FOLLOWER

Thursday, December 6, 2012

KEMALANGAN

Harini busy.
Pagi-pagi jumpa pe****.
Busyyyyy sangat lah.
Tapi macam biasa,
Tak settle-settle.
1 hal ke 1 hal akan mengambil masa,
Bukan sekadar cap jari dan tandatangan sebab membabitkan banyak pihak.

Kemudian,
Ke jabatan i********.
Kt simpang saya follow 1 honda city ni,
Follow dia lah, tapi tiba-tiba dia BREKKK.
"Bum !!!!!!!"

Saya telah melanggar kereta honda city tersebut dengan jayanya di simpang jabatan tersebut. Bukan salah saya,
Nononono. Salah honda city tu.

Dia brek mengejut sebab dia x tahu simpang nk masuk ke jabatan tu
Tapi tgah mencari tiba-tiba dia jumpa simpang dan dia pun BREKK,
SO DIA BERSALAH

Lepas accident tu,
Saya parkinglah kereta saya.
Turunkan kaki kanan disamping wedges yang setebal 3 inci..
Buka sunglasses hitam.
Letak dikepala.
Tutp pintu kereta dengan kuat !
Berjalan dengan keadaan berkerut kening memaksa encik honda city tu keluar. Orang kereta belakang semua dah sah memang tengk. Accident kan ? Rakyat malaysia kan jakon tengk accident.

Si pemilik honda city tersengih dari dalam kereta. Tak buka tingkap pun.
Tahuuu punnn dia takutttt
Saya berleter di luar kerete sambil menjerit "abanggggg !!!!!!!! Kenape brek tibe-tibee !!!!!!! "

Pemilik kereta tu sapa lagi kalau bukan incik lalan. Kereta dia sikit je calar, polish maybe hilanglah. Kereta saya ????????
Huh. Depan k. Huhh.

Yang geram nya,
Dia tak kelua kerete lepastu suh kita parking kt tempat lain. Orang yang memandang memang tak faham ape2. Dieorang ingatkan kami saling tak mengenali.

Kesimpulannya sekarang,
Dia macam biasa tak mengaku salahhh.
Nasib baik lah gf sendiri langgar kerete bf. So teruk camna pun boleh settle tepi even asyik-asyik :

Him : "Bagi saya cakap dulu"
Me : "no ! Saya cakap dulu !"

So berulang lah membuktikan sapa salah sapa betul. Call mama dan cerite, mama kata : "padan muka, mesti lan membebel" see, mama pun kata saya salah ???????

Tak aci. Tak adil.

So kes settle camna ?
Kami menyalah kan simpang jalan.
SIMPANG TU YANG SALAH.
Tutup kes.

But its funny,
GF melanggar kerete BF.
HAHAHA
Dah agak da, dia kalau bawa kerete suka sangat brek mengejut


Pukul 3 nanti ada hal lagi,
Cepat lah siap ! Cepat lah siap !
Busy ni !


With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, December 5, 2012

REZEKI

itu hari, aku dan kawan2 berbual tentang rezeki.
akan sifatnya.
akan maknanya.

"kalau kita tak kedekut, tuhan akan murahkan rezeki"

sebelum aku leretkan perbualan hari ini, ingin aku luahkan rasa risau aku pada penyataan2 klise seperti di atas. perkara2 yang terlalu hari2 kita dengarkan, bagi aku, ada banyak masanya jadi sesuatu yang terlupakan atau terabaikan.

macam "saya ikhlas",
atau "sabar sajalah",
atau "aku redha apa yang jadi".

ikhlas, sabar dan redha sudah hilang intipati.
sungguh2, berapa orang yang benar2 mengerti?

seperti "laa ilaa ha illallaah, muhammadur rasulullah".
sekadar disebut.
sekadar disahut.

haih.
aku, seperti manusia lain, pun sama.
ada masa, aku sayu sendiri. kerana tidak bermampu untuk memahami konsep2 mudah yang sudah terpupuk dari kecil. kerana terlalu biasa diluahkan, maka sudah jadi terlalu biasa.

macam "sayang".
sudah murah.
suka sedikit, terus bilang sayang.
baik sedikit, terus beri sayang.

haih.

maka bila terkeluar sebaris ayat tadi, yang biasa terpancar dalam fikiran adalah rezeki materi seperti rezeki makan tak putus, rezeki anak berganti2, rezeki perniagaan berjaya, rezeki sekepuk yang tuhan bagi.

sehinggalah seorang kawan, mari namakan dia mansor dalam cerita ini, berkata:
"aku baca seorang ustaz menulis: rezeki bukan semata2 yang kita nampak.
ada banyak jenis rezeki.
lain orang, lain dapatnya."

aku senyum pada mansor.
"maksudnya?"

