FOLLOWER

Saturday, January 19, 2013

ALFATIHAH

Tadi custemer datang,
Perempuan.
Senyum manis.
Ramah.
Beli Augmentin.
Senyum lagi.

Sebelum balik,
Dia senyum,
Toleh,

Dia kata :

"Terima kasih banyak-banyak dik, sebab layan ayah akak baik masa hayat dia. Dia suka dan selalu kemari.. Terima kasih banyak-banyak ye"

Saya ?
Tergamam.
Meremang bulu roma sbb terharu.
Dan teragak untuk sambut terima kasih yang dia ucapkan.

Sungguh,
Terharu..

Bila akak tu balik,
Rasa terkilan juga.


Maaf,
custemer kami ramai,
Dan kami tak pasti yang mana,
Dan 100% custmer memang kami treat dengan layanan terbaik, tersopan, termanis.

Apapun,
Allhamdulillah,
Sikit yang kami buat,
Tapi tinggal kan kesan mendalam.

AlFatihah untuk pakcik tu,
Terima kasih pakcik kerana cerita kan perkara yang baik mengenai kami kepada anak-anak pakcik dan ia dikenang sehinggakan kami terharu.

AL-FATIHAH

:)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

PENGALAMAN BERSALIN AHMAD FURQAN BIN AHMAD FAIZAL

sekarang Ahmad dah 1 tahun, sebelum mommy makin pelupa, so mommy nak catit segalanya. sebab itu pengalaman manis, melahirkan anak lelaki din...