FOLLOWER

Monday, July 1, 2019

OBSES DENGAN SUAMI

Ramai orang pelik, macammana saya uruskan rumahtangga dan bisnes,
Dengan tempahan yang banyak, orang semua pelikkkkk

Saya pun cerita juga pada incik lalan,
Orang pelik saya sempat buat semua benda (orang tgk story saya)

Then saya sendiri tanya diri saya,
Macammana saya boleh uruskan semua perkara, saya temui jawapan, iaitu OBSES !!

Yes. Jawapan tepat.
Saya mampu uruskan semua perkara dalam masa yg sama sebab saya obses pada suami dan anak saya,

Incik lalan pn gelak tau dengar jawapan saya, tapi dia setuju dn akui,
Helloooooo saya mmg obses dengn incik lalan okey,
Segala ttg dia saya uruskan sempurna, obses smpai nk bkepit mcm budak kecik pun ye.


So bila obses dgn suami dn anak,
Mereka adalah keutamaan saya,
Memasak utk mereka adalah kewajipan saya (kecuali masa too busy lah)


Hati saya, minat saya dlm uruskan rumahtangga. Dn minat saya juga dalam bisnes. Semuanya seiring. Allhamdulillah.

Wednesday, June 26, 2019

BBQ LEGASI NAQIAH

Jumaat lepas 22hb,
Akhirnya baru dapat jumpa saudara mara belah saya haha tapi tu pun tak semua ada, kami buat BBQ kat rumah mak long sempena pipik nak bertunang, so sesapa yang raya haritu kat belah mertua dan tak dapat berjumpa, masani la grab peluang yang ada untuk collect duit raya HAHAHAHAHA


Ala tapi tak semua balik,
Cik dira, cik ari, cik nunik tak ada,
Mereka masih bertugas,
Sooo end of this year lah nampaknya baru dapat berkumpul semula, berkumpul untuk wedding pipik pula 😘


Apapun, dapat juga jumpa cik is se keluarga, cik jek sekeluarga, maklong, mak ude atok dan lain2, dapat juga lah bermaafan.


Semua kata "lan wes lemur" bermaksud lan da gemuk πŸ˜†incik lalan da mula membuncit HAHA padan mule dia, baru rasa camna pressure i rasa 🀣


Kalau da nama BBQ mcm biasala event panggang memanggang, dan apa2 event i mmg tabik kat incik lalan, laki aku ni semua benda dia boleh buat, bagilah apapun bnda, dia tahu uruskan, so bila bawa apa2 majlis dengan saudara mara rasa banggalah juga, kebetulan pula umur dia pun sama level je dengan pakcik2 saya, apalgi, confirm memang tak kekok lah.


Ingat lagi dulu bercinta dengan incik lalan, dulu calculate umur, la dia baya pakcik saya, rasa awkward juga la sbb saya tgk pakcik2 saya tua, ttbe eh sebaya laki aku lah huhu. Yela saya ni level2 anak buah, ttbe terkahwin dengan orang pangkat pakcik 🀣


" Apapun sayangggg,
Ayang bangga dengan attitude abang, boleh bawa majlis,"


Dan ofcz bila suami kita pun boleh join dengan family kita, dan saya pn kalau balik belah kedah, sedaya upaya jadi versatile dalam semua benda, nanti orang kata, bini siapa tu, incik lalan juga la dapat namakan hehe



Incik lalan dia pemalu,
Tapi tak ade la pemalu sejenis suami yang tak campur orang, tak amik port bila berkumpul dengan saudara mara, dia profesionl dan since berbini kan saya yg becok, Allhamdulillah kebecokkan dan level loyar buruk dia meningkat mendadak hahahaha

Monday, June 24, 2019

RAYA KE3 DENGAN GENG SUAMI

Haaa raya ke 3 paling best,
Team pakcik bawang dan team makcik bawang HAHAHAHAHA


Incik lalan kata :
"Achong ajk beraya, mula2 kita pi rumah mail, tunggu yg lain smpai, kemudian abang dengan geng lelaki pi solat jumaat, ayang tinggal lah kat rumah mail sat dengan geng perempuan pastu kita gi beraya"

Haaa
Cadangan
Kami perempuan duduk sat
Kan ?

