FOLLOWER

Monday, January 21, 2013

KUATNYA ABAH

Renungkan, bagaimana ibu bapa kita mampu bertahan dalam menempuhi segala masalah dan kekurgan hidup dgn tenang, bagi memastikan kesenangan kita dan berjaya membesarkan kita sehingga hrini. Rahmati mereka YaAllah.

Sedangkan kita ?
Baru sedikit di uji,
Sudah menyalahkan takdir ?


Tak perlu mencari idola sehebat Aaron aziz. Sebab didepan mata kita, sudah terbukti seorang tokoh dan idola yang berjaya membesarkan kita, bertahan dengan kita dan menunaikan permintaan kita. Sebesar mana kesalahan kita, dia sudi memaafkan dan sentiasa memahami.

Kan ?


Bila dah besar, ada kerja.
Kerap, saya tengok my dad.
Dan terfikir "kuatnya abah", "abah tak penat ke ?" , "tak pernah dengar abah merungut"


Hopefully one day,
My future husband strong like my daddy !
My future husband sweet like my mommy ! :)

Allhamdulillah.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, January 19, 2013

DAUN MADE IN JAPAN

Tengah sibuk mengemas bilik memastikan tidak kotor dan suasana tidur tidak membosankan.

Tiba-tiba terjumpa daun ni.
:)

Masa incik lalan outstation pi Jepun,
Saya ni selalu kata dengan dia,
"Asyik-asyik dapat bunga, tapi bukan dari boyfren. Bila birthday pun dapat juga surprise bunga. Still bukan dari boyfren"

So, incik lalan balik dari Jepun,
Dia bagi saya adik beradik bunga.



Tapi DAUN !! (-_-")



Jadi laaaa,
Dia kata :
"Eh ! Kita petik dari Jepun tau ! Bukan malaysia tau !!"

Saya kata :
"Hmmm"

Kesimpulannya,
Jangan cari boyfren yang 30keatas, kerana mereka konon kearah matang. Dan atas kegagalan dimasa lampau dieorang asyik kata "belajar dari kesilapan" kesiann saya yang budiman ni. Haha.

Ok. Nak sambung selongkar balik.
Bye.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SAKIT JANTUNG

Tadi 9malam incik lalan balik kedah,
Ayah dia sakit dada.
Kolestrol tinggi so bagi kesan pada jantung. 2 saluran darah pada jantung tersumbat, so mengakibatkan jantung sedikit membengkak.

Ada 2 cara :
1) Doktor suruh relax, jaga makan dan control sendiri dalam 5-6bulan.
2) Operation secepat mungkin.

TETAPI,
Memandangkan ayahanda incik lalan berusia 70an. Risiko tersangat-sangat lah tinggi. Kalau tak operate ada risiko, kalau operate pun ada risiko.

Risiko apa ?
Jantung bukan lah sesuatu yang boleh dipotong sesuka hati dan dibaik pulih secepat mungkin. TAK. Bagi orang muda, InsyaAllah. Sebab badan orang muda kuat. Contoh, accident, patah kaki, tulang akan cepat tumbuh semula kan ? Bagi yang berumur, susah. Kan ? Macamtu juga lah jantung. Dan rumit.

Sometimes, nampak juga muka incik lalan risau. Tapi dia try calm down. Sapa tak sayang ayah sendiri kan ?

Semoga encik Sulaiman kembali pulih. InsyaAllah. Tuhan, Lindungi mereka. Jaga mereka. Sejahterakan mereka.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

ALFATIHAH

Tadi custemer datang,
Perempuan.
Senyum manis.
Ramah.
Beli Augmentin.
Senyum lagi.

Sebelum balik,
Dia senyum,
Toleh,

Dia kata :

"Terima kasih banyak-banyak dik, sebab layan ayah akak baik masa hayat dia. Dia suka dan selalu kemari.. Terima kasih banyak-banyak ye"

Saya ?
Tergamam.
Meremang bulu roma sbb terharu.
Dan teragak untuk sambut terima kasih yang dia ucapkan.

Sungguh,
Terharu..

Bila akak tu balik,
Rasa terkilan juga.


Maaf,
custemer kami ramai,
Dan kami tak pasti yang mana,
Dan 100% custmer memang kami treat dengan layanan terbaik, tersopan, termanis.

