FOLLOWER

Tuesday, July 16, 2019

HADIAH HARIJADI UNTUK SUAMI

Last year 2018 saya bagi incik lalan ford wildtrak untuk ke kebun, sebab selaluuu tengk incik lalan scroll wildtrak haih kesian pulak, suruh ambil yang murah mcm XLT ke xnk pulak tu demand nak wildtrak yg full spec😓 so kalau da nama pun "full spec" dn masatu wildtrak adalah kluaran terbaru, agk mahal juga lah,

Tapi kan da 3tahun niaga, Allhamdulillah ada simpanan magic hahaha. Pikir punya pikir, ok la beli wildtrak, TAPI DENGAN SYARAT adr syarat, yela ingat i ni cop duit? Ingat tk penat simpan duit hahaha. SYARAT ADALAH wajib makesure ford tu dapat tingkatkan pendapatan dn dapat jdi pelaburan yang baik.


Allhamdulillah, ford tu pelaburan yg baik ♥️senang hantar barang, kelua masuk kebun, incik lalan nk jual anak pisang pun senang blh masuk beribu anak pokok.

Ok2 stop cerite part tahun lepas,
So tahun ni hadiah untuk incik lalan adalaaaaaaaaaaa :
-ROADTAX/ INSURANCE / SERVIS

Tahun pertama kena byr roadtx insuren wohooo banyak eh. Almaklumlah sebelum ni i bayar saga tk pernah lebih rm700 pn 🤭


So saya kata kt incik lalan, roadtx/insuren/servis ditaja, actually memang ada tabung khas untuk kereta lalalalala so tak pressure cuma tak ada idea nk bagi apa, i kata la i ni isteri yg baik hati set up semua untuk husband hahahaha


Ada reply kat story kata "fuyoo" ada kata "bestnye" actully guys, benda ni wajib, kalau tak wajib da lama x buat hahahahaha

Yela, cuba pk,
Memang wajib pun roadtx/insuren ni kan huhu dn kebetulan da smpi masa utk servis, trs saya bw servis.


Tahun depan punya hadiah ??
Dia da sondol2 i pujuk nak beli tanah kt lokasi i tak berkenan sungguh, dia Pujuk i setuju. Pujuk sama2 menabung ni. Asal menabung je sondol2 kepala kat ketiak bini, tahu la bini ni ceti yang bagus tiap bulan jerit "saving da masuk belum. Saving ? Savinggg" HAHAHA betul tau sebenarnya, part simpan duit perempuan bagus, tapi simpan kn duit suami la, bukan sendiri HAHAHAHAHA

Ok lah,
Tu je.
Buat tatapan keturunan dikemudian hari 😆😆

Sunday, July 14, 2019

DADDY NAK BAGI ADIK KE?

Situasi depan jusco :
Saya : nanti belikan ____ ye yang

Tiba2 situasi scary menjelma

Scary kot,
Bila kita yg terlambat period,
Husband yang blh detect,
pastu husband kata
"beli la pregnancy test jgn mkn pil —— dulu manatahu ada baby"
(Bukan pil turun darah jgn pk bukan2 naaaa, ni pil ehem2)


Saya,
Kerut kening,
Toleh arah kanan (pandang husband)
Dan kata, ishhhhhhhh,
"Kalau nak hadiah besday special pun, sabar yang, adik belum pndai jalan hahaha"

Yes saya memang nak anak ramai,
Adik setahun ok la nk menambah kalau terbabas pun, tapi, baru je lepas praktis makan adik anggun tu, kesian adik nnti x dapat manja2 dgn mommy daddy.


Mommy serams🥶🥶🥶

Saturday, July 13, 2019

SELAMAT HARI JADI SUAMI YANG KE 38

SubhanaAllah,
Dah 38 tahun ye usia suami saya,
Haha peh peh lagi 2 tahun 40 hoi,
Lepasni kalau lepak dengn member, member tegur "husband umur berapa?" Nk sebut perkataan empat tu hahahah yela, saya masih sweet 20 tapi husband dah ke angka 4, nasib baik la incik lalan tu kebal usia, nmpak muda. Cis, laki i ambil aura muda i. Hehe
_______________________________________

Selamat hari jadi abang,
Semoga dimurahkan rezeki, sejahtera dunia akhirat, panjang umur, dn diberikan kesihatan yang baik,

Kalau nak cerita tentng abang,
Mestilah segalanya indah,
Sebabtu ayang sayanggg sangt dekat abang.

Ayang rasa lucky sebab abang adalah suami ayang, abang dah la matang dari segi pemikiran, bertanggungjawab pula tu, penyayang kat anak2, anak dan menantu yg baik, dn yg lain, ofcz la abang seksi dimata ayang, hari2 seksi. Aummm hahaha

Terima kasih Allah sebab jadikan dia suamiku, imamku, penjagaku,

Terima kasih abang,
Pilih ayang yang tak berapa matang ni, yang banyak cakap, yang selalu pelupe, yang kadang2 rajin kadang2 malas, yang kuat makan ni, sebagai isteri abang


Selamat yang ke 38 tahun manjaku, sayangku, suamiku, kekasihku, bff ku, isterimu ini sentiasa mendoakan kesejahteraanmu,

Iringan doa ayang sentiasa ada untuk abang selagi hayat dikandung badan,

Semoga kita kekal macamni,
Sentiasa sayang, sentiasa obses, sentiasa cinta sampai bila-bila

Isteri yang comel,
Fatinfashiekin

Monday, July 1, 2019

OBSES DENGAN SUAMI

Ramai orang pelik, macammana saya uruskan rumahtangga dan bisnes,
Dengan tempahan yang banyak, orang semua pelikkkkk

Saya pun cerita juga pada incik lalan,
Orang pelik saya sempat buat semua benda (orang tgk story saya)

Then saya sendiri tanya diri saya,
Macammana saya boleh uruskan semua perkara, saya temui jawapan, iaitu OBSES !!

Yes. Jawapan tepat.
Saya mampu uruskan semua perkara dalam masa yg sama sebab saya obses pada suami dan anak saya,

Incik lalan pn gelak tau dengar jawapan saya, tapi dia setuju dn akui,
Helloooooo saya mmg obses dengn incik lalan okey,
Segala ttg dia saya uruskan sempurna, obses smpai nk bkepit mcm budak kecik pun ye.


So bila obses dgn suami dn anak,
Mereka adalah keutamaan saya,
Memasak utk mereka adalah kewajipan saya (kecuali masa too busy lah)


Hati saya, minat saya dlm uruskan rumahtangga. Dn minat saya juga dalam bisnes. Semuanya seiring. Allhamdulillah.

Wednesday, June 26, 2019

BBQ LEGASI NAQIAH

Jumaat lepas 22hb,
Akhirnya baru dapat jumpa saudara mara belah saya haha tapi tu pun tak semua ada, kami buat BBQ kat rumah mak long sempena pipik nak bertunang, so sesapa yang raya haritu kat belah mertua dan tak dapat berjumpa, masani la grab peluang yang ada untuk collect duit raya HAHAHAHAHA


Ala tapi tak semua balik,
Cik dira, cik ari, cik nunik tak ada,
Mereka masih bertugas,
Sooo end of this year lah nampaknya baru dapat berkumpul semula, berkumpul untuk wedding pipik pula 😘


Apapun, dapat juga jumpa cik is se keluarga, cik jek sekeluarga, maklong, mak ude atok dan lain2, dapat juga lah bermaafan.


Semua kata "lan wes lemur" bermaksud lan da gemuk 😆incik lalan da mula membuncit HAHA padan mule dia, baru rasa camna pressure i rasa 🤣


Kalau da nama BBQ mcm biasala event panggang memanggang, dan apa2 event i mmg tabik kat incik lalan, laki aku ni semua benda dia boleh buat, bagilah apapun bnda, dia tahu uruskan, so bila bawa apa2 majlis dengan saudara mara rasa banggalah juga, kebetulan pula umur dia pun sama level je dengan pakcik2 saya, apalgi, confirm memang tak kekok lah.


