FOLLOWER

Thursday, November 15, 2012

SALAM TAHUN BARU ISLAM (MAALHIJRAH)

Bernafas dan bernafas setiap detik dan saat. Tanpa sedar, masa juga bergilir-gilir datang dan pergi. Jam demi jam. Hari demi hari. Minggu demi minggu. Kini sampai setahun jua, kalendar pun menggantikan tarikhnya. Menjelma lagi tahun baru mengikut kiraan bulan Islam. Hari ini masuk tahun baru Hijrah.

Tidak tahu apa yang ingin ditulis untuk sambutan tahun baru Islam ini. Aku tutup semula laptop. Berdiri. Kemudian merenung jauh ke luar tingkap. Cuaca yang tidak menentu, terkadang gerimis dan terkadang hujan dan terkadang elok.

Cuaca sentiasa berubah-ubah seiring peredaran masa. Juga bertindak seiring arahan yang Maha Kuasa.

Merenung lagi. Kali ini cuba menyelami di sebalik perubahan cuaca itu : 'Apakah imanku juga seperti itu? Sentiasa berubah-ubah?' Hati berbisik sendiri.

"Ya Allah, tetapkanlah ketulusan di hati ini… sempurnakanlah keikhlasan yang tersisa sedikit ini. Tolong pegang erat-erat hatiku, seperti pegangan seorang bapa, yang memegang kejap tangan anaknya. Jangan dilepaskan ku sendirian dengan urusanku walau sedetik cuma"

"Ya Allah, terlalu banyak yang kau anugerahkan dalam hidupku. Tidak mungkin terhitung olehku. Jika ingin dibandingkan dengan rahmat kasih sayangMu, sentiasa terhampar luas tidak bertepi. Tidak kira anugerah atau musibah, jadikanlah daku hamba yang bersyukur selalu. Sentiasa bersyukur, bersyukur dan bersyukur…"

Harapan saya untuk tahun ini :
Semoga setiap apa yang dilakukan oleh saya dan kita semua, segalanya dalam Rahmat dan Restu Allah. Sebab saya percaya, dengan Restu Allah, segalanya tiada yang mustahil dan segalanya akan menjadi yang terbaik. Allah itu Maha Mengetahui ! :)

Salam maalhijrah,

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

KEPADA SAUDARAKU DI GAZA #PRAY FOR GAZA

Kepada saudara-saudara seislam ku di Gaza..

Tahukah saudara-saudaraku di Gaza,
Ketika orang lain dan segala sukarelawan yang diberi peluang dapat menjejakkan kaki ke sana dan membantu kalian, membuktikan diri kepada Allah bahawa mereka terpanggil dan mereka rela, bekorban dan sanggup datang untuk menghulurkan bantuan kepada kalian dan mengejar SYAHID.

TETAPI SAYA,..
Hanya disini, hanya dapat melihat dan mendengar tentang khabar kalian melalui TV dan media-media yang disediakan.

Malu rasanya diri ini untuk melihat keadaan kalian. Malu kerana diri ini tidak mampu memberikan sumbangan terbaik seperti yang diajarkan Rasulullah SAW dan Para Sahabat. Malu kerana tubuh ini masih berada disini. Malu kerana terkadang saya masih terlupa untuk mendoakan kesejahteraan kalian di Gaza.

Kepada saudaraku di Gaza.
Maafkan saya kerana tidak dapat membantu kalian dengan segala kemampuan yang saya ada. Semoga Allah melindungi dan membalas pengorbanan kalian dengan syurga-Nya ...

Tetapi,
Sehabis dayanya saya akan sentiasa mengingati kalian dalam setiap doa saya ! Sehabis daya !

Amin Ya Robbal'alamin ..

#PRAYFORGAZA
May Allah will protect them and save palastine !

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

KERANA SMART TAG

Saya pun pelik.
Macammana boleh ada 2 smartag dalam kereta saya ???

So dijadikan cerita,
Tersebutlah kisah,
Pada hari ini,
Ada sebuah kereta comel telah memotong sebuah BMW dan kemudian melalui lorong smartag diikuti BMW itu. Dengan penuh confident si pemilik kereta comel itu mengacukan smartag nya. Dan tiba-tiba !!!!

ALARM BERBUNYI !!

Sepantas kilat menekan brek,
Nasib baik si pemilik kereta comel tidak melanggar palang tol tu. Fuh !!

Dan bila cek-cek baki.
Aik ! RM2.30 ????????
Setahu si pemilik kereta comel.
Sepatutnya baki dalam smartag tu
RM55.00 ???????????

Then baru lah perasan rupenye ada 2 smartag dalam kereta saya. LOL.
Sure kereta BMW belakang saya memaki hamun. Maaf lah ye ;p

So ape lagi,
Terpaksa reverse lah.
Then masuk balik.
SELESAI *tapi malu giler !*

_________________________________________

Persoalan :
Macammana ada 2 smartag dalam kereta saya ??

Jawapan :
Oh ! Incik lalan punya sebab saya bab topup touchNgo memang malas gile. So kalau dia punya ada banyak baki. Saya ambil. Bila dah kosong, saya pulang. HAHA

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, November 14, 2012

TWITTER : @fatinfashiekin

Salam. Malu betul.
Rasa ketinggalan zaman.

Pada tahun 2012,
Baru kenal apa tu twitter. HAHA
Okey lah. Lagi syok berbanding FB.

saya ni tak tahu apa-apa,
Terima kasih pada amad zaidi taharim cuz membantu menerangkan setiap button yang ada di twitter. Button @ , button # dan macey2 lagi lah. Haha.

Orang pertama saya follow : AZT sbb dia tok guru twitter saya ! Nak tanya orang lain nanti dieorang duk kata saya ni kuno. Huhu

Orang ke dua : incik lalan lah. Baru saya tahu dia ada twitter !! Tapi twitter tk bfungsi lah. Cuma akaun, apa-apa dia x ada update. Dia kan kurang bersosial. Bagaikan ikan didalam kuali. Ehehe

Orang pertama saya FOLLOWING !! Ofcz lah jejaka melaya idaman saya. Abam BETO KUSYAIRI yang hot dan seksi ituh. Hehe.

Kalau korang ada twitter. Follow me okeh. Dan kalau saya nampak terkiat2 nk reply tweet u all. Harap maaf. Patik budak baru belajar ;)

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, November 12, 2012

DARI SELATAN KE UTARA

Update oi ! update !
gagahkan jari. gagahkan ! hahhaha


sampai di RNR Dengkil.
berehat. ke toilet. makan-makan
dan solat !



then kita tengok gelagat
dalam bas hehe


haha. aidil main pocong-pocong. LOL.
gamat dalam bas ;p


thennn sampai,
eh saya taip simple2 ea.
yang lain, uall tgk lah gambar. haha




tiba dengan jaya !
tq aza atas gambar-gambar saya ;p


menginap disini.
syok tau, berdepan dengan bendang.
dah lah kami ni'jakuns belaka.
almaklumlah, johor manada sawah hehe


bangun tidur,
gosok2 mata. buka pintu.
nampak sawah. cantik sgguh pemandangan





excited nampak bendang,
umpama selama ni duk london
dan tak pernah balik malaysia hahahaha

MAJLIS PERNIKAHAN


Tugas wajib :
gadis si dulang hantaran (-_-)




MAJLIS RESEPSI




DAN LAIN-LAIN
saya lah ;p









BUAH TANGAN DARI SANA UNTUK KAMI :)



Terima kasih !
selamat pengantin baru abang farid / kak ekin
*bertambah lagi nama EKIN.
haih pasni gi rumah tok sure
3 orang ekin menoleh kalau dipanggi ;p

with love,
FatinFashiekin

PEN AJAIB

Yes !! Saya jakuns.
Ni adalah pen ajaib !

Buka sahaja boleh menulis,
Tetapi boleh menyimpan banyak maklumat. Senang simple comel dan stylo !! Hehe.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SELAMAT SELAMAT SELAMAT

Selamat menyambut Happy Deepavali. Selamat menyambut Awal Muharam. Selamat cuti sekolah. Selamat Pengantin Baru. Selamat Hari Jadi. Selamat mula bercuti dan semoga Selamat Selamat belaka.

Sekian.

Majukan diri untuk ke syurga !

Dari saya,
FatinFashiekin.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PENGALAMAN BERSALIN AHMAD FURQAN BIN AHMAD FAIZAL

sekarang Ahmad dah 1 tahun, sebelum mommy makin pelupa, so mommy nak catit segalanya. sebab itu pengalaman manis, melahirkan anak lelaki din...