Apapun,
Allhamdulillah,
Sikit yang kami buat,
Tapi tinggal kan kesan mendalam.

AlFatihah untuk pakcik tu,
Terima kasih pakcik kerana cerita kan perkara yang baik mengenai kami kepada anak-anak pakcik dan ia dikenang sehinggakan kami terharu.

AL-FATIHAH

:)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MARI TAMBAH TABUNG AKHIRAT



mari-mari-mari,
nanti boleh lah kita minum arak bersama disamping
bidadara yang kacak di syurga nanti ;)



Friday, January 18, 2013

AZAM 2013

Nak share azam 2013 saya. Segalanya simple, tapi uall jangan nak buat muka lekelleh lah kan ? Kadang-kadang perkara yang sekecil perkara lah kita abaikan. Ye tak ? *sila angguk didepan pc kalian*

Gambar saya sengajakan blur.
Sebab segan nak showoff sangat.
Hehe


1) Sembahyang cukup 5 waktu walau dimana jua berada mahupun situasi : WAJIBBBB !

2) Puasa Sunat cukup ! Buat sebaiknya.

3) Solat Dhuha / Tahajud / Hajat / sujud Syukur (kerap dan jgn pandg remeh)

4) Lepas subuh jangan tidur !! Rajinkan diri wahai anak dara.

5) Prihatin pada kebersihan sekeliling. Dirumah atau difarmasi. Prihatin ! Kita kan perempuan. Jaga kebersihan.

6) Banyakkan memasak lauk yang paling dibenci sebab tak semestinya kita tak suka dan orang lain pun tak suka. Contoh : sayur-sayuran. Makanan berkhasiat memang tak sedap kan ?

7) 1 hari 1 kali yassin. Amal kan fatin. Comeon ! Bukan sebulan sekali. Hehe

8) Jaga diri dengan sempurna, tak mau selekeh-selekeh. Rezeki susah nak dekat tau. Nanti custmer kate "euw, comot nya budak ini" haha

9) Pergi kerja awal. Biasanya memang awal. Kadang2 tunggu dalam kereta, tepat2 baru buka farmasi, lepasni, awal 10 minit. Warm up !

10) Tak boleh mengeluh pada rezeki. Contoh "bila nak jadi billionair ? Asyik tgk drama billionair je ??" Huhu

11) Hormat mama abah sebaiknya. Jangan kata "tidak" sentiasa jawab "ye!" Jangan malas-malas. Jadi anak yang solehah.

12) Hormat incik lalan, praktis make perfect, jangan besarkan perkara kecil. Komunikasi tu penting (bill pun tinggi) haha

13) Didik adik-adik menjadi lebih baik dari diri sendiri.

14) Menyimpan untuk masadepannn. U can do it fatin !

15) Makan, limit, 1 hari RM3. Lapar lagi, minum air paip. Haha.

16) Sebulan ada 4 minggu : 2 minggu family, 2 minggu incik lalan.

17) Jangan suka marah-marah.. Sentiasa bertenang.. Panas baran itu perangai syaitan.

18) Jangan suka minta tolong pada orang, jangan susah kan sesiapa. Berdikari.

19) Jangan makan banyak. Diet ! Pastikan tidak melebihi 50kg kerana anda pendek wahai fatin.

20) Sayangkan kereta, mandikan dia selalu, belai dia. Wangikan dia. Jangan asyik merungut pada dia. Nanti dia merajuk.

21) Anggap setiap masalah adalah kerana ingin memperoleh ganjaran :)

22) Sayangkan musuh. Makin orang tu benci kita, makin kita kena sayang dia. Kita bukan Tuhan utk mhukum.

Sekian...
Simple. Tapi kalau blh harap tak terlepas pandang dan anggap semuanya remeh. InsyaAllah ;)

" Kadang-kadang manusia bukan tiada keinginan untuk melakukan perubahan terutama ke arah kebaikan kerana itu adalah fitrah insan yang dikurniakan Allah. Tetapi tabiat manusia juga mudah lupa dan alpa dek arus dunia yang menggoncangkan jiwa.

Namun bagi mereka yang tidak berputus asa dan yakin pertolongan Allah itu sentiasa ada maka dia akan terus-terusan berdoa dan dan berusaha.

