FOLLOWER

Thursday, September 20, 2012

WAHAI PEMUDA DAN PEMUDI



Dear encik ,
" sombong saya bertempat,
sombong saya untuk menjaga maruah,
& adab saya sebagai seorang perempuan "

mengertilah dan fahamilah wahai pemuda pemudi sekalian


with love,
FatinFashiekin


Wednesday, September 19, 2012

REZEKI

Ketika ALLAH memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu.

"ALLAH BERI REZEKI MELALUI KITA UNTUK KITA TOLONG ORANG LAIN. REZEKI ITU BILA-BILA MASA SAJA ALLAH BOLEH AMBIL BALIK."

Saya selalu ingat ! Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Walaupun saya bukan kaya raya, kalau saya mampu, saya akan tolong. Sebab saya tahu, Allah sentiasa memerhati kita, cuma kita perlu memilih, samaada baik atau buruk jalan yang kita pilih. Pahala atau dosa yang kita kehendakki.

Saya nak masuk syurga, saya nak tambah pahala. Kawan-kawan bimbinglah saya ye. Tolong jadi kawan yang dapat menyempurnakan iman saya. Tu yang saya perlukan :)

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BERBUAT BAIK PADA SEMUA (KISAH NABI MUHAMMAD SAW)

"Jika engkau merasa disakiti, bersabar untuk mengharapkan
pahala dari Allah SWT dan bersyukur,
kerana dengannya engkau
mengetahui bagaimana merasai kesakitan, lalu kau tidak akan sekali-kali menyakiti orang lain."


sebuah kisah yang dapat dipelajari dan dijadikan tauladan, dimana Rasulullah Saw, di hina, di fitnah, dan di caci maki dihadapan orang ramai oleh seorang pengemis yang sudah tua, dia adalah wanita Yahudi dan kemudian akhirnya mengucapkan kalimah syahadah didepan Saidinah Abu Bakar Shiddiq r.a. atas kemuliaan dan keluhuran sifat yang ada pada diri Nabi Muhammad SAW.

"Sungguh pada diri Rasulullah itu terdapat sifat teladan yang baik."

Di sebuah pasar di kota Madinah. Ada seorang pengemis Yahudi buta, setiap kali ada orang yang mendekatinya dia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia
itu pembohong, dia itu ahli
sihir, apabila anda mendekatinya anda akan terpengaruh..!!"

Namun setiap pagi, Rasulullah Saw akan tetap menziarahinya. Baginda tak
pernah lupa untuk selalu membawakan
makanan kepada pengemis itu. Semua itu baginda lakukan tanpa berkata apa pun dan hanya mendiamkan diri. Dengan rendah hati dan penuh kasih sayang, baginda menyuapkan makanan yang dibawanya tersebut, kepada si pengemis. Dan setiap hari juga lah, si
pengemis tak lupa berpesan dengan ayat yang sama dan tanpa henti menghina Rasulullah. Namun, Rasulullah SAW masih dan terus melaksanakan kebiasaannya itu, sehingga akhirnya baginda wafat.

Suatu hari Saidina Abu Bakar ra. berkunjung ke rumah anaknya Aisyah radhiyallahu'anha. Saidina Abu Bakar bertanya kepada Aisyah, tentang masih adakah sunnah dari Rasulullah Saw, yang belum dilaksanakannya. Maka Aisyah memberitahu bahwa setiap pagi Rasulullah selalu pergi ke pasar membawa makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana.

Keesokan harinya Saidina Abu Bakar pergi ke pasar dengan membawa
makanan dan menemui pengemis
buta itu. Beliau datang dan memberi makanan kepada si pengemis yahudi.
Ketika beliau mula menyuapkan makanan ke mulut si pengemis,
tiba-tiba si pengemis itu berkata,
"Siapa kau ? engkau bukan orang yang biasa menziarahiku. Apabila dia datang kepadaku, aku tak perlu memegang dan mengunyah makananku sendiri. Dia yang biasa menghaluskan makanan itu
dengan mulutnya, setelah itu dia
menyuapkannya untukku", kata
pengemis itu dengan nada marah.

Subhanallah,.. Saidina Abu Bakar terkejut
mendengar kalimah itu, dan beliau tidak dapat menahan air matanya. Sambil
menangis, Beliau menceritakan
kepada pengemis itu, bahawa beliau memang bukanlah orang yang biasa menziarahinya. "Beliau adalah Rasulullah
Muhammad SAW" kata Saidina Abu bakar.

Mendengar kata-kata itu, kemudian si pengemis pun ikut
menangis dan kemudian berkata,
"Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, tapi dia tidak pernah memarahiku, sedikitpun ! Dia masih tetap datang menziarahiku dengan membawa makanan setiap pagi. Dia benar- benar mulia" kata si pengemis sambil menangis teresak-esak.

Dan di akhirnya si
Pengemis Yahudi buta tersebut,
Mengucap kan kalimah syahadah dihadapan Saidina Abu Bakar.

Sungguh mulia peribadi Rasulullah Saw. Baginda mengajar kita tentang bersikap rendah diri dan tetap menjaga silaturahim sesama kita dengan baik, walau betapa jahat dan teruknya diri kita diperlakukan, terus bersabar dan teruskan !

Baginda juga mengajar kita
tentang hikmah dari
sebuah kemaafan, dan kasih sayang dalam mengasihi.

*bila baca kisah ini, saya akan tersenyum, dan seikhlasnya saya akan memaafkan semua orang dan berusaha jadi yang lebih baik tanpa mengharapkan balasan.. "Tiada Tuhan Selain ALLAH dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah" :)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

AZIMAT HATI

Masa demi masa kian datang dan berlalu, rasa bahagia, rasa gembira, rasa takut, rasa teruja dan rasa tertanya..

"Ya Allah berkatilah perjalanan hubungan kami. Sesungguhnya aku amat memerlukan restu darimu Ya Allah dalam merancana masa depanku dan dalam memastikan setiap apa yang kami rancangkan berjalan lancar sehingga ke akhir nyawa kami. Restuilah hubungan kami, permudahkan segala nya.. Aminn"

--------------------------------------------------------

AZIMAT HATI :

Sentiasa dipesan kepada saya bahawa, bila mengahwini seseorang, maka kita mengahwini seluruh keluarganya.

Bukan sekadar kasih kepada pasangan, tetapi kasih kepada seluruh keluarga.

Bukan sekadar menyantuni pasangan, tetapi menyantuni seluruh keluarga.

Bukan sekadar sibuk nak masuk syurga dengan pasangan, tetapi berusaha juga nak masuk syurga bersama keluarganya.

Semoga sentiasa diredhai Allah :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MAKAN BINCANG KENYANG

Makan sambil berbincang sambil kenyang, benda paling syokk sekali bila makan sambil berbincang tau. Rasa mood tu elokk ja.

Cakap-cakap sambil kunyah dan minum, cakap-cakap lagi, bagi pandangan masing-masing, argue-argue, bidas membidas, logik tak logik, dan at last, still tak dapat penyelesaian, kenyang dan blah dari situ. HAHA

Bagi saya duduk depan dia 24jam dan bagi satu topik. Kami boleh bahaskan tau tanpa henti, yg penting jangan bagi orang perhatikan kami berbincang secara berbahas, sebab automatik kami akan jadi pendiam.

Yela, kami kan pasangan yang sentiasa menjaga keadaban dihadapan orang ramai, tapi kebiadapan akan terserlah bila kami berdua, haha. Dia kan kawan lelaki a.k.a boyfren a.k.a kawan karib a.k.a kekasih a.k.a kaunselor a.k.a future husband saya. Hhuhu. Eh ! Ayat last tu ? Ok sila abaikan.

with love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

JAKEL

Keterujaan !

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, September 18, 2012

HIDUP SEBELUM MATI

Di farmasi, kami ada pelanggan tetap, Kakak ni kalau datang famasi sure dengan suami dia, memang manja dengan suami dia, baru-baru ni suami dia tukar kereta baru, kereta alza. Tapi kakak ni tak tahu bawa. So senang kata, kemana jua dia pergi suami dia ada disisi. Dan suami dia umpama tulang belakang besar dia.

Si suami sering rasa perut membengkak, kami suspek gastrik, tapi masih tak baik-baik. Darah tinggi, kolestrol semua okey. Dan kami sarankan dia berjumpa doktor pakar. Saya ingat lagi, suami dia merungut, suami dia kata, appoinment dengan goverment masih lambat iaitu bulan 7. Ye saya masih ingat dia bercerita yang dia risau sakit apa yang menimpa dia. Dan kami mencadangkan dia ke swasta sebab swasta lagi profesionel dan cekap.

Beberapa hari lepastu, si isteri datang lagi ke farmasi, katanya suami dia pengsan dah dibawa ke hospital dan disah kan menghidap penyakit kanser hati. Oh, tak sangka, penyakit yang disangka kan gastrik lah, jantung lah, rupanya kanser hati.

Kerap kali si isteri datang ke farmasi, tak jemu-jemu mencari ubat dan masih percaya pada ubat yang kami beri walaupun suaminya sedang dirawat di hospital. Dan kami juga tak jemu bertanya mengenai perkembangan suaminya.

Puasa berlalu dan tibanya syawal, dan ahad lepas adalah hari terakhir syawal. Isnin seperti biasa farmasi mula beroperasi setelah cuti hujung minggu berlalu. Si isteri datang ke farmasi, saya tersenyum pada si isteri dan mengucapkan salam maaf zahir batin even syawal sudah berlalu.

Si isteri memandang saya dan kata "suami akak dah tak ada", terdiam saya (tolong sedekahkan Alfatihah untuk allahyarham), cepatnya masa berlalu ? Macam semalam saya baru bertegur sapa dengan si suami, terserempak di kedai makan dan saling berbalas senyuman. Sekarang dia sudah tiada.

Si isteri mula bercerita,
"Suami akak meninggal jumaat minggu lepas, Allhamdulillah dia pergi pada hari yang bagus dan masa betul2 waktu orang sedang menunaikan solat jumaat, sebelum dia meninggal, dia asyik bertanya esok hari apa, dan bila akak jawab jumaat, dia tersenyum dan kata cantikk hari tu.."

Msa akak ni baru buka cerita, saya sendiri dan meremamng bulu roma, macam tak percaya si suami dah tak ada, then si isteri kembali bercerita keadaan arwah suami nya masa dihospital "masa kat hospital dia tak banyak ragam, cuma seminggu sebelum meninggal, arwah melawan doktor, minta dibawa pulang sebab dia rindukan anak2 dia"

"Yang buat kan akk sedih, khamis sehari sebelum dia meninggal, masa doktor ambil darah dia, dia asyik minta akak peluk dia dan dia asyik kata "mama, nak peluk ma, maa nak peluk maaa" "- masa ni serius air mata saya dah bertakung. Macammana lah kakak ni tabah macamni.

"Masa semua pergi solat jumaat termasuk anak lelaki akak, so tinggallah akak dengan anak2 perempuan, arwah meninggal masa betul2 masuknya waktu solat jumaat, apa pun akak lega dan akak redha, akak tak sanggup tengk dia sakit depan mata akak." -kuat sungguh kakak ni kan ??

Dan part paling saya tak sangka, "sebelum dia meninggal, arwah ada minta akak sampaikan salam pada kamu semua, katanya tak dapat nak datang sini lagi, tak sempat nak minta maaf pada kamu semua" subhanaAllah, masa ni saya menahan airmata, terharu + sedih bila ada pelanggan yang masih mengingati kami, jasa kami yang tak seberapa ni diingat sebelum dia meninggal dunia ;'(

Saya cuma mampu kata "kak, banyakkan bersabar, saya tahu akak kuat ! Arwah tak ada bt salah dgn kami," Dan akak tu tersenyum pahit dan kata "demi anak-anak akak terpaksa kuatkan semangat"

Kuat betul semangat kakak ni, anda bayangkan, kakak tu bawa kereta pun tak reti, berharap ke mana saja dengan bantuan si suami. Selama ni suami selalu disisi.. Sekarang ??

Semoga kakak tu kuat !
InsyaAllah pasti ada hikmahnya.

With love,
Fatinfashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BEFORE AND AFTER

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, September 17, 2012

IKEA MUTIARA DAMANSARA

Assalamualaikum

semalam macam yang uols tahu,
saya kakak dan incik lalan ke Ikea (Mutiara Damansara)
mencari barang-barang rumah.


haa ! ada pun gambar saya dengan incik lalan,
sejak kes saya upload gambar dia buat muka duckface,
incik lalan TRAUMA bila sy pegang kamera.
asyik-asyik dia menjerit
"haa !! haaa !!! haaaaaa !!"
suasana gamat gila,

ok, perjalanan ke Ikea,
kami tiba pada pukul 2 petang,
masalah parking yang sangatt memeningkan,
nasib baik lah ada GPS,
even blackberry punya GPS tak sehebat iphone.


shopping di IKEA tapi parking di Tesco, haha.
sebelah ikea TheCurve. rugi ! kalau x blh shopping kat the curve kan ?
tak pa, bak kata incik lalan,
next time pi lagi, kalini dah tahu jalan,
so lepasni kalau shopping kat ikea lagi, segalanya mudah ;D


Aih, bila masuk je,
rasa "woaaaaaaa~"
nak tu nak ni.. dan ayat saya :
"ini lah dapur idaman saya"
"ini lah bedroom idaman saya"
"ini lah bathroom idaman saya"
"ini lah wardrobe idaman saya"
tapi just mampu cakap jelah,
mampu beli ?? insyaAllah lepas kahwin nanti,
sekarang tak mau lagi, membazir..

Incik lalan over juga,
dia paling suke kerusi santai yg boleh bsandar
diruangan menonton.
1 kerusi simple2 pun harga 2k,


yang ni dia tengah berangan,
nak beli meja bkerja simple yg jimat ruang


showroom di ikea memang sangat menarik,
TAPI yang saya tak sukaa
dan lenguh kaki dan minda
bila part mencari 


perghh (-_-")
bukan senang nak mencari okeh

apapun,
hari yg sangat indah ! dan seronok :)
bile2 kite pi lagi ye


with love,
FatinFashiekin


KEKASIHKU DIHINA ( INNOCENCE OF MUSLIMS )

Assalamualaikum

Aku terdengar kekecohan itu. Seperti dunia sedang bergegar dan gunung ganang menangis. Aku melihat dari jendela kesibukan hidupku. Rupanya kekasihku dihina lagi yang entah buat kali ke berapa. Dan ummat baginda menjadi marah, lantas timbul kekecohan di sini dan di situ.

Aku menghela nafas. Sebak itu wujud.

Menutup mata. Aku dapat rasa ada cecair sejuk mengalir pada pipi di bawah mata.

Aku terkilan dengan kedua-duanya. Kepada yang membina video itu dan kepada yang merosakkan wajah Islam dengan sikap mereka.

Aku lantas melihat semula ke belakang. Kepada susuk tubuh itu yang kini abadi di atas helaian-helaian kertas di dalam kitab-kitab mukhtabar. Berusaha untuk mencari sesuatu.

Buat mereka yang menghina Rasulullah SAW aku itu.

Dan buat mereka yang berakhlak buruk, dalam mempertahankan Rasulullah SAW aku itu.

********

Baginda kelihatan tersangat letih. Dengan darah yang menjadi warna tubuhnya ketika itu. Luka-luka menghiasi diri. Di sisinya Zaid bin Harithah berusaha memberikan yang terbaik kepada tubuh suci itu, tanpa menghiraukan dirinya yang turut luka-luka hasil jamahan batu-batu dari penduduk Ta’if.

Ketika itulah baginda berdoa kepada Allah SWT. Menyatakan akan usahanya, dan memohon ampun jika ini semua berlaku kerana kelemahannya. Menyatakan betapa lemahnya baginda, dan kepadaNya sahaja tempat baginda mampu bergantung harap.

Meruntun dunia mendengar doa itu, hingga malaikat turun memberikan tawaran. Jika mahu, gunung di Ta’if itu akan diangkat lalu dengannya Kaum di Ta’if itu dihancurkan. Namun di tengah luka dan kepedihan, di tengah kesedihan dan ketidak upayaan, Rasulullah SAW aku itu berkata:

“Jangan, moga daripada mereka, akan lahir orang-orang yang beriman kepadaNya.”

Aku yang tidak berada di sana, namun berdiri di tempat itu dengan dihubungkan helaian-helaian Sirah itu pada hujung jemariku, menangis.

Inilah Muhammad SAW yang dibenci itu.

Mengapa ini tidak diceritakan di dalam cerita mereka itu?

Mengapa ini tidak dicontohi oleh mereka yang mahu mempertahankan baginda itu?

*******

Baginda ketika itu dalam saat yang genting. Manusia-manusia rakus dari kumpulan kaafir Quraisy sedang berlumba untuk menamatkan nyawa baginda. Barisan tentera Muslimin di Medan Uhud yang hancur akibat ketidak patuhan sebahagian tentera, membuatkan tentera-tentera musuh berjaya menerobos ke benteng terakhir. Semua dahagakan darah baginda.

