FOLLOWER

Wednesday, August 5, 2020

HAPPY BIRTHDAY HUSBAND


dah ogos baru nak buat entry birthday husband hahaha. ok la kan daripada tak buat πŸ˜†

birthday incik lalan adalah 13/7 tapiii bulan 6 saya dah ajak incik lalan celebrate, tak adenye nak hitung detik 12tghmalam okey, sebab tiap tahun selalu kalah dengan prudential tu haa, mereka akan wish sebulan lebih awal, so this year saya betul2 jadi orang pertama wish birthday husband.


macam biasa, birthday sesiapa pun, point utama adalah “happy kan anak-anak” dan saya pula apalagi nk tempat :
1) mudah cari makan
2) mudah pergi shopping
3) mudah anak nak bergembira


mula2 booking hotel ada pool, but then last minute cancel kan. sebab susah nk cari makan sedap, susah nak ke shopping mall, susah nak ada aktiviti dengan anak, kalau setakat berendam, bath tub boleh, dan semua hotel ada swimming pool. dalam masa yg sama actually musim covid, risau pula dengan aktiviti berendam dalam pool eventho private pool. 

.
tup tap tup tap,
cam biase ler, hotel sebelah klcc hahaha dah macam second home dah saya rasa, rancang laa kemana pun, last2 end up sebelah klcc πŸ˜†πŸ˜†
.

bukan ape,
kan saya ni bukan senang nak bercuti,
so bila holiday tu, malas la nak ke tempat yang, asyik2 kena naik kerete, kena google mana tempat best, oh no, so sebelah klcc ni best, alang2 bayar mahal utk tidur, so kelebihannya semua ada, jalan kaki je, turun hotel toleh kanan pintu masuk klcc, masuk lah semua ada, untuk saya bab makan hah senang nk makan dalam bilik semestinya boleh tapi tu lah hadap nasi lemak kosong RM70 hahahah, jalan bawah hotel mcm2 cafe ada, untuk anak pun dalam klcc tu macam2 tempat bermain ade, dn lepas penat main, masuk bilik lagi main dengan laki pula eh dengan anak2 HAHAHAHAHAHAH so see, berbaloi la, bilik mahal semua ada setakat jalan kaki kat bawah tu,  dan tak ade la bayar bilik mahal tapi duduk dalam bilik sekejap bebeno πŸ˜†
.
soo kesimpulannya,
senang giler.
memang holiday lah.

saya tak tahu lah peel saya,
saya tak suka tempat2 pantai tu,
tempat2 mcm cameron ke,
mungkin sebab saya dilahirkan dikampung,
udah2 ler dengan flora fauna,
nak ketenangan moh balik kampung panjang sari memang akan dapat ketenangan sebab 1)line tak ade (serius tenang laa)
2) dikelilingi pokok2 (saya tak ade jiran)
serius tenang laaaaa hahahahahah


so bab holiday saya mari mencari kegamatan pula hahahahaha tapi dalam kesenangan iaitu jalan kaki semua ada πŸ˜†


berbalik pada birthday husband,
actually selaku bini yang romantis,
semestinya ada surprise deko untuk husband, then masa nak keluar saya dn anak2 pakai tshirt “daddy turns 39” mulenye saya pk husband akan segan, rupanya husband seronok fuh berjaya saya menjinakkan husband menerima bini yang sweet ni hahahah.. bukan sweet tang tu je, kseh pun buat simple poster luahkan sayang kat daddy then we make surprise letak dalam kerte daddy supaya bila daddy nak pergi kerja dia terharu, yes suami terharu, suami masuk kerte nampak lukisan kaseh kemudian suami masuk rumah semula, kiss kaseh tanda terima kasih sambil cakap “daddy love kseh too” ha


part ni mak dia tak dapat kiss, mak dia memandang sambil juih bibir je tanda “eleeeehhhhhhhhhhh”.. mommy pun buat surprise juga, dalam wallet incik lalan, saya letak gambar kami. hahaha. masa dia nak buat payment, terkejut tgk gambar tu, tapi suami okey je, dia biarkan gambar kami kat situ hehehehe dia senyum je πŸ˜‡



kadang2 pk balik,
cover hp suami : gambar kami
wallet suami : gambar kami
wallpaper laptop suami : gambar kami
hmmm, saya ?
cover hp saya : gambar saya
wallet saya : gambar saya
wallpaper laptop saya : gambar saya
HAHAHAHAHAHAH
baru perasan, hahaha
ala tak pelah, isteri tak letak pun gambar suami tapi isteri “very romantic loving manje-ing” hahahah


