Rasulullah SAW berkata: “Sungguh dia (Khadijah R.A) tiada ganti”. Dia beriman kepadaku ketika semua manusia mengingkariku, dia membenarkanku ketika semua orang mendustaiku, dia membantuku dengan hartanya ketika manusia menghalangku dan Allah menganugerahkan padaku semua anaknya ketika wanita lain tidak memberikanku anak.” [Musnad Ahmad].
Thursday, October 25, 2012
LELAKI GATAL
Lelaki akan diuji ketika memiliki segalanya.."
Tengah kerja-kerja tadi, biasalah kan raya haji ? So ramai lah custemer dari segala tempat pulang ke tempat asal.
Tengah surf2 tiba2 ada custmer ni bagi kad dia dan minta saya hubungi dia. LOL. Tua okey ! 45tahun lah umurnya macamtu saya rasa. Ok anggap baik, maybe nak offer saya kerja kot. Gaji 50k sebulan kot. Haha.
Tapi apapun girl, hati2 ye. Watch out ur partner carefully. Kalau sebelum ni awak adalah seorang isteri yang GARANG + KUAT MEMBEBEL, so lepasni kalau hubby penat balik dari ofis ape kata uoll berubah, jadi isteri yang manja dan penyayang. Hirau kan lah kalau hubby uoll nak kata buang tebiat. Lama2 nanti dieorang seronok lah kan ? Kalau dah lama kahwin tu, tak salah. Saling ingat mengingati masa susah senang bersama yang telah berjaya diharungi, sure hubby akan tersenyum.
Ye, ye ye.. Saya belum berkahwin lagi ?? Kan ?? So uall boleh lah bayang kan ye, nanti saya kahwin, saya adalah seorang wife yang romantik ;p
With love,
FatinFashiekin
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Wednesday, October 24, 2012
JATUH DAN BANGKIT
ketika derai tangis - tersembunyi hikmah di dalamnya.
sesudah derai tangis - terjawab 1001 persoalan.
angkat dagu & teruskan berjalan,
sesekali, tolehlah ke belakang,
bukan menyesali tapi motivasi diri.
kelak, manis kejayaan yang kita kecap, kongsikan sama dengan alam.
With love,
FatinFashiekin
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
SEHARI SEBELUM AIDILADHA
Dia nak kena balik kedah harini ni pula. Bagi yang dah biasa guna smartg, tu adalah nyawa. Malas aih nak guna kaunter2 ni. Rasa masa banyak terbuang macamtu saja.
Di pendekkan cerita, ke melaka semata hantar smartag dan jumpa dia 15 minit (5minit sesi mengeluh jauh2 menghantar smartag+10 minit sesi mengada-ngada). Tapi hati gembira bila dia kata "happy birthday" :)
Saya kata "nak kek tulis nama2 eh, buat kan eh" dia kata "boleh, kita buat cheesecake, tulisan nama2 kita guna markerpen. Ok ??"
LOL.
*actually tak nak apa2 pun, bila wish pun dah cukup rasa bahagia selama-lamanya :)
With love,
FatinFashiekin
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
PEREMPUAN DAN MASALAH
akulah perempuan yang paling lemah dalam dunia.
paling kuat menangis.
paling goyah dan tumbang di banyak masa.
tapi aku ada penyakit degil.
degil untuk kalah.
degil untuk tewas.
degil untuk biar jiwa tersepah.
hari ini aku kongsikan apa yang membantu hari2 sukar aku.
aku tak ada apa2 untuk bikin kau2 semua percaya kemujarabannya. aku cuma ada aku sebagai bukti.
titik tolaknya--
kena percaya janji tuhan seratus tujuh puluh peratus bila dia kata "minta-- dan aku bagi".
dan jangan sekadar minta sekali.
kalau sungguh apa yang kita mau itu yang terbaik untuk kita--
lambat laun sampai juga ke tangan kita.
kalaulah tak kunjung tiba--
ajarlah hati untuk terima yang tuhan itu maha tahu.
sesungguhnya dia pencipta segala.
dari yang terzahir sehingga ke yang paling dalam hati--
dia tahu kenapa kita mahu apa yang kita mahu.
kalau mak abah kita sanggup kerja siang malam demi anak yang mahukan sesuatu, apa lagi tuhan yang mencipta setiap zarah yang wujud sejak azali dulu.
dan yang penting--
sabar dalam menunggu.
insyaAllah,
inilah random kindness of the day aku.
1) demi mahukan zuriat.
rabbi laa tazarni fardan,
wa antal khairul waarithiin.
tuhanku, janganlah dibiarkan aku ini berseorangan,
dan sesungguhnya engkaulah yang terbaik dalam memberi waris.
wallahi, tak sempat dua bulan mengamalkan ayat ini seusai solat, kami didatangi bunda juna yang bertanya sama ada aku sudi menjaga zuriatnya yang bakal lahir ke dunia.
2) demi mempermudah segala masalah.
rabbi yassir walaa tu'assir,
rabbi tammim bilkhair.
tuhanku, permudahkanlah dan janganlah dipersulit,
tuhanku tamatkanlah dengan sebaik2nya.
gunakanlah ayat ini di SETIAP kali datang permasalahan. sebelum kau buat keputusan, bacakan ini, moga2 datang pertolongan dari tuhan yang akan membantu kau dalam keserabutan dalam menghadap manusia, masalah atau apa saja.
3) demi rezeki yang cukup asal cukup.
wamayyattaqillah yaj'allahu makhraja.
wayarzuquhu min haithu laa yahtasibu.
wamayyattawakkal 'alallah-- fahua hasbuhu.
innallah baalighu amrihi qad ja'alallahi kulli syai inqadra.
dan sesiapa bertakwa kepada allah-- diadakan allah jalan keluar.
dan dibagi rezeki padanya dari jalan yang tak disangka2.
dan sesiapa berserah sehabis2nya pada allah-- padanya dibagi kecukupan.
sesungguhnya telah diadakan ketentuan pada setiap sesuatu pada sesiapa yang dikehendaknya.
amalkan ini dan kau akan rasa tenang-- rasa tak perlu disegala2nya, cukup dengan sekadar cukup-- rasa malu untuk terlalu mahu. kerana apa perlu semua itu, bila telah ada tuhan di setiap jalan engkau itu.
4) demi meminta pertolongan.
ya hayyu ya qayyuum,
birahmatika astagheethu.
aslihli sya'li kullaha--
walaa takiluni ila nafsi--
turfata 'ainin
wahai tuhan yang maha hidup, wahai tuhan yang maha memasak kami,
dengan rahmatmu aku mencari bantuan dan perlindungan,
tolongi aku dalam apa yang aku kerjakan setiapnya--
dan janganlah ditinggalkan aku ini bersendirian dengan cuma diriku--
walau dalam sekelip mata cuma.
ayat ini aku hafal apakala aku dengar kisah dari ustaz kazim al-hafiz. dia ceritakan rasulullah melihat fatima hidup dalam keadaan susah, dan dipesannya supaya fatimah mengamalkan ayat ini sebelum baginda pulang. bila baginda datang sekali lagi, dia dapati fatimah masih dalam keadaan sama. rasulullah terus menegur fatimah "ternyata kau tidak mengamalkannya".
buat sementara, aku hulurkan ini dulu.
moga2 ada terlekat satu dua dalam kepala kalian semua.
moga2 ini jariah aku sementara aku ada kesempatan menyampaikannya.
pesan aku--
tuhan itu ada.
percaya dan bukan sekadar kata.
yakin.
dia selalu ada untuk kita--
tak kiralah buruk mana kita--
tak pedulilah walau orang kata kita tak layak untuk tuhan kita.
tuhan itu sifatnya ADA.
-Fynn Jamal
*sangat2 lah terkesan dalam hati tau setiap kata kak fynn, kalau dia ada depan saya. Akan saya peluk rakus ! Kerana setiap kata dia umpama cahaya permulaan hari saya :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
LOKASI ; RUMAH BOSS
Tuesday, October 23, 2012
LEGOLAND
Hmm, tunggu kakAlai pi dulu lah. KakAlai punya pendapat biasanya bab percutian ni TERBAIK !! Planning percutian, Planning Hari Kantin sekolah, Planning Kenduri-kendara, memang terror, bajet pun confirm tak lari ! Kalau tanya orang lain, cakap nak sambil berkipas. Iaitu bermaksud, nak hebat je lah. Kalau duk hotel setakat RM150 semalam, dia pula nak menambah kan rasa dan tak mahu mengalah, dengan kata RM450 semalam. Piirah. Sakit pulak hati ni.
Ok. Gunait.
Jumpa lagi esok.
With love,
FatinFashiekin
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
HEI YOU ! YES YOU !
PENGALAMAN BERSALIN AHMAD FURQAN BIN AHMAD FAIZAL
sekarang Ahmad dah 1 tahun, sebelum mommy makin pelupa, so mommy nak catit segalanya. sebab itu pengalaman manis, melahirkan anak lelaki din...
-
Memandangkan saya akan mula bkerja dan memandangkan susu badan saya tidak meriah. Saya telah melatih anak saya untuk minum susu formula. ...
-
Fuh, resize gambar sebanyak 500keping, then edit cincai2, pun just dapat siap kan tak sampai 100keping. Owner muka dah kata &qu...
-
Hai !! Allhamdulillah, lalanfood dah melangkah 1 lagi langkah kehadapan. Berdasarkan kenaikan positif selama 7bulan lalanfood...