FOLLOWER

Friday, March 7, 2014

ENTRY BUAT GOSIP

Budget ?
Checklist ?
Apa ni ?


Rahsia lah---
*kibas shawl*
Haha


Pesanan :
Jangan fikir jauh sangat.
Jauh sangat tu pikir.
Ni namanya entry pendek tapi bikin panas..


Hahaha

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, March 5, 2014

WARNA TEMA

TIFFANY BLUE + GREY + RED ROSES

Cantikkan kombinasi ni ?
Rasa redup tapi charming sebab warna grey dan red roses mencuri tumpuan.

With love,
Fatinfashiekin



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, March 1, 2014

SABTU YANG FLAT TAPI MEMAKAN MASA

Pagi-pagi gigih drive ke melaka,
Tersengguk-sengguk mengantukkkk.
Bila sampai, jumpa incik lalan,
Dan follow dia terus ke pusat servis.


Memandangkan saya tak ada buat appointment, memang agak mengecewakanlah. Saya datang je. Orang dah ramai (-_-)


Settle daftar kereta,
Pi 7E dengan incik lalan untuk beli roti for breakfast. Nak makan sama memang tak sempat sbb incik lalan actually kena pi tampin negeri sembilan. So dia tinggalkn saya kat pusat servis, dia bt urusaan dia.


Banyak benda serentak jadi.
Saya nk servis kereta,
Incik lalan nak jumpa dr thiru,
Nak pi tampin pula,
Petang ada majlis kahwin.


Mula2 dia plan lpas blik jmp dr thiru, dia nk pi mjlis kawin staff,
Dia kata dengan saya
"Awak tunggu dalam kereta, saya makan kat rumah pengantin tau nnti"


Saya kata
"Ala.. Nk juga makan nasi minyak. Takkan duk dalam kereta sorang-sorang kot, sampai hatiiii"



Dia balas :
"Mana BULEHHHHH-- Kat kad ni tulis Dr Ahmad Faizal & keluarga, bukan kekasih, kalau tulis Ahmad Faizal & Pasangan ke haa baru boleh, ni kalau Ahmad Faizal & Isteri pn masih awak tk boleh ikut tau, sbb future wife tak tmasuk dalam wife"... Sambil gelak besar. Memang rasa hampehs gila pandang incik lalan yang gelak tgk muka saya ni bengang bakal kena tinggal dalam kereta (-_-")


Tapi,

Plan tk menjadi.
urusan dia ditampin lambat selesai,
Nasib baik lahhh kereta saya pun siap lambat, klu tak, berasap tunggu incik lalan dengan kening berkerut lh kt shopping complex.


Memandangkan ke majlis kahwin tak sempat, sebab aturcara 11-4petang. Kami decide cari hadiah untuk pengantin. Cari yang unik !


Pi jusco, tjumpa kawan incik lalan masa kat UPM. Oleh kerana selama ni saya gelabah kalau jumpa staff/kawan incik lalan. Dan tertunduk je. Dan maybe kelihatan sombong je.


Kali ini, saya membalas pandangan mereka senyum termanis dan mengganguk kepala tanda bersapa. Rupanya, tu bekas kekasih incik lalan zaman UPM yg tk berapa jadi (-_-") adakah saya silap senyum ? Ok tak pa. Senyum lebar. Saya kan pucuk muda. Hahaahhaa.



With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, February 27, 2014

MAGNA VILLE CONDOMINIUM SELAYANG (RENT)

Amin--
Semoga dimurahkan rzeki.

Hahaha


With love,
FatinFashiekin



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, February 25, 2014

MY BELOG

Banyak entry pending-ding-ding.
Nak share tentang birthday mama. Nak share tentang wedding cousin. Nak share tentang laporan harian. Banyak nak cerita. Tapi banyak kemalasan melanda ni..


Kenapa perlu nak buat entry-entry camtu ? Sebab saya ni pelupa. Blog kan diari saya. Sometimes lupa birthday adik kan. Saya akan google "fatinovela birthday daniel"-- then lupa apa berlaku tahun lepas, saya akan google "fatinovela july 2013"-- ha, camtu...


Syok ada blog ni,
Sebab kita boleh buat perbandingan last year dan this year. dan terasa. Cepat sungguh masa berlalu. Since 2010 saya ada blog ! Dah laamaaa ! Hehehe.


Saya dan blog tak boleh terpisah.
Dulu saya sekolah rendah, saya nak jadi penulis novel. Beli 1 buku dan tulis konon2 watak perwatakkan. Acecece.


