FOLLOWER

Thursday, April 16, 2015

GUBAHAN HANTARAN SENDIRI ATAU HANTAR KE KEDAI

Dalam banyak-banyak benda saya dah settle, rupanya ada 1 benda penting ni saya buat dunno je, iaitu GUBAHAN HANTARAN (-_-") alamakkkk..


Dulu persiapan tunang,
Gigih lah saya DIY,
Sekarang nak kahwin ni,
Semua saya tak larat dah rasanya.


Nk minta mama gubahkan,
Mama pun dah busy dengan segala macam persiapan. Nak suruh saya gubah? Hahaha.
Jahanam lah nampaknya nanti.
tangan saya kan kaku.


Masa saya tunang,
Incik lalan hantar ke kedai untuk mengubah hantaran. Dan untuk kahwin ni, kami plan nak hantar ke kedai juga lah.


Kononnya,
Nak simple + eksklusif. Konon lah.
Tanya kedai, 
"1 dulang berapa? "
Dia jawab "RM200 kak"
****pengsan****
Hahahahahah


Paling murah RM50.00,
Okey ke RM50? 
Saya ni tak tahu mengagak harga.


Sekarang saya buntu,
Nk gubah sendiri ke nk hantar kedai
(-_-")


Apasal lah saya tak berseni,
Kalau tak kn dah senang.


________________________________________

So saya pun jumpa artikel di bawah ni,
Dan saya sedang berfikir :


‎#Jumlah dulang hantaran yang anda inginkan

Dalam sebuah majlis perkahwinan mengikut adat Melayu, biasanya hantaran diberikan dalam nombor yang ganjil. Hantaran daripada pihak perempuan biasanya lebih banyak daripada pihak lelaki. Contohnya hantaran perkahwinan daripada pihak lelaki adalah tujuh dulang manakala hantaran daripada pihak perempuan pula adalah sembilan dulang. Namun masih ada yang ingin memberikan lebih banyak barang hantaran kepada pasangan masing-masing. Semua itu terpulang kepada pasangan pengantin, kerana majlis perkahwinan adalah majlis anda.

# Prihatin terhadap bajet

Sebagai bakal pengantin seharusnya anda prihatin terhadap bajet yang ingin anda dan pasangan 'laburkan'. Mungkin bajetnya akan menjadi lebih besar jika anda menggunakan khidmat orang lain untuk menggubah hantaran. Jika anda menggubah sendiri, usah bazirkan wang anda dengan membeli pelbagai bahan yang langsung tidak anda gunakan. Sekurang-kurangnya anda boleh menjimatkan sumber kewangan dan menggunakannya untuk hal-hal lain semasa majlis berlangsung. Jangan membazir dan berbelanjalah dengan berpada-pada.

# Warna tema pilihan

Warna tema untuk hantaran perlu dipilih lebih awal untuk membantu dan melancarkan tugas anda. Warna lembut cantik untuk dijadikan tema hantaran, namun bagi penggemar rona garang tidak ada salah membuat sedikit kelainan. Gubahan hantaran biasanya akan dibawa ketika majlis persandingan berlangsung. Kombinasi warna juga sentiasa menjadi pilihan pengantin. Kombinasi warna yang cantik nyata mampu menambah seri majlis perkahwinan anda nanti. Yang pasti anda perlu kreatif dalam memilih warna yang sesuai dan olahkannya menjadi cantik dan sempurna.

# Dulang hantaran dan alas, sewa, pinjam atau beli?

Sekiranya anda menggunakan khidmat perancang majlis perkahwinan sudah tentu semua ini termasuk di dalam sewaan. Terdapat pelbagai jenis dulang hantaran seperti dulang tembaga, dulang plastik, dulang kayu ataupun dulang besi. Semuanya bergantung kepada jenis gubahan yang ingin digubah. Sekiranya bakal pengantin membuat keputusan untuk menggubah sendiri hantaran, dulang hantaran boleh anda sewa atau meminjam daripada saudara-mara atau keluarga sahaja. Terdapat pelbagai jenis alas dulang di pasaran. Pilih yang sesuai dengan tema dan harganya berpatutan. Jika anda menyewanya daripada perancang perkahwinan, pilih alas yang betul-betul sesuai untuk diletakkan di atas dulang hantaran. Selain menggunakan alas dulang, bakal pengantin juga boleh menggunakan alternatif lain untuk menggantikan alas dulang dan dulang hantaran. Contohnya pengantin boleh menggunakan bekas kayu bertangkai menggantikan dulang putih yang sudah biasa digunakan untuk meletakkan barang hantaran.

# Senaraikan barang yang ingin dibeli

Membuat senarai barang yang ingin dijadikan hantaran adalah sangat penting. Ini adalah langkah terbaik untuk mengelakkan pembaziran daripada berlaku. Antara barangan yang sering dijadikan hantaran adalah seperti sirih junjung, kamera, baju kemeja, jam tangan, buah-buahan, kek, dan wangian. Ini adalah sebahagian daripada barang-barang hantaran yang selalu 'dipersembahkan' kepada pasangan masing-masing mengikut cita rasa pengantin. Yang penting setiap barang yang diberi adalah pilihan pengantin dan boleh digunakan dalam kehidupan seharian nanti.‎


Lady faizal,
FatinFashiekin

No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...