FOLLOWER

Sunday, November 24, 2013

GADIS GELABAH

Hai uols !
2014 dah nak tiba !
Seram-seram-seram

Dn macam biasa saya adalah makhluk tuhan yang paling lah mengelabah. Entah. Dah namanya perempuan kot kan ? Hehe

Saya respect gila pada incik lalan dan kak sue. Sebab mereka tergolong diantara golongan "tenang zaman berzaman" haha

Ye, hp letak lah mana2, tenang je. Kalau saya ? Biar tertinggal wallet, jangan tertinggal HP meroyan dibuatnya.

Then ttg dalam phubungan pun. Masing2 jenis relax. Before this saya ingat kan incik lalan lah orang paling aneh didunia. Sebab dia bukan lah jenis romantik, so kadang2 sebab terlalu tenang, saya jadi makin tak tenang.

So kat farmasi ada staff baru (kak sue), bila saya tgk perangai dia, kak sue adalah sebijik incik lalan berjantina perempuan. Hehe.

Bila perhatikan kak sue, baru lah saya faham sbb cara pandangan dieorang dan corak pemikiran mereka. Iaitu 1) positif 24 jam 2) bersangka baik 24 jam

Yes ! Macam kak sue, even husband balik seminggu sekali, dia cool je sebb even jauh, dia yakin dan percaya pada hubby dia.

Macam incik lalan, saya kata ada lelaki nk bkenalan ke, saya jumpa mber lelaki ke. Dia 100% tenang. Ketenangan yang menimbulkan ketidak tenangan saya. Haha. Dan bila ditanya pun dia kata dia "percaya".


Susah sebenarnya nak berhadapan dan memiliki pasangan macamni. Tapi bila pandang kak sue. Saya senyum. Kak sue pula, suami dia berperangai macam saya. Romantik, manja dan risau. Hehe.

Tu lah nama nya pro kontra dalam perhubungan kan ? So sekarang, ketidak tenangan saya beransur pulih kerana memang tu sikap mereka.


Ok bbalik pada saya.
Saya ni jenis mengelabah sakan. Menggigil tiba-tiba. Suka pikir bukan-bukan. Dan kejauhan melampaui batas pemikiran saya kadang kala meracau kan minda saya dan menjadikan saya selalu susah hati.

Contoh : for next year saya nak makesure persediaan saya menempuhi 2015 adalah 100% settle ! So sekarang ni every second saya mengelabah gila.

Dan, Next year for johor bermula lah cuti setiap jumaat sabtu. So farmasi cuma ambil sabtu. Saya stress pk kn tau. Pk macammana nti kalau da kawin lah. Da ada anak lah. Masa utk limph kan kasih syg kt suami lah. Macammana masa dengan family lah.

But then, saya pk semula.
Kenapa nak meracau sangat ?
Sabtu incik lalan bukannya kerja pun. Kalau emergency pun dia melawat farm sekejap je. Heehe. Betul juga kan ? Ape panic sangat ? Haha.

Bab hubungan dengan keluarga dan pasangan. Pertalian tu. Saya pandang sangat berat dan besar pada pandangan mata saya. Bagi saya, sedaya upaya nk jalan kan tanggungjwb seadilnya. Even just "cuti sehari" ia besar maknanya.

Sebab dulu, abah selalu balik lambat kerja, dn masa kecik tu saya pernah kata "abah, bawa je lah bantal sekali pergi kerja" rasa marah sebab abah selalu balik lambat, weekend pun kerja, dah janji nak jalan2 but then kena kerja.

dan now bila saya pula dah dewasa dan bekerja. adik2 pula bertanya :
"kakak balik petang ke malam ?"
"kakak cuti ke ?"
Ianya perkara paling menyentuh hati.

Jumaat lepas company saya ambil cuti sempena Birthday sultan johor, my lil boy dengan abah ke masjid. Balik masjid adik bongsu saya terus menjerit :
"kak etin mana ! Kak etin ada tak ! Kak etin mana !" Berlari dia dapat kan saya. Tersenyum juga saya.

Then awal datang pada saya dan kata "wah ! wanginya kketin !"

Dari dialog2 budak kecik ni, dah tahu dah dia tengah membodek,

then dia kata lagi :
"kaktin nak aku mandi tak ?"
"Kaktin nak aku tukar baju tak ?"

See, its make me smile ! Budak kecik, ikhlas bahasanya. Membodek dia bawa berjalan.

:)

Kesimpulannya utk diri saya,
Mengelabah dan bpikiran jauh tu perlu supaya kita ni dapat memikirkan sesuatu perancangan yang membawa kebaikan. TETAPI, kena balance diantara pemikiran positif dan negatif.

Ingat,
Allah sebaik-baik perancang.
Yakin ada Hikmahnya.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, November 22, 2013

IREEN

Dak comey balik kampung,
Puas gomol pipi dia !
Bau peluh dia !!
Cubit hidung dia !!

:)

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, November 20, 2013

MACAM NK CITER

Bank asyik asyik asyik call je :)
Semoga segalanya berjalan lancar !
Aminnnnnnnnnnn

Nk citer,
Tapi belum masa.

Nti lh ea citer :)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, November 17, 2013

INSYAALLAH

Harini ! Semoga apa dirancang, berjaya !
Lepas hendaknya. Letak semuanya ditangan Tuhan. Dah bt tbaik :)

Macam biasa,
Kereta saya ji-un.
So incik lalan datang rumah lah kalau saya nk jumpa dia ke. Jejalan ke.
Kena lah ada give and take kan ?

Sebelum ni,
Sayaa je kesana.

Sekarang ni,
Dia pula kena kesini.

So alang-alang dia datang tengahari,
Mama pun siap2 kan juga nasi ayam penyet. Yela, kesiannn pada bujang sorang ni. Mak ayah jauh. Lunch dn dinner makan tak tentu. Sian. Haha.

Macam biasa juga,
Harini ke Jusco lg,
saya dah boleh jadi duta jusco lah.

Berdebar lah tunggu keputusan.
Dap dap dup.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, November 16, 2013

CIK FARMASI

Sangat selesa
Terasa segak

Haha



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, November 14, 2013

COBAAAAAANNNNNN MAJOR PROBLEM

Cas kereta RM4348.00
Water pump : RM 348.00
Yang lain2 enjin baru.

Peh !!!!!!!!!!!!
*berdarah hidung*

Saya :
"Abah dengan mama rasakan, patut akak repair ke buat downpayment kereta baru"

Abah dengan mama kata :
"Kereta baru lah, sbb dah banyak sangat rosak. Tk settle-settle kalau betulkn pun"


Mama lagi lah, siap print out orang yg hadapi masalah kereta macam saya, yang sebijik dan sebulat bulatnya termasuk jenis kereta yang sama
(-_-)

_________________________________________

Incik lalan kata :
"Saya nk beli minyak petrol !"

Saya balas :
"Nk buat apa ?"

Dia balas :
"Nk bakar kereta tu !! Seronok rasanya !!"

________________________________________


Rindu kereta !
Tapi dia dah tenat ! :(
Banyak dah kenangan dengan dia.
Dari calar pertama hingga tak terkira.

Still ingat,
Masa dapat lesen terus dapat kereta tu. Happy gila. Dh lah dah hbis byr. Cantik pula tu. Masa tu berkilat-kilat lagi. Aircond pun tahap beku. Hehe.

Seminggu bawa,
Calar pertama. Saya parking tak betul. Bahagian kiri kereta depan ke belakang calar. Since tu, lagi banyak calar termasuk lah langgar penjuru jalan lah. Terlanggar kerta incik lalan lah. Masuk parit pun ada. Haha.