Tapi idok ler,
Geng pakcik bawang da syok jumpa member, dia tinggal kami kat rumah mail, dieorg gi beraya sendiri rumah cikgu mereka. haha. Tapi syok, rasa cepat je masa berlalu, dan raya ke3 lah akhirnya baru dapat tengk muka kawan2 incik lalan

Biasa jumpa, mcm achong dn wife dia rose. Raya ke3 dapat kenal lebih ramai. Saya cakap dengan incik lalan "macammana ni, ayang pemalu"
Incik lalan "pemalu ape, ayang kalau da jumpe bini achong mulut tu potpetpotpet bising, sama byk ckp mcm bini achong" HAHAHAHA kuangajo laki aku ngate aku hahahaha


Paling best gosip2 dengan team bawang perempuan ler, dn cerita macammana incik lalan dulu, baik rupenye huhu


Tapi yang tak syok,
Part bergambar i tak ade,
Sebab anak tidur, yela saya je ade anak baby, tk pa, next time repeat lepak sama lagi dan makesure ank da besar, boleh lah mak hang berjimba dn berselfie lagi πŸ˜†

Wednesday, June 19, 2019

REZEKI KEMAAFAN

Entry lepas saya da cerita ttg kebun incik lalan yg dimasukki pencuri,
Ingat tak? 50tandan licin

Kan saya nasihat incik lalan
"Redha yang, Allah ada, dia akan gantikan lebih baik"
Bila saya positif,
Automatik incik lalan pn lebih tenang dan macam tak ada apa berlaku,
Betul, memaafkan dengan ikhlas,
Allah akan berikan rasa ketenangan, tak ada beban langsung.

Dan dalam masa sama,
Untuk this month,
Projek incik lalan adalah penanaman semula pokok pisang untuk kutipan hasil 2020, fokus untuk kutipan hadil raya tahun depan

Untuk menanam semula pokok pisang, kena mengorek anak pisang (benih pisang), so alang2 incik lalan perlu mengorek anak pisang, saya iklankan dan war-warkan siapa nak kan anak pisang.

Allhamdulillah,
Rezeki kami digantikan dengan rezeki lain, permintaan 3000 anak pokok pisang kami terima serta merta,
1000 pokok dari kenalan incik lalan,
2000 pokok dari pemilik kebun lua,

Allhamdulillah,
Terima kasih Ya Allah,
Semoga Allah sentiasa memberkati usaha Ahmad Faizal Sulaiman dalam mencari rezeki yg halal untuk anak dan isteri nya :)

Pernah terbaca,
Jika suami tidak kedekut dengan isterinya, Allah akan murahkan rezeki suaminya.

Dan saya sebagai isteri sentiasa memohon kepada Allah agar digandakan rezeki suami kerana sesungguhnya incik lalan seorang suami dan ayah yng ber tanggungjawab ♥️


**pisang dikebun kami cat merah utk elak diambil pencuri**

Wednesday, June 12, 2019

HALALKAN KECURIAN

Orang tanya,
"Macammana boleh tenang"

Orang respect,
"Hebatnya boleh positif"

Orang perli,
"Dah kaya banyak duit memang la tak kisah kena curi"

Jawapan yang saya boleh share adalah, Allah ada, Allah tu Maha Melihat, Maha Mengetahui, Maha Pemurah lgi Mengasihani.


Jawapan macam cliche kan ? Tapi tu lah saya fikirkan. Incik lalan balik kebun cerite, saya terus nasihatkan redha kan je.

