FOLLOWER

Friday, October 5, 2012

TIPS TEGAR CARA ISLAM

PESANAN PENDEk -

Ketika wajah ini penat memikirkan dunia, maka berwudhulah. Ketika tangan ini letih menggapai cita-cita Di jalan Allah, maka bertakbirlah. Ketika badan tak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah. Ikhlaskan semuanya dan dekatlah kepadaNYA.

Agar tunduk disaat yang lain angkuh. Agar teguh disaat yang lain runtuh. Agar tegar disaat yang lain terlempar.

;)

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

KURUS SIHAT JIMAT

Menu harian saya kini adalah seperti diatas, setiap hari macam biasa,
WAJIB kopi 3 cawan,
Bukan secawan ye, 3 cawan.

Serius sangat addicted pada caffein,
Waktu minum iaitu, PERTAMA, bangun tidur sebelum mandi terus kedapur, buat nescafe secwan, switch on TV supaya otak dapat berfikir, baru lah saya mandi. Kalau saya bangun pagi tanpa secawan caffein, sure ! Mood saya tak baik.

KEDUA, sampai je farmasi lepas mengemas, menyusun dan menyiapkan semua kerja. Pukul 10.30 saya akan dapat kan cawan yang ke2.

Cawan KETIGA biasanya waktu lunch, 1ptg saya akan ambil caffein lagi dan sekarang perut saya dapat menerima dengan hati yang terbuka, lunch hanya dengan memakan sebiji apple !

Then, maghrib biasanya perut akan meragam lagi, so saya akan isi dengan coklat atau pun something macam snek. Apa2 lah yang ada di pantry farmasi.

Rutin tu berulang ! Dan saya sangat suka pada perubahan yang terjadi pada diri saya sekarang ! sangat menerujakan.

Saya bukan nak kurus lagi, tak, tak, tak ! Saya nak belajar menikmati hidup dengan cara yang susah ! Saya nak jadi kedekut even saya dah sememangnya kedek. Hahaha.

Mencabar diri sendiri adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan ! Benda simple je kot kan ? Tapi bagi uols yg maybe kuat makan seperti saya, permulaannya adalah sangat sangat susah.

But now, tak semestinya nasi je yang buat kita kenyang tau ! Tu semua psikologi semata.

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

LA TAHZAN ;)


Apabila kita asyik termenung
memikirkan nasib diri di sini...
merenung jauh mereka di sana
hidup penuh keseronokan dan kegembiraan...
namun, kita masih tak sedar tentang hakikat
erti kebahagiaan yang sebenarnya...

Ramai orang...
tersalah sangka tentang maksud
ketenangan dalam hidupnya
selalu orang mengaitkan ketenangan itu
dengan faktor harta...
dengan faktor kekayaan...
Walaupun itu boleh jadi penyumbang
tetapi itu bukan segala-galanya

Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar
tidur di atas katil yang empuk
tetapi dia tidak lebih enak ataupun lenanya tidak nyenyak
Bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk
kadang-kadang dia lebih lena dari kita

Ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat
lauk-pauk yang bagus
tetapi lidahnya tidak enak
lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan
satu dua mata lauk...
tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya
Kata Hamka: "lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat"

Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar
ada makanan yang sedap
tentulah hidupnya bahagia dan tenang
Belum tentu!

[Tiada siapa mampu menghalang ketetapan Allah]

Jika Allah hendak memnberikan kebahagiaan kepada seseorang
Dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun
Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang
Dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun
Jika Allah uruskan urusan kita
dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita
walaupun sekelip mata
dunia boleh berbuat apa-apa
tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah
Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas
kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah

Apa yang orang rasa rugi
Allah akan berikan keuntungan yang mana
jalan-jalan manusia tak sangka
tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan

[Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah...]

Tuan-tuan tengoklah dunia ni
kadang-kadang tuan-tuan
manusia dia hilang suatu benda ini daripada dunia
kadang-kadang macam dia hilang segala-galanya
saya nak sebut tuan-tuan
berapa banyak dalam hidup tuan-tuan telah melalui keperitan hidup?
Cuba ingat!
Ketika kita kena keperitan,
kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya
Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik

Ketika kita ditimpa musibah tertentu
Kita kata: "habislah aku kali ni"
tapi usia kita telah berjalan
Kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan Tuhan ini
Ketika kita kata: "Ya Allah... tolonglah aku,
Ya Allah... tolonglah aku, aku susah ya Allah"
hari ni kita pun telah lupa akan perkataan itu
dan kita lupa kadang-kadang untuk bersyukur
di atas pelbagai ranjang hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya

Orang-orang yang diberitahu kepada mereka
"Nun, orang ramai sedang berkumpul untuk ambil tindakan kepada kau"
"Nun, orang nak ambil tindakan kepada hang"
"Nun, orang nak ambil tindakan kepada kau"
"Nun, ada orang nak bertindak kepada kau"
Kata Allah: "iman dia tambah"
Bukan kita kata: "pasal apalah Allah benci aku? Apalah dosa aku?"
Tidak, tidak!
Kata Quran: "iman mereka bertambah"
Mereka kata: حسبنا الله ونعم الوكيل"
"Cukuplah bagi kami, Allah...
Dialah sebaik-sebaik tempat diserahkan urusan"
(آل عمران: 173)

[Pengalaman sering mematangkan kita]

Siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya
Orang-orang yang pernah hidup dan bertawakkal
dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakkal
Bila hati insan bulat kepada Ya Rabb
إني فَوَّضْتُ هذا الأمر إليك
Ya Allah... aku serahkan urusan ini kepadaMu ya Allah

[Kita sering lupa, kita masih punya kehidupan di akhirat]

Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat
dia akan merasakan dunia ini sangat kecil
kehidupan ini sangat luas
Nabi sebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim
Allah bawa pada hari akhirat, manusia yang paling derita dalam dunia ini
Saya tak tahu manusia paling derita di dalam dunia ini
Allah ambil dia, Allah masukkan dia ke dalam syurga
Dia dimasukkan, dicelupkan masuk ke dalam syurga
kemudian dia dikeluarkan lalu ditanyanya:
"Wahai fulan, adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?"
Dia kata: "tak! Aku tak pernah derita pun dalam hidup ini"
Hanya kerana masuk sekelip mata di dalam syurga, lupa cerita derita
Allah ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia ini
Segala yang nikmat, Allah masukkan dia secelup sahaja ke dalam neraka
lalu dikeluarkan dia
"Pernahkah kau merasai nikmat dalam hidup ini?"
Dia kata: "tak! aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini"
Hanya dengan satu celupan sahaja ke dalam neraka
Manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya

[Masihkah kita teringat akan nikmat yang Allah berikan selama ini?]

Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru
dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini suatu nikmat yang besar
Satu hamba Allah
yang patah kakinya
yang dia tidak pernah pun sebut
dulu barangkali tak pernah teringat tentang nikmat kaki yang setiap hari dia pijak
Tapi apabila satu hari dia sakit kaki
Dia kata: "Ya Allah... bagilah balik kaki aku, sembuhkanlah balik"
Dia tahu besarnya nikmat kaki, nikmat tangan, nikmat sihat
Kata Hamka: "Yang ada ini sudah harapan kita"
Yang kita ada ini harapan kita
Tetapi insan...
bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada
tetapi jangan lupa yang telah ada

[Bersyukurlah wahai diri ini...]

Sebab itu sebahagian para sarjana menyebut
Syukur kadang kala makamnya lebih tinggi daripada sabar
Ramai orang terpaksa sabar
tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur
Bila dia susah nak kata apa?
"Sabar je la, nak buat apa?"
Tapi untuk jadikan orang yang memiliki harta seperti tuan-tuan
syukur di atas nikmat
اللهم ما أصبح بي من نعمة أو بأحد من خلق
فمنك وحدك لا شريك لك فلك الحمد ولك الشكر
"Ya Allah... apa saja yang aku alami
daripada nikmatMu, daripada kurniaan daripada sesiapa di kalangan hambaMu
tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan
bagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran.
Subhanallah...!

Insan, jika dia nak bersyukur kepada Allah, tak terdaya
وإن تعدوا نعمة الله لا تحصوها : إبراهيم: 34
Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, kamu tak mampu
Tuan-tuan... bila kita melihat hidup ini secara keseluruhan
kita akan rasa ma syaa Allah hidup ini
apa yang Allah kurniakan kepada kita
lebih dari harapan kita sebenarnya
Kalau tuan-tuan ingat daripada hari tuan-tuan dilahirkan
tempat tuan-tuan dilahirkan
rumah tuan-tuan dilahirkan
sehingga tempat tuan-tuan ada pada hari ini
Ma syaa Allah...!
Tak dapat nak diucapkan berapa kali nak sebut pun tak mampu

[Firman Allah yang bermaksud:]

"Ketika orang-orang yang kafir itu mengeluarkan dia
ketika dia salah seorang dari dua, dia dan Abu Bakar
yakni Nabi dan Abu Bakar
Ketika mereka berada di dalam gua (sewaktu peristiwa hijrah)
Ketika dia berkata kepada sahabatnya
لا تحزن إن الله معنا
"Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita"
(التوبة: 40)


[Petikan dari ceramah: Mencari Sakinah, Dr. MAZA, 1 Nov 2009]

Thursday, October 4, 2012

KAU SUKA DIA SEBAB DIA DOKTOR KAN ?


Terbaca post kak zuhana (sepet) mengenai 
qery yang bertajuk "kau suka dia sebab dia hansem kan"
dan perkara tu terjadi pada dia.
dan saya pula dihujani persoalan
"kau suka dia sebab dia doktor kan ?"

hmm, kalau korang terfikir macamtu,
sah ! korang terlebih tengok drama melayu.
konon kalau doktor ni kena ada briefcase,
kena pakai tie,
kemeja lengan panjang,
smart, nerd, pendiam, tapi baik hati,
bergaya bermutu dan keunggulan *teringat iklan dunhill
hahaha

TAK DE MAKNA NYA 
semua tu suatu penipuan,
kalau dah namanya manusia biasa,
manusia biasa lah jua.

dulu saya kenal dia tak tahu pun dia doktor ok.
orang tanya juga, kenapa saya suka dia ?

jwapannya ; tak tahu.
dengan dia saya boleh cakap suka hati saya,
gaduh tarik2 tudung dan rambut pun
bangun tidur esok lupa.
lepastu bagi 156hari bergayut dgn dia pun,
ada ja topik nak bual.

pernah juga sebelum kenal dia kenal laki lain,
tapi sumpah ! serius saya jadi pendiam.
soalan ulang2 "da makan ?"
"da solat ?" tu je lah ulang2 sebab tak da modal nak borak.

hmm, kesimpulannya apa ea ?
entah ! nanti saya fikirkan kenapa dia yg disukai ?
buat masa sekarang kalau nak jawab
"apa yang tak disukai mengenai dia"
tu adalah jawapannya. hahaha



with love,
FatinFashiekin



EMOSI TERLEBIH


Maaf lah sebab emosi-emosi
al maklum lah, perempuan..
almaklumlahh...

hehe


mana takk emosi,
bangun-bangun tidur dapat call,
dapat call dan di hujani pelbagai prsoalan
dan pertanyaan tanpa soal selidik apa yg saya buat,

kenapa saya buat ?
sesungguhnya melayu mudah lupa,
kejadian tu dia pun tahu,
bila diterangkan dia jawab
"oo, dah lama"

memang lah dah lama. kan ? LOL.
tu yang stress. 
kene marah. bebel. macam-macam.
tak sempat explain.
dia yang buta IT.

ee, tapi apapun,
saya pun apalah. emosi.
hahaha. lawak !
rasa nak tenung muka sendiri lama2 kat
cermin dan kata "kau pahal fatin fashiekin"
heehe. maaf ye. ampun ;p

with love,
Fatin Fashiekin



Wednesday, October 3, 2012

ALLAH KNOWS THE BEST

All that happened/happens, are with Allah's will.

So treat everyday as if it's your last, and you'll see the good side of everything.

:)

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

IMAN

" I KNOW YOU ARE THERE ALLAH. I KNOW YOU SEE MY TEARS. I KNOW YOU HEAR MY PRAYERS. I KNOW YOU ARE TESTING ME. AND ALL I ASK FROM YOU IS TO STRENGTHEN MY IMAN SO I CAN HANDLE THE STRUGGLES IN LIFE AND HAVE PATIENCE. PLEASE KEEP ME SAFE."

I know ! :)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, October 2, 2012

KEMANISAN MENABUNG


Ye, tak ada siapa kat dunia ni ada hobi menabung.
jangan nak menipu ler,
TAPI tidak dinafikan,
benefit menabung tu sangat banyak.

bukan senang nak senang,
dan bukan susah nak cari susah.
2 pilihan tu. pilih je nak yg mana.

kau bijak berbelanja, kau kaya.
kau boros, kau akan kuros (kurus) haha

saya rasa ada hikmah juga lah bila orang sekeliling
kata pada saya :
"kin, kenapa makin gemuk ?"
even soalan tu membuat kan saya stress,
dan saya rasa stress tu ke arah kebaikan tau.
fokus untuk menjaga bentuk badan,
dan fokus untuk terus jimat bbelanja 
meningkat naik ke arah POSITIF.
even sebenarnya berjimat dan berdiet ditempat kerja,
balik je rumah 5 kali tambah makan ;p

2012 pun semakin habis,
azam 2012 masih positif ! momentum tu masih ada.
kadang2 memang lah MC 
tapi atas sebab dan alasan yang positif lah :)

saya berusaha menabung untuk
KECEMASAN DAN MASA HADAPAN

Saya ingat lagi,
tahun pertama saya bekerja dulu sangat2 boros,
lunch je makan "chicken chop"
air pula cappucino lah.. white tea lah..
sangat-sangat boros !
hari2 makan gaya knon western kt cafe
lapar je oder kat kedai, bila makan tak habis, buang !

tapi pengalaman mengajar kita,
masa juga banyak bagi pengajaran,
tiba masanya untuk fokus dan ada matlamat hidup,
even matlamat saya adalah untuk menamatkan zaman bujang !
*very the verangansss !

with love,
FatinFashiekin




FREE BACKGROUND BLOGG (NONE)

Assalamualaikum

hai ! sekali lagi saya menyalin pakai my blog.
before this saya menggunakan tema warna coklat.
dan bila buka bloge je selalu terfikir

"apasal blog aku warna coklat?"
"kenapa macam warna orang2 tua?"
"hiyuuu, coklat bukan warna kegemaran saya ok"
"suramnya, coklatnyaa"

so dengan jaya nya menukar blog ini
kepadaaaa PUTIH !!!!

"kenapa putih?"

macamni ceritanya, mula-mula
saya mencari lah background blog yang free,
tapi semua nya berkerawang bagai,
rase macam ada semak samun pula bila saya try.

then, give up.
tak cari dah background free,
then godek-godek.
hmm, tahu kan godek2 tu ape ?
dalam bahasa omputeh "try to learn something new"
yaka ? atau dalam bahasa pasarnya nya
"hentam keromo"
bukak layout lah. HTML segala bagai ditekan,
last-last saya pilih warna
NONE
tahu tak none tu ape ? kosong ?
so sebenarnya blog saya ni backgroundnya
adalah NONE. tak ada apa, kosong.
cuma kolum2 je. dan tukar warna tittle.
tu je. puas hati !!

nak upah blog designer tak mampu,
nak ikut2 tutorial leceh.
cara terbaik, hentam !
suka ke tak suka sendiri buat.
nanti kalau bosan, tukar pula yang lain.

yang pentinggg,
blog ni dapat pakaian baru !!! ;D


*peace*

with love,
FatinFashiekin

Monday, October 1, 2012

KRU (WANITA)

Lirik Lagu KRU - Wanita 


Di sebalik semua lelaki di dunia
Pastinya didukung seorang wanita
Dia berkorban untuk
Memberi yang mampu 
Demi insan yang disanjung dalam hidup

Tatang hatinya bagai permata
Luangkan masa untuk bersama
Bilang padanya kau sayangkan dia
Sepenuh jiwamu

Tenangkan hatinya bila resah 
Setia didalam ceria dan gundah 
Itulah saja balasan diminta
Seorang wanita

Senyumannya mampu mengubati pilu
Ketika dunia tak kelihatan indah
Wajahnya yang ayu 
Menenangkan kalbu
Jgn kau hampakan cintanya yang tulus

Tatang hatinya bagai permata
Luangkan masa untuk bersama
Bilang padanya kau sayangkan dia
Sepenuh jiwamu

Tenangkan hatinya bila resah 
Setia didalam ceria dan gundah 
Itulah saja balasan diminta
Seorang wanita

Lindunglah dia seperti dia menyelimutmu
menyelimutmu.. menyelimutmu..

Tatang hatinya bagai permata
Luangkan masa untuk bersama
Bilang padanya kau sayangkan dia
Sepenuh jiwamu

Tenangkan hatinya bila resah
Setia didalam ceria dan gundah
Itulah saja balasan diminta
Seorang wanita

Itulah saja balasan diminta
Seorang wanita...

__________________________________________


*eh lagu ni best ! Even tak ada sapa-sapa nyanyi untuk saya. At least, KRU bt lagu ni dan btajuk "wanita", sekurang-kurangnya rasa dihargai lah juga. Rasa tersentuh juga lah mendengarnya.

Liriknya kan mengenai apa yang perempuan suka dan perempuan nak dari laki. Tapi saya yakin, 88kali ulang kat telinga lelaki especially incik lalan. Yang dia tahu, buat muka tak berperasaan je, even kita berkias bukan main. Spoil.

Apapun, Saya suka ? Awak ? Awak punya suka lah. Bye. Gud nite ! ;)

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

KALAU PAHIT PASTI ADA MANIS

Di celah batu-batu besar yang tajam pun, masih ada bunga-bunga kecil yang dapat tumbuh.

Takkanlah di celah kesusahan-kesusahan kehidupan ini, tidak ada satu kemanisan pun yang kita temui.

Pasti ada secebis kemanisan yang membuatkan kita tersenyum kala menempuh onak-onak di sepanjang kehidupan ini.

Senyumlah agar hidupmu bahagia !
Terus kan tersenyum !
Senyum !!

:)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...