FOLLOWER

Thursday, November 15, 2012

KEPADA SAUDARAKU DI GAZA #PRAY FOR GAZA

Kepada saudara-saudara seislam ku di Gaza..

Tahukah saudara-saudaraku di Gaza,
Ketika orang lain dan segala sukarelawan yang diberi peluang dapat menjejakkan kaki ke sana dan membantu kalian, membuktikan diri kepada Allah bahawa mereka terpanggil dan mereka rela, bekorban dan sanggup datang untuk menghulurkan bantuan kepada kalian dan mengejar SYAHID.

TETAPI SAYA,..
Hanya disini, hanya dapat melihat dan mendengar tentang khabar kalian melalui TV dan media-media yang disediakan.

Malu rasanya diri ini untuk melihat keadaan kalian. Malu kerana diri ini tidak mampu memberikan sumbangan terbaik seperti yang diajarkan Rasulullah SAW dan Para Sahabat. Malu kerana tubuh ini masih berada disini. Malu kerana terkadang saya masih terlupa untuk mendoakan kesejahteraan kalian di Gaza.

Kepada saudaraku di Gaza.
Maafkan saya kerana tidak dapat membantu kalian dengan segala kemampuan yang saya ada. Semoga Allah melindungi dan membalas pengorbanan kalian dengan syurga-Nya ...

Tetapi,
Sehabis dayanya saya akan sentiasa mengingati kalian dalam setiap doa saya ! Sehabis daya !

Amin Ya Robbal'alamin ..

#PRAYFORGAZA
May Allah will protect them and save palastine !

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...