FOLLOWER

Monday, September 30, 2013

USAH GELISAH DENGAN HIDUP DIDUNIA

CP dari Proff Dr Muhaya.
Tersenyum bila membacanya.

"USAH GELISAH"
Renungan bersama

-----------------------------------------------

Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.

Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.
----------------------------------------------

Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.

Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.

----------------------------------------------

Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah.

Maka kita lebih bahagia dari terganggu membayar kerosakan yang mahal.

----------------------------------------------

Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus putus.

Maka kita lebih bahagia dari golongan gelandangan.

----------------------------------------------

Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga.

Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.

-----------------------------------------

Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang.

Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.

-----------------------------------------

Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari.

Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang datang tidak dijangka jangka.

-------------------------------------------

Doa, Usaha, Istiqomah, Tawakkal...!!!
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil. Amiinn!!!

*sangat-sangat membahagiakan bila kita memahami konteks kesyukuran dan positif dalam hidup :')

*gambar tiada kaitan dengan post. Sesaje je ;p


With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, September 27, 2013

JABATAN IMEGRESEN MUAR

Dukacita,
Staff sombong (kaunter numbr)
Khidmat lambat



Angry,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, September 26, 2013

BEKALAN LUNCH

Buah buahan dan yogurt.
bersama air dasani.

Allhamdulillah dah terbiasa
Menjauhi nasi2 dn lauk pauk

KECUALI balik kerja !
Sebab mama selalu masak sedap2.
Hehe

Ok lah,
Nasi sekali je. Kan ?

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, September 24, 2013

SENARAI KESYUKURAN

Prof Dr Muhaya kata,
Senarai kan rasa kesyukuran supaya hari esok lagi baik untuk kita lalui :)



Saya bersyukur kerana-----------------

1) Ada mama dan abah yang sempurna
2) Family yang sempurna
3) Rumah baru family yang besar sempurna
4) Kereta yang tak meragam
5) Kucing yang pandai berdikari
6) Pekerjaan yang mendatangkan pahala
7) Boss yang memahami dan cantik
8) Boyfriend yg ada masa susah senang dan sentiasa jadi tulang belakang
9) Kawan2 perempuan yg baik dan cun
10) Kawan2 lelaki yg tak lupa kawan
11) Atok yang sporting dan sihat
12) Pak cik mak cik yg selalu cool gila dan confirm gelak besar klu lepak sama
13) Kewangan yang sentiasa cukup
14) Kehendak yg kebanyaakn tertunai
15) Lembut hati bila dgr tazkirah
16) Adik2 incik lalan baik dan peramah
17) Mak & ayah incik lalan restu hbgn kami dn tanya bila nk kawin
18) Anak2 incik lalan sayang saya
19) Janda incik lalan dah kawin lain.
20) Makan pakai semua sgt sempurna
21) Mampu nak hadiahkan dn gembira kn orang
22) Farmasi ada wifi free
23) Banyak ketawa sampai tembam
24) Reti masak lah juga
25) Tak ada sebarang penyakit
26) Tidur cukup dan makan cukup,
27) Ada kawan baik (kkain) yg pyayang
28) Mampu membantu ahli keluarga sendiri
29) Tak reti menyusahkan siapa-siapa
30) Sempurna tanpa cacat cela fizikal mental

ALLHAMDULILLAH.
Eh, uol buat lah juga.
Kalau tak ada blog. Its ok tulis kat sehelai kertas. Dan uol akan rasa "aku ni banyak merungut, padahal ada semua tapi macam tak nampak"

ALLHAMDULILLAH..
AMIN..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

AWKWARD

Paling saya awkward bila orang yang saya tak kenal, tegur pasal blog saya.
Secara automatik akan membuatkan saya tercengang tergamam tersentak terkejut termalu. Hewhew

Semalam,
Ada satu abang baya2 incik lalan datang farmasi dan cakap anak dia demam campak. Saya explain3, tibe-tibe abang tu kata : "tak ada tulis kat blog pun cara makan ubat ni"

Statement "tak ada tulis kat blog pun" secara automatiknya membuatkan saya hilang fokus pada ubat demam campak yang diminta dan secara automatiknya membuatkan muka saya merah padam.

