FOLLOWER

Friday, November 9, 2012

10.11.12

Currently busy + letih.
ini gambar masa dalam perjalanan ke Perak kat dengkil.

Dan sekarang,
Merehatkan diri.
Sebab 10/11/12 nikah.
Esok pula 11/11/12 majlis resepsi.

Ontheway balik still tak tahu bila,
Samaada pagi isnin,
Atau malam ahad.

Sebab for ur information,
JALAN JAMMED !
Yela, cuti sekolah dah bermula (-_-")


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, November 8, 2012

EMO

Emosi gile harini.
Tanya kak Ani dan Kak Aida.
Haha. Bila pk. Rasa lawak.

Harini emosi.
Semalam lapar.
Makan nasi lemak+meggi 2 cup.
Then kak lai belanja Pau + Cendol.
STILL LAGI LAPAR.

Apa hal ?? Huhu

Incik lalan pun kena,
Call argue nak menang.
Padahal borak pasal bola. HAHA

Nasib badan

;p


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MAT YO INGIN MENYERTAI JOHOR FA (LEPASKAN SAYA)

PENYERANG Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha merayu Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) agar merestui penghijrahannya ke Johor pada musim depan.

Norshahrul yang lebih dikenali sebagai Mat Yo mendedahkan, dia telah menyatakan hasrat untuk menyarung jersi Harimau Selatan musim depan dan hasrat itu sudah dimaklumkan kepada pihak pengurusan KAFA sebelum ini.

Bagaimanapun, permohonan pemain kelahiran Besut, Terengganu itu ditolak.
Justeru, Mat Yo berharap perkara tersebut dapat diselesaikan dengan cara baik demi mengembangkan kariernya sebagai pemain profesional.

"Saya berharap KAFA dapat melepaskan saya (berhijrah ke Johor) serta memandang perkara ini dari sudut yang lebih positif.

"Sebelum ini, saya pernah menghantar surat tunjuk sebab mengapa saya mahu berhijrah. Salah satu sebab tersebut adalah faktor keluarga dan KAFA sudah tahu mengenainya melalui surat yang saya hantar.

"Saya semakin berusia dan tidak mampu untuk bermain bola dalam tempoh yang panjang. Saya berharap mereka dapat melihat dari sudut ini dengan memahami situasi saya," katanya kepada pemberita selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Tambah penyerang yang meledak dua gol ketika membantu skuad kendalian Bojan Hodak menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 pada aksi final Piala Malaysia 2012, dia berharap perkara ini dapat diselesaikan sebelum kejohanan Piala AFF Suzuki yang bakal membuka tirainya pada 25 November ini.

"Jika boleh, saya berharap perkara ini dapat diselesaikan sebelum kejohanan Piala AFF Suzuki agar ia tidak mengganggu prestasi serta tumpuan saya.
"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada KAFA sepanjang saya menabur bakti selama tiga tahun di sana kerana sentiasa memberikan peluang kepada saya.

"Sepanjang tempoh tersebut, saya telah berjaya membantu Kelantan menjulang kejayaan dalam Liga Malaysia (Liga M) dan saya percaya penghijrahan ke Johor itu bukan faktor kewangan semata-mata.
"Saya sendiri pun tidak tahu daripada mana timbul isu bayaran RM80,000 itu dan saya cuma ingin beralih angin demi masa depan saya," katanya.

Ditanya mengenai ganjaran selepas Kelantan berjaya meraih gelaran trebel yang mungkin hanya diberikan kepada pemain-pemain setia, Mat Yo berharap Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa dapat menilai kembali syarat-syarat tersebut.

"Bagi saya, beliau (Annuar) sebagai presiden boleh menilai (situasi) ini dan tahu itu hak siapa," katanya.

