FOLLOWER

Tuesday, December 29, 2015

FLOWER CROWN UNTUK PENGAPIT DAN DULANG GIRL


Saya oder online melalui siti ani : https://mobile.facebook.com/Flower-CROWN-by-Siti-Ani-360706290745152/


1 flower crown RM10.00
Berminat, add lah owner ye,
Tekan link diatas


‎Pertanyaan :
Fatinfashiekin@yahoo.com
Mesej saya di facebook pun boleh :)


KASUT KAHWIN UNTUK DIJUAL


Memandangkan,
Tak ada maknanya saya nak pakai heels ni kalau berjalan, daripada jadi kasut cinderella tak bertuan, better saya letgo lah kan.


Saiz 6.
Pernah guna sekali je,
Tu pun masa nikah dan sanding sahaja.


Harga letgo RM50.00
With FREE POSTAGE



Harga saya beli jauh lagi mahal sebenarnya,
Tapi, tak nak ambil untung,
Just nak bantu bride to be sahaja,
Sebab saya tahu, nak jadi pengantin perlu mengeluarkan banyak duit belanja, dah lah nak nampak gojes.



Heels ni, bwarna silver,
Yes, merelip bersinar,
Kata nak jadi princess kan,
Ofcz lah heels kahwin kena bersinar-sinar :)



Berminat,
Do add me di facebook / mesej private di fb,
Atau paling senang, email sbb saya slu on email.


( fatinfashiekin@yahoo.com) 


PAKEJ KAHWIN BERSAMA SALINA



Pakej yang saya ambil dengan salina bridal :

-pelamin dalam rumah (design saya sndiri)
-make up 2kali (sanding/nikah)
-baju BARU sanding L/P
-baju nikah P
-meja makan berdamai
-bilik tidur (skirting sekeliling bilik)
-bantal nikah


Jumlahnya *termasuk cas lori*
RM6,000.00


Mula-mula deal RM4,500.00..
At last tukar baju sbb saya ambil baju baru,
Dn tambah cas pergi balik lori,
Tambah cas tebus pelamin,
Total RM6,000.00


Kesimpulan,
Memuaskan! :)


Pertanyaan,
Email saya atau msj di fb :
Fatinfashiekin@yahoo.com



PHOTOBOOTH PERKAHWINAN



Benda ni paling leceh,
Nk dapatkan idea tu, jenuh memikirkan.


Zaman moden,
Semua orang print macam banner tp saiz besar,
Then just pacak. 



Tapi, saya tak nak membazir.
Banner tu murah2 pun RM150.00,
Lepas habis majlis nak buat apa kan? 
Paling bguna pun saya tgk ramai orang letak kat garaj kereta bila majlis dh selesai,
Tu pun berfungsi elak kena tempias ;p


So saya memikirkan something tak membazir,
Guna apa yang ada kat rumah.



Nak kahwin ni,
Jangan pk trend je,
Kena pk sama "lepas majlis apa jadi"
*ceh konon ek aku ni* haha



Lady faizal,
FatinFashiekin

ARROW MAJLIS KAHWIN



Even bab-bab arrow ni simple,
Tapi sebenarnya kena ambil berat tau! 
Yela, pernah nampak tak arrow majlis kahwin sekadar tulisan tangan? Dibuatnya hujan, luntur tulisan dan koyak pula kertas.


Arrow ni tulisannya mama print out dari ofis mama,
Dan abah buatkan. Yang letak disetiap penjuru jalan adalah my uncle, cik ari.


Memang saya memilih papan merah + tulisan hitam, biar jelas terang mata tetamu. Confirm tak sesat. Haha.


Untuk parking pihak pengantin lelaki pun saya letak signboard, even abah ada upah rela untuk jaga lot parking, tapi, sajers je nak lebih ditekankan, takut, ada yang buat tak faham. Kesian nanti keluarga pihak lelaki kena blok parking.



Nak tahu lg lanjut,
Email saya : fatinfashiekin@yahoo.com


#throwback #fashiekinfaizal




INAI HENNA DI RENGIT BATU PAHAT



Tengah musim kawan-kawan pun nak kahwin,
Saya throwback lah ye mana yang sempat.


Ok, ukiran henna saya daripada my kakak gojes,
Facebook : norsyahani hamsan
Boleh lah add kak hani kalau berkenan kan,
Dia memang serius berseni gila,
Bukan setakat ukiran tangan,
Melukis / tulisan khat / mencanting, 
Semua dia kreatif. Senang kata, apa jua benda berkaitan "seni" ada dalam diri kak hani.