Adapun yang paling penting bagi kita adalah mencari titik mula yang mana kita boleh jadikan ia sebagai loncatan dalam memperbaiki kelemahan. Dan titik mula itu adalah merasa resah dengan dosa yang kian bertambah.

Tetapi tidak memadai rasa gundah tanpa mengatur apa-apa langkah. Justeru, perkara yang boleh kita titikberatkan adalah:

1. Mengadu kepada Allah akan dosa dan minta pengampunan-Nya serta mohon dijauhi sifat lemah kerana tunjang kekuatan utama adalah istiqamah

2. Menjauhi tempat dan suasana yang boleh menggalakkan maksiat semakin bercambah.

3. Bersahabat dengan mereka yang boleh mengingatkan tentang ganjaran dan azab yang disediakan oleh Allah."

With love,
FatinFashiekin



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

HACK

Haih. Rasa-rasanya twitter / fb saya,
Ada hantu raya.
Menjelma menjadi saya.

Haha

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, January 16, 2013

BERUBAN


sidemirror RM400 ?
huh ! sejenis cermin je kot.

saya rela menyangkut sidemirror motr dikereta
daripada membayar RM400 untuk sidemirror kereta.
hahaha.

eh, saya dihantui apa yang jadi semalam.
jangan buka topik tu,
kalau tak, saya hunus kalian mengunakan pisau piza hut.
offline.

currently,
019-///9329 bukan disamping saya,
kat incik lalan.
korang mesej semua dia yg baca.
kalau ada reply dari numbr tu,
means dia menyamar jadi saya.

planning, esk nk pi LHDN
haih. lecey-lecey-leceyyyyy

mood : rasa nak beruban.


Tuesday, January 15, 2013

Keajaiban Cinta - Adira/Aliff Aziz

Lirik Lagu Keajaiban Cinta - Adira/Aliff Aziz

Takkan pernah aku menyerah
Walau harus terpisah ruang
Hanya bisa bermimpi
Terlukis dalam khayal
Betapaku tunjuk setia
Biar waktu terus berlalu

Hati takkan pernah berhenti
Menyanyikan lagumu
Membaca puisimu
Selamanya aku rindu

Biar hujan yang turun
Membasahahi jiwa ini
Ku tetap setia menanti dirimu

Kerna cinta ku mampu mematahkan sepi
Ku sanggup menunggu dirimu
Walau seumur hidup
Kerna cinta ruang tak menjadi misteri
Hanya ku melihat dirimu
Datang memeluk daku

Biar hujan yang turun
Membasahi jiwa ini
Ku tetap setia menanti dirimu

Kerna cinta ku mampu mematahkan sepi
Ku sanggup menunggu dirimu
Walau seumur hidup
Kerna cinta ruang tak menjadi misteri
Hanya ku melihat dirimu
Datang memeluk daku

Kerna cinta ku mampu mematahkan sepi
Ku sanggup menunggu dirimu
Walau seumur hidup
Kerna cinta ruang tak menjadi misteri
Hanya ku melihat dirimu
Datang memeluk daku (memeluk daku)

*terdengar lagu ni tadi masa driving kat hotFM. Eh, best !*

;)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, January 14, 2013

MERLIN EPISOD AKHIR

Assalamualaikum,

Saya memang penggemar cerita bersiri MERLIN. Dari dulu sampai sekarang memang minat lah ! Tapi tak ada lah terlalu fanatik, cuma cerita tu sangat menarik. Dan harini 14112 episod akhir bagi merlin.

Mula-mula memang rasa ternanti-nanti. Setelah sekian lama, ada juga sesion terakhir dan penamat merlin. Sebelum ni semuanya tergantung.

Tapi, tiba-tiba,
Terbaca status bbm AZT (amad zaidi taharim) dia kata "ending merlin sadis !" Dah nama lelaki kan, confirm dia habis download dah cerita tu. Saya paksa dia cerita ending nya, bila terbaca status dia bengang dengan ending merlin. Saya sangat lah kecoh nak tahu.

So, rupanya, ending merlin.
1) Arthur mati :
Ni saya dah tak berkenan. 3 tahun saya tengk merlin, king arthur ? Yang sangat dilindungi. Mati ????? Kan buat penat tengok bertahun-tahun kan ? Lol

2) Morgana mati :
Biasalah. Penjahat mestilah mati...
Kalau morgana tak mati, confirm ada sesion ke 6.

