FOLLOWER

Wednesday, August 5, 2020

HAPPY BIRTHDAY HUSBAND


dah ogos baru nak buat entry birthday husband hahaha. ok la kan daripada tak buat 😆

birthday incik lalan adalah 13/7 tapiii bulan 6 saya dah ajak incik lalan celebrate, tak adenye nak hitung detik 12tghmalam okey, sebab tiap tahun selalu kalah dengan prudential tu haa, mereka akan wish sebulan lebih awal, so this year saya betul2 jadi orang pertama wish birthday husband.


macam biasa, birthday sesiapa pun, point utama adalah “happy kan anak-anak” dan saya pula apalagi nk tempat :
1) mudah cari makan
2) mudah pergi shopping
3) mudah anak nak bergembira


mula2 booking hotel ada pool, but then last minute cancel kan. sebab susah nk cari makan sedap, susah nak ke shopping mall, susah nak ada aktiviti dengan anak, kalau setakat berendam, bath tub boleh, dan semua hotel ada swimming pool. dalam masa yg sama actually musim covid, risau pula dengan aktiviti berendam dalam pool eventho private pool. 

.
tup tap tup tap,
cam biase ler, hotel sebelah klcc hahaha dah macam second home dah saya rasa, rancang laa kemana pun, last2 end up sebelah klcc 😆😆
.

bukan ape,
kan saya ni bukan senang nak bercuti,
so bila holiday tu, malas la nak ke tempat yang, asyik2 kena naik kerete, kena google mana tempat best, oh no, so sebelah klcc ni best, alang2 bayar mahal utk tidur, so kelebihannya semua ada, jalan kaki je, turun hotel toleh kanan pintu masuk klcc, masuk lah semua ada, untuk saya bab makan hah senang nk makan dalam bilik semestinya boleh tapi tu lah hadap nasi lemak kosong RM70 hahahah, jalan bawah hotel mcm2 cafe ada, untuk anak pun dalam klcc tu macam2 tempat bermain ade, dn lepas penat main, masuk bilik lagi main dengan laki pula eh dengan anak2 HAHAHAHAHAHAH so see, berbaloi la, bilik mahal semua ada setakat jalan kaki kat bawah tu,  dan tak ade la bayar bilik mahal tapi duduk dalam bilik sekejap bebeno 😆
.
soo kesimpulannya,
senang giler.
memang holiday lah.

saya tak tahu lah peel saya,
saya tak suka tempat2 pantai tu,
tempat2 mcm cameron ke,
mungkin sebab saya dilahirkan dikampung,
udah2 ler dengan flora fauna,
nak ketenangan moh balik kampung panjang sari memang akan dapat ketenangan sebab 1)line tak ade (serius tenang laa)
2) dikelilingi pokok2 (saya tak ade jiran)
serius tenang laaaaa hahahahahah


so bab holiday saya mari mencari kegamatan pula hahahahaha tapi dalam kesenangan iaitu jalan kaki semua ada 😆


berbalik pada birthday husband,
actually selaku bini yang romantis,
semestinya ada surprise deko untuk husband, then masa nak keluar saya dn anak2 pakai tshirt “daddy turns 39” mulenye saya pk husband akan segan, rupanya husband seronok fuh berjaya saya menjinakkan husband menerima bini yang sweet ni hahahah.. bukan sweet tang tu je, kseh pun buat simple poster luahkan sayang kat daddy then we make surprise letak dalam kerte daddy supaya bila daddy nak pergi kerja dia terharu, yes suami terharu, suami masuk kerte nampak lukisan kaseh kemudian suami masuk rumah semula, kiss kaseh tanda terima kasih sambil cakap “daddy love kseh too” ha


part ni mak dia tak dapat kiss, mak dia memandang sambil juih bibir je tanda “eleeeehhhhhhhhhhh”.. mommy pun buat surprise juga, dalam wallet incik lalan, saya letak gambar kami. hahaha. masa dia nak buat payment, terkejut tgk gambar tu, tapi suami okey je, dia biarkan gambar kami kat situ hehehehe dia senyum je 😇



kadang2 pk balik,
cover hp suami : gambar kami
wallet suami : gambar kami
wallpaper laptop suami : gambar kami
hmmm, saya ?
cover hp saya : gambar saya
wallet saya : gambar saya
wallpaper laptop saya : gambar saya
HAHAHAHAHAHAH
baru perasan, hahaha
ala tak pelah, isteri tak letak pun gambar suami tapi isteri “very romantic loving manje-ing” hahahah


ok lah,
selamat hari jadi ke 39 untuk abang,
terima kasih sanggup berubah banyak perkara untuk ayang, eventho small things, ayang tahu, kasih sayang yang mengubah semua tapi abang tak mo admit yg abang sebenarnya sayangkan ayang sangat2 KANNNN hahaha ayang happy tgk abang selalu senyum bahagia untuk kami, dan ayang berjanji bahawasanya hadiah istimewa ayang untuk abang adalah mengabdikan diri ayang menjadi seorang isteri yang sempurna untuk abang, didunia ayang akan tarik abang dengan kebahagiaan, diakhirat ayang akan tarik abang dengan pahala. ayang sayang abang dunia akhirat, 

isteri bidadari syurga,
fatinfashiekin







No comments:

PENGALAMAN BERSALIN AHMAD FURQAN BIN AHMAD FAIZAL

sekarang Ahmad dah 1 tahun, sebelum mommy makin pelupa, so mommy nak catit segalanya. sebab itu pengalaman manis, melahirkan anak lelaki din...