FOