FOLLOWER

Tuesday, July 31, 2012

DUIT RAYA

Assalamualaikum

baru ramadhan yang ke-11 dah sibuk buat senarai nama saudara mara, sepupu sepapat
dan anak-anak buat. ofcz lah, nanti terkurang cemana ???
biar terlebih jangan terkurang kan ?
*gaya explain macam setiap seorang saya nak bagi beratus kan ?
*sila pitam. haha



WAJIB

1) Mama
2) Abah
3) Atok
4) O'os
5)  siblings : awal, daniel, aza


BELAH MAMA "tok yang"

1) B-Yati : akhmal, ewan, wani, uyun (4)
2) B-Mimi : piqa, iza, faiz (3)
3) Wk Mah : Suhadah. (1)
4) Kak Azi : Ain, Adam (2)
5) Mak long : Fairus, Firdaus (2)
6) Kak As : Aisyah + newborn (2)
7) Abang Asrul : Qayyum, Alisya + newborn (3)
8) Abang Cham : Amy, Adin, Akimi (3)
9) Kak Razie : (2)
10) Aniq : (2)
11) Kak Ain : (2)
12) Wk Yong : Olin, Ayu, Syafarizan (3)
13) Kak Ude : Tasya (1)
14) Wk Nor : Siti, Mamat (2)
15) Mak Ude ; (5)



BELAH ABAH

1) Cik ikin : Aidil, Aqil, + ontheway baby (3)
2) Cik Dira : Ireen, Sara (2)
3) Mak Ude : Najwa, Amar, Lisa (3)
4) Cik Ila : Nazrul, Nurul, Hisyam, Naza (4)
5) Mak Long : Pipik, Faris, Lina (3)


Haaa, tu saja list yang saya ingat lah.
TOTAL : 57 ORANG TERPENTING
nanti kalau dapat imbasan wajah2 yang saya terlupa,
penambahan akan dilakukan.
ini senarai pak cik mkcik dn spupu yg trapat.
belum campur yang jauh2 lagi,
yang kot terjumpa dan terserempak.
dan ni belum campur yg ontheway lahir.
tahun depan bertambah-tambah-tambah
sebagai orang dewasa kena lah hulur. haha
masa bujang ni kena lah hulur,
*nanti saya kahwin, ada anak, murah lh rzki ank saya kot 
*tutup muka, cakap pelahan2 ;p

incik lalan pun seram nampak jumlah saudara mara saya
bila berkumpul. huhu.
baru lah gamat meriah kan ??
yang penting ! tak sabar nak munjung2 makanan.
seronok ! meriah :)


okey2. 
selamat berbuka uols !

with love,
FatinFashiekin


Monday, July 30, 2012

11 RAMADHAN

Today, 31hb Julai 2012.
Bila lah nak 1 OGOS 2012 kan ?
Tak sabar nak check baki kat bank !
Nak siap kan persiapan raya.
Dan tukar duit raya ! ;D

Bab tukar duit raya,
Incik lalan paling semangat,
Tak sampai seminggu puasa dia da tukr,
Yela, saya kan sebelah bank.
Dan dah kawtim dengan jiran sebelah (maybank).. Bila dengar je stok duit baru dah sampai, saya infom incik lalan, terus beria dia minta tukar. Dan minah ni juga lah (dahi aku) kena hegeh2 pi bank. Oh tidak ! Saya suruh kak ani. Hehe.

Dan harini, dapat tempahan pula, my aunty sms suruh tukar kan juga duit raya. Semua dah tukar, saya bila lagi ni ??? *sabar3. Bajet bajet bajet. Pengurusan tu penting !

This year tak macam tahun-tahun sebelum ni. Sebelum ni saya memang mengelat bab sampul duit raya. Secara senyap-senyap saya minta dari incik perdana, yela, masa tu lah baru nak guna kan perkhidmatan sahabat yang bekerja sebagai pegawai maybank. Incik lalan lah ! Tamak. Nak lagi, nak lagi. Saya juga yang kena menghadap. Dan ia berjalan lancar, cuma tahun ni, dia pindah HQ ke Muar. Jauh lah ! Tk boleh mengelat dah....