Tapi macam biasa, saya kan cool. So saya relax. Inhale exhale dn buat muke blur dan kata "eh, saya tak ada blog !" Sambil potong statement. Huhu


Saya ni kalau menaip,
Saya tak bayangkan akan ada orang baca, tak ada pun tak apa.
Rupanya, ada orang baca ea ??

Dari kecik, saya sukaa tulis diari. Sebab saya suka kalau saya ada masalah ke saya akan baca semula apa yang berlaku pada tarikh yang sama.

Cuma since ada blog, dah kurang sebab semua benda tulis kat blog. Sesetengah cerita bertapis just tulis kat hp je.

Still musykil.
Ada yang baca ea ?
Musuh2 saya ? Ada yang baca tak ?
Peminat-peminat misteri ada yg baca tak ? Hahaha.

Yang saya tahu,
Kawan serumah incik lalan, tapi ah setakat kawan2 serumah incik lalan. Chill. Tak tulis kt blog pn confirm dieorang dah faham benar perangai saya dan lokasi saya.

Yang saya tak tahu,
Custmer farmasi,
Yang perempuan tak pelik. Normel. Yang lelaki. Memang saya hairan. Huhu.

Apapun,
Kepada yang baca,
Better tak payah tegur kata baca.
Sebab bila uols kata baca,
Akn membuatkan saya terfikir
"Apa ek aku tulis selama ni !!" Dan 24jam saya menghadap hasil penulisan saya dengan sesalan sambil berkata "POYONYA AYAT AKU--- MALUNYAAA!!!"


With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, September 22, 2013

CEMILAN

Makanan ringan
untuk ringankan badan

Orang jawa panggil "cemilan"

1) Buah buahan
2) Air kosong

WAJIB


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BUAH LAGI

Borong buah buahan
1 trolli tau.
Penuh buah buahan.

Ok, tak pa.
Buah buahan pn byk manfaatnya.
Hidup kena lah sihat kan,
Barulah awet muda.
Walaupun setiap kali org teka umur saya dan membunyikan angka lagi tua.
*nangis*

;p

Dan lokasi dating mcm biasa, jusco melaka. Bo-bo-bo-sann (-_-)

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

RESEPI NASI LEMAK MUDAH

 
Harini breakfast dengan incik lalan,
Buatkan dia nasi lemak pula.

Pesanan :
Saya bukan hebat memasak ye,
Tak pun. Praktis make perfect kan ?
So saja rajin2kan diri masakkan dia.
Sambil2 tu minta mama turunkan ilmu.

My mom kalau masak memang best !
Sedap gile ! Tak caya ? Datang rumah. Memang sedap. Sebab tu slu minta mama turunkan ilmu pada saya. Petua pikat hati pasangan gitew. Haha.

Harini nak share
RESEPI NASI LEMAK MUDAH :)

BAHAN MEMBUAT SAMBAL NASI LEMAK
1) 20 lada kering (kisar)
2) 5 bawang merah (kisar)
3) 3 bawang putih (kisar)
4) 1 inci halia (kisar)
5) 1 inci kunyit (kisar)
6) Asam jawa secubit
7) 3 cawan air
8) 3 sudu gula
9) 2 sudu garam
10) Secubit ajinamoto

BAHAN TAMBAHAN
11) 3 sudu bilis besar (digoreng)
12) Bawang besar (dihiris dan digoreng)


CARA-CARA MEMBUAT SAMBAL NASI LEMAK.

Caranya mudah, cuma komitmen masa diperlukan. 1jam30minit bagi memastikan sambal naik minyak dan sedapppp :)

1) panaskan minyak, tumis bahan kisar (lada/bawang merah/bawang putih/halia/kunyit)
2) Setelah naik bau. Masukkan 3 cawan air kedalam kuali.
3) Kecilkan api
4) Masukkan 3 sudu gula, 2 sudu garam dan Secubit ajinamoto
5) Masukkan asam jawa
6) Kacau dan biarkan sehingga naik minyak

Siap----
nk lagi sedap ??

