Bernafas dan bernafas setiap detik dan saat. Tanpa sedar, masa juga bergilir-gilir datang dan pergi. Jam demi jam. Hari demi hari. Minggu demi minggu. Kini sampai setahun jua, kalendar pun menggantikan tarikhnya. Menjelma lagi tahun baru mengikut kiraan bulan Islam. Hari ini masuk tahun baru Hijrah.
Tidak tahu apa yang ingin ditulis untuk sambutan tahun baru Islam ini. Aku tutup semula laptop. Berdiri. Kemudian merenung jauh ke luar tingkap. Cuaca yang tidak menentu, terkadang gerimis dan terkadang hujan dan terkadang elok.
Cuaca sentiasa berubah-ubah seiring peredaran masa. Juga bertindak seiring arahan yang Maha Kuasa.
Merenung lagi. Kali ini cuba menyelami di sebalik perubahan cuaca itu : 'Apakah imanku juga seperti itu? Sentiasa berubah-ubah?' Hati berbisik sendiri.
"Ya Allah, tetapkanlah ketulusan di hati ini… sempurnakanlah keikhlasan yang tersisa sedikit ini. Tolong pegang erat-erat hatiku, seperti pegangan seorang bapa, yang memegang kejap tangan anaknya. Jangan dilepaskan ku sendirian dengan urusanku walau sedetik cuma"
"Ya Allah, terlalu banyak yang kau anugerahkan dalam hidupku. Tidak mungkin terhitung olehku. Jika ingin dibandingkan dengan rahmat kasih sayangMu, sentiasa terhampar luas tidak bertepi. Tidak kira anugerah atau musibah, jadikanlah daku hamba yang bersyukur selalu. Sentiasa bersyukur, bersyukur dan bersyukur…"
Harapan saya untuk tahun ini :
Semoga setiap apa yang dilakukan oleh saya dan kita semua, segalanya dalam Rahmat dan Restu Allah. Sebab saya percaya, dengan Restu Allah, segalanya tiada yang mustahil dan segalanya akan menjadi yang terbaik. Allah itu Maha Mengetahui ! :)
Salam maalhijrah,
With love,
FatinFashiekin
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Rasulullah SAW berkata: “Sungguh dia (Khadijah R.A) tiada ganti”. Dia beriman kepadaku ketika semua manusia mengingkariku, dia membenarkanku ketika semua orang mendustaiku, dia membantuku dengan hartanya ketika manusia menghalangku dan Allah menganugerahkan padaku semua anaknya ketika wanita lain tidak memberikanku anak.” [Musnad Ahmad].
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Link
https://drive.google.com/file/d/1RquGQ9qzmYp3FxMAiOj_D5EJox-GCsq6/view?usp=drive_link
-
Fuh, resize gambar sebanyak 500keping, then edit cincai2, pun just dapat siap kan tak sampai 100keping. Owner muka dah kata ...
-
Harini, Tahniah my cousin ats pertunangan. Last week saya, This week awak. Tahniah abg ferol :) My OOTD pmberian hantaran incik lalan, Rasa ...
-
Salam. Malu betul. Rasa ketinggalan zaman. Pada tahun 2012, Baru kenal apa tu twitter. HAHA Okey lah. Lagi syok berbanding FB. saya...
No comments:
Post a Comment