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

_________________________________________

*Mat Yo akan beralih ke Johor dan amat berharap dapat berbakti untuk johor ! Yesss ! Tahun depan boleh lah pakai jersey JOHOR ! Terima kasih TMJ sebab sayang kan Johor. Ada Kota Iskandar dan menaiktaraf kan sukan Johor :)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DARAH DAGING

My cousie (abang farid) akan berkahwin dengan pasangan pilihan hati NooraAshikin (shikin jgak kan ? Hehe) so tadi sibuk. Gambar yang sempat saya ambil pun cuma waktu packing-packing keropok. Nak ambil gambar lain-lain tak sempat, tangan pun kotor. Mengupas bawang. Yelah, buat doa selamat memohon selamat pergi dan balik :)

Best berkumpul ramai-ramai. Keluarga belah abah memang sangat-sangat best. Aih nasib lah wahidah kena jadi pengapit kat nilai. Kalau tak confirm saya pujuk dia ikut. KakAin pun sama, dia tak boleh ikut sebab last week dia dah cuti :(

Tadi lepas merewang. Duduk-duduk berborak seisi keluarga. Saling bertukar cerita. Paling lawak cerita mak uda. Mak uda ni memang sangat-sangat-sangat lemah semangat. Bawak motor/kereta jauh-jauh pun tak berani. Kalau dengar berita ada orang meninggal sure tak keluar rumah. Kalau dengar berita orang kena rompak pun tak kelua rumah. Senang cerita, terlalu risau, takut dan bingung.

TAPI mak ude dikurniakan PAK UDE. Seorang suami yang suka menyakat. Kadang-kadang kesian tengok mak ude. So tadi mak ude cerita :

1) Pergi funfair. So pak ude beli topeng muka hantu berambut panjang mengurai. Esok paginya mak uda pi toilet. Menyanyi sambil gosok gigi. Keluar je dari toilet depan pintu ada rambut mengerbang !! *sila bayangkan hantu penanggal* HAHA. Apa lagi, menangis lah makude. Pak ude ketawe terbahak-bahak. Yang lawaknya, rambut topeng tu disusn cun punya mengerbang macam hantu penanggal. Disangut pada baldi. Rambut dihalakan ke pintu toilet. Hahaha ;D

2) Kat rumah pak ude ade kerusi ala-ala cerita hantu. Alaaa, kerusi malas yang bergoyang-goyang tu. Pak ude letak selimut putih atasnya dan matikan lampu. Lepastu panggil mak ude ke ruang tamu sambil goyang-goyang kan kerusi tu dalam gelap mcm gaya drama hantu indon. HAHA.

3) Mak ude keluar sekejap ke luar rumah. Lepastu pak ude balut badan dengan selimut putih buat ala-ala pocong dan tunggu dibelakang pintu dalam keadaan lampu mati. HAHA.

Ada lagi tau pak ude buat !

4) Pi mandi kat taman tema. Naik pelampung double. Pak uda dah tahu mak uda ni penakut. Then pak uda suh mak uda meluncur kat gelongsor air. Pak uda kata "ala, tak jauh, pusing2 dekat je" boleh bayang kan tak ? Badan mak uda lebih kurang adibah nor. Bila meluncur je rupa-rupanya gelongsor air tu berliku-liku. Sepanjang gelongsor tu sekuat-kuatnya mak uda jerit "AllahuAkhbar ! AllahuAkbar ! AllahuAkbar !!!!!!"

Tragedi-tragedi kat atas pun semua buat mak uda menangis.

Pak uda : biar kuat semangat
Mak uda : mana ada ! Tu bunuh bini ! Mana lah tak lemah semangat ! Kalau mati terkejut semua salah abang~!

Lepastu kami menyampuk :

"Kalau mak uda meninggal, mak uda pula takutkan pak uda dan kata ABANG, NI AKUU NI ABANGGG.. ABANGG TERKEJUTTTT ??"

HAHAHA

Serius riuh rendah rumah tadi.
Lepastu mak uda kata abah lagi lah, bulan lepas amy search datang pagoh. Saya tak ikut sebab lewat malam sangat. Abah pi lah. Terserempak dengan pak uda dan keluarga kat sana. Mak uda kata kat tengah-tengah padang abah sorang yang menyanyi sekuat-kuat hati "ISABELLA ADALAHHHHHHHHHH~!!!!!!!" sambil tangan melambai-lambai syok sendr keatas. Bila amy search jerit dari stage tanya "semua orang manaa ????" Abah sorang yang jerit "SAYA ORANG PAGOHHHHHHHHHHHHH~!!!!!!!!!!!" dalam keadaan semua menoleh. (-_-") nasib saya tak ikut abah. Kalau tak. Sure segan gila ! Hahahahahahahah

Siap-siapa bakal menjadi saudara kami. Don't worry. Sure dapat serasi kan diri dengan cepat !! Hehe ;)

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, November 7, 2012

KAKAK GEMUK SAYA

Aih, rindu pula pada kesayangan saya noraini shariat (T_T) apapun ! 3 hari 2 malam bersama dia sangat-sangat lah menggembirakan saya dan keluarga saya.

Even perjalanan BatuPahat ke Pagoh mengambil masa 3 jam, sepatutnya 1 jam pun dah boleh sampai. Dia kata "hujan lah, tu yang lambat" tetapi percayalah ! Tak hujan pun dia memang drive lambat. Huhu. Kami kan kembar berlawanan, saya bawa kereta laju, dia bawa kereta perlahan.

Petang jumaat dia datang, dan malam tu sangat-sangat-sangat indah dan dirindui ! Saling bertukar cerita mengenai apa yang dilalui berjauhan. Tak akan ada orang lain mampu ganti kawan baik macam kak ain. Walau ada 100 batu api yang memburukkan dia dan mengatakan dia apa sahaja, saya dengan setegasnya mengatakan "saya kenal dia !"

Tak pernah walau sekalipun kak Ain memburukkan orang. 4 tahun saya mengenali dia. Tak pernah pun. Nasihat-nasihat dia sentiasa membina saya.

4 tahun saya bekerja di farmasi, 4 tahun juga lah saya kenal dia. Farmasi yang saling memperkenalkan kami. Masa kakalai izinkan kakAin tidur dirumah saya dan kami tak memerlukan rumah company. Saya happy sangat ! Dan sejak dari tu, kami seperti sekeluarga :)

Allah kurniakan kan saya KakAin sebagai peneman susah senang saya. Pendengar saya. Rakan sekerja saya. Sahabat saya. Kakak saya. Saya harap Allah kurniakan dia kebahagiaan di dunia dan Akhirat.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

INDAHNYA BEKERJA MELAYAN PELANGGAN

Allhamdulillah.
Saya suka pekerjaan saya.
Antaranya sebab, pelanggan-pelanggan saya semua baik-baik. Yela, ada juga yang banyak songehnya. Tapi ada juga yang mengingati kami.

Contoh harini, see, custmer belanja makan. Sebut je apa, satey, soto dan macam-macam lagi. Termasuk duit. Pernah kami dapat tau dari pelanggan. Dan ha ! Ingat lagi ! Terung pun pernah. Haha. Nasib tak da panau. Orang bepanau tak boleh makan terung. HAHA

Macam tahu2 saya sedang mengikat perut. Ada je huluran. Aih, rezeki jangan ditolakkan ????

Tapi pernah juga, ada custmer (pak tam) baik sangat2. Cakap je nak apa. Semuaa boleh lah ! Tapi rupa-rupanya nak cari bini baru (-_-") umur dia dah 98 kot ! LOL

4 tahun dah berkhidmat untuk farmasi sihat. Cepat je masa. Haih. Pejam celik pejam celik 4 tahun. Huhu. Terasa diriku begitu wibawa ! Haha ;p

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, November 6, 2012

YA ALLAH !

Tadi petang hal adik saya.
ni adik incik lalan pula kemalangan.
tapi dia ada call incik lalan,
but then call balik tak dapat.
SUBHANAALLAH.
Semoga kakak tak apa-apa.

Ya Allah, lindungilah Nadzirah Sulaiman.
Jauhkan dari kepayahan dan kesusahan !


Mesti kakak takut :(


SELAMAT PENGANTIN BARU MY SAYANG

Assalamualaikum

betul kata orang,
setinggi mana kita merancang. 
Jodoh tetap ditangan Tuhan ;')

Allhamdulillah. kawan saya yang cantik rupawan
akhirnya sah menjadi isteri orang.
indahnya aturan hidup yang telah ditulis oleh Yang Maha Esa.

