Memang menyeksakan.
3pagi terjaga dari tidur sebab sakit perut, suasana bilik gelap gelita, pastu terdengar bunyi tapak kaki kesana sini dalam suasana sepi. Tetiba pintu bilik terbuka. Terkejut ok ! Dah lah gelap gelita, tak pakai spek. Huh. Rupanya mama, mama kata awal muntah teruk.
3pagi sampai lah ke pagi. Seriously badan lemah. Cuba tenangkan diri dengan tidur tapi still terjaga sebab perut macam mbengkak dan diperah-perah. Uols tahu "ciker perut"? Orang johor je lah tahu ek. Hehe. Nk explain susah lah.
Setiap 5-15 minit sakit tu akan datang. Pi kerja pun muka pucat sebab bila sakit tu datang, tak boleh nak tegak berdiri. Saya tak pernah kena senggugut. So saya tak tahu nak explain camna.
Semua steady. Saya menangis dah. Adik bongsu siap masuk bilik dan hulur minyak gamat sambil terpingge tgk saya menangis tahan sakit. Yela, selama ni kak yong kot. Selama ni kak yong yang gengster. Tapi sekarang sakit sikit, nangis. Adk palng bongsu pula yg steady hehe
Then ke hospital.
Doktor cuma bagi ORS. Haih. Kecewa. Jauh perjalann doc, 1jam, semata nak dapat kan ORS RM0.60 sekeping ? (-_-) apapun its ok sbb tak ada siapa kena tahan wad. Risau kan awal tu, sebab dia muntah non stop. Rasa lega bila dah jumpa doktr dan doktr kata semua ok. Cuma sakit perut yang menarik-narik tu, doktr dah kata, at least 2 hari kena bertahan.
Tadi mama kata "sakit kan kena ciker perut ?? Ha macamtu lah nanti bersalin, ciker perut setiap 5-15 minit sekali. Bersalin setiap 5 SAAT tau" serams juga ea.
Saya jarang sakit. Bila saya sakit memang bingit saya mengogoi. Kalau incik lalan, da faham bebenau saya ni. Contoh, Saya tak boleh membaca semasa menjadi penumpang. Baca sms ke / baca artikel ke. Sebab, confirm akan pening dan muntah. Maybe sebab saya rabun, so bila nak fokus pada bacaan, saya jadi pening. So dia jd mangsa saya mengogoi "pening---nak muntah--jgn bawa laju2 lah--jgn tekan brek kuat2 lah" sambil tak diheran kan tetapi dipadan mukakan. Hahaah.
Betul lah.
Sekuat mana orang, ada lemahnya.
Saya ?
Takut sakit.
Dan terlebih panik.
With love,
Fatinfashiekin
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment