FOLLOWER

Sunday, November 24, 2013

GADIS GELABAH

Hai uols !
2014 dah nak tiba !
Seram-seram-seram

Dn macam biasa saya adalah makhluk tuhan yang paling lah mengelabah. Entah. Dah namanya perempuan kot kan ? Hehe

Saya respect gila pada incik lalan dan kak sue. Sebab mereka tergolong diantara golongan "tenang zaman berzaman" haha

Ye, hp letak lah mana2, tenang je. Kalau saya ? Biar tertinggal wallet, jangan tertinggal HP meroyan dibuatnya.

Then ttg dalam phubungan pun. Masing2 jenis relax. Before this saya ingat kan incik lalan lah orang paling aneh didunia. Sebab dia bukan lah jenis romantik, so kadang2 sebab terlalu tenang, saya jadi makin tak tenang.

So kat farmasi ada staff baru (kak sue), bila saya tgk perangai dia, kak sue adalah sebijik incik lalan berjantina perempuan. Hehe.

Bila perhatikan kak sue, baru lah saya faham sbb cara pandangan dieorang dan corak pemikiran mereka. Iaitu 1) positif 24 jam 2) bersangka baik 24 jam

Yes ! Macam kak sue, even husband balik seminggu sekali, dia cool je sebb even jauh, dia yakin dan percaya pada hubby dia.

Macam incik lalan, saya kata ada lelaki nk bkenalan ke, saya jumpa mber lelaki ke. Dia 100% tenang. Ketenangan yang menimbulkan ketidak tenangan saya. Haha. Dan bila ditanya pun dia kata dia "percaya".


Susah sebenarnya nak berhadapan dan memiliki pasangan macamni. Tapi bila pandang kak sue. Saya senyum. Kak sue pula, suami dia berperangai macam saya. Romantik, manja dan risau. Hehe.

Tu lah nama nya pro kontra dalam perhubungan kan ? So sekarang, ketidak tenangan saya beransur pulih kerana memang tu sikap mereka.


Ok bbalik pada saya.
Saya ni jenis mengelabah sakan. Menggigil tiba-tiba. Suka pikir bukan-bukan. Dan kejauhan melampaui batas pemikiran saya kadang kala meracau kan minda saya dan menjadikan saya selalu susah hati.

Contoh : for next year saya nak makesure persediaan saya menempuhi 2015 adalah 100% settle ! So sekarang ni every second saya mengelabah gila.

Dan, Next year for johor bermula lah cuti setiap jumaat sabtu. So farmasi cuma ambil sabtu. Saya stress pk kn tau. Pk macammana nti kalau da kawin lah. Da ada anak lah. Masa utk limph kan kasih syg kt suami lah. Macammana masa dengan family lah.

But then, saya pk semula.
Kenapa nak meracau sangat ?
Sabtu incik lalan bukannya kerja pun. Kalau emergency pun dia melawat farm sekejap je. Heehe. Betul juga kan ? Ape panic sangat ? Haha.

Bab hubungan dengan keluarga dan pasangan. Pertalian tu. Saya pandang sangat berat dan besar pada pandangan mata saya. Bagi saya, sedaya upaya nk jalan kan tanggungjwb seadilnya. Even just "cuti sehari" ia besar maknanya.

Sebab dulu, abah selalu balik lambat kerja, dn masa kecik tu saya pernah kata "abah, bawa je lah bantal sekali pergi kerja" rasa marah sebab abah selalu balik lambat, weekend pun kerja, dah janji nak jalan2 but then kena kerja.

dan now bila saya pula dah dewasa dan bekerja. adik2 pula bertanya :
"kakak balik petang ke malam ?"
"kakak cuti ke ?"
Ianya perkara paling menyentuh hati.

Jumaat lepas company saya ambil cuti sempena Birthday sultan johor, my lil boy dengan abah ke masjid. Balik masjid adik bongsu saya terus menjerit :
"kak etin mana ! Kak etin ada tak ! Kak etin mana !" Berlari dia dapat kan saya. Tersenyum juga saya.

Then awal datang pada saya dan kata "wah ! wanginya kketin !"

Dari dialog2 budak kecik ni, dah tahu dah dia tengah membodek,

then dia kata lagi :
"kaktin nak aku mandi tak ?"
"Kaktin nak aku tukar baju tak ?"

See, its make me smile ! Budak kecik, ikhlas bahasanya. Membodek dia bawa berjalan.

:)

Kesimpulannya utk diri saya,
Mengelabah dan bpikiran jauh tu perlu supaya kita ni dapat memikirkan sesuatu perancangan yang membawa kebaikan. TETAPI, kena balance diantara pemikiran positif dan negatif.

Ingat,
Allah sebaik-baik perancang.
Yakin ada Hikmahnya.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

PENGALAMAN BERSALIN AHMAD FURQAN BIN AHMAD FAIZAL

sekarang Ahmad dah 1 tahun, sebelum mommy makin pelupa, so mommy nak catit segalanya. sebab itu pengalaman manis, melahirkan anak lelaki din...