FOLLOWER

Tuesday, March 31, 2020

PENGALAMAN KEGUGURAN

Anak syurga saya,
Ahmad Fudhail B Ahmad Faizal 😘


masa buat buku pink semua berjalan lancar, tapi doctor bagi tarikh awal untuk repeat scan sebab saya lupa period saya, so nak confirmkan.


23hb : scan dengan KK semua ok
25hb : bleeding (tapi stain je)

25hb (rabu) saya rujuk hospital jasin, masani heart beat baby tak dijumpai, jasin minta saya rujuk ke hospital melaka.


actually, start bleeding tu saya dah dapat rasa baby tak kan survive sebab saya admit saya buat hard diet, tak ambil karbo, tak ambil sugar turun 6kg dalam seminggu. saya tak sengaja, saya tak tahu saya pregnant dan kemudian saya ada makan pil postinor (postinor pil yg sgt2 kuat)


berkemungkinan,
masa saya makan yasmin saya dah mengandung sebenarnya cuma tak pasti bila mula lekat, tapi saya tertunggu-tunggu period tak keluar tanpa buat pregnancy test dan sekadar menyalahkan hormon, tiba-tiba husband pula ternakal, terpaksa saya makan postinor 2 biji. 


sebabtu saya yakin,
memang saya akan gugur.
dan yes, jumaat baby keluar sendiri dirumah.



DETIK DETIK GUGUR (27 MAC 2020)

27mac pagi :
appointment dengan pakar dan pakar confirmkan, jantung baby stop hari selasa. doktor bagi tempoh 2 minggu untuk janin keluar sendiri, kalau tak keluar juga kena cuci.


27mac petang :
5petang- da mula rasa contraction, husband mula balut seat kereta risau bleeding kena seat πŸ˜†dia punya kalut mengalahkan
bini nak bersalin. tapi for me, sweet sangat, dia serius ambil berat tiap kali saya kata sakit.

9malam- baring kat bilik dengan husband, bila contraction datang, paut tangan dia kuat. masani rasaa nikmat nk bersalin penuh loving. yela bersalinkan kaseh tetibe dia keluar, bersalinkan anggun sakit sorang2 dalam wad sbb induce. so contraction gugur ni, rasa lah berpegangan tangan atas katil hahahahah

9.30malam- suami masakkan salmon tepyaki kegemaran.

10malam- cangkung terus plup keluar, rupanya pukul 9malam masa contraction kuat, janin da klua, dsebabkan pakai panties+pad xdapt la dia kelua, patutla pukul 9malam masatu contraction dan darah banyak.

11malam- checkin wad bersalin untuk cuci, doktor ambil janin untuk masukkan dalam botol, dan its boy !!!! 😊

tunggu punya tunggu,
6.30pagi- bermula lah operasi cuci datah beku, serius ! cuci gugur lagi sakit berbanding bersalin. kalau cuci bersalin mayb dah kebas bawah tu kan, cuci gugur, tiap rase korekkan tu pedih bawah pusat. serius !!! 


bab janin,
doktor minta izin untuk ambil sebab nak tahu punca gugur :)

=============================

Allhamdulillah kami ada anak syurga?
AHMAD FUDHAIL BIN AHMAD FAIZAL 😘

saya kata kat suami ;
“boleh tak bulan depan nak mengandung lagi” HAHAHAHAHA

suami ; 
“pantangggggg”

HAHAHAHAAHHAAH πŸ€ͺπŸ€ͺπŸ€ͺπŸ€ͺ









Friday, March 27, 2020

MAKAN POSTINOR TAPI MENGANDUNG ?

pil perancang yang saya amalkan adalah yasmin, konon tak nak gemuk dan konon nak jaga kulit, makan lah pil perancang mahal tu, Allhamdulillah pil perancang tu bagus.


tapi suatu hari, saya kehabisan stok pil tapi disebabkan saya pernah kerja farmasi so i tahu lah kan mengenai postinor (emergency pill) dulu masa PJJ dengan suami dah biasa makan, cuma kalini makan postinor 2 biji pun sangkut πŸ˜…




yes baby ini adalah baby terbabas πŸ˜†
mula tahu pregnant seriously saya cuma rasa kesian pada anggun sebab anggun baru setahun. dengan dah nak pindah rumah,  macammana nak renovate rumah kalau ada baby ? TAPI at last, kami percaya pasti ada sebab Allah bagi.


incik lalan pun setuju baby ni bagi rezeki sebab tarikh baby lahir, dah mcm2 rezeki tunggu, sampai suami kata “betul la rezeki anak dalam perut” 


tapi,
actually...........
(tunggu next post)


Tuesday, March 24, 2020

FACEBOOK ISTERI DIGODAM SUAMI



since januari lepas, incik lalan dah logout fb dalam phone dia dan dia login fb saya, mula-mula saya ingatkan dia cuma nak cek facebook saya, so i’m okey jek, hello my facebook clean okey, i kan cintakan suami i hahahah


saya ingatkan dia cuma nak tengk-tengk but now dia dah addicted dengan facebook saya berbanding facebook dia. nama facebook kawan-kawan saya pun dia hafal siap ajak gosip “sayang, kawan sayang ni asyik update status tapi bahasa ksar” then saya balas “apa nama fb dia”, incik lalan sebut lah nama then saya explain “dia kat sekolah pendiam yang, tak sangka dalam facebook macamtu” so tak perlu kenalkan my friend, dia tgk guna facebook saya je.


saya ingatkan dia cuma tengok-tengok dan baca page politik, tapi eh sekarang berlike berkomen kat page politik gune facebook sayaaaaa. patutla dapat friendlist dari sape-sape entah. rupenye orang ingat saya lah insan yang berbalas komen kat ruangan politik huhu


alasan incik lalan :
“facebook sayang best, semua kat wall pun best, kat facebook abang semua orang tua, topik pun tua, kawan-kawan cuma update resipi, buat apa dengan anak, boring”


saya :
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA “ooo tak nak ngaku tuaaaaaa”


apapun saya pun cek juga facebook incik lalan, memang beza lah, page geng 20an dengan page geng 40an memang lain laa πŸ˜†


actually saya suke incik lalan login page bini, saya tak kisah. bab dia menyamar jadi saya komen politik pun saya tak kisah, sebab kami dari team politik yg sama, so no hal πŸ€ͺ





Monday, March 23, 2020

HARI KE 6 MALAYSIA LOCKDOWN


harini PM umum ttg bantuan dari kerajaan, antaranya adalah pengeluaran Kwsp sebanyak maksimum RM500 sebulan. ramai yang memanjat rasa kesyukuran.


masa PM umum, incik lalan depan saya, dan dalam masa yang sama tetiba my husband jerit girang, dia tak sangka dia ada sejumlah something dalam akaun yang dia tak pernah cek selamani.


then tetibe my phone berbunyi,
agen kerepek saya memohon untuk membuat pembayaran suku dari kerepek yang ditempah.


i terdiam,
kering berkerut,
dan i tarik nafas dalam perlahan dan hembus.


SubhanaAllah,
Allahuakbar,


dikala kami berseronok menikmati kuarantindengan pelbagai menu, tiada kebimbangan, tiada gusar, tiada kuatir, ada pihak yang memohon kepada saya untuk diberi sedikit kelonggaran pembayaran, mengalami masalah kewangan untuk pembayaran.


saya berbincang dengan suami,
dan untuk musim covid19, bukan sahaja kerajaan meringankan beban, kami pun kena involve ❤️ saya kata “kite kene tolong mereke yang, ingat niat berniaga kite”


dari segi pembayaran,
dari segi oder,
kami buat undang2 baru dan lebih smooth,
tentang payment tu dont worry, kami buat kelonggaran.


sesungguhnya kami memhami,
ramadhan akan menjelma, mereka tak nak kehilangan pelanggan mereka, so mereka kena supply stok yang mencukupi, tapi modal ditangan mereka terganggu kerana penggunaan kuarantin covid19. no worries. kak bantu.



Friday, March 20, 2020

MALAYSIA LOCK DOWN


**lepasni insyaallah rajin update blog, baru perasan byk gambar tak upload, so azam 2020 semoga rajin menulis**



16 mac, incik lalan da asyik ajak shopping barang dapur, ikutkan saya, malas sebab confirm berpusu-pusu, cara kami actually semua barang kami beli awal bulan tapi barang basah kami repeat sebulan 2 kali,
so memandangkan dah 16hb walaupun malas, paksa kan diri juga, yelaa nak tambah stok ayam udang sotong.


incik lalan balik kerja, terus kami ke mydin mitc, situasi agak normel lah, tak ada pun lambakkan kereta tetapi troli licin uols πŸ˜… so hati dah rasa x sedap, mesti kes 1 pelanggan tapi 2-3 troli,. ishh dah ler saya tak suka situasi menunggu kat cashier.


masuk je mydin, yes banyak dah kosong, bahagian makanan dalam tin, liiiiicinnnn.. macam kami, kami fokus barang basah je, barang kering masih banyak sebab dah terbiasa buat pembelian sebulan terus, so kami tak ada lah penuh setrolley pun.