ok lah,
selamat hari jadi ke 39 untuk abang,
terima kasih sanggup berubah banyak perkara untuk ayang, eventho small things, ayang tahu, kasih sayang yang mengubah semua tapi abang tak mo admit yg abang sebenarnya sayangkan ayang sangat2 KANNNN hahaha ayang happy tgk abang selalu senyum bahagia untuk kami, dan ayang berjanji bahawasanya hadiah istimewa ayang untuk abang adalah mengabdikan diri ayang menjadi seorang isteri yang sempurna untuk abang, didunia ayang akan tarik abang dengan kebahagiaan, diakhirat ayang akan tarik abang dengan pahala. ayang sayang abang dunia akhirat, 

isteri bidadari syurga,
fatinfashiekin







Tuesday, July 21, 2020

SENYAP MUTED

menjelang 30tahun,
saya belajar untuk diam.
.
mungkin faktor usia,
yang membuatkan saya kini
lebih matang dalam berkata-kata.
.
kalau berdepan, saya masih ekin yang becok, tapi didalam group whatsapp dan sosial media, ketika berborak dengan orang, saya sangat "reserved". menjelang 30 saya jadi introvert.
.
saya takut apa yang saya tulis, intonasinya berbeza dari pembaca, saya takut apa yang saya share, pandangan pembaca berbeza dengan pandangan saya. oleh itu, saya hanya normel ketika berdepan / di wall media sosial sendiri (itu pn bab komen2 saya mmg out)
.
saya 30tahun this year,
mencapai angka 3 buat saya lebih matang,
saya nak jadi isteri yang baik,
saya nak jadi anak yang baik,
saya nak jadi kakak yang baik,
saya nak jadi kawan yang baik,
saya nak jadi emak yang baik,
saya nak jadi manusia yang baik,
paling penting...,
saya nak jadi umat islam yang baik,
πŸ˜‡
.
seriously saya banyak muted kan group whatsapp sebab saya tak nak judge orang, saya rasa berdosa gile bila judge orang, utk buatkan kurang kan dari bersangka bukan2, i muted group whatsapp, just enjoy dengan family, husband, anak2, bisnes,... macam group gosip2 kutuk2 walaupun kutuk orang yang i tak kenal, saya cuba utk close my eyes.
.
1) paling saya takut : tersalah judge
2) terbuatkan orang terasa hati dalam apa ditaip.
.
so, i muted
hehehe
.
saya ceritakan benda ni kat suami,
betapa saya takut intonasi menaip saya disalh erti, dan incik lalan pn actually jenis yang muted dalam segala perbualan, hanya muncul bila perlu, oh hmm maybe saya terikut perangai husband kot eh hahahaha

maybe la,
introvert,
🀭🀭🀭

Thursday, July 16, 2020

PENDING

3pagi.

sesungguhnya banyak benda nak upload,
adoi entry birthday incik lalan tak update lagiiiiiik.. kenangan niiiiii.....
.
sekarang saya sibuk siapkan pesanan
pelanggan untuk raya haji,
bayangkan tidur 3pagi bangun 6pagi hari2,
hahahahah

so semestinya bila settle urusan je terus tidur, nk mengarang dan upload gambar, masa menaip ats katil "PAP!" handphone jatuh ats muke sbb ttidur wei, ni pun da get ready nak tidur,
.
nanti la esok luse saya update,
alaa semunya saya upload kat fb dan ig,
jemput la singgah
hahahahaha



Sent from my iPhone

Sunday, May 24, 2020

RAYA 2020

raya 2020 penuh kegilaan,
1) beraya tanpa kunjung mengunjung
2) beraya terus holiday (dalam melaka)

WHAT,
apa erti raya ?

kegilaan,
raya pertama terus holiday,
raya pertama abaikan tradisi kunjung mengunjung bersama sanak saudara,
raya pertama ke tempat asing yang bingit tapi tanpa kenalan.


raya 2020 raya yang aneh,

paling kasihan pada anak,
tak dapat beramah mesra dengan saudara,
tak dapat berkejaran dengan saudara sebayanya,


sungguh,
lain,
saya rindu,
kunjung mengunjung secara berkonvoi,
menjerit “Assalamualaikum” dimuka pintu sambil senyum girang,
menjamu juada rumah kerumah.

rindu,
untuk tunjukkan suami adat raya johor.

rindu,
untuk suami bawa saya kerumah sanak saudaranya.

apapun,
semoga raya 2021 membawa kembali kenikmatan aidilfitri, walau jauh, tetap kami cuba untuk memeriahkan.


raya diperantauan,
fatinfashiekin









Sent from my iPhone

Friday, May 22, 2020

RAMADHAN KUARANTIN 2020

esk last ramadhan,
barulah saya hegeh nak update blog ni haa,
padahal sibuk ni haa,
nak sambung buat florentin pula malamni,
banyak malam siapkan cookies pelanggan, sehari sebelum raya baru la buat untuk stok rumah sendiri πŸ˜†

tengah buat, anggun ajak tidur,
incik lalan boleh takeover cookies,
dia suruh tidurkan anggun,
tidurkan anggun actually tak susah pun,
baring je sebelah dia, dia jenis nak berteman.
sambil tunggu anggun lena, 
haa ni saya ambil sedikit masa untuk mengarang di blog walaupun semua dah saya share di instagram.