But last year pn incik lalan dapat banyak envolpe duit raya dari office dia. Kerani dia simpankan untuk dia, dan dia bagi saya jugalah. Actually benda yang tak kurang happy mengenai ramadhan adalah pembungkusan duit raya. Seronok tau ! Dapat envolpe angpaw yang cantik-cantik. Rasa happy even isi dalam tu x berapa cntik. Haha

Haish, cepat je bakal berjumpa syawal lagi kan, apa pun, this year dn macam sebelum2nya. Beraya dalam kesederahanaan tapi penuh kesempurnaaan :)

*psst, eh nk tahu ? Mlm td saya mimpi mak incik lalan datang rumah dan kata pada saya "lambat bangun subuh ye ?" Terkejut terus terduduk saya okeh. Tgk jam dah 5 pagi, terus kelam kabut siap kan sahur. Tapi funny cuz dalam byak2 pesanan, mimpi mak incik lalan kejut bangun subuh ;D

Ok. That's all.
Salam ramadhan.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, July 29, 2012

LIHATLAAAAH

Segala yg tersimpan di inbox "SPAM" baru diupload hari ini.

(-_-")

Ni nak marah ni.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SUASANA BAZAR RAMADHAN JOHOR

Hah. Sesak. Sempit.
Ptt lah org jhr tembam2 kan ?
Semua kuat makan.
sana sini makanan je.

Selamat berbuka,
Fatinfashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

REALITI DAN FANTASI KEHIDUPAN

Assalamualaikum

Entry without photo.
Blackberry for blogging ada problem.
Nanti lah kalau tak bz,
Saya check. Skg rasa macam tak da mood nk cek segala bagai setting. Haha

Saya melihat fenomena sekeliling,
Apa yg berlaku di Palastine,
Apa yg berlaku di Syria,
Apa yg berlaku di Mynmr.
Dan apa yg melanda umat islam di Kemboja.
Ye, saya selalu memuhasabahkn diri dengan melihat kekurangan orang lain, negara lain. So, dari situ saya akan dapat kekuatan.

"Kalau mereka yang sedang didalam ambang hidup dan mati boleh terus berjuang, kenapa aku disini hanya bermalas-malasan ?"

Kadang-kadang terbit rasa,
Indahnya kalau aku punya wang berjuta, pasti akan aku bantu mereka !

Kemudian,
Saya terkesima.
Apa yang mampu dilakukan ?
Adakah dengan mempunyai wang berjuta baru saya dapat melaksanakan suatu kebaikan ?
Suatu kebajikan ?

Ye, saya ada Allah.
Allah boleh bantu saya, iaitu dengan berdoa semoga Allah meringankan beban mereka disana.
Saya yakin Allah maha mngetahui.

Kemudian saya melihat sekeliling saya,
Siapa saya ?
Kemampuan saya ?
Tak salah memasang angan-angan kan ? Asalkan kita punya ikhtiar dan kesabaran. Bukan senang ingin memperoleh kesenangan.

Saya tersenyum,
Jauh saya mendongak.
Saya tak sedar apa yang saya ada didepan mata :)

Tugasan harian saya. Membantu mereka yang kesakitan, memerlukan bantuan perubatan dan pemeriksaan kesihatan.

Apa yang saya ingin lakukan, sebenarnya telah saya lakukan ! menyedekahkan senyuman, layanan, dan memastikan kesihatan mereka terus baik.

Allhamdulillah.
Pengajaran yg saya perolehi,
Apa yang kita ada sekarang, adalah doa kita sendiri. Cepat atau lambat, Allah Maha Mengetahui. Terkadang kita mengeluh dan berkata "kalau lah aku........". Sebenarnya kita manusia tak pernah puas. Sampai kan apa yang kita dah ada, kita anggap seperti tiada tetapi tamak mahukan yg konon untuk kesejahteraan.

Buka mata. Buka hati.
Bukan nafsu :)

*tadi incik lalan call, incik lalan kata rizal (mber serumah yg PhotoG tu) accident. Rizal tak apa2 tapi kerete teruk. Then incik lalan MMS gambr kemalangan. SubhanaAllah memang teruk. Dan saya menarik nafas syukur, susah nya saya sekarang. Ada lagi org yg susah. Semoga Allah meringan kn beban rizal. Da nk raya, sure dia pening kepala.