situasi dalam mydin macam esok nak raya, Allhamdulillah semua yang kami nak dan stok makanan dirumah kami mencukupi, cumaaa incik lalan kurang asam ea dia kata “laaaa 14hari tak boleh makan kedai ? 14hari makan masakkan ayang je ke” melampau tau hahahahahahaha

untuk situasi lockdown ni,
Allhamdulillah saya dan suami tidak terkesan, suami bekerja seperti biasa, saya pula berniaga seperti biasa. Allhamdulillah tokey kebun pun inform saya yang bekalan pisang berterusan sperti biasa. Syukur Allhamdulillah.


kesian dan sedih baca status di facebook kawan-kawan, ada yang baru mula kerja dah dipaksa cuti, ada yang nak beli barangan dapur tapi gaji lama lagi. didoakan dipermudahkan urusan, didoakn dimurahkan rezeki dan dikurniakan rezeki tak disangka sangka.


insyaallah apa yang jadi ada hikmahnya,


———————————————————

kuarantin hari 1 :
-bersih halaman rumah disapu
-cabut uban suami HAHAHAHHA sehelai RM25 ! HAHAHAHA
-segala cerui sental

kuarantin hari 2 :
-pagi petang malam menu daging
-makan makan makan makan

kuarantin hari 3 :
esk, nanti saya update hehehe











Sunday, March 15, 2020

ADIK IPAR PALING RAPAT



bagi yang dah lama follow blog ni,
tahulah bhwa wahida adalah adik ipa saya,
bagi yang belum tahu, meh saya perkenalkan,ini adik ipar kandung saya,
sama mak dengan suami (arwah mak Fauziah binti mohamad)


antara semua adik ipa,
wahida paling rapat dengan saya,
since belum kahwin dengan suami pun kami dah ngam, dia pun tak kisah datang rumah pagoh, join apa2 event dan semua saudara mara saya dah kenal sangat dengan
wahida


antara kami ni senang kata tak ada rahsia,
dia okey je nak share apa-apa dengan saya dan saya okey nak share apa-apa dengan dia,


cuma sebelumni dia ada merajuk dengan saya,saya kan kakak yang garang, wahida pula rapat dengan saya, semestinye saya sayang dia, dia bagitahu something pada saya dan saya tak setuju dengan decision dia. masatu saya rasa, saya patut terus terang pada wahida yang apa dia buat tu salah dan akan rosakkan masadepan dia. yang saya rasa terpaksa cakap dengan bila abang kandung dia iaitu suami saya pun tak nak masuk campur, then i rasa eh tak betul ni.


lepas saya bagitahu wahida apa dia buat salah, dia merajuk. ye saya tahu. saya tak salahkan dia. saya dah bersedia dia nak merajuk dengan saya. TETAPIIII.......


sekarang terbukti apa saya cakapkan tu betul, πŸ˜‡ wahida pun kembali bersama saya, Allhamdulillah saya buat right decision untuk wahida masatu. Allhamdulillah adik ipa kesayangan i da nampak kasih sayang kakak ipar dia ni ..


dear wahida,
if ekin tak sayang wahida,
ekin biarkan wahida dengan kesalahan,
sekarang,
nampak kan ? ekin sayang ❤️








Sent from my iPhone

Saturday, March 14, 2020

2020 DIPENUHI KALORI


saya sempat menurunkan berat badan 6kg, then stop diet dan terus menyambung hobi makan makan makan makan

nikmat paling best bila kahwin pula adalh memperoleh suami yang langsung tak berkire part makan, dan sekarang kami tengah gilekan korean food dan japanese food, ni semua sebab drama korea haha

walhal dulu saya seorang yang sangat memilih makanan tau, tapi sejak berjaya menternak lemak kt perut suami, haa dia la yang pantang hujung minggu, makannnn πŸ˜†

baru bulan 3, setiap kali weekend tu, hah semua makan besar. air pula segala jenis viral boba tu, xinfutang laa,the alley laa, gongchaa laa, haa belum campur tealive yang hari2 pergi.

doakan saya dgn husband dijauhkan kolestrol dan kencing manis. HAHAHAHAHAHAHAHH









PENGALAMAN BERSALIN AHMAD FURQAN BIN AHMAD FAIZAL

sekarang Ahmad dah 1 tahun, sebelum mommy makin pelupa, so mommy nak catit segalanya. sebab itu pengalaman manis, melahirkan anak lelaki din...