Rasulullah SAW berkata: “Sungguh dia (Khadijah R.A) tiada ganti”. Dia beriman kepadaku ketika semua manusia mengingkariku, dia membenarkanku ketika semua orang mendustaiku, dia membantuku dengan hartanya ketika manusia menghalangku dan Allah menganugerahkan padaku semua anaknya ketika wanita lain tidak memberikanku anak.” [Musnad Ahmad].
Monday, June 25, 2012
UNIFORM BARU, SEMANGAT BARU
Pergi bekerja menggayakan uniform baru ! Rasa semangat pun baru tau. Pakai skirt. Wah ! Rasa gadis melayu tu tserlah sangat ;p
Custmr semua kata :
"U punya company bagus kn, msti untung besar sebab asyik tukar uniform.."
Aminn, mudah-mudahan, besar rezeki kak Alai, besarlah rezeki kami kan :)
Kalini uniform warna oren, menyerlah, mood pun menyerlah.
Abah selalu ingatkan :
"Kakak, keje kakak tu berhadapan dengan orang, kebanyakkan orang tu semua kite kenal, walau kakak tak kenal, dieorang mesti kenal kakak dan kata 'tu yg kerja farmasi tu' layan elok2 orang yg datang minta ubat tu walau tak ada mood macammane pun, dieorg pelanggan, ingat slu, bbudi bahasa"
Ok ! So sebelum masuk bertugs !
Senyum panjang2 depan cermin !! ;D
With love,
FatinFashiekin
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
API NERAKA JAUH LEBIH PANAS
Saya akan mengeluarkan mancis, dan menyalakannya.. Supaya saya ingat :
"SubhanaAllah, sedangkan api sekecil mancis ini pun aku tidak dapat menahan kepanasannya, apatah lagi Api nerakamu Ya Allah"
With love,
FatinFashiekin
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN SYABAAN
Syaaban adalah bulan perantaraan antara bulan Rejab dan Ramadhan. Marilah sama-sama mempertingkatkan ibadah agar sampai kita ketemu dengan Bulan Ramadhan yang penuh dengan nikmat & barakah. Semoga segala amalan kita mendapat keredhaanNya, InsyaAllah, Amin.
Sabda Nabi s.a.w.:
Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.
Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s. didalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan dibulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan didalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakie, ditutupkan Allah keaibannya dihari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.
Berkata Siti Aisyah r.a, bulan yang lebih dikasihi oleh Rasulullah s.a.w ialah bulan Syaaban.
Sabda Nabi s.a.w: Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani). Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban kemudian dia berselawat atasku berapa kali sebelum berbuka puasa maka diampunkan oleh Allah dosanya yang lalu, diberkatikan rezeki baginya, antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.
Kelebihan Bulan Sya'ban :
Telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi S.A.W bahawa baginda S.A.W telah bersabda maksudnya:
Syaaban adalah bulanku, Rejab adalah bulan Allah, Ramadan adalah bulan umatku Syaaban adalah bulan ditukar kejahatan dengan kebaikkan dan Ramadan adalah pembersih segala dosa.
Hari-hari terbahagi kepada tiga iaitu hari semalam,hari ini dan esok. Hari ini adalah amal, esok adalah angan-angan dan harapan, maka tidaklah di ketahui samada ia akan hidup pada esok atau tidak. Semalam sebagai nasihat dan iktibar. Maka hari ini adalah ibaratkan qhonimah (rampasan perang,perjuangan) dan
esok adalah kebimbangan. Begitu juga bulan terbahagi kepada tiga iaitu: Rejab, Syaaban dan Ramadan. Maka Rejab telah berlalu dan tidak akan kembali lagi pada tahun ini, Ramadan sedang menunggu tetapi tidak di ketahui samada ia akan hidup sehingga bulan itu atau tidak dan Syaaban adalah perantaraan antara bulan Rejab dan Ramadan maka hendaklah merebut peluang untuk berlaku taat di dalam bulan ini.
Rasulullah pernah menasihati Abdullah Bin Umar Bin Khatab r.a maksudnya: Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara iaitu
1)masa mudamu sebelum tuamu
2)masa sihatmu sebelum sakitmu
3)masa kayamu sebelum fakirmu
4)masa lapangmu sebelum kesibukanmu dan
5)masa kehidupanmu sebelum kematianmu.
