FOLLOWER

Monday, March 19, 2012

INSYA'ALLAH :)

" Allah menjadikan manusia itu berpasang pasangan, yg sesuai dgn sifat masing masing, bersyukur dengan ape yg Allah telah beri,i'allah jodoh itu akan kekal hingga ke hujung nyawa. "

With love,
FatinFashiekin

POLKA DOT

Assalamualaikum

Orang lain semua pakai try Polka Dot,
Saya pun mahu juga ! Even mula-mula pakai terasa shy-shy nak keluar dari kereta, terasa dot-dot ditudung terlalu ceria. Terasa polka dot ditudung sama bentuk dengan pipi saya (T_T")

1 minit, 2 minit, 3 minit.
Keluar kereta dan tanam dalam-dalam dalam minda dan lubuk hati sanubari,
"Keyakinan meningkat kan kecantikkan!"

Yeah ! Berjaya bekerja dengan harder sekali ! Tahniah FatinFashiekin :)


P/s : nak tdg macam saya ? Sms, haha ;p

With love,
FatinFashiekin

Sunday, March 18, 2012

TERHARU

Pagi semalam dapat mesej :

" Someone Remembers, Somebody Cares, Ur Name Is Whispered In Somebody's Prayers "

Terima kasih :)

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DELiCIOUS SUNDAY

5pm. 18hb Mac 2012.

Makan roti canai, 2 keping dia, 2 keping saya. dan dia tanya

HIM : apa plan for future ? Ada teringin nak buka bisnes apa-apa tak ?

ME : nak jadi surirumah yang moden buat husband yang kaya then buat perjanjian supaya suami tak curang.

HIM : hahhaaha siap ada perjanjian ! Perjanjian apa pula tu ??

ME : haa, kenala jadi surirmh yg myediakan payung sebelum hujan, 100% harta jatuh kepada istri dan hanya sehelai boxer sahaja dibenarkan dimiliki pesalah iaitu suami yang curang ! *sambil angkat kening


dan dia ?? Ambil straw dalam gelas dan renjis air kat muka saya. See, jangan kata dia pemalu. Please. No No No Never Never Never. Dia kata saya py impian tak maju kehadapan. Eh ! Impian kite, suke hati kite ler, ye tak ? Haha

With love,
FatinFashiekin

P/S : gmbr diatas saya kata "jap! Nk ambil gambr letk kt blog" sekian :)

TALK ABOUT FUTURE

"We talk bout future like we had a clue"
:)

With love,
FatinFashiekin

Saturday, March 17, 2012

LELAKI PALING SEMPURNA

Assalamualaikum

 
 Even I'm taken, 
tapi still rase nak share pada u guys apa ciri2 lelaki idaman saya ! 

Kalau bercakap tentang ciri lelaki idaman, 
memang akan berbunyi seperti amboi amboi nak yang perfect aja. 
Well, everyone is on the same track I'm sure. 
Bolehlah salahkan input-input dari buku fantasi, neraca kisah benar, 
telemovie, novel-novel chic-lit beli dari MPH, 
senarai 10things women love about men,dan sebagainya.

Pertama, nak ada persamaan macam abah. 
Dan kalau macam abah, hehe mestilah pelindung,
sebab saya seorang anak sulung yang manja dan sensitif, 
so lelaki idaman saya perlulah pelindung 
dan mampu buat saya rasa safe kalau menyorok belakang dia kalau dalam bahaya. 
Then mampu dan boleh dukung saya 
bawa masuk kereta waktu dah nak terbesalin. Haha 

Ciri lain ialah lebih matang dari saya. 
Matang banyak dari saya! Matang pemikiran, 
bukan umur atau perut (-_-") 
sebab saya jenis cuai, dan everything yang saya buat pun sure abah dan mama yang selalu guide.
 Semua kenalan ke, everythings lah mama dgan abah sure tahu, 
saya cuma benarkan orang yang matang sahaja guide saya.

Sentuh bab agama obviously nak lelaki yang beragama kuat 
dalam doa selepas sembahyang selalu 
(Ya Allah kau temukanlah aku jodoh dengan lelaki 
yang beragama, berharta, bijaksana) 
Berharta, ini ustazah yang suruh. Bijaksana, for obvious reason. 
Tapi seriously, saya nak lelaki yang boleh bimbing 
ke arah kebahagiaan yang ultimate.
 Nak lelaki yang tak batak social, yang terlalu duniawi.
 Nak lelaki yang pulang dari kerja terus
 sayang jom jemaah dengan saya. 
Pastu bila suami saya nak ajar anak saya mengaji tapi anak saya liat, 
kena rotan ! Huhu

Saya tak suka sweet talker yang 
dengan semua perempuan dia smooth gila
 sampai bila dengan yang dia betul-betul sayang pun tiada beza.