Wahai kereta,
Jangan berhenti berkhidmat ye :)
Mungkin, ada hikmah.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, November 12, 2013

KEPERLUAN VS KEPERLUAN

Kereta bermasalah dan bengong,
Incik lalan tk habis2 suh saya tukar kereta baru.


NO-NO-NO
Muktamad.

Malas nk bhutang-hutang ni.
Even kereta bru cun melecun berkilat.
Biar ! Tgh anak dara ni mls nk kena pajak diri dengan bank.

kahwin duluwww--
MUKTAH BINTI MAD bersamaan MUKTAMAD.

Sekian ;D


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, November 10, 2013

JUSCO / CANDY CRUSH / KETAM

Weekend kami balik-balik ni. Haha.
Tapi saya suka.

Macam biasa pi jusco,
Sebenarnya tak beli apa sangat pun.
Bawa troli, belek2 barang,
Bebel2 sepanjang dalam jusco,
Gelak2 belek2 kutuk2 gaduh2,
Da settle.

Memang port wajib jusco/mydin tu. Gila tak romantik kan ? Ada patut dating tapi belek2 sayur / buah / rempah. Huhu.

Pastu bila petang,
Dah lapar.
Sejak akhir2 ni saya suka ketam.
Sebelum ni ikan siakap 3 rasa.
Saya ni kan pelik.
Tengah suka ikan, ikannnnnnnnn je saya makan. Tengah suka ketam, ketammmmmm je saya makan.

masa dalam kereta dah pesan pada incik lalan, saya kata "saya nak makan 10 ekor ketam ! Sebab lapar lah ! Haritu makan 2 ekor tak cukup" incik lalan kata "ada jin ke apa ! 4 ekor da cukup, jadik nya bila dibelah jadi 8 ekor".. Puas argue, saya minta 5 ekor, then muktamad lah, incik lalan kata "4 ekor je lah. Belah 2 jadi 8" even rase tension tapi ikutkan lah. Nti kata awek derhaka kan.

Sampai je kedai,
Dia oder cume 3 ekor ketam (-_-). Sakit hati betul ! Lepastu saya buat muka toye je pun dia x faham. So sbb dia oder 3 ekor je, dengan luluh hati saya makan semuaaa nya saya sorang. Incik lalan saya cuma bagi penyepit haha. Padan muke, kedekut sangat.

Settle makan.
Masa dalam kereta saya sambung bebel. Saya kata "saya nk 10 ekor, awak kata 4 ekor je boleh. Saya nak 5 ekor awak masih kata 4 ekor je boleh. Bila saya setuju 4 ekor, sampai je kedai, awak oder 3 ekor je ! Kedekut !!! Tak cukup tau !! Ni tk kenyang tauuu"

Dia gelak besar tengk muka saya yang bengang tak cukup makan. Dia kata "saya malu lah ! Ada 2 orang makan nk oder smpi 5 ekor ! Awak ni ada bela jin ke ? Saka ke ? Ishhh, tadi makan 3 ekor awak sorang pun tk kan masih x cukup.. Berhantu ni.."

(-_-)

Bab order makan,
Memang selalu gaduh dengan dia.
Confirm. Kalau orang lain, pasangan teringin nak makan, akan ditunaikan kan ? Kot2 kempunan jd batu belah batu btangkup. Kan ? Saya ? Hmm, bab makan, memang bermasalah. Dia kata "jgn mkn byk2, gemok ! Makan apa ada"

Sobs-sobs-sobs


Ok. Topik lain.
Dulu dia gelakkn saya main candy crush. Sekarang dia dah ketagih. Boleh bgaduh tau berebut tab semata nak main candy crush. Kononnya dapat mengasah minda. Huhu.

With love,
FatinFashiekin



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, November 8, 2013

GILA GLAMOUR

Gigih mama tempah kat kawan dia kerongsang ada nama saya.