Mak mertua pun whatsap risau,
Saya cuma kata "ekin dengan abang redha mak" terus mak pun lega :)


Bukan sebab positif sgt ke apa,
Cuma bab kecurian tu saya letak pada keputusn pd Allah Maha Esa.


Tapi saya dapat feedback hebat,
Ramai yang tak kenal DM kt Instagram, para pelanggan dan bukan pelanggan, saudara mara, mertua dan ipar duai semua mendoakan agar digandakan rezeki kami

So nampak tak hikmahnya kita berserah pada Allah, mungkin saya kehilangan something, tapi saya dihimpunkan dan diberikan doa yang baik dari mereka yg baik :) Allah tu Maha Mendengar tiap doa hambanya. SubhanaAllah.


Mungkin juga faktor umur nk 29tahun ni, da more matured, da tua. HAHAHAHAH. Incik lalan pn terima apa yg saya explain, sengih dia dengar. Lagi dia ketawa bila saya kata "ade ke patut orang kata kite bertenang sebab kita kaya, agaknya kalau tak kaya dah jumpa bomoh ye" πŸ˜†


Dan harini berduyun masuk oder raya haji. Allhamdulillah. Terima kasih Ya Allah.


Hambamu,
Fatinfashiekin

SIMPANAN UNTUK ADIK ANGGUN

Adik anggun,
Demi masa depan,
Mommy da siap2 buatkan akaun SSPN, tabung haji dan Asb untuk adik

Untung adik 6bulan mommy daddy da settle kan semua,
Kakak kaseh masa dia 2tahun baru mommy daddy dapat buat


Daddy kata,
Ini bukan pemberian percuma ye,
Da kerja bayar balik HAHAHAHAHAH

Mommy daddy nak terbaik untuk anak-anak mommy daddy ♥️

Monday, June 10, 2019

RAYA KEDUA 2019

Menjadi rutin bila raya ke2 kami akan beraya ke kuala nerang untuk ambil elisya dn akila tapi incik lalan kata mayb mereka x ada, but its okey la, kami pi juga niat utk ziarah atok depa dan nak pas baju raya elisya dan akila,

Kami gerak dalam pukul 11pagi tapi sampai kuala nerang lepas zhor, dalam pukul 2.30 sampai rumah tok elisya akila, borak punya borak punya borak sampai pukul 5 petang hahah

Niat kami juga sepatutnya kalau balik awal, nak pi cangluun rumah mak lang bibah, tp keluar2 da lewat, senarai rumah saudara yang belum kami pi banyak lagi,

Raya ke2 manjadi kewajipan untuk berkumpul bersama adik beradik dn saudara mara sungai meriam, so terpaksa cancel untuk pi cangluun, kami balik terus utk berkumpul.

Pecut punya pecut,
Lepas isya' baru sampai,
Dengan berlemuih sebab lama atas jalan, kami pi beraya rumah tok dan mak cik asa, mereka bt bbq,

Tp tahun ni tak mcm tahun sebelum ni sebab mertua paksu sakit, kakak ipar paksu pula meninggal raya ke3, so suasana kalini masih meriah tp dalam bsederhana,. Semoga maksu terus kuat ♥️semoga kakak maksu tgolong diantara mereka yg beriman dn semoga ayah maksu diberi kesembuhan ♥️

So kesimpulannya, raya ke2 banyak atas jalan huhu. Semua kata baju i dengan kaseh merelip hahahah actually memang plan pakai baju sarat manik raya ke2, sebab masatu je duduk panjang dalam kereta, dapatlah melaram hahahah


Baru perasan xda gambar daddy raya ke2, maaf naa daddy, πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

PENGALAMAN BERSALIN AHMAD FURQAN BIN AHMAD FAIZAL

sekarang Ahmad dah 1 tahun, sebelum mommy makin pelupa, so mommy nak catit segalanya. sebab itu pengalaman manis, melahirkan anak lelaki din...