Lelaki yang kelakar adalah lelaki yang bagus sebab gelak 
boleh membakar kalori dan saya kuat makan. 
Kita juga haruslah ada sense of humour yang lebih kurang 
di mana bila salah seorang menyanyi Geli Mat, 
yang seorang lagi tidak jadi merajuk 
malah ingin membelasah sahaja pasangannya.

Hobi kami juga harus similar iaitu makan, membaca dan shopping. 
Haha dalam senarai itu tadi rasa-rasanya hanya membaca layak 
dipanggil hobi dalam karangan berformat. 
Okay takpe, lelaki harus boleh melayan saya buat tiga benda itu.
 DIA TIDAK BOLEH DUDUK LUAR KEDAI 
MASA SAYA BELI BAJU SEBAB NANTI SAYA 
SALAH PILIH BAJU TAK HOT
 DIA JUGA YANG AKAN TENGOK SAYA PAKAI BAJU ITU
 UNTUK BEBERAPA BULAN OF HIS LIFE.
 Dan makan adalah seronok maka kita harus cuba semua tempat yang halal dalam dunia.
 Membaca pula, kan indah kalau pagi-pagi yang dingin, 
kami berdua diam sahaja di atas katil mendalami buku masing-masing 
dan menjadi tua selepas itu dengan mengadakan sesi book review.

Pandai masak.(kredit to HIM) Bila dua-dua dah berada di dapur, 
dapur menjadi seperti ingin mengadakan buffet aww so sweet.
 Pastu bila dalam pantang takdelah 
makan makanan bungkus setiap hari tsk.
 Kena pandai masak char koay teow, asam pedas dan mee bandung. At least.

Reti menyesuaikan diri dengan semua orang. 
Tak terlalu pemalu atau tidak terlalu peramah. 
So bila saya bawa dia pergi mana-mana event dia tahu meyesuaikan diri :)

Seterusnya, fluent English speaker dan writer sebab 
saya tak terer sangat maka dia kena betulkan sekali-sekala. 
Tapi dia tidak boleh annoying mentang-mentang terer, 
semua benda nak betulkan even bila I tengok kekejaman 
dan kata "That's mean", dia sibuk "That means lah sayangg.." Allah.. 
(Fine ! Slalu tekene dgn incik lalan. LOL !)

Geliga otak. Sebab saya suka membebel dan tanya soalan pelik 
yang kalau jawapan tak memuaskan saya takkan diam. 
Serious saya takkan diam. 
So even dalam kereta dari johor ke Utara, sesiapa yg jadi my future, 
mulut saya akan sentiasa menemani anda. Bertahan lah ye. Haha

Sayang ibubapa dan ahli keluarga (milik sendiri dan milik saya). 
Boleh enjoy raya, birthdays, kenduri di dua-dua belah pihak :') 
Tackle me you tacle my family too lebih kuranglah.

Good manners. His every move must be in respect of me. 
Hisap rokok masa isteri mengandung kat sebelah. 
Tengah dinner, duduk macam apek,
 sumpah tak menjadi teladan dan tauladan kepada 
anak-anak saya yang comel ! ;p

BUT! Ciri yang WAJIB ada ialah kebolehan 
melayan saya tanpa sempadan. 
Kena dodoikan bila saya terjaga malam, 
tak boleh gelak lama sangat kalau saya mengigau, 
kena tahu bila nak buat-buat kalah bila main Xbox. 
Bila duduk berdua dia kena layan sepenuh hati, 
dia tak boleh biar je saya sorang-sorang bebel 
"Sayang I tak paham kenapa kita wajib tahu 
tarian poco-poco dalam hidup kita" 
and the discussion goes on...

With love, Me.
*Allhamdulillah. saya dah jumpa :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, March 16, 2012

BODY

Memandangkan badan semakin lah tak solid especially perut. Dn mmandangkan lah saya tension bila memandangnya especially bila pakai tshirt, or blause. So saya terfikir kan nak ubah gaya hidup sihat saya ! Berjoging !!

So for this weekend, dah argue dengan incik lalan, ajak dia joging tapi dia tak mau. Dia kata joging tak termasuk dalam kamus hdup dia dan konon katanya dulu dia johan lumba lari 1.6km. Haa, begitu lah ceritanya. Tak tahu lah betul ke tak. Cehh.

So ajak lah dia cycling, berbasikal kan macam seronok kan ? sekarang trend berbasikal kan ? Tapi kata dia lagi konon dari sekolah rendah sampai menengah dah puas berbasikal, so tentang topik berbasikal je 1jam perbualan juga lah dia duk cerita dulu dia naik basikal jauhnya kalau naik kereta pn 15minit lah, sangat jauh lah, aishh, panjang lebar lahh. Even actually dia da banyak kali ulang dah.