Ingat lagi dulu bercinta dengan incik lalan, dulu calculate umur, la dia baya pakcik saya, rasa awkward juga la sbb saya tgk pakcik2 saya tua, ttbe eh sebaya laki aku lah huhu. Yela saya ni level2 anak buah, ttbe terkahwin dengan orang pangkat pakcik 🤣


" Apapun sayangggg,
Ayang bangga dengan attitude abang, boleh bawa majlis,"


Dan ofcz bila suami kita pun boleh join dengan family kita, dan saya pn kalau balik belah kedah, sedaya upaya jadi versatile dalam semua benda, nanti orang kata, bini siapa tu, incik lalan juga la dapat namakan hehe



Incik lalan dia pemalu,
Tapi tak ade la pemalu sejenis suami yang tak campur orang, tak amik port bila berkumpul dengan saudara mara, dia profesionl dan since berbini kan saya yg becok, Allhamdulillah kebecokkan dan level loyar buruk dia meningkat mendadak hahahaha

Monday, June 24, 2019

RAYA KE3 DENGAN GENG SUAMI

Haaa raya ke 3 paling best,
Team pakcik bawang dan team makcik bawang HAHAHAHAHA


Incik lalan kata :
"Achong ajk beraya, mula2 kita pi rumah mail, tunggu yg lain smpai, kemudian abang dengan geng lelaki pi solat jumaat, ayang tinggal lah kat rumah mail sat dengan geng perempuan pastu kita gi beraya"

Haaa
Cadangan
Kami perempuan duduk sat
Kan ?

Tapi idok ler,
Geng pakcik bawang da syok jumpa member, dia tinggal kami kat rumah mail, dieorg gi beraya sendiri rumah cikgu mereka. haha. Tapi syok, rasa cepat je masa berlalu, dan raya ke3 lah akhirnya baru dapat tengk muka kawan2 incik lalan

Biasa jumpa, mcm achong dn wife dia rose. Raya ke3 dapat kenal lebih ramai. Saya cakap dengan incik lalan "macammana ni, ayang pemalu"
Incik lalan "pemalu ape, ayang kalau da jumpe bini achong mulut tu potpetpotpet bising, sama byk ckp mcm bini achong" HAHAHAHA kuangajo laki aku ngate aku hahahaha


Paling best gosip2 dengan team bawang perempuan ler, dn cerita macammana incik lalan dulu, baik rupenye huhu


Tapi yang tak syok,
Part bergambar i tak ade,
Sebab anak tidur, yela saya je ade anak baby, tk pa, next time repeat lepak sama lagi dan makesure ank da besar, boleh lah mak hang berjimba dn berselfie lagi 😆

Wednesday, June 19, 2019

REZEKI KEMAAFAN

Entry lepas saya da cerita ttg kebun incik lalan yg dimasukki pencuri,
Ingat tak? 50tandan licin

Kan saya nasihat incik lalan
"Redha yang, Allah ada, dia akan gantikan lebih baik"
Bila saya positif,
Automatik incik lalan pn lebih tenang dan macam tak ada apa berlaku,
Betul, memaafkan dengan ikhlas,
Allah akan berikan rasa ketenangan, tak ada beban langsung.

Dan dalam masa sama,
Untuk this month,
Projek incik lalan adalah penanaman semula pokok pisang untuk kutipan hasil 2020, fokus untuk kutipan hadil raya tahun depan

Untuk menanam semula pokok pisang, kena mengorek anak pisang (benih pisang), so alang2 incik lalan perlu mengorek anak pisang, saya iklankan dan war-warkan siapa nak kan anak pisang.

Allhamdulillah,
Rezeki kami digantikan dengan rezeki lain, permintaan 3000 anak pokok pisang kami terima serta merta,
1000 pokok dari kenalan incik lalan,
2000 pokok dari pemilik kebun lua,

Allhamdulillah,
Terima kasih Ya Allah,
Semoga Allah sentiasa memberkati usaha Ahmad Faizal Sulaiman dalam mencari rezeki yg halal untuk anak dan isteri nya :)

Pernah terbaca,
Jika suami tidak kedekut dengan isterinya, Allah akan murahkan rezeki suaminya.

Dan saya sebagai isteri sentiasa memohon kepada Allah agar digandakan rezeki suami kerana sesungguhnya incik lalan seorang suami dan ayah yng ber tanggungjawab ♥️


**pisang dikebun kami cat merah utk elak diambil pencuri**

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...