FOLLOWER

Wednesday, December 5, 2012

REZEKI

itu hari, aku dan kawan2 berbual tentang rezeki.
akan sifatnya.
akan maknanya.

"kalau kita tak kedekut, tuhan akan murahkan rezeki"

sebelum aku leretkan perbualan hari ini, ingin aku luahkan rasa risau aku pada penyataan2 klise seperti di atas. perkara2 yang terlalu hari2 kita dengarkan, bagi aku, ada banyak masanya jadi sesuatu yang terlupakan atau terabaikan.

macam "saya ikhlas",
atau "sabar sajalah",
atau "aku redha apa yang jadi".

ikhlas, sabar dan redha sudah hilang intipati.
sungguh2, berapa orang yang benar2 mengerti?

seperti "laa ilaa ha illallaah, muhammadur rasulullah".
sekadar disebut.
sekadar disahut.

haih.
aku, seperti manusia lain, pun sama.
ada masa, aku sayu sendiri. kerana tidak bermampu untuk memahami konsep2 mudah yang sudah terpupuk dari kecil. kerana terlalu biasa diluahkan, maka sudah jadi terlalu biasa.

macam "sayang".
sudah murah.
suka sedikit, terus bilang sayang.
baik sedikit, terus beri sayang.

haih.

maka bila terkeluar sebaris ayat tadi, yang biasa terpancar dalam fikiran adalah rezeki materi seperti rezeki makan tak putus, rezeki anak berganti2, rezeki perniagaan berjaya, rezeki sekepuk yang tuhan bagi.

sehinggalah seorang kawan, mari namakan dia mansor dalam cerita ini, berkata:
"aku baca seorang ustaz menulis: rezeki bukan semata2 yang kita nampak.
ada banyak jenis rezeki.
lain orang, lain dapatnya."

aku senyum pada mansor.
"maksudnya?"

"maksudnya, tuhan tak pernah tak jawab doa kita"

berderau jantung aku.
gila betul.
sangat betul.

banyak kali aku dengar orang mengeluh tak ada rezeki,
atau belum cukup nasib untuk ada rezeki.
salah.
rezeki ada, cuma bukan yang kita suka.

bersedekah wang tak kira berapa pun harganya, tuhan akan ganti berganda2.
itu janji tuhan.
dia bukan yang memungkiri janji.

namun dek sebab cikgu2 selalu cerita yang kalau hari ini kita keluar 10 sen, esok2 kita dapat 10 ringgit. jadi, ada kemungkinan yang entah bagaimana dalam proses mengsintesis input ini, kita cari 10 ringgit dalam 10 sen kita itu.

maka dalam satu perspektif (tak banyak, sedikit) kita ada tanpa sengaja tanya pada tuhan tentang hal2 sebegitu. walau pun tak ada niat hendak mempersoal ketentuan, kadang2, ada di kalangan kita yang seperti mengharapkan sesuatu dari yang di atas.

"aku bukan apa... ralat juga"
"macam sedih, tuhan macam belum nak bagi aku rezeki untuk ... (isi tempat kosong)"

dapat pula ditonyoh2 dengan cik bedak cik kiah yang hidungnya memang ditampal di celah kain orang. jenis komuniti yang tidak reti sekadar duduk lepak dan bergelak ketawa, jenis yang mesti mahu ada kisah untuk jadi modal bercerita.

siapa jadi mangsa?
orang yang kurang rezeki ini juga.

alasannya:
saja bergurau senda.
saja hendak bertanya.
saja-saja.

saja.

senang betul orang guna perkataan saja.
siapa yang guna perkataan 'saja' dengan aku selalu kena.
kalau silap hari, memang kena maki.

"hai nak kenal boleh?"
"buat apa?"
"saja"

bodoh.

"bila nak kawen? tak sedih ke hidup single?"
"tak. kenapa?"
"saja tanya"

bangang.

"kau betul2 percaya suami kau?"
"percaya. kenapa?"
"saja"

bajingan.

semua perkara akan berbalik pada perkara sama. berulang2.
kita jadi jahat sebab komuniti sekarang pun makin jahat.
kalau kita pilih untuk jadi kera sumbang, pun kita jadi jahat.

kita jadi kurang bersyukur sebab masyarakat. sebab makna rezeki dah terlalu klise, yang cuma beberapa fenomena sahaja yang jatuh pada kategori rezeki.

anak masuk universiti, itu rezeki.
habis, anak yang belajar tak tinggi, tapi berkebun bawah terik matahari?
itu bukan rezeki?
suami kaya raya, itu rezeki.
habis, suami gigi rongak bercakap guna hidung tapi tak pernah kasi makan bersendiri?
itu bukan rezeki?

untuk kali yang entah berapa juta, aku salahkan makhluk2 yang hidupnya asyik hendak membanding2 nasib. masalahnya, kalau dia pendam seorang, tak apa. ini, diajak sekali mereka2 yang dikatakan kurang rezeki ini masuk sama.

tak ke niaya, namanya?
haih.

kita lupa sebenarnya kita sentiasa diberi rezeki.
cuma sistem pulangan kredit kaedah tuhan berbeza dengan cara manusia.
takkan ada yang tahu bagaimana cara kiranya.
tapi yakinlah.
memang ada.

dan rezeki tak boleh pilih2. yang mana dikasi, yang itu kita punya.
maka terima.

rezeki duit;
kaya raya tapi makan tak semeja.
rezeki cinta;
bahagia ke langit tapi kerja tak seberapa.
rezeki bijak;
pandai tahap saintis tapi membujang sampai tua.
rezeki bakat;
hebat melampau bikin muzik tapi tak ada seorang pun pernah mendengarnya.

ye.
aku melalut banyak.
aku pun tak tahu kenapa.

*diam*

ayuh.
cintai diri kita.
sebab kalau bukan kita, siapa?

*ambil nafas*
*hela*
*senyum*

rezeki aku adalah aku lahir menjadi aku.
baik buruknya.
ini rezeki aku.

:fynnJ

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...