Syaaban adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik sekelian alam. Allah s.w.t menerima segala perkataan-perkataan yang baik- baik. Perkataan yang baik-baik tersebut adalah kalimah; La illaha illallah , tasbih ; Subhanallahi walhamdulillah wala ila ha illallahu wallahu akhbar
Kelebihan malam pertengahan Syaaban (Nisfu Syaaban) iaitu malam Lailatul Baraáh, Rasulullah s.a.w telah bersabda: Jika tiba malam pertengahan Syaaban maka hendaklah menghidupkan malam itu dengan amal ibadat,berpuasa di siangnya kerana sesungguhnya Allah s.w.t turun pada waktu itu lantaran terbenamnya matahari ke langit dunia dan berfirman:Siapakah yang memohon keampunan maka aku ampunkannya ,siapakah yang meminta rezki maka aku akan kurniakan kepadanya rezki,siapakah yang di timpa bala aku akan melepaskannya adakah kamu...adakah kamu...(berturutan pertanyaan dari Allah s.w.t) sehinggalah terbitnya fajar subuh.
Allah membuka rahmatNya dengan seluas-luasnya pada malam pertama di bulan Rejab,malam pertengahan Syaaban,malam aidil fitri dan malam aidul adha. Doa pada malam ini tidak di tolak sama sekali.Pada malam pertengahan Syaaban hendaklah dibacakan surah yaasin sebanyak tiga kali, bacaan pertama: dengan niat untuk umur yang panjang bacaan kedua: dengan niat untuk mengangkat bala..jauhkan dari bala bacaan ketiga: dengan niat untuk merasa cukup...kemurahan rezki (tidak meminta- minta dari manusia ataupun makhluk)
Bulan Syaaban adalah bulan selawat ke atas nabi s.a.w yang terpilih. Maka banyakkanlah berselawat ke atas Rasulullah s.a.w di dalam bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan ini di sisi Allah s.w.t
Istighfar :
Banyakkan bertaubat di malam tersebut lantaran ianya dipenuhi oleh keampunan dan rahmat Allah s.w.t.
Beristighfarlah dengan siqhah-siqhah istighfar yang diwarisi dari Rasulullah s.a.w. Antara istighfar yang dianjurkan membacanya adalah seperti berikut:
Astaghfirullah azima Waatubu illaih : maksudnya; Aku memohon keampunan dari Allah yang Maha Besar dan aku bertaubat kepadaNya. begitu juga memohonlah istighfar(keampunan) kedua ibubapa: Rabbiq Firli Waliwalidaiyah Warhamhuma Kama Rabbayani Syori rah Maksudnya : Tuhanku ,ampunilah aku dan kedua ibu bapaku dan rahmatilah kedua-duanya sebagaimana mereka telah memeliharaku dan mendidik aku sejak dari kecil lagi.
Begitu juga pohonlah keampunan untuk kedua ibubapa,diri sendiri,orang-orang Islam lelaki dan wanita dan orang-orang yang beriman lelaki dan wanita samada untuk mereka yang masih hidup ataupun yang telah mati.
Barangsiapa yang membaca wirid di bawah akan memperolehi pahala seolah -olah telah berada selama seribu tahun;
La ilaha illallahu wala naqbudhu illa iyahu muhlisyina lahuddina walau karihalkafiruun. (Maksudnya Tiada Tuhan melainkan Allah dan tiada kami sembah melainkan akan Dia dengan keikhlasan kepadaNya demi untuk agama yang teguh walaupun orang-orang kafir itu benci.)
Semuga kita sama -sama beriman dan bertaqwah kepada Allah s.w.t .di bulan yang penuh Keberkatan dan Barakah ini. Sentiasa mendapat keampunan dan rahmat serta taufiq, hidayah dariNya, InsyaAllah.
:)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
MARI MEMBACA
Part BLENDER tu saya tnya lah dia,
Me : "Ok adik, ni apa namanya ?"
Adik : "ni vooommm, vooommm, vooommmmmm...."
Siap buat muncung,
Mula-mula kurang jelas tau,
Ape lah vooomm voomm vommm tu,
Rupanya,!
Dia cuba bt bunyi blender ! Haha.
Dia nk sebut nama dia tk tahu,
So dia bt bunyi.hehe
Adik oo adik ;D
With love,
FatinFashiekin
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
BAGAIMANA UNTUK MEMULAKAN HARI YANG DIBERKATI
PRODUCTIVE MUSLIM
4.00AM – 5.00AM: 5 Essential Actions
1. Wake up!
2. Make the Dua(s) for waking up and recite last 10 verses of Surah Al-Imran
3. Make Wudhu
4. Tahajjud & Witr
5. Istighfar moments
5.00AM – 5.05 AM: Fajr Athan
5.05AM – 5.30AM: Between Athan & Iqama
1. Pray the 2 rak’ahs Sunnah of Fajr
2. Dua
3. Lie on your right side
4. Brainstorm session
5. Quran memorization
5.30AM – 6.00am: Fajr Salat & Dhikr
6.00 – 6.30am: Recite, Read or Exercise
1. Quran Memorization/Recitation
2. Reading
3. Exercise
6.30AM – 6.45: Plan Your Day
6.45AM – 7.00: Get Ready For Work
7.00AM – 7.10: Duha Prayers.