Tak dapat tulis novel, membebel kat blog sendiri dan create "fatinovela" jadi lah kan. Bukan apa, kalau betul saya jadi penulis novel, haih, 24 buku saya buat. Balik2 hero ahmad faizal, heroin fatin fashiekin. Hahaah. Muntoh. Feeling2 drama korea FULL HOUSE gituh ;p


Ok. Gd night :)


With love,
FatinFashiekin



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, February 23, 2014

FOOD POISONING

Satu keluarga kena keracunan makanan, maybe petang tu ada singgah makan2 then tersilap makan. Daniel sorang steady.


Memang menyeksakan.
3pagi terjaga dari tidur sebab sakit perut, suasana bilik gelap gelita, pastu terdengar bunyi tapak kaki kesana sini dalam suasana sepi. Tetiba pintu bilik terbuka. Terkejut ok ! Dah lah gelap gelita, tak pakai spek. Huh. Rupanya mama, mama kata awal muntah teruk.


3pagi sampai lah ke pagi. Seriously badan lemah. Cuba tenangkan diri dengan tidur tapi still terjaga sebab perut macam mbengkak dan diperah-perah. Uols tahu "ciker perut"? Orang johor je lah tahu ek. Hehe. Nk explain susah lah.


Setiap 5-15 minit sakit tu akan datang. Pi kerja pun muka pucat sebab bila sakit tu datang, tak boleh nak tegak berdiri. Saya tak pernah kena senggugut. So saya tak tahu nak explain camna.


Semua steady. Saya menangis dah. Adik bongsu siap masuk bilik dan hulur minyak gamat sambil terpingge tgk saya menangis tahan sakit. Yela, selama ni kak yong kot. Selama ni kak yong yang gengster. Tapi sekarang sakit sikit, nangis. Adk palng bongsu pula yg steady hehe


Then ke hospital.
Doktor cuma bagi ORS. Haih. Kecewa. Jauh perjalann doc, 1jam, semata nak dapat kan ORS RM0.60 sekeping ? (-_-) apapun its ok sbb tak ada siapa kena tahan wad. Risau kan awal tu, sebab dia muntah non stop. Rasa lega bila dah jumpa doktr dan doktr kata semua ok. Cuma sakit perut yang menarik-narik tu, doktr dah kata, at least 2 hari kena bertahan.


Tadi mama kata "sakit kan kena ciker perut ?? Ha macamtu lah nanti bersalin, ciker perut setiap 5-15 minit sekali. Bersalin setiap 5 SAAT tau" serams juga ea.


Saya jarang sakit. Bila saya sakit memang bingit saya mengogoi. Kalau incik lalan, da faham bebenau saya ni. Contoh, Saya tak boleh membaca semasa menjadi penumpang. Baca sms ke / baca artikel ke. Sebab, confirm akan pening dan muntah. Maybe sebab saya rabun, so bila nak fokus pada bacaan, saya jadi pening. So dia jd mangsa saya mengogoi "pening---nak muntah--jgn bawa laju2 lah--jgn tekan brek kuat2 lah" sambil tak diheran kan tetapi dipadan mukakan. Hahaah.


Betul lah.
Sekuat mana orang, ada lemahnya.
Saya ?
Takut sakit.
Dan terlebih panik.


With love,
Fatinfashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, February 19, 2014

LORAT ADALAH AMBIL BERAT

Dah lama incik lalan tak memancing, ye, dia banyak hobi. Dia serba boleh. Before this masa awal2 berchenta dlu *chenta kau* hahah. Selalu lah dia memancing kat tengah2 laut sana.


Tetapi, dia dikurniakan kekasih macam saya ni yang serba negatif. Haha. Yela, kat tgh laut tu kkadang mana ada line hp, dia mmancing tengah malam. Dia syok memancing sampai ke pagi. Saya pun sama celik sampai pagi.


Macam2 benda negatif dalam kepala otak ok. Saya takut ombak bgelora. Saya takut dia ditimpa hujan deras. Saya takut ada orang apa2 kan dia. Seriously.


Dia kata saya lorat, saya kata saya ambil berat. Hehe. So setelah bertahun lama, harini dia ttiba tadi kol sambil tersengih-sengih yang panjang sambil menwarkan cheese cake leleh my fav.


Actually its ok dia nak memancing. Just take care. Dan saya pun dah menyediakan pesanan yang hebat :
1) Parking kereta ditempat terang
2) Jangan jauh sgt dari orang sekeliling
3) Cari tempat yang terang
4) Periksa sekeliling dari ular dn haiwan buas


Yang ke lima dan last,

5) Take care dan SELFIE

Pastu incik lalan kata
"Apa tu selfie ? Selfish ka ?"

Hahaha.
Kesian.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...