FOLLOWER

Tuesday, April 21, 2015

FROSTED CAKE DI SPONSER UNCLE

‎Tetiba dapat mesej 
"Nak no akaun, nak bagi duit kek"
Wah-wah-wah.


Terus kata :
"Acik lah pkcik paling kacak kat dunie! 
Muahhh ciked! Muah ciked!" kihkih




Ok,
Sekarang yang belum ada sponsored
DEEJAY. Sapa nak sponser DEEJAY saya.
Siapa? Whatsapp saya yaaa...Hahaahahah *pang diri sendiri*‎



Just tinggal payment deejay,
dan balance payment bridal, homestay,
Lepastu legaaaaanyaaa.


:)‎



Betul kata semua orang,‎
Kahwin akan ada rezkinya.



Lady faizal,
Fatinfashiekin

‎‎

Monday, April 20, 2015

SURAT UNTUK BAKAL SUAMI

‎Terima kasih kerana teguh
untuk saya yang terlalu rapuh.

Terima kasih kerana tidak pernah berhenti bikin hati saya layu untuk kamu.
terima kasih kerana membikin saya hari2 jatuh cinta pada kamu.‎

awak adalah kekasih yang paling sempurna.
jangan berhenti buat saya ketawa.
jangan berhenti berpegangan berdua.
jangan berhenti cinta saya.


saya tak punya suara seindah sitinurhaliza,
saya tak ada wajah semanis emma,‎
saya tak mampu berwang berjuta.
saya tak mungkin semua itu walau satu pun.

tapi saya ada hati.
walau sudah sompek berjahit,
apa yang tertinggal,
saya kasikan seluruhnya, setiap manis dan pahit.

setiap hari,
saya bersyukur pada tuhan,
kerana saya dikasihankan untuk dibagi pada kamu.


Cinta hati kamu,‎
sampai tua.





*saya ambil kertas tulis setiap kata,
Saya selit dikeretanya*
:)



Lady faizal,
FatinFashiekin






Saturday, April 18, 2015

ONE STEP CLOSER


Pengeposan belum dilakukan,
Isnin nanti lah ye. Hehe.
Lembab gila saya ni bab-bab melibatkan "pos",
Nampak je signboard "pejabat pos" rasa leceh gile je.. terdengar-dengar radio suria fm.. terbayang-bayang kerusi-kerusi merah yang dipenuhi penghuni. dan terbayang tong merah didepan pejabat pos yang kian tua dan karat, disebelahnya si gagah tong kuning yang jauh bersinar. Kadang2 even pos setem, sengaja saya masukkan dalam tong kuning, sebab lebih mengancam. Hahaha. 


‎90% custmer yang paling saya rapat,
Telah saya edar-edar kan by hand.
Incik lalan pun dah 90% settle pengagihan di company dia. Esok dia nak ke UPM nak edarkan kad pada fakulti. 


Bila pandang kad jemputan sendiri,
Eh rase malu pula, terus terfikir "nak kahwin dah saya ni".. "dah ada suami dah lepasni".. then bila fikirkan tanggungjawab rasa takut pula, tapi nasib baik lah incik lalan bukan jenis cerewet, even kami berbeza perangai, dia kutub utara, saya kutub selatan, tapi bila bergabung, masing-masing saling support each other. Contoh, dia jenis suka buat kek, saya suka buat air. Nampak tak? Ngelat nya saya. Hahahah‎


Doakan terbaik untuk kami ye,
Dah lama kami bersama, saya tunggu dia untuk buat impian dia tercapai, dan sekarang, tiba masa untuk meraikan. Rasa sangat berbaloi dengan segala-galanya.


:)


Lady faizal,
Fatinfashiekin

GUBAHAN HANTARAN


Allhamdulillah! 
Majlis lagi 2 minggu,
Baru terkedek-kedek nak cari orang yang boleh tolong gubahkan hantaran mengikut citarasa saya. Lega iols! Fuh,


Nanti saya bagi detail tentang pengubah tu ye,
Dia sangat ramah,
Namanya riena :)


Nak tahu hasil gubahan,
Kept follow my blog ;p
*saje nk buat korg ttanye-tanye*
Hehe


Lady faizal,
Fatinfashiekin



Friday, April 17, 2015

ADA HANTU

3 hari lepas rasanya,
Saya terbaca lah status facebook kawan saya berbunyi "penampakkan langsuir" masa saya baca tajuk tu je, saya punya dada bdebar dah. Almaklumlah, saya nak hati kecik.