ramadhan tahun ni berbeza macam tahun sebelumni, 

1) paling ketara part anak, mereka tak ada jejak langsung kawasan luar selain halaman rumah, bawa ke shopping complex pun mereka cuma menanti dalam kereta, buka puasa pun dikereta je, HIKMAHNYA, anak belajar bersederhana, kalau tak sebelumni, nampak shopping complex je nak mainan la, nak playground la, sekarang mereka da biasa dengan kesederhanaan, dapat main basikal kat laman rumah pun da happy sangat ❤️




2) daddy kurang ke kebun, sebab saya mengadu “ayang duduk rumah tak boleh keluar, tak sabar tunggu abang balik, kalau abang pergi kebun, bosan la ayang” since bini mengadu macamni, dia terus cut masa ke kebun, tiap kali balik kerja akan bawa kami round rentas daerah, pergi bazar la, jalan-jalan la nak makesure bini dan anak gembira.




3) sambutan ramadhan ceria, belum puasa saya da merengek macam budak2 kat husband, saya nk pelite dan saya nak fairylight. bile da ramadhn, incik lalan beli, saya merengek pula “pasanggg passngg pasanggg” huhu Allhamdulillah dikurnia suami yang membebel tapi jalan apa disuruh hehe. saja je saya suruh suami prepare semua tu sebab saya tahu ank mesti suke, dan yes ! ank gembire sgt tgk lampu warna warni dan pelite ✌🏻semestinye mommy kawtim beli mercun dan bunga api πŸ˜†
 



4) terawih full bersama suami, part ni paling sweet, sebelumni suami terawih kt surau, skg tak boleh ke surau, dapatlah menikmati terawih dn cr mlm lailatulqadar dgn suami, walaupunnnnnn berarok juga lah situasi dengan si anggun yang baru setahun ni πŸ˜†



5) shopping sakan ! yey dapat beli baju sedondon full set dari wajiibrahim 😚suami punya baju pula memang tiap tahun elrah je, bukan part baju je, paling sakan nak tukar karpet, tukar sofa hahahah (part ni ada yang funny, tapi simpan je tak boleh share) πŸ˜†part cat rumah, beli frame, beli pokok indoor, esok baru cari, raya sakan sgt2.





tahun ni tak pernah terbayang dek akal akan beraya tanpa pulang ke kampung, rasanya seumur hidup ni pertama kali dan terakhir kali beraya diperantauan, walaupun sedih, tapi saya bertekad untuk nikmati sebaiknya, sebab saya nak gembirakan anak-anak, 


sebab,
saya kan mommy,
tugas mommy ni penyeri rumahtangga,
mommy kene hidupkan cahaya keceriaan,


barulah anak dan suami akan ikut sama πŸ˜‡





Sent from my iPhone

Monday, May 4, 2020

BAJU RAYA TEMA MERAH

konon-konon tak nak beli baju raya,
konon-konon nak sempoi2 je sebab tak balik kampung.

tapi incik lalan asyik kata :
“ayang jangan menyesal nanti tak ada baju”
lepastu suara halus dia “haaaa menyesal tak tahu”... ishh menganggu ketentraman betul lah suara halus dia, hahah


kadang2 dia pilih kan ;
“yang ni cantik ni..”

saya balas ;
“baju ayang kena ada lace / glitter / lain dari lain”

disebabkan saya cerewet,
sampai kesudah tak jumpa baju berkenan, tu yang jadi malas nak beli.

setelah 10hari puasa,
harini dia tnya “dah beli belum,” kite geleng kepala, kene bebel lagi sebab baju yang ada sebelumni saya jual hahahaha ye saya kan suka jadikan semua benda duit, sayakan pantang benda boleh dijual πŸ˜†


pukul 10 malam, ternampak page wajie ibrahim cantik sangat ! terus grab 3pasang, suami pula saya memang suke cutting elrah, so maintain lah jenama elrah punya baju melayu.


keyin oder, part payment pas handphone pada husband, dia kata “kenapa?” saya jeling dia “bayar ler...... cepat” siap ! syok jugak nooo jadi bini duk rumah, walupun bini ada duit sendiri tapi sbb bini kerje dari rumah, aura bini kerje terlindung, so depan suami aura bini sentiasa lemah memerlukan bantuan suami. hahahahaha



Sent from my iPhone

PENGALAMAN BERSALIN AHMAD FURQAN BIN AHMAD FAIZAL

sekarang Ahmad dah 1 tahun, sebelum mommy makin pelupa, so mommy nak catit segalanya. sebab itu pengalaman manis, melahirkan anak lelaki din...