FOLLOWER

Friday, April 17, 2015

ADA HANTU

3 hari lepas rasanya,
Saya terbaca lah status facebook kawan saya berbunyi "penampakkan langsuir" masa saya baca tajuk tu je, saya punya dada bdebar dah. Almaklumlah, saya nak hati kecik.


Pergi je kerja,
Kak lai dan kak ani cerita,
Di batupahat cctv ada mrakamkan penampakkan orang tua melintas jalan, kebetulan pula, dikawasan tu telah berlakunya 10kemalangan maut dikawasan yang sama.


Saya masa dengar‎ cerita tu,
Menjerit-jerit ketakutan lah.
Saya memang pengecut bab2 kegelapan ni.
Tapi still relax sbb fikir semula,
Buat apa nak takut, incik lalan kan selalu teman saya balik kerja.


Tapi pada malam berkenaan,
Pada jam 9.30malam, incik lalan langsung tak pick up my call, boleh bayangkan tak perasaan si hati kecik macam saya ni? Dah lah dimomok kan dengan cerita hantu. Balik kerja, lagi lah rasa dimomokkan. Call pasangan tak berjawab. Alamakkk, coobaannnn nie..


Jalan nak masuk kampung saya memang gelap. Dikelilingi pokok kelapa sawit milik simedarby dan jalan sedikit berbukit dan berselekoh. 


 Bila incik lalan tak angkat call,
Saya tunggu ditepi jalan, didepan sebuah kedai runcit, menunggu seandainya ada motor/kereta yang akan melalui kawasan simedarby terbabit. TAPIII, tak ada. Jalan lengang. Masa tengah seram sejuk lah jalan kosong, incik lalan tak angkat call, kepala otak terbayangkan orang tua melintas.


Lepas 10minit, saya nekad lalu, nangis jugak iols ok. Tapi nangis nipis lah. Hehe. Kecewa sebab incik lalan tak ada masa saya dalam metakutan.


Seperti yang saya agak,
Incik lalan tertinggal phone dalam kereta,
Jam pun dia tak pakai sebab kat kebun (-_-")



HARINI,‎
Saya terbaca berita di harian metro,
Menyatakan lembaga tua itu adalah dirinya.
Alamakkkkk, saya sampai nangis takut wey,
Bukan hantu rupenye weyyy, 
Confirm hantu pun gelakkan aku wey,
Hantu betullah weyyy. Hahahahahahahah.
Rase nak tampar diri sendiri.


‎So, kesimpulannya adalah,
Takut hanya pada Allah! 
:)


*ni kalau incik lalan tahu yang cerita penampakkan orang tua melintas tu salah faham. Mesti saya di bahan habis-habisan haha. 


Lady faizal,
FatinFas‎hiekin‎

No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...