7.15AM – 7.30AM: Breakfast
7.30AM – 8.00AM: Commute to Work
Sunday, June 24, 2012
CLICK-CLICK
Dia menghidapi penyakit alahan pada kamera, cukup alergik betul.
Macam lah dia tu artis terkenal dan terhandsome. So bila saya nak ambil gambar dia kena ambil posisi konon dia tak perasan, sebab bila dia perasan, dia akan memandang dengan tajam. Dan menutup muka dia dan ingin merampas kamera. Ceh !
Orang minat kamera memang macamtu agaknya kan ? Suka ambil gambar orang. Bila gambar sendiri dia jadi kelam kabut. Kalau mood bergambar ok. Boleh lah. Tapi statik. Berdiri tegak sambil tersengih, 10 keping gambar. Same je muke nye. Huhu.
Haish ! macammana nti kalau kawin nak shoot pre-wedding kalau dia malu-malu ni. ;p Kadang2 tgk gambar member-member dengan pasangan, macam sweet je bergambar pelbagai gaya. Tapi, pk balik. Eh ! Ok lah. X perlu kot ambil gambar terlentok-lentok lah. Rapat sana sini pada tontonan umum. Ada hikmah. Kan ?
Saya ni dah lah, suka amik gambar syok sendiri. Bayangkan kalau incik lalan pn suka bergambar. So kami asyik snap pic je berkepit kepit. Sandar di bahu lah macam kawan-kawan FB banyak buat. Tak manis kan ?
Allhamdulillah. Ada hikmah. So, uols kalau tgk gmbr kami berdua, jangan pelik lah kalau incik lalan macam tk pdg kamera ye. Sbb setiap kli sy ambil sure gambar tanpa dia perasan, kalau dia perasan saya ambil gambar dia. Pergelutan hp akan terjadi. Contoh, dia akan menggegarkan kereta supaya gambar mjadi BLUR (-_-") ye dia memang begitu. Sile jangan pelik dan terpedaya pada muka malu-malu dia.
Hehe. Ok, that's all.
Gudnight.
Eh-eh, sat, semalam wahidah (adik incik lalan) add saya. Ye, ita, nadzirah dan dikmat memang dah kenal. Cuma wahidah ni saya belum kenal. So segan dan malu-malu kucing sikit lah saya. Maybe faktor umur dan incik lalan selalu sakat dan kata :
"Wahidah dengan kamu lagi muda kamu tau. Kite dah 30, wahidah 2_, kamu ?"-sambil dia gelak jahat
So bila diulang-ulang ayat tu, saya jadi "oh ! Seramnya !" Rasa shaking-shaking tangan. Yela, incik lalan tu abang sulung, rasa takut diri tak diterima. Takut tak setanding untuk berdiri disisi abag mereka *ayat konon pasrah ;p
Tapi, tadi dah bertegur sapa. Allhamdulillah. Berjalan lancar. saya hormat mereka sebagai kluarga incik lalan dan kalau boleh sampai bile2 ni, rasa hormat saya pada mereka, saya nak berpanjangan, incik lalan tu anak sulung, sewajarnya saya jaga nama baik dia.
Baik niat kita, InsyaAllah akan dipermudahkn dan direstui. Kan ? Jangan risau, saya akan jaga abang mereka yang selalu loyar buruk tu. Jangan risau saya tak dera incik lalan. Hehe
Ok. Gunait again :)
With love,
FatinFashiekin
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Saturday, June 23, 2012
ISTERI DAN PUTERI RASULULLAH
Sebab, saya nak belajar dan terus bljar.
Mempelajari contoh peribadi wanita muslimah dikalangan isteri dan puteri Rasulullah SAW :)
With love,
FatinFashiekin
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
SI BIJAK DAN SI LOGIK
Friday, June 22, 2012
MENUNTUT HADIAH
Tapi abah kata, kalau nak beli basikal baru, tunggu awal tahun nanti. Sebab sekarang dah hujung tahun dan kat rumah pun dah ada 3 biji basikal tak digunakan, termasuk basikal awal ;p
tetapi, janji tetap janji. Dia tetap menuntut hadiah, so, belikan dia kereta control. Allhamdulillah sebab dia pilih pada takat harga berpatutan *fiuh !
Menghabis kan masa dengan keluarga adalah sesuatu yang indah. Apatah lagi bila dapat beli kan something yg buat mereka tersenyum.