"maksudnya, tuhan tak pernah tak jawab doa kita"

berderau jantung aku.
gila betul.
sangat betul.

banyak kali aku dengar orang mengeluh tak ada rezeki,
atau belum cukup nasib untuk ada rezeki.
salah.
rezeki ada, cuma bukan yang kita suka.

bersedekah wang tak kira berapa pun harganya, tuhan akan ganti berganda2.
itu janji tuhan.
dia bukan yang memungkiri janji.

namun dek sebab cikgu2 selalu cerita yang kalau hari ini kita keluar 10 sen, esok2 kita dapat 10 ringgit. jadi, ada kemungkinan yang entah bagaimana dalam proses mengsintesis input ini, kita cari 10 ringgit dalam 10 sen kita itu.

maka dalam satu perspektif (tak banyak, sedikit) kita ada tanpa sengaja tanya pada tuhan tentang hal2 sebegitu. walau pun tak ada niat hendak mempersoal ketentuan, kadang2, ada di kalangan kita yang seperti mengharapkan sesuatu dari yang di atas.

"aku bukan apa... ralat juga"
"macam sedih, tuhan macam belum nak bagi aku rezeki untuk ... (isi tempat kosong)"

dapat pula ditonyoh2 dengan cik bedak cik kiah yang hidungnya memang ditampal di celah kain orang. jenis komuniti yang tidak reti sekadar duduk lepak dan bergelak ketawa, jenis yang mesti mahu ada kisah untuk jadi modal bercerita.

siapa jadi mangsa?
orang yang kurang rezeki ini juga.

alasannya:
saja bergurau senda.
saja hendak bertanya.
saja-saja.

saja.

senang betul orang guna perkataan saja.
siapa yang guna perkataan 'saja' dengan aku selalu kena.
kalau silap hari, memang kena maki.

"hai nak kenal boleh?"
"buat apa?"
"saja"

bodoh.

"bila nak kawen? tak sedih ke hidup single?"
"tak. kenapa?"
"saja tanya"

bangang.

"kau betul2 percaya suami kau?"
"percaya. kenapa?"
"saja"

bajingan.

semua perkara akan berbalik pada perkara sama. berulang2.
kita jadi jahat sebab komuniti sekarang pun makin jahat.
kalau kita pilih untuk jadi kera sumbang, pun kita jadi jahat.

kita jadi kurang bersyukur sebab masyarakat. sebab makna rezeki dah terlalu klise, yang cuma beberapa fenomena sahaja yang jatuh pada kategori rezeki.

anak masuk universiti, itu rezeki.
habis, anak yang belajar tak tinggi, tapi berkebun bawah terik matahari?
itu bukan rezeki?
suami kaya raya, itu rezeki.
habis, suami gigi rongak bercakap guna hidung tapi tak pernah kasi makan bersendiri?
itu bukan rezeki?

untuk kali yang entah berapa juta, aku salahkan makhluk2 yang hidupnya asyik hendak membanding2 nasib. masalahnya, kalau dia pendam seorang, tak apa. ini, diajak sekali mereka2 yang dikatakan kurang rezeki ini masuk sama.

tak ke niaya, namanya?
haih.

kita lupa sebenarnya kita sentiasa diberi rezeki.
cuma sistem pulangan kredit kaedah tuhan berbeza dengan cara manusia.
takkan ada yang tahu bagaimana cara kiranya.
tapi yakinlah.
memang ada.

dan rezeki tak boleh pilih2. yang mana dikasi, yang itu kita punya.
maka terima.

rezeki duit;
kaya raya tapi makan tak semeja.
rezeki cinta;
bahagia ke langit tapi kerja tak seberapa.
rezeki bijak;
pandai tahap saintis tapi membujang sampai tua.
rezeki bakat;
hebat melampau bikin muzik tapi tak ada seorang pun pernah mendengarnya.

ye.
aku melalut banyak.
aku pun tak tahu kenapa.

*diam*

ayuh.
cintai diri kita.
sebab kalau bukan kita, siapa?

*ambil nafas*
*hela*
*senyum*

rezeki aku adalah aku lahir menjadi aku.
baik buruknya.
ini rezeki aku.

:fynnJ

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MY HONEY BEE

Sangat rindukan dia.
ahad ni dapat dating dengan dia ;)

sayang, sayang, sayang
i miss u !!!!!!


fine,
gambar ni memang blur,
sbb si tukang ambil memiliki
tangan yang mengigil HAHA



Tuesday, December 4, 2012

SAH : SAFEE SALI KINI MILIK JOHOR

Matyo, safiq rahim, aidil, azmi dan SAFEE SALI kini milik johor

Hehehe.

