Jumaat lepas 22hb,
Akhirnya baru dapat jumpa saudara mara belah saya haha tapi tu pun tak semua ada, kami buat BBQ kat rumah mak long sempena pipik nak bertunang, so sesapa yang raya haritu kat belah mertua dan tak dapat berjumpa, masani la grab peluang yang ada untuk collect duit raya HAHAHAHAHA
Ala tapi tak semua balik,
Cik dira, cik ari, cik nunik tak ada,
Mereka masih bertugas,
Sooo end of this year lah nampaknya baru dapat berkumpul semula, berkumpul untuk wedding pipik pula 😘
Apapun, dapat juga jumpa cik is se keluarga, cik jek sekeluarga, maklong, mak ude atok dan lain2, dapat juga lah bermaafan.
Semua kata "lan wes lemur" bermaksud lan da gemuk 😆incik lalan da mula membuncit HAHA padan mule dia, baru rasa camna pressure i rasa 🤣
Kalau da nama BBQ mcm biasala event panggang memanggang, dan apa2 event i mmg tabik kat incik lalan, laki aku ni semua benda dia boleh buat, bagilah apapun bnda, dia tahu uruskan, so bila bawa apa2 majlis dengan saudara mara rasa banggalah juga, kebetulan pula umur dia pun sama level je dengan pakcik2 saya, apalgi, confirm memang tak kekok lah.
Ingat lagi dulu bercinta dengan incik lalan, dulu calculate umur, la dia baya pakcik saya, rasa awkward juga la sbb saya tgk pakcik2 saya tua, ttbe eh sebaya laki aku lah huhu. Yela saya ni level2 anak buah, ttbe terkahwin dengan orang pangkat pakcik 🤣
" Apapun sayangggg,
Ayang bangga dengan attitude abang, boleh bawa majlis,"
Dan ofcz bila suami kita pun boleh join dengan family kita, dan saya pn kalau balik belah kedah, sedaya upaya jadi versatile dalam semua benda, nanti orang kata, bini siapa tu, incik lalan juga la dapat namakan hehe
Incik lalan dia pemalu,
Tapi tak ade la pemalu sejenis suami yang tak campur orang, tak amik port bila berkumpul dengan saudara mara, dia profesionl dan since berbini kan saya yg becok, Allhamdulillah kebecokkan dan level loyar buruk dia meningkat mendadak hahahaha
Rasulullah SAW berkata: “Sungguh dia (Khadijah R.A) tiada ganti”. Dia beriman kepadaku ketika semua manusia mengingkariku, dia membenarkanku ketika semua orang mendustaiku, dia membantuku dengan hartanya ketika manusia menghalangku dan Allah menganugerahkan padaku semua anaknya ketika wanita lain tidak memberikanku anak.” [Musnad Ahmad].
Wednesday, June 26, 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
FASA UMUR 30an - 40an
Fasa 30an adik dan sepupu yang dulu kecil pemalu sekarang sedang melewati fasa menjadi remaja, pakcik makcik yang kita pernah mengelu...
-
Memandangkan saya akan mula bkerja dan memandangkan susu badan saya tidak meriah. Saya telah melatih anak saya untuk minum susu formula. ...
-
*resepi saya tanpa belacan, Sebab lupa beli. Tapi sedap je iols makan* BAHAN-BAHAN : 2cawan nasi sejuk 2 biji telur ayam 6 cili...
-
Hai !! Allhamdulillah, lalanfood dah melangkah 1 lagi langkah kehadapan. Berdasarkan kenaikan positif selama 7bulan lalanfood...
No comments:
Post a Comment