Saya ingat lagi,
permasalahan dia, ayat demi ayat luahan dia sering menjadi
ikutan dan tatapan saya tanpa jemu.
kini, Allah membalasnya dan menunjukkan hikmah
disebalik apa yang berlaku.
hanya sedetik perancangan dan kini semuanya sempurna.
saya pasti dia pun tak menyangka begitu indah perjalanan hidupnya
pada 2012 ini ;')

selamat pengantin baru sayang 
really sorry sebab tak dapat datang majlis perkahwinan,
hari sabtu. terpaksa bekerja.
10hb saya nak ke Perak.
so tak sedap pula minta cuti berturut.
apapun, i'm always pray for ur happiness k :)




atas nih gambar 'prewedding' dia.
hasil usaha incik amat zaidi dan geng dia.
aih. ni yang rambang mata nih.
kalau saya kahwin nak guna sapa ?????

GENG SAYA


GENG INCIK LALAN



ok jom layan gambar kawin mereka pula.
still dari geng incik amad zaidi




dannnn, saya suka pelamin dia sangat ;)



cantik ! kan ???
nak tanya feed dia ambil sapa punya hasil ~!
hahahaha

apapun, tahniah feed !!!
jelesnyeee :'(
dah kahwin dulu. heheheh.

SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE ANAK
CUCU CICIT, HUJUNG NYAWA,
SYURGA SELAMANYA :)

with love,
FatinFashiekin

Monday, November 5, 2012

KAGET

Tengah keje. Awal jatuh dalam bilik air.
Kening koyak ! ;(
Malam nanti baru dapat tengk dia !
Tengah kerje.

Alaaaa !!!

Risau laaa !!!

Macammana dia !!!

;(


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

YANG DIPELAJARI DARI PERHUBUNGAN

Lelaki (dia) :
"Sikap ambil ringan dan menganggap semua masalah adalah simple/remeh dan tak perlu dititik beratkan, bila sesuatu yang dirancangkan kelam kabut atau tak menjadi, baru menyesal"

Bukan dia saja, Memang ramai lelaki begini, hampir semua. Kerana itulah juga lelaki lebih bersahaja dan tenang berbanding wanita.


Wanita (saya) :
"Suka beremosi (kuat mbebel) dan tidak rasional, memikirkan sesuatu itu dengan mendalam dan berusaha untuk mengetahui segalanya dan gemar membuat andaian kearah negatif"


OLEH SEBAB ITU,
wanita (saya) perlukan lelaki (dia) untuk tenangkan dirinya dan lelaki perlu wanita untuk ingatkan dirinya setiap masa.

:)

BERSYUKUR ATAS KELEBIHAN
DAN REDHA ATAS KEKURANGAN

*yang kurang datang dari dia. Yang lebih datang dari saya. HAHA. Bye*


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DUTA PIZZA HUT

Mengidam pizza,
Last week nak pi tapi tak sempat,
Yela, pizza kan dieorang surf lambat ?
Kalau macD take and go je.

So this week baru lah boleh makan-makan dengan aman.
Ye, sekarang seminggu 2 kali.
Incik lalan bz gile ! Sebab dia sekarang join rizal dan don main badminton. Ceh ! Konon berstamina tinggi kan ? Huhu. then dengan staff2 dia pun dia ada main badminton sama-sama. So asyik2 bila call "nak main badminton dengan rizal" tak pun "nak main badminton dengan staff' but its okey lah. Asyik tak kelua peluh je. Menghadap komputer je. Biarlah dia bersenam dengan kawan serumah dan staff2 dia.

Semalam masa makan pizza pun tiba2 rizal mesej : "balik awal ada badminton" saya apa lagi, besar kan mata sambil pegang pisau pemotong pizza ditangan kanan dan garpu ditangan kiri. Haha. Actually tak kisah pun, memahami. Cuma saja mengada.

Apapun, saya nak kata.
Saya sewajarnya menjadi DUTA PIZZA HUT kerana asyik2 muka kami je kat situ ! Staff situ pun dah kenal kami. *eleh kenal pun tapi x bagi diskaun. Lol ;p

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...