7) Masukkan bilis yang dah digoreng dan bawang besar ke dalam sambal :)


_________________________________________

CARA MEMBUAT NASI LEMAK

Senang uols.
Tak perlu daun2 pandan bagai ye.
Hanya :
-BERAS
-3 HALIA (sebesar ibu jari)

Masak nasi seperti biasa
Dan tambah kan halia kedalamnya.
Kacaukan dan tunggu nasi masak.

SIAPP :)

_________________________________________


#resepifatinovela,
Fatinfashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, September 19, 2013

TOPIK BUNCIT YANG SENTAP

Sejujurnya.
Dah 2 bulan saya stop excercise,
Since berjaya dapat 48kg masa puasa haritu. Skg saya mengembung lagi.


Teruk gila attitude kan ?
Dah lah bab diet ke laut.
Excercise pun malas ?

Dan sekarang saya merasa kan otot-otot perut kian mengendur kembali.
Entah lah, psikologi je kot.

Tapi, saya serius rasa tak selesa !
Rasa diri macam dugong (-_-)
Nak macam ikan duyong !!


Ye, bukan main-main,
Ini betul-betul.

Saya tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya anggota lain membesar. Tapi tolonglah jangan "perut".

Perut tu aset penting okey--
bila perut tak flet,
Bila langgar dinding ke,
Perut dulu yg kena.
Hahahahaah.


Kawan-kawan dekat kata,
"Ekin. Mana gemuk ?"
-maybe sbb slu nampak


Kawan-kawan lama tak jumpa,
Lari menerpa kearas saya. Memegang lengan saya dn menarik-narik pipi saya. Sambil ternganga :
"Ekin !! Tembamnya sekarang ! Ya Allah ! Mana lesung pipit kau yg dulu tu ! Dah hilang ??? Tembamnya--- lengan pun hah makin besar.. Pipi tu ! Bulatnyaaaaa !!"

*ambil tisu kesat hidung berdarah sebab sentap mak noks*

Memandangkan dah lama tak excercise, harini balik kerja saya mulakan dengan aktiviti ringan seperti membasuh kereta. Berkilat dah sekarang ! Hehe

Kemudian, segala ceruk habuk saya hilangkan tanpa bantuan vacuum. Lepastu saya menyental lantai dan mengemop lantai tanpa bantuan mop tetapi menggunakan kudrat dan tangan.

Termengah-mengah.
Patah riuk pinggang.
Peluh sebaldi.


Mama kata :
"Haa-- bagus, hari2 macamni baru boleh kurus"

Me : (-____-")


"Ya Allah Ya Tuhan Ku,
Kau gemukkan lah poket ku,
Kau kuruskan lah badanku--
Jangan terbalikkan nya
Wahai Ya Allah"


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, September 17, 2013

KAKTUS

1 untuk mama letak kt ofis
1 untuk awal jaga
1 untuk danny jaga

Saya ? Memerhati.
Sapa punya mati dulu ;p

With love,
Fatinfashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, September 16, 2013

SUNGAI BULUH NURSERY #KEDAIBUNGA

Haa--
Then 2 weeknya ke sungai bulh lagi.
Dah jumpa kawasan sebenar yg populer tu.

Memang rambang mata.
Sana bunga sini bunga.

Bunga yang gemuk-gemuk tau.
Biasanya kat cameron kan ?
Ni tak. Pada cuaca panas.
Tapi bunga gemuk-gemuk.

Warna pun cantik.
Uols bayangkan. Disekeliling uols.
Segala jenis pokok dan bunga ada.
Pelbagai jenis bunga.
Pelbagai jenis pasu.

Entry ni gambar memang banyak.
Saya sendiri suka apa yg saya tgk dihadapan mata.
So saya bagi uols tgk dihadapan laptop masing2 lah ye.

Kalau stress2 nk release tension.
Datang lah jenguk2 bunga indah dsungai bluh ni. Syok habis :)

Kat sini,
Orang jual aiskrim bsepah.
So penat bjalan sambil tgk bunga.
Sambil feeling2 ladies.
Boleh makan aiskrim ye.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...