Pergi je kerja,
Kak lai dan kak ani cerita,
Di batupahat cctv ada mrakamkan penampakkan orang tua melintas jalan, kebetulan pula, dikawasan tu telah berlakunya 10kemalangan maut dikawasan yang sama.


Saya masa dengar‎ cerita tu,
Menjerit-jerit ketakutan lah.
Saya memang pengecut bab2 kegelapan ni.
Tapi still relax sbb fikir semula,
Buat apa nak takut, incik lalan kan selalu teman saya balik kerja.


Tapi pada malam berkenaan,
Pada jam 9.30malam, incik lalan langsung tak pick up my call, boleh bayangkan tak perasaan si hati kecik macam saya ni? Dah lah dimomok kan dengan cerita hantu. Balik kerja, lagi lah rasa dimomokkan. Call pasangan tak berjawab. Alamakkk, coobaannnn nie..


Jalan nak masuk kampung saya memang gelap. Dikelilingi pokok kelapa sawit milik simedarby dan jalan sedikit berbukit dan berselekoh. 


 Bila incik lalan tak angkat call,
Saya tunggu ditepi jalan, didepan sebuah kedai runcit, menunggu seandainya ada motor/kereta yang akan melalui kawasan simedarby terbabit. TAPIII, tak ada. Jalan lengang. Masa tengah seram sejuk lah jalan kosong, incik lalan tak angkat call, kepala otak terbayangkan orang tua melintas.


Lepas 10minit, saya nekad lalu, nangis jugak iols ok. Tapi nangis nipis lah. Hehe. Kecewa sebab incik lalan tak ada masa saya dalam metakutan.


Seperti yang saya agak,
Incik lalan tertinggal phone dalam kereta,
Jam pun dia tak pakai sebab kat kebun (-_-")



HARINI,‎
Saya terbaca berita di harian metro,
Menyatakan lembaga tua itu adalah dirinya.
Alamakkkkk, saya sampai nangis takut wey,
Bukan hantu rupenye weyyy, 
Confirm hantu pun gelakkan aku wey,
Hantu betullah weyyy. Hahahahahahahah.
Rase nak tampar diri sendiri.


‎So, kesimpulannya adalah,
Takut hanya pada Allah! 
:)


*ni kalau incik lalan tahu yang cerita penampakkan orang tua melintas tu salah faham. Mesti saya di bahan habis-habisan haha. 


Lady faizal,
FatinFas‎hiekin‎

Thursday, April 16, 2015

GUBAHAN HANTARAN SENDIRI ATAU HANTAR KE KEDAI

Dalam banyak-banyak benda saya dah settle, rupanya ada 1 benda penting ni saya buat dunno je, iaitu GUBAHAN HANTARAN (-_-") alamakkkk..


Dulu persiapan tunang,
Gigih lah saya DIY,
Sekarang nak kahwin ni,
Semua saya tak larat dah rasanya.


Nk minta mama gubahkan,
Mama pun dah busy dengan segala macam persiapan. Nak suruh saya gubah? Hahaha.
Jahanam lah nampaknya nanti.
tangan saya kan kaku.


Masa saya tunang,
Incik lalan hantar ke kedai untuk mengubah hantaran. Dan untuk kahwin ni, kami plan nak hantar ke kedai juga lah.


Kononnya,
Nak simple + eksklusif. Konon lah.
Tanya kedai, 
"1 dulang berapa? "
Dia jawab "RM200 kak"
****pengsan****
Hahahahahah


Paling murah RM50.00,
Okey ke RM50? 
Saya ni tak tahu mengagak harga.


Sekarang saya buntu,
Nk gubah sendiri ke nk hantar kedai
(-_-")


Apasal lah saya tak berseni,
Kalau tak kn dah senang.


________________________________________

So saya pun jumpa artikel di bawah ni,
Dan saya sedang berfikir :


‎#Jumlah dulang hantaran yang anda inginkan

Dalam sebuah majlis perkahwinan mengikut adat Melayu, biasanya hantaran diberikan dalam nombor yang ganjil. Hantaran daripada pihak perempuan biasanya lebih banyak daripada pihak lelaki. Contohnya hantaran perkahwinan daripada pihak lelaki adalah tujuh dulang manakala hantaran daripada pihak perempuan pula adalah sembilan dulang. Namun masih ada yang ingin memberikan lebih banyak barang hantaran kepada pasangan masing-masing. Semua itu terpulang kepada pasangan pengantin, kerana majlis perkahwinan adalah majlis anda.

# Prihatin terhadap bajet

Sebagai bakal pengantin seharusnya anda prihatin terhadap bajet yang ingin anda dan pasangan 'laburkan'. Mungkin bajetnya akan menjadi lebih besar jika anda menggunakan khidmat orang lain untuk menggubah hantaran. Jika anda menggubah sendiri, usah bazirkan wang anda dengan membeli pelbagai bahan yang langsung tidak anda gunakan. Sekurang-kurangnya anda boleh menjimatkan sumber kewangan dan menggunakannya untuk hal-hal lain semasa majlis berlangsung. Jangan membazir dan berbelanjalah dengan berpada-pada.

# Warna tema pilihan

Warna tema untuk hantaran perlu dipilih lebih awal untuk membantu dan melancarkan tugas anda. Warna lembut cantik untuk dijadikan tema hantaran, namun bagi penggemar rona garang tidak ada salah membuat sedikit kelainan. Gubahan hantaran biasanya akan dibawa ketika majlis persandingan berlangsung. Kombinasi warna juga sentiasa menjadi pilihan pengantin. Kombinasi warna yang cantik nyata mampu menambah seri majlis perkahwinan anda nanti. Yang pasti anda perlu kreatif dalam memilih warna yang sesuai dan olahkannya menjadi cantik dan sempurna.

# Dulang hantaran dan alas, sewa, pinjam atau beli?

Sekiranya anda menggunakan khidmat perancang majlis perkahwinan sudah tentu semua ini termasuk di dalam sewaan. Terdapat pelbagai jenis dulang hantaran seperti dulang tembaga, dulang plastik, dulang kayu ataupun dulang besi. Semuanya bergantung kepada jenis gubahan yang ingin digubah. Sekiranya bakal pengantin membuat keputusan untuk menggubah sendiri hantaran, dulang hantaran boleh anda sewa atau meminjam daripada saudara-mara atau keluarga sahaja. Terdapat pelbagai jenis alas dulang di pasaran. Pilih yang sesuai dengan tema dan harganya berpatutan. Jika anda menyewanya daripada perancang perkahwinan, pilih alas yang betul-betul sesuai untuk diletakkan di atas dulang hantaran. Selain menggunakan alas dulang, bakal pengantin juga boleh menggunakan alternatif lain untuk menggantikan alas dulang dan dulang hantaran. Contohnya pengantin boleh menggunakan bekas kayu bertangkai menggantikan dulang putih yang sudah biasa digunakan untuk meletakkan barang hantaran.

# Senaraikan barang yang ingin dibeli

Membuat senarai barang yang ingin dijadikan hantaran adalah sangat penting. Ini adalah langkah terbaik untuk mengelakkan pembaziran daripada berlaku. Antara barangan yang sering dijadikan hantaran adalah seperti sirih junjung, kamera, baju kemeja, jam tangan, buah-buahan, kek, dan wangian. Ini adalah sebahagian daripada barang-barang hantaran yang selalu 'dipersembahkan' kepada pasangan masing-masing mengikut cita rasa pengantin. Yang penting setiap barang yang diberi adalah pilihan pengantin dan boleh digunakan dalam kehidupan seharian nanti.‎


Lady faizal,
FatinFashiekin

SIGNBOARD PARKING KELUARGA PENGANTIN


Signboard untuk parking keluarga belah lelaki agar keluarga pengantin lelaki selesa dan dilayan seperti VVIP. Rela turut akan dikerah bagi memudahkan aliran keluar dan masuk majlis.

Saya sangat berharap dan berdoa agar majlis dipermudahkan, keluarga pihak lelaki selesa dan mendapat layanan terbaik. Amin.


Semoga dipermudahkan urusan kami! 
:)


Lady faizal,
Fatinfashiekin


DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...