Malu nk pakai kalau pergi kerja.
Yela kt name tag pun ada "ekin".
Kat krongsang tudung pun "ekin".
Gila glemer betul.

Betul2 taktik meraih undi untuk memperkenalkan diri.
Hahaha

Yang benar,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, November 5, 2013

MAAL HIJRAH WITH SIBLINGS

Salam maal hijrah.

Company saya mengambil cuti bagi Awal Muharam. My mom dan abah pula just ambil cuti for deepavali. So tugas menjaga budak-budak tu ada pada saya.

Masing-masing merengek mengajak berjalan. Ajak tengk wayang. Aish, actually tak ada crita yang sesuai untuk budak 5 tahun. Semua nya PG13.

Pagi-pagi si awal dah masuk bilik saya kata "kak tin bangun ! Kata nak gi jalan-jalan..." Di ulang-ulang- di ulang-ulang.

So cek showtime movie, dan buat keputusan tgk cerita THOR. Rezeki dieorang lah. Merengek pada saya diawal bulan. Kalau dihujung bulan, cuma boleh angguk-angguk geleng-geleng. Hahah.

THOR adalah cerita untuk PG13. Tapi saya nekad. Ah bawa je lah. Kalau tk boleh. Ajk dieorang jalan2 je. Then awek kaunter kata budak 5 tahun boleh masuk. Ha, senang keja mak noks.

Ambil seat paling belakang sebab saya tahu confirm haru biru dan becok mulut si kecik tu. Tgh tgk movie, dia tanya "kak tin, sekarang pukul berapa ????" (-_-) gaya pertanyaan macam lepas tgk movie ni nak gi meeting tgempar je. Haha.


2.30 habis tengk movie, like always stuck dalam jalan melaka yang penuh dengan traffic light. LOL. Tgh meredah jamm incik lalan kol kata "I saw u !!!" Kelam kabut lah saya memerhati kiri kanan kereta. Rupanya dia melalui arah bertentangan dengan saya.

Lepas movie tu, bawa adik2 makan KFC kat ayer keroh, situ macam syok sikit lah untuk budak2. Ada tempat bermain. So bagi dieorang enjoy.


Tak dirancang. Incik lalan pun nak jumpa. Dia suruh tunggu kat KFC, dia suruh saya teman dia ke bengkel. Kemudian, kami ke tesco dengan adk2 saya.


Ha nk citer,
saya panggil adik bongsu saya dengan panggilan "sayang" tau. Almaklumlah. BONGSU. Incik lalan pun kadang-kadang saya panggil "sayang" so tadi petang bila saya panggil "YANG" incik lalan dengan awal menyahut. Hahahaa. Baru saya tersedar, a'ah lah, ada 2 sayang lah. Huhuhu. Bile saya kata "yang" masing2 tersentak. Hahaha.

Pukul 8 malam baru sampai rumah.
Peh, saya budget masa, 5 petang dah sampai. Syok lah budak2nya. Saya dah ajak jalan. Dioffer lagi dengan incik lalan. Dan lil bro kata "TERIMA KASIHHHH"

:)

Esk bekerja semula !
Ok. Gdnight.

Muahh,
Fatinfashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, November 4, 2013

SALAM MAAL HIJRAH

Salam Maal Hijrah kawan-kawan,

Semoga Allah terus merahmati, memberkati dan meredhai kehidupan kita semua dunia & akhirat.

Tabahkan hati, Kuatkan semangat, Bersihkan nurani, dan Sucikan jiwa.
Insya Allah.

"Ya Allah, kurniakan kami rahmat Mu & berkat Mu demi kejayaan & kebahagiaan kami dunia & akhirat."


With love,
Fatinfashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PENGALAMAN BERSALIN AHMAD FURQAN BIN AHMAD FAIZAL

sekarang Ahmad dah 1 tahun, sebelum mommy makin pelupa, so mommy nak catit segalanya. sebab itu pengalaman manis, melahirkan anak lelaki din...