Abah kata :
"Kak, beli jersey. Thun depan kita gi tengk dieorang main"

Syok ni !!
:)


With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, December 3, 2012

DECEMBER

Plan nak gi jalan-jalan,
Berdesupp terus skodeng baki cuti yang tinggal sambil sengih lebar-lebar....
Dan berbunyi
"Hewhewhew"

Allhamdulillah,
Ada 13 hari lagi......
Tapi kalau bab jumpa bos minta cuti je sure lemah lutut, padahal tak da buat silap apa-apa pun.. Tapi dah namanya Bos, Someone yang seharusnya dihormati,

Actually bos saya BESTTTT.
TERBAIKKKK ! SPORTING !
Tapi saya selalu. ingat dan letak dalam kepala, bos adalah untuk dihormati,
Boleh tersenyum ketwa bersama bos,
Tapi apa jua tindakan, even dalam senyuman. Dia still boss kita dan kita sebagai pekerja jangan berlemak dan anggap "ala,bos x kisah" TAK BOLEH ye kawan-kawan sekalian.

Kadang-kadang waktu rehat kat pantry pun, saya tak berani tidur. Even waktu rehat. Takut bos nampak saya tidur, nanti bos kata saya malas. Huhu. Padahal, waktu rehat, bos faham. Tapi entahlah, saya ni ada 1 penyakit mudah risau, mudah gelabah. Takut sakitkan hati orang. Takut buat orang marah.

Pernah, tertidur kat belakang.
Bos masuk buka pintu. Terus terduduk dan tanya "dah asar belum kak ?" Padahal baru pukul 2.30ptg. HAHA. KakAlai pun macam pelik tgk soalan saya. Huhu. Lepas kakAlai kelua saya tergelak sendiri. Soalan apakah yang aku tanya ???? Hahahahah

Ok, back to the topic.
Alesya dan aqilah dah nak mai sini ! :)
Marilah kita merancang perjalanan.
HOHOHO HOREYYYYYY..

Daddy nak bawa kita jalan-jalan.
Daddy memang handsome.
Daddy memang best !!
Daddy memang ohsem !!

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

JANGAN BENCI NANTI SUKA

Dia memang cerewet,
Kalau kita masak apa-apa,
Dia kata :

1) Tak sedap
2) Tak suka

Ye, tanpa belas ikhsan tau.
Ape yang kita suka,
Dia buat muka "euwwwww~"

Saya suka air teh bunga,
Dulu masa mula-mula minum depan dia,
Dia kata :
"Air apa tu ??? Euw, air bunga ?
Manaada orang minum bunga ??
Eeeeeee~"

Punya panjangg eee dia,
Sekarang ?
Kalau pergi mana-mana :
"Beli kan teh bunga.."

Tapi saya buat muka tak tahu je lah.
Dan bila petang-petang,
Saya suka buat cendawan goreng yang rangup ! Dan begitu rangup dimulut dan dinikmati dengan begitu lazat.

CARA MENGGORENG CENDAWAN RANGUP :
1)Cendawan
2)Garam
3)Tepung jagung

CARA-CARANYA :
a) basuh cendawan kemudian ramas dengan garam secukup rasa, toskan.
b) tepung jagung JANGAN dicampur air. Amik cendawan tadi cmpur dengan tepung jagung. Masukkan dalam minyak panas beserta serbuk2 tu pun takpa.

Confirm rangup !!
Dan ada orang tu saya buat kan pun dia kata "euww, tak sedap" tapi harini tiba-tiba ada orang tu, dah 2 kali dah dia buat cendawan goreng juga.
SIAP MMS LAGI !!!!!!!!!!

Eleh ! Sedap katekan sedap,
Jangan euww euww euww.
Hahaha.


With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

EH ! NYAMPAH

Benda paling eh menyampah kat dunia,
Bila saya tengah explain cara makan ubat pada pelanggan saya,
Baik punya hujah ! Cunn punya !
Memang sampai tahap makcik tu ternganga sebab taksub.

TIBA-TIBA,
Datang seorang pakcik :

"Hoi minah, tak payah beli-beli ubat ni. Kau rebusan paku pakis, air rebusan tu kau minum 3 hari 3 malam berturut.. Aku dah cuba dah ! Memang baikkkkkkkkkk.. Aku kalau batuk tak baik-baik memang tu paling mujarab !!"

Kemudian,
Makcik tu berlalu pergi.
Bersama pak cik tu.


Saya ?
Saya pula ternganga.
Bye.

*jangan jadi gila pula korang pun try rebusan paku pakis. Itu sekadar ayat ganti dialog. Huhu*


With love,
FatinFashiekin


With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...