Dan saya percaya, dan sangat percaya. Susah macammana pun kita, kalau kita menggunakan rezeki yg kita ada untuk keluarga kita, terutama ibu bapa kita. Nescaya ! Allah akan murahkan rezeki kita dan membuatkan rezeki kita sentiasa mencukupi.
So, jangan kedekut2 sangat ye. Duit blh dicari, kegembiraan ahli keluarga yang abadi ! Dan dah pesan pada danny "belajar betul-betul ! Nanti kakak bagi hadiah lagi" :)
With love,
FatinFashiekin
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
MUNCUNG ITIK
Mama kata "hah, sebijik kakak nye"
Haha ;p
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Thursday, June 21, 2012
TO BE A BETTER PERSON
"Zaman remaja adalah zaman yang gila.."
Well, teringat diri sendiri zaman remaja means sekolah (sekarang nk masuk dewasa. Huhu)Betapa kita disogokkan dengan budaya yang tidak langsung melambangkan Islamic culture. betapa LOW ESTEEM nya saya time tu..
Bila dah start keje, Then kalau time makan-makan, asalkan served non-pork, saya belasah je walaupun non-pork served tak semestinya HALAL. I think sebab tu la hati ni keras sangat,Saya anggap "its okey lah, halal"
"Dan Allah hendak (membersihkan kamu dari dosa dengan) menerima taubat kamu, sedang orang-orang (yang fasik) yang menurut keinginan hawa nafsu (yang diharamkan oleh Allah itu) hendak mendorong kamu menyeleweng (dari kebenaran) dengan penyelewengan yang besar bahayanya."-Surah An-Nisa Ayat 27
Bila ingat balik diri sendiri before this, betapa rugi nya saya,Jeles pulak dengan orang lain yang masa muda nya dihabiskan dengan mencari ilmu Allah. *thats y saya masukkn my lil sis ke Madrasah ;p
At the end, semua keseronokan yang saya cari masa remaja is meaningless..
Takde satu pun yang saya boleh bawa untuk pegangan hidup. Nampak tak betapa berjayanya Yahudi 'memanipulate' our lifestyle? We are Muslim on appereance, or worst, kita hanya Islam pada I.C..
Despite of all the sins that I've done, Allah still love me, Allah bagi hidayah dekat I.That's why, even though we think it is hard to change, keep praying & keep trying..Insya Allah, kalau kita betul-betul nak, Allah akan guide kita..
"Dan (Allah menerima pula taubat) tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat mereka) hingga apabila bumi yang luas ini (terasa) sempit kepada mereka (kerana mereka dipulaukan), dan hati mereka pula menjadi sempit (kerana menanggung dukacita), serta mereka yakin bahawa tidak ada tempat untuk mereka lari dari (kemurkaan) Allah melainkan (kembali bertaubat) kepadaNya; kemudian Allah (memberi taufiq serta) menerima taubat mereka supaya mereka kekal bertaubat. Sesungguhnya Allah Dialah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani"-Surah At-Taubah, ayat 104
Me now. Alhamdulillah,I am more particular choosing places to eat now..
Sushi sushi dah tak ada okay. I dah tanya, most of sushi's restaurant even tak ada pork, but they have sakae which is tak HALAL for us muslim. So, bye bye sushi..and when I do somethingkerana Allah SWT. Insya Allah, Allah will return you unexplainable feeling
Like I said, I'm still struggling to be a better muslimah. I know betapa rapuh nya iman saya, nasib lah ada kak ani di farmasi dan parent dirumah, ingatkan saya selalu jangan lewatkan solat. Allhamdulillah.
Let us all struggle to be better sebab Allah sangat suka orang yang berusaha memperbaiki diri mereka. Sentiasa memohon kemaafan dari Allah SWT, kerana sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun..
Better late than never..
Kalau la Allah tak bagi hidayahnya??
Kalau I tak sempat nak bertaubat, dah dipanggil sakaratul maut??? Semoga Allah Mengampunkan Dosa-dosa kita :)
With love,
FatinFashiekin
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
DEK KERANA ANAK 😅
setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...
-
Memandangkan saya akan mula bkerja dan memandangkan susu badan saya tidak meriah. Saya telah melatih anak saya untuk minum susu formula. ...
-
Pergi klinik pergigian gov, Mereka suruh saya "bertahan" sahaja. Tapi masalah nya, saya dah tak boleh tahan. Ye, sakit tak ...
-
Hai !! Allhamdulillah, lalanfood dah melangkah 1 lagi langkah kehadapan. Berdasarkan kenaikan positif selama 7bulan lalanfood...