So at last, dia ajak pergi memancing. Katanya dah lama tak memancing, dan masa dia memncing dia suh saya joging setempat kat situ (-_-")

Kesimpulannya, tunggu ahad ni. Tak tahu lah plan yang mana menjadi. Huhu. Lagisatu, ye bersenam ni kat rumah pun boleh. Masuk bilik. Kunci pintu. Switch on radio, u all bukak lagu rancak. Then, dance ! Bagi keluarkan peluh2 lompat lah sana sini, joging ke, apa sekalipun. Tapi dah bosan buat lah, need something new, bangun tidur pn semenjak dua menjak da praktis trs buat "sitt up", tapi kesan tak nampak. That's y need pembaharuan, terfikir nak joging kat Tanjung Muar. Joging tepi sungai, kawasan rekreasi sure nyaman ! :)

Actually, nak jatuh cinta pada senaman adalah amat susah, kenapa susah ?? Antara alasannya adalah :

1) Letih : Yelah dah tak suka bersenam memanglah rasa letih, sebab tak build stamina.
2)Takde masa : Makan ada masa, gossip ada masa, Facebook ada masa.
3)Berpeluh. Nanti rambut/tudung selekeh, mekap cair, kalut. Lupa yang fungsi utama bersenam memang untuk berpeluh.
4)Tidak tahu cara : Nak yoga kena ada cikgu, nak build muscle kena ada trainer. Ish, susahlah!
5)Dah perasan hot. Okay apa body camni, barulah perempuan. Lembik-lembik sikit, lemak-lemak sikit.

So Fatin fashiekin ! (*sambil tarik baju incik lalan) mari kita berpeluh ! (*sambil put his hand up tnda setuju !) Haha

My life must be change ! Positively !

With love,
FatinFashiekin

HAPPY BIRTHDAY DANNY

Assalamualaikum

Happy birthday to my lil bro (Mohd Dinnie Daniel @ Danny) ! Semoga di panjang kan umur, sihat sejahtera, dimurahkan rezeki dan dapat menjadi seorang anak yang dapat membalas jasa Mama dan Abah !

:)

Dinnie Daniel,
Happy Birthday !
Just want to say that you can count on me to be a lovely sister, a good friend until the end ! Just wait and you will feel it, No matter what Our relationship will be strong.. I'm glad you are my lil brother, I take you just the way You are, To share my joy, my pain, If only you could know that I care so much about You :') Happy Birthday danny !
have a wonderful Day and I wish you all the best in whatever You do.
remember, I'm with you to support
to share and to feel everything.
May Allah Bless You always. :)))

With love,
FatinFashiekin

RANDOM

See, panjat sane sini.
Aishh, sayang mereka :')

With love,
FatinFashiekin

Thursday, March 15, 2012

THANK YOU

FatinFashiekin&AhmadFaizal


Thank you for being so caring, loving and patient.
Thank you for being my partner in crime
 

Wednesday, March 14, 2012

AKU MAAFKAN KAMU

Kadang-kadang MEMAAFKAN bukan bermaksud kita KALAH, tetapi MEMAAFKAN menunjukkan bahawa kita telah MATANG untuk menyelesaikannya.

Yeah, emosi marah tak kan dapat dipisahkan dalam diri kita. Cuma sedar atau tak sedar, tahu ataupun tak tahu ataupun tak nak ambil tahu, sometimes bila kita marah pada somebody, sure apa yang kita marah dan luah kan tu kita akan lupa. TETAPI, ok diingatkan ye, TETAPI haruslah kita sedar, ap kesannya pada orang yang dimarah ?? Terfikir kah anda ?

Fine lah, contoh u all tengah bekerja sebagai jururwat, so u pun pergi lah ke katil pesakit, dan kata "selamat pagi puan, macammana pagi ni ? Sihat ?" Kemudian pesakit tu pun balas "APE KAU BUTE KE BODOH ? DAH AKU TERLANTAR KAT HOSPITAL NI, BERMAKNE AKU SAKIT LAH ! BODOH"

see, dalam situasi diatas ni, jururawat sebagai orang yang dimarah. Dan pesakit sebagai Pemarah.

Kalau ingin dipanjangkan cerita, tak mungkin lah jururawat tu nak surf pesakit tu lagi, dan kalau diikutkn keegoan dan maruah diri dan sakit hati, nak je di cubit-cubitttt pesakit tu.

TETAPI.. Berbalik kepada topik MEMAAFKAN ye, sebagai manusia, that's y kite kena istigfar.. Tak salah memaafkan, kita kena fikir dari sudut lain, mungkin pesakit tu stress fikirkan penyakit dia. Mana tahu kan ??

So, pembelajaran hari ini ye murid2 semua, adalah, tak salah untuk memaafkan seseorang. Lagisatu, jangan menghukum sesiapa ! Kita bukan Tuhan, dosa pahala tu Ketentuan Allah. Kita sebagai hambanya, bersabar lah k :)


With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...