FOLLOWER

Sunday, June 24, 2012

CLICK-CLICK

Oleh kerana faktor umur (30 tahun)
Dia menghidapi penyakit alahan pada kamera, cukup alergik betul.
Macam lah dia tu artis terkenal dan terhandsome. So bila saya nak ambil gambar dia kena ambil posisi konon dia tak perasan, sebab bila dia perasan, dia akan memandang dengan tajam. Dan menutup muka dia dan ingin merampas kamera. Ceh !

Orang minat kamera memang macamtu agaknya kan ? Suka ambil gambar orang. Bila gambar sendiri dia jadi kelam kabut. Kalau mood bergambar ok. Boleh lah. Tapi statik. Berdiri tegak sambil tersengih, 10 keping gambar. Same je muke nye. Huhu.

Haish ! macammana nti kalau kawin nak shoot pre-wedding kalau dia malu-malu ni. ;p Kadang2 tgk gambar member-member dengan pasangan, macam sweet je bergambar pelbagai gaya. Tapi, pk balik. Eh ! Ok lah. X perlu kot ambil gambar terlentok-lentok lah. Rapat sana sini pada tontonan umum. Ada hikmah. Kan ?

Saya ni dah lah, suka amik gambar syok sendiri. Bayangkan kalau incik lalan pn suka bergambar. So kami asyik snap pic je berkepit kepit. Sandar di bahu lah macam kawan-kawan FB banyak buat. Tak manis kan ?

Allhamdulillah. Ada hikmah. So, uols kalau tgk gmbr kami berdua, jangan pelik lah kalau incik lalan macam tk pdg kamera ye. Sbb setiap kli sy ambil sure gambar tanpa dia perasan, kalau dia perasan saya ambil gambar dia. Pergelutan hp akan terjadi. Contoh, dia akan menggegarkan kereta supaya gambar mjadi BLUR (-_-") ye dia memang begitu. Sile jangan pelik dan terpedaya pada muka malu-malu dia.

Hehe. Ok, that's all.
Gudnight.

Eh-eh, sat, semalam wahidah (adik incik lalan) add saya. Ye, ita, nadzirah dan dikmat memang dah kenal. Cuma wahidah ni saya belum kenal. So segan dan malu-malu kucing sikit lah saya. Maybe faktor umur dan incik lalan selalu sakat dan kata :

"Wahidah dengan kamu lagi muda kamu tau. Kite dah 30, wahidah 2_, kamu ?"-sambil dia gelak jahat

So bila diulang-ulang ayat tu, saya jadi "oh ! Seramnya !" Rasa shaking-shaking tangan. Yela, incik lalan tu abang sulung, rasa takut diri tak diterima. Takut tak setanding untuk berdiri disisi abag mereka *ayat konon pasrah ;p

Tapi, tadi dah bertegur sapa. Allhamdulillah. Berjalan lancar. saya hormat mereka sebagai kluarga incik lalan dan kalau boleh sampai bile2 ni, rasa hormat saya pada mereka, saya nak berpanjangan, incik lalan tu anak sulung, sewajarnya saya jaga nama baik dia.

Baik niat kita, InsyaAllah akan dipermudahkn dan direstui. Kan ? Jangan risau, saya akan jaga abang mereka yang selalu loyar buruk tu. Jangan risau saya tak dera incik lalan. Hehe

Ok. Gunait again :)

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, June 23, 2012

ISTERI DAN PUTERI RASULULLAH

Excited nak beli buku ni !
Sebab, saya nak belajar dan terus bljar.
Mempelajari contoh peribadi wanita muslimah dikalangan isteri dan puteri Rasulullah SAW :)

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SI BIJAK DAN SI LOGIK

Assalamualaikum.

Rindu pula kat mamat ni 


haritu argue dengan dia.

tak dinafikan, incik lalan ni kepala dia bab berfikir
memang pintar lah.
setiap soalan yang saya tanya memang
ada jawapan dari dia.
ye, saya kuat menyoal dan tanya soalan mengarut ok.
kadang-kadang tengah dating di tepian pantai
sambil makan seafood pun saya boleh terkeluar pertanyaan

"kamu, betul ke sesiapa yg melalui segitiga bermuda akan hilang ?"

hah. punya romantik suasana tiba2 tkeluar segitiga bermuda !
tercengang dia. haha
tapi, dia still jawab dengan tenang walau pun kadang-kadang dia
punya ayat di akhiri dengan "lembab" huhu
tak kisah pun, dia memang mulut kasar sikit.

dan soalan saya tanya dia haritu :
"memandangkan mak kamu ustazah,
actually kita still tertanya-tanya,
betul ke nabi isa meninggal dunia ketika disalib ?
ada yang kata 3 hari selepas itu, ada yg kata, tu bukan nabi isa?"

dan dia still menjawab dengan tenang,
terang dan jelas.
suka bila tengk dia terangkan.
rasa puas hati.
100 soalan saya tanya pun sure ada jawapan.

senang cerita,
umpamakan incik lalan ni sebuah komputer
yang dapat menjawab secara persoalan lh.
TETAPI, dia hanya bijak menjawab
TANPA memikirkan benda itu secara mendalam.
apa yang dia jawab memang logik,
tapi dia menjawab spesifik sangat.

contoh topik. *ini contoh
BELI RUMAH

ok dia nak beli rumah dan dia kata pada saya
dia memilih kawasan yang lebih kepada 
kawasan terpencil.
contoh : banglo di sebuah kawasan terpencil


*gambar hiasan

ye, memang penuh kehijauan,
dan banyak kebaikan untuk kesihatan
dan apabila kita tua nanti.
tapi, come on lah,
rumah pertama, tak kan tiba2 nak cari rumah
di kawasan terepencil ? (-_-")

dan saya pula, TAK SETUJU DENGAN DIA
saya memilih
rumah yang dikawasan bandar,
means banyak kemudahan,
anak senang ke sekolah.
supermarket pun dekat,
hospital pun dekat kalau ada emergency
dan more kepada urban style




so, kadang2 disebabkan terlalu bijak,
ada juga yang kurang bijak. hehe
dan dia suka ikan dan something yg mendekatkan diri
dengan kehijauan dan alam sekitar.
tapi, kalau ye pun
rumah pertama kan ? logik please ;p

diingatkan,
diatas adalah contoh semata.
bagaimana kami kadang2 tak sependapat.

tapi, at last after 10 minit,
kami ok. dan buat keputusan,
saya akan stju cdgan dia 50%
dia akan setuju cadangan saya 50%


pro dan kontra kadang2 baik utk phubungan
supaya tidak bosan.
tetapi, memerlukan sefahaman.
jangan asyik nak menang. calm down :)

with love,
Fatin Fashiekin


Friday, June 22, 2012

MENUNTUT HADIAH

Kan saya dah pernah kata, danny dapat number 3 dalam exam. Saya dah janji nak beli kan dia fixie. Ye memang dia ada membuat tuntutan seperti yang saya sendiri dah agak.

Tapi abah kata, kalau nak beli basikal baru, tunggu awal tahun nanti. Sebab sekarang dah hujung tahun dan kat rumah pun dah ada 3 biji basikal tak digunakan, termasuk basikal awal ;p

tetapi, janji tetap janji. Dia tetap menuntut hadiah, so, belikan dia kereta control. Allhamdulillah sebab dia pilih pada takat harga berpatutan *fiuh !

Menghabis kan masa dengan keluarga adalah sesuatu yang indah. Apatah lagi bila dapat beli kan something yg buat mereka tersenyum.

Dan saya percaya, dan sangat percaya. Susah macammana pun kita, kalau kita menggunakan rezeki yg kita ada untuk keluarga kita, terutama ibu bapa kita. Nescaya ! Allah akan murahkan rezeki kita dan membuatkan rezeki kita sentiasa mencukupi.

So, jangan kedekut2 sangat ye. Duit blh dicari, kegembiraan ahli keluarga yang abadi ! Dan dah pesan pada danny "belajar betul-betul ! Nanti kakak bagi hadiah lagi" :)


With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MUNCUNG ITIK

Rasa tk blh blah tgk muke adik !
Mama kata "hah, sebijik kakak nye"
Haha ;p


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, June 21, 2012

TO BE A BETTER PERSON

Teringat Ustaz Don cakap, Rasullah pernah bersabda :
"Zaman remaja adalah zaman yang gila.."

Well, teringat diri sendiri zaman remaja means sekolah (sekarang nk masuk dewasa. Huhu)Betapa kita disogokkan dengan budaya yang tidak langsung melambangkan Islamic culture. betapa LOW ESTEEM nya saya time tu..

Bila dah start keje, Then kalau time makan-makan, asalkan served non-pork, saya belasah je walaupun non-pork served tak semestinya HALAL. I think sebab tu la hati ni keras sangat,Saya anggap "its okey lah, halal"


"Dan Allah hendak (membersihkan kamu dari dosa dengan) menerima taubat kamu, sedang orang-orang (yang fasik) yang menurut keinginan hawa nafsu (yang diharamkan oleh Allah itu) hendak mendorong kamu menyeleweng (dari kebenaran) dengan penyelewengan yang besar bahayanya."-Surah An-Nisa Ayat 27


Bila ingat balik diri sendiri before this, betapa rugi nya saya,Jeles pulak dengan orang lain yang masa muda nya dihabiskan dengan mencari ilmu Allah. *thats y saya masukkn my lil sis ke Madrasah ;p

At the end, semua keseronokan yang saya cari masa remaja is meaningless..
Takde satu pun yang saya boleh bawa untuk pegangan hidup. Nampak tak betapa berjayanya Yahudi 'memanipulate' our lifestyle? We are Muslim on appereance, or worst, kita hanya Islam pada I.C..


Despite of all the sins that I've done, Allah still love me, Allah bagi hidayah dekat I.That's why, even though we think it is hard to change, keep praying & keep trying..Insya Allah, kalau kita betul-betul nak, Allah akan guide kita.. 


"Dan (Allah menerima pula taubat) tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat mereka) hingga apabila bumi yang luas ini (terasa) sempit kepada mereka (kerana mereka dipulaukan), dan hati mereka pula menjadi sempit (kerana menanggung dukacita), serta mereka yakin bahawa tidak ada tempat untuk mereka lari dari (kemurkaan) Allah melainkan (kembali bertaubat) kepadaNya; kemudian Allah (memberi taufiq serta) menerima taubat mereka supaya mereka kekal bertaubat.  Sesungguhnya Allah Dialah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani"-Surah At-Taubah, ayat 104


Me now. Alhamdulillah,I am more particular choosing places to eat now..
Sushi sushi dah tak ada okay. I dah tanya, most of sushi's restaurant even tak ada pork, but they have sakae which is tak HALAL for us muslim. So, bye bye sushi..and when I do somethingkerana Allah SWT. Insya Allah, Allah will return you unexplainable feeling

Like I said, I'm still struggling to be a better muslimah. I know betapa rapuh nya iman saya, nasib lah ada kak ani di farmasi dan parent dirumah, ingatkan saya selalu jangan lewatkan solat. Allhamdulillah.

Let us all struggle to be better sebab Allah sangat suka orang yang berusaha memperbaiki diri mereka. Sentiasa memohon kemaafan dari Allah SWT, kerana sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun..


Better late than never..
Kalau la Allah tak bagi hidayahnya??
Kalau I tak sempat nak bertaubat, dah dipanggil sakaratul maut??? Semoga Allah Mengampunkan Dosa-dosa kita :)

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, June 20, 2012

MENJELANG RAMADHAN

Bulan Julai belum menjelma,
Tapi dah macam-macam perkara mengenai "julai" harus difikirkan.

InsyaAllah segalanya berjalan lancar.
Jika niat kita baik, InsyaAllah baik lah perjalanan kita nanti.

2 Julai : Farmasi ad bt pemeriksaan kolestrol. Randy yang kacak pun ada tau ! Huhu ;p

3 Julai : mama dah suh cuti, memang actually tk mau cuti. Tapi sebagai "menghormati" dengan apa yang dirancangkan. Kena cuti.

4 Julai : 8.30pagi kena sharp ada kat KL sebab ada hal, so lepas subuh lah nampak gayanya bergerak dari Johor.

Kemudian,
.. Puasa ..

Dan bila puasa, ofcz lagi bermacam-macam hal. Kan ? Keseronokkn berbuka lah, baju raya lah. SubhanaAllah, cepatnya masa berlalu.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...