With love,
FatinFashiekin


UPDATE

Assalamualaikum

Lama tk update blog !
Sorry. Busy menyedia kn juadah bbuka.
Haha ;p
Tak da lah, sgt busy.
Tambahan pula,
Setting email saya bermasalah,
Bila saya nk buat newpost dn post through blackberry,
Entry saya masuk dalam folder SPAM.
Nk buka laptop seriously malas,
Kalau blh nk bt segalanya just dari HP,

Dn post ni pn dbuat dr Hp juga,
Tp bersusah payah,
Sebb saya post kena buka one by one,
Mllui dashboard blog (-_-)

Banyak sangat benda nk share,
Nk cerita !
Banyakk sangatttt.

Apapun, salam ramadhan ke 9 ye.
Now currently onthway ke bazar,

Bye :)

Miss me k,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.s

Saturday, July 28, 2012

KESIHATAN TERJEJAS

4 pagi terjaga dan lawsai (sakit prt),
Then mama siap2 kan sahur, saya pula ! berkali-kali-kali ke toilet.
Tu belum lagi nak pitam,
Rasa nak muntah tapi tak boleh muntah.
Cb mjamah sahur tp memang tak boleh telan, Terkeluar balik.

Rasa pening + muntah + lawsai,
Tgk ubat, yang ada cuma panadol dan antamin. Apalagi, terus telan 2 biji antamin ! Even actually antamin sebenarnya ubat selsema (-_-)
Asalkan "mengantuk"
Sebab dah tak larat sangat-sangat.

Pening tapi terbuai dengan mengantuk,
Akhirnya tertidur.
TAPI terjaga lagi !
Lawsai lagi !
Cuba bertahan dan anggap blh handle apa yang saya hidapi,


10am, tak boleh juga.
Mesej kakani, minta cuti.
*sian kak ani kene ganti.
Semoga Allah mbalas jasa kk ani.
Amin..

12tghri saya ke klinik.
Then macam biasalah masuk ke bilik rawatan, baru je duduk.
Doctr tu kata :

"Farmasi tak ada ubat ke ?"

Dah agak dah soalan tu akan ditanya,
Actually dunia balas dunia,
Saya tak serasi dengan ubt farmasi,
Maybe dah di psikologi kn kot,
Saya agp "aish, blh baik ke" huhu.
Dah hari2 npk. Rasa tak confident je.

Tapi, belum sempat saya nak jawab,
Tiba2 pembantu doktr tu masuk kata :

"Doktr ada emergency ! Accident !"

So, saya bagi lah turn saya pada orang yang accident tu, agak teruk lah.
Kepala koyak.
Dari luar bilik rawatan saya blh dgr perempuan tu meraung,
Baju boyfren pmpn tu pn pnh darah,
Dan saya pun, bertambah-tambah nk termuntah (-_-)
Bau darahh + peluh peh !

Then sejam kemudian,
Tak keluar lagi,
Saya ke kaunter :

"Kak, tak blh ke saya ambil ubat je ? Doktr lama lagi rasanya, saya nk tmuntah dah ni. Saya drive sdri.."

Then pmbantu doktr tu surh saya datang 2 petang. Dan saya kata "ok, 2 petang saya datang"

Actually klinik tu dengan farmasi dalam 5km je, then terfikir nak ke farmasi. Tapi, nanti membazir pula ambil ubat sebab pukul 2 dah kata nak dtg klinik lagi.

2.00 pm :
Tak da makna ke klinik.
Tak larat oi.
Saya still makan antamin,
Paksa tidur. Hah ! Uols jangan tiru saya k.
Sakit perut saya, lawsai,
Saya makan pill chi kit teck un.
Settle. Berbaloi + MENJIMATKN.

Now, dah okey.
Cuma dalam kereta tak boleh pasang aircnd. Bau perfume kreta betl2 membuat saya marah ! Dn nk tmuntah.

Persoalan : adakah ini kesan membeli juadah di bazar ramadhan ??????? *kerut kening.

Tak baik mfitnah fatin oi ! Hehe
Dah nak kena, nk buat cemana.
Kan.

Ada hikmahnya,
InsyaAllah.

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...