3) Merlin tua :
Merenung nasib. Lonely.

Hmm, ni lah penghujung nya. Now kat tv3 tengah bersiaran ending merlin. Tapi saya tak da nafsu nak tengk. Takut x dpt terima hakikat. Saya ni over. tengk bola, kalah ? Sedih. Tengk drama, hero mati, sedih. Menangis pun ada tau. Sebelum malam ni saya termenung memikirkan merlin, adalah baiknya tak payah tengk. Hehe.

Ingat lagi, masa mama pregnant kan danny dulu. Saya suka tengk cerita PEARL HABOUR. Hero dalam movie tu DANNY tapi ending dia mati kena tembak dengan tentera jepun. Atas ketaksuban saya, so that's y nama adik saya "DANNY" menangis berhari-hari tau sebab tak dapat terima kenyataan ending pearl habour tu.

Ada lagi, awal ? Nama sebenar. Dizly Danish. Sebab apa ? Dulu saya suka iqram Dinzly. Hehe. Habis lah. Ada anak nanti, confirm anak2 saya semua nya ala2 mat salleh.

Sekarang, eh ! Tertunai. Uall pernah tgk cerita MISSTRESS HERMANAS ? Lbh kurg gitu lah ejaan, yang lagu dia dinyanyi kan phyne ballerz :

"Vida, kembalikan lah semangat ku,
Kembalikan ketenangan ku,
Kurebah tanpamu"

Pernah kan ? Heroin nama Lisa. Dulu pun saya masa sekolah. Plan, anak nak letak nama lisa. Skg ? Alisya saya dapat. Ok lah kan ? Lisya lisa lisya lisa ;)

Haih. Macam-macam.
Hehe. Kepada yang stress seperti saya,
Kerana bakal merindui arthur,
Janganlah anda buang tebiat meletakkan nama anak anda mohd merlin arthur bin ali ye ? HAHAHA

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, January 13, 2013

WEDDING AND CZ12

13113 : cantik kan tarikh ?
Sebab cantiknya tarikh,
Ramai memilih untuk berkahwin pada hari ini. Allhamdulillah cuaca pun cun saja.

Arah kami, PALOH ! Paloh kat mana ? Negeri9 ? Ye, jawapan anda salah. Paloh di Batu Pahat. Huhu. Suasana majlis memang penuh. 4 pengantin 1 majlis. Bersesak. So bila bersesak, kesian pada tetamu yang terpingga-pingga menunggu orang habis makan untuk menyambung giliran.

Nauzubillahiminzaliq, semoga majlis saya nanti tetamu dilayan bagai raja. Yela, masa saya duduk pun dengar bisik-bisik orang complain. Rasa sangat tak syok. Makanan lambat topup. Cawan lambat topup. Dan kanopi warna kuning (-_-) so uall akan nampak nasi pelangi warna kuning, nasi putih pun warna kuning. Semua warna kuning.

Kelebihan, lauk memang best !!! Sedap !! Sangat memuaskan. Sangat mengenyangkan !! Nak tambah nasi lagi, malu ;p

Ontheway balik, kami sekeluarga terus ke Pusat Bandar BP. Ke square one. Tengk movie ! Actually tak banyak cerita best, yang okey : The Hobbit / CZ12 / minyak dagu.

The hobbit saya dah tengk dengan incik lalan. Lupe nk tulis review tentang the hobbit lah. Free2 nanti saya buat k. Apapun, at last saya memilih cerita lakonan Jackie Chan (CZ12). Saya sendiri yakin, jackie chan tak kan menghampakan :)

Dan seperti yang saya jangka dan duga. Memang best ! Kelakar ! Dan aksi. Awal tengk pun gelak besar tau. uall patut bawa family tonton cerita ni. Ala, bwak BF pun boleh, saya ada suggest pada incik lalan juga.

6pm, kami sekeluarga lepak santai diwarung Parit Setongkat menikmati sup gear box yang penuhhh lemak untuk dihirup ! Fuhhhh, darah tinggi. Hehe.

Ok. Tu je,
Gambar tak da.
Malas nak amik.

Panas, berpeluh,
Then kejar masa sana sini.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...