senang, haaaaa-- cubelah buat yek sayangs sayangs .
Saya melecur dah. Tersagat tangan dah. Tidur 2pagi pun dah. Tp langsung x rase penat sbb semua untuk diri sendiri 💪🏻

Sekarang,
Semua siap !
Doakan berjalan lancar ye 😘😘


Lady faizal,
Fatinfashiekin

Sunday, August 28, 2016

SURIRUMAH

Mcm yang semua orang tahu,
Saya meninggalkan my comfortzone dan mengikut kata suami dengan memilih menjadi surirumah. Seronok !


Saya rasa manusia yang paling happy kat dunia ni ofcz lah incik lalan, sejak lepas habis pantang dia asyik sebut perkataan "duk rumah je lah" dari mula2 iols buat tak faham sehinggalah raya haritu cuti saya setakat 2hari dan incik lalan pula bisingggg, dia kata saya utamakan kerja berbanding dia 🙄 lepas seminggu raya, dia tolong taipkan surat berhenti.


Sebagai isteri, bukan senang nak buat keputusan ni. Tapi, kenalah memilih, sgt tak adil untuk incik lalan sebenarnya, sbb cuti kami dah la x sama, ahad saya kerja, dia cuti. Cuti raya cina ke, compny saya jnis bisnes, so kdg2 x cuti, amik balik pkl6. Kesian gile kat laki gua. Kdg2 dah plan ingatkan cuti ttibe dapat notis x cuti. Dah lebih 100kali saya memujuk dia hehe.


Tambahan pula saya dengan dia Pjj, hari ahad kalau kerja, pkl6.30pagi dah gerak balik pagoh. Balik melaka pula paling awal pukul 7malm sampai.



So skg saya 24jam kat rumah, suami manusia paling happy. Allhamdulillah, dapat suami yang rajin. Walaupn saya dah tak kerja, part malam, ank dia yang uruskan. Saya tidur tepi, suami tidur tengah, anak sebelah suami, actually tak pernah atur apa2, dari ada anak mmg dah camtu, malam suami yg tidurkn anak dn jaga anak. KECUALI anak beyak, memang suami iols serah kat iols dn dia buat muka muntah hijau 😒


Suami jugalah manusia paling risau takut saya boring kat rumah, slalu ajk jalan bila weekend. Kalau masa free, sabun habis pun dia ajak pergi jusco yang jauh kat ayer keroh tu semata xnk isteri dia bosan 😂😂 weekend ajak pi pantai la. Ni tadi dia kata "yang, pergi bercuti bali nak tak?" Saya kata "xmo, mahal ! Kaklai kata pakai dolar tau, naik gajah pn beratus ratus, bazir3!" Pastu dia kata "haa, bandung sejuk, nk x?" Saya kata "bazir-bazir-bazir"... Hehe. Dah nama isterikan, semuaaaaaa bazir. Cb part suami bagi duit, laju beli baju anak, tk bazir pun 😁


Since duk rumah, saya berjaya mengecil. Pinggang 29, dah dapat smule 27. Yes !!! Saya diet gile2 kot, langsung tak makan. Haus trs minum air. No makan-makan. Manusia paling risau, suami iols la, dia kata dia tkt mama abah pk dia xbg makan hehe.



Dan ofcz part best,
Ada peneman iaitu my daughter,
Even walaupn saya dah bhenti dan dia masih dipengasuh, dia lah peneman saya bila petang, skg dia da pandai memanjat, fuh, aktif sebijik mommy dia 😂😂


Ok,
Nnti apa2 saya share ye,


Bye.


Lady faizal,
Fatinfashiekin

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...