Kak hani orang rengit, batupahat.
Suami orang pagoh,
Berminat pm saya di facebook,
Nanti saya inform kak hani ye :)


Bab corak henna saya,
Saya memang tak suka sarat,
Sebab saya bakal pengantin yg rajin,
Confirm akan ke dapur je,
So saya minta kak hani buat simple,
Kalau buat design sarat, kemudian sibuk membasuh pinggan ke, mudah hilang.


Allhamdulillah,
Henna ni cantik bertahan 4 hari! 
Tak perlu topup ukiran ke apa,
Puas hati! 





Lady faizal,
FatinFashiekin

Sunday, December 27, 2015

TANGGUNGJAWAB ISTERI PADA JIRAN


Maulidurrasul haritu,
Saya balik lah melaka,
Seronok gila bila diistiharkan yg farmasi tutup.


Dalam kepala ni dah bersedia dah nk bt perancangan seharian dirumah, semangat waja, incik lalan pula kerja, tapi saya tak kisah, kalau nak mengemas rumah, memang saya suka incik lalan tak ada, so saya boleh fokus. Kalau dia ada, dia bebel je suruh saya rehat, sebab saya kalau mengemas mulut saya potpetpotpet. 


Pukul 8.45pagi, cium dahi, cium pp kiri kanan, cium tangan, incik lalan punnn pergi kerja.. dia dah pesan yang lunch dia tak balik, lagi lah saya lega so boleh fokus pada aktiviti sehari suntuk.‎


Dengan hati girang, buka semua tingkap kat rumah, pasang lagu ketty perry, nyanyi-nyanyi kecik, tukar cadar tilam. Tetibe dengar orang bagi salam. Sayup-sayup je dengar. Rupenye jiran kami (jarak 5 rumah).. saya mendapat jemputan untuk REWANG bersempena tahlil arwah mak long yang meninggal tu. Tahlil dibuat dimasjid, tapi jemputan rewang ni untuk saling gotong royong persediaan masakan lah. ‎



Terus call suami :
"Cik nuar dengan bini dia ajak dtg rumah, rewang-rewang.. awak tak ade, ngelat.. awkward nyeee nk join rewang kampungggg"...


Incik lalan :
"La, nk awkward apa, awak tu campak kat mana pun mulut awak tu boleh hidup.. awak kan mesra rakyat, saya ni pula jenis busy.. awak lah wakil saya untuk beramah mesra dengan penduduk kampung sayanggggggg.. saya ni jenis pendiam, awak tu ramah tamah sayangggggg"



*kemain ayat sayang dia tu, kemain panjang, nak bodek, saya ni idok ler kisah kene rewang, tapi perasaan awkward sebab tak de geng. Tetiba je saya dapat idea, terus pi rumah orang sebelah, jiran baru, ajak gi ssama. Haha. Alang-alang incik lalan kata saya ni kaki ramah, so dengan tak malunya gi ramah-ramah dengan jiran sebelah. Pukul 11pagi, kami pun beriringan pergi rumah cik nuar.



Nama jiran sebelah kami, namanya "anis" umurnya 36tahun, dia tanya siapa budak 2 orang yg datang rumah kami minggu lepas, saya ceritalah yg suami saya duda dn tu anak incik lalan. Rupanya, dia punya suami pun duda laaa.. terus lah kami bertambah kamcing.‎



Dari pukul 11 rewang, habis rewang pukul 2 sebab nak minta diri solat zohor. Tak ada lah awkward, betul lah kata incik lalan, saya ni dicampak ke mana pun, senang cari kawan. Dan maybe sebab dh biasa bborak dengan orang tua sebab custmer farmasi kbnyakknnya 50 60an.. pergaulan sangat mudah.



Kesimpulannya disini, cuma nak bagitahu ye anak dara sekalian. Since anda bersetuju nak berkahwin, anda bukan ber2 lagi life dengan suami sahaja, jiran-jiran pun dah macam ahli keluarga dah. Tambahan pula jenis macam saya, tanah kampung, so kena rajin bergaul dengan apa jua event, tambahan lagi, incik lalan tu famouse kat sini, famouse sebab rajin bersedekah pisang pada orang kampung. Sebagai isteri, tanggungjwab saya, bawa nama baik suami, tak boleh menyombong.



Kesimpulannya lagi,
Dapat kemas rumah simple-simple je, nak sapu-sapu halaman rumah, sental longkang, tak sempat ye. YB Fatin Fashiekin sibuk bermasyarakat. Haha.




Lady faizal,
FatinFashiekin


DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...