Yang ada di sisi baginda pada saat cemas itu hanyalah Sa’ad bin Abi Waqqas dan Talhah bin Ubaidillah. Mempertahankan Rasulullah SAW dengan segala kemampuan yang mereka ada, sebelum para sahabat yang lain tiba.

Ketika itu Ibn Qami’ah dari pasukan lawan berjaya menerobos dan melandaskan pukulan. Bahu baginda menjadi mangsa, dan kemudiannya pipi baginda. Hingga tali pengikat keledar besi yang dipakai baginda, terperusuk masuk ke pipi baginda. Beberapa batang gigi baginda patah, dan mengalirlah kemudiannya darah. Hingga baginda menakung dengan tangan suci baginda darah itu.

Saat ini, apa yang keluar daripada mulut baginda?

“Wahai Tuhanku, ampunkanlah kaumku itu, sesungguhnya mereka tidak mengetahui.”

Dan bersegeralah Abu Ubaidah yang telah sampai berusaha mencabut tali pengikat keledar itu, hingga giginya pula yang tercabut. Datang pula Abu Talhah, Abdurrahman bin Auf dan Abu Bakr mempertahankan baginda dan memukul musuh agar meninggalkan kawasan itu.

Suasana itu sangat mengharukan. Aku tidak berada di sana. Namun aku seakan wujud di sana. Bergetar hati ini ‘melihat’ suasana itu.

Mengapa ini tidak pula diceritakan?

Dan mengapa sikap itu tidak pula menjadi contohan?

*******

Kelihatan baginda mesra berlumba lari dengan Aisyah yang dicintainya. Kelihatan baginda menyantuni isteri-isteri baginda di rumah. Kepada Hafsah, kepada Ummu Salamah, kepada Zainab binti Jahsy dan lain-lain dari Ummahatul Mukminin, baginda mengasihi semuanya. Bahkan masih memuji dan mengingati isteri pertamanya Khadijah dengan penuh kasih dan cinta.

Seorang yang walaupun sibuk menerima tentangan, peperangan, memberikan penyampaian, keluar memerhatikan sahabat dan rakan, tetap pulang ke rumah dalam keadaan yang tidak membawa tekanan dan masih ada masa bermesra dengan isteri dan anak-anak baginda, membantu menguruskan hal ehwal rumahtangga.

Bagindalah juga yang menunjukkan contoh yang cantik kepada isteri-isteri baginda. Kala roti yang dibawa oleh Aisyah terjatuh, baginda adalah yang mengutipnya, meniupnya, dan memakannya. Tiada pembaziran di sisi baginda. Kala Aisyah cemburu kepada madunya Zainab, hingga menampar hidangan yang datang daripadanya, baginda adalah yang tenang dan sekadar lembut mengajak Aisyah mengutipnya semula, meminta Aisyah menghantarkan hidangan balas buat madunya.

Jika benarlah tubuh yang suci itu merupakan seorang yang gila seks, merupakan seorang yang sukakan seks dengan kanak-kanak, melakukan penderaan seksual, maka mengapa isteri-isterinya bahagia dan kemudian menjadi antara paksi penyebaran ajaran yang dibawa oleh baginda?

Baginda adalah yang mengangkat hak para wanita, para isteri, yang selama ini dianggap sekadar tempat melempiaskan nafsu dan melakukan kerja-kerja seperti hamba. Baginda adalah yang memuliakan para wanita dan menghormati baginda. Tiada baginda membentak isterinya kala makanan tiada, tiada pula baginda adalah yang bising kala makanan tidak kena dengan seleranya.

Maka mengapa itu semua tidak diceritakan?

Dan mengapa, dari kalangan ummat baginda, yang mengaku beriman dengan baginda, tidak mencontohi keadilan ini kepada wanita mereka?

Aku tidak berada di sana, tidak wujud kala baginda wujud, namun aku sentiasa tidak pernah gagal merasa hidup dengan kehidupan baginda. Kutekap buku sirah yang berhubung dengan tanganku ke wajah, kalaulah dari tulisan-tulisan itu dapat kuhidu haruman tubuh baginda.

Air mata ini mengalir.

*******

Apakah orang ramai mengenali Abdullah ibn Ubai ibn Salul? Kepala munafiq. Antara yang menyebarkan cerita fitnah akan kecurangan Aisyah RH. Antara yang membuatkan 300 orang dari 1,000 orang tentera Uhud berpatah semula ke Madinah. Antara yang berkata di kalangan orang ramai tanpa segan silu bahawa dia akan menghalau Muhammad keluar dari Madinah.

Hingga Umar RA yang terkenal pantas melindungi baginda ingin memenggal kepala celaka itu. Tetapi apa yang Rasulullah SAW lakukan?

Dihalangnya Umar, dan berkata:

“Apakah engkau ingin nanti manusia berkata, bahawa Muhammad membunuh saudaranya?”

Dan kala Abdullah ibn Ubai ibn Salul ini mati, baginda dengan penuh kasih, ingin melaksanakan Solat Jenazah kepadanya dan mendoakan kebaikan buatnya. Tetapi Allah SWT sendiri menghalang baginda. Hingga turun ayat:

“Kamu memohonkan ampun bagi mereka atau tidak kamu mohonkan ampun bagi mereka (adalah sama saja). Kendati pun kamu memohonkan ampun bagi mereka tujuh puluh kali, namun Allah sekali-kali tidak akan memberi ampun kepada mereka. Yang demikian itu adalah karena mereka kafir kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasik.” Surah At-Tawbah ayat 80.

Tetapi kasihnya baginda, baginda berkata: “Maka aku akan memohon ampun buatnya lebih dari 70 kali.”

Dan kemudiannya Allah memberikan penegasan akan maksud ayat tadi:

“Dan janganlah kamu sekali-kali menyembahyangkan (jenazah) seorang yang mati di antara mereka, dan janganlah kamu berdiri (mendoakan) di kuburnya. Sesungguhnya mereka telah kafir kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka mati dalam keadaan fasik.” Surah At-Tawbah ayat 84.

Membuatkan Rasulullah SAW memahami bahawa memang tiada keampunan, buat yang mati tanpa bertaubat dari dosa-dosanya.

Namun kasihnya Rasulullah SAW itu terpancar pada tindakannya ketika itu. Walau Abdullah ibn Ubai Ibn Salul itu kerjanya hanyalah untuk melukakan baginda dari hari ke hari. Dari masa ke masa. Dari waktu ke waktu. Tetapi lihatlah bagaimana Rasulullah SAW melayannya. Berusaha hingga ke akhirnya agar seluruh ummatnya masuk ke dalam syurgaNya.

Mengapa ini tidak diceritakan oleh mereka?

Mengapa keindahan dan kecantikan sikap ini tidak pula dicontohi oleh mereka yang ingin mempertahankan baginda?

Aku tidak berada di sana. Tetapi kisah-kisah ini hidup bersama diri. Aku sentiasa mencari di mana semua ini dalam kehidupan hari ini, terutama di dalam diri.

Di manakah baginda yang dikatakan kita cinta itu, di dalam kehidupan kita ini?

********

Kala tentera berzirah lengkap itu bergerak dari empat penjuru Makkah, menggegarkan kota suci itu dengan derap kaki dan tunggangan, semua yang wujud di dalam kota itu bergetaran. Bermain semula segala seksaan, hinaan, usaha untuk pembunuhan, kempen untuk peperangan, yang mereka laksanakan ke atas Rasulullah SAW.

Semua masuk ke rumah masing-masing, ada yang bersembunyi di Masjidil Haram, dan Abu Sufyan bersembunyi bersama keluarganya di dalam rumah. Kerana Rasulullah SAW yang mulia itu sebelum datang bersama 10,000 tenteranya, telah mengembalikan Abu Sufyan ke Makkah dengan mesej penuh kemanusiaan:

“Barangsiapa yang masuk ke rumah Abu Sufyan, dia akan selamat. Barangsiapa yang masuk ke rumah masing-masing, dia akan selamat. Barangsiapa yang masuk ke dalam masjid, dia akan selamat.”

Dan kemudian pecahlah panggilan agar semua berkumpul di sekitar Rasulullah SAW. Ada mata-mata yang sempat melihat bagaimana baginda masuk dengan menungganginya untanya. Tidak pula tubuh mulia itu mendabik dada pada hari dia sepatutnya melaksanakan sedemikian. Bahkan tubuh mulia itu menunduk, hingga kepalanya hampir menyentuh belakang untanya. Mulut terkumat kamit merendahkan diri baginda kepada Yang Esa atas kejayaannya.

Kala seluruh Makkah senyap hendak menerima keputusannya, baginda yang mulia itu bertanya:

“Sangkaan kamu, apakah yang aku akan lakukan?”

Berkatalah yang hampir dengan baginda:

“Kami mengenalimu sebagai orang yang baik, maka kami yakin engkau akan melakukan kepada kami yang baik-baik sahaja.”

Tersenyum baginda ketika itu, dan kemudian baginda yang pernah diseksa, dihina, diusahakan untuk dibunuh oleh penduduk Makkah itu berkata:

“Pada hari ini, aku berkata kepada kalian sebagaimana Yusuf berkata kepada saudara maranya: Pada hari ini tiada cercaan buat kalian, moga-moga Allah mengampuni kalian dan Dia itu adalah Yang Maha Penyayang dari kalangan Penyayang(Surah Yusuf ayat 92)”

Ya. Aku tidak wujud pada hari itu. Tiada di sana ketika itu. Namun aku dapat merasa getaran kasihnya baginda. Bagaimana seorang gila darah dan peperangan boleh melaksanakan tindakan sedemikian rupa? Bagaimana seorang gila seks mampu berakhlak sebegitu rupa?

Mengapa ini tidak diceritakan oleh mereka?

*******

Mereka menghina susuk tubuh suci itu, tanpa menyedari betapa baginda mengasihi akhi-akhi dari kalangan para Nabi. Sering dididik kepada ummat baginda, bahawa Musa itu saudaranya, bahawa Isa itu saudaranya.

Mereka menghina susuk tubuh suci itu, tanpa pernah ambil peduli betapa baginda sering berpesan kepada tenteranya agar tidak mencantas pokok sesuka hati, agar tidak menganggu orang yang berada di dalam rumah dan rumah-rumah ibadat. Sejarah sendiri mengakui betapa Salahuddin Al-Ayubi adalah bukti kepada indahnya ajaran baginda ini, menakhluk Baitul Maqdis dengan aman menyantuni ahli-ahlinya, sedang penakhluk Baitul Maqdis dari kalangan Tentera Salib menumpahkan darah hingga ke paras lutut kuda.

Kadangkala aku menjadi amat hairan dengan bagaimana mereka mempermainkan susuk tubuh mulia ini. Dikatakan kalau betul lelaki suci ini baik, maka mengapa ummat Islam ada yang melakukan keganasan.

Ya. Aku hairan apabila muslim melakukan kesalahan, yang disalahkannya adalah Islam.

Aku ingin bertanya, akan nuklear yang diturunkan ke Hiroshima dan Nagasaki. Apakah itu ajaran Injil? Apakah agama Kristian bersalah?

Aku ingin bertanya akan pengambilan Palestin dan penubuhan tanah haram Israel, pembunuhan demi pembunuhan di sana, kezaliman demi kezaliman di sana, apakah itu ajaran di dalam Taurat? Apakah boleh aku mahu menghina agama Yahudi akan kesilapan ini?

Islam dipersalahkan atas perlakuan Muslim, maka apakah mereka ini boleh menerima jika aku menyalahkan Kristian atas perbuatan penganutnya, dan Yahudi atas perbuatan penganutnya?

Pastinya atas dasar hak asasi manusia, kamu akan bising dan memarahi aku. Tetapi lihatlah kamu!

Saban waktu tanpa segan mereka menghina Rasulullah SAW, Islam, keEsaan dan keSucian Allah SWT, tanpa kajian dan pemerhatian yang menyeluruh. Gila seks, gila darah, itu sahaja tomahan mereka. Tomahan demi tomahan yang tidak langsung dilihat oleh mereka sisi-sisi lain kehidupan baginda.

Bagaimana baginda melayani cucu-cucunya yang bermain di atasnya kala dia sedang solat.

Bagaimana baginda bergurau bermesra dengan perempuan yang lebih tua, bertaraf nenek.

Bagaimana baginda duduk dengan orang-orang miskin sehingga yang datang melihat tidak mampu membezakan baginda dengan mereka.

Bagaimana amanahnya baginda, bagaimana belas kasihannya baginda dalam menjatuhkan hukuman, bagaimana bencinya baginda dengan kezaliman.

Mengapa ini semua tidak diungkit dan diangkat?

Dan yang buat aku lebih hairan, mengapa ini semua tidak dicontohi dengan baik oleh mereka yang mengaku mempertahankan baginda?

*******

Aku membuka mata. Keluar dari lautan imbasan. Kuletakkan kitab-kitab yang menceritakan susuk indah itu, dan kuhela nafas.

Rasulullah SAW aku itu, yang mulia dan cantik peribadinya itu, tidak pernah membunuh orang yang tidak sepatutnya dibunuh. Jika ada yang bersalah, maka yang bersalah sahaja menerima hukumnya. Di dalam Islam, tidak diajar bahawa anak mewarisi dosa ibu bapanya, orang lain mewarisi dosa orang lain.

Maka tiada di dalam akhlak Islam, tiba-tiba dibom bangunan, dibunuh orang yang tidak berdosa, atas kesilapan dan kerosakan yang dilakukan oleh orang lain kepada Islam kita.

Namun di sebelah pihak sana, tidakkah intelektual yang dicanangkan wujud pada diri mereka ini tidak terfikir, siapalah yang tidak marah dan terganggu emosinya kala orang yang dikasihinya melebihi diri sendiri dihina?

Justeru, mengapa mula mencari fasal?

Apakah tidak cukup sebelum-sebelum ini segala video yang menghina tatacara kehidupan Islam, Rasulullah SAW, bahkan Allah SWT sendiri dihina dengan rakus? Tidak cukupkah?

Dan kepada saudara maraku, entah aku fikir berapa kali kita menerima provokasi sebegini. Tidak kita belajarkah? Memang mereka sengaja mahu buat kita marah dan kemudian beraksi sebagaimana aksi-aksi yang tidak sepatutnya, agar perjalanan dan perjuangan mereka untuk memburukkan nama Islam menjadi lebih mudah.

Aku sentiasa berfikir bagaimana hendak mengubah suasana ini.

Lantas akhirnya aku tengok diriku.

Hei, kenapa aku masih duduk di sini?

Dan aku berharap nanti, Allah pertemukan aku dengan kekasihku yang dihina itu.

Aku mahu mampu berkata di hadapan baginda nanti:

“Sesungguhnya aku telah membelamu, dengan akhlakmu wahai kekasihku.”

Ya. Inilah yang aku akan lakukan, bila kamu menghina Rasulullah aku.

(LANGIT ILAHI )

Sunday, September 16, 2012

BEAUTIFUL CTNADZIRAH SULAIMAN

Assalamualaikum,

Berjumpa adik incik lalan,
Dan kakak sangattt best.
Dulu borak2 dalam fb paggil "nad"
Tapi bila dengar incik lalan asyik bahasakan nad sebagai "kakak",
Saya pun terikut-ikut panggi nad "kakak"

Sangat best !
Lebih putih berbanding saya,
Lebih tinggi berbanding saya. Hehe.
Eh, banyak kali saya ulang sangat best ! Ofcz lah sebab memang best pun ;)

Sebelum berjumpa,
Incik lalan kata kakak ni pendiamm,
Aih pendiam ? Seram juga bayangkan ?
Incik lalan kata kakak pendiam,
Kalau ita baru banyak cakap.

Tapi, tadi jumpa.
Eh ! Manaada, okey lah.
Bila dengan kakak, saya teringatkan my lovely noraini shariat.
Bila berjalan sama-sama,
Ketawa-ketawa.
Kami senang mesra.
Tu palingg best. Ha, see, saya ulang banyak kali best. Memang bestt !! ;)

Dan harini buat pertama kalinya dalam kereta antara saya dan incik lalan, bercakap penuh sopan santun,
Intonasi suara pun penuh keadaban melayu. Huhu. Kan bagus macam ni kan ? Suasana tenangg je, kalau kebiasaannnn sepanjang jalan bisinggg je. Huhu

Ok lah, mengenai perjalanan saya ke Ikea bsama kakak dan incik lalan, esok saya update k ! Sekarang 1 pagi, mengantuk, esok kerja pula tu.

Aha, nice to meet u beautiful nadzirah. Hopefully can see u again ! :)


Gudnite,
Muah,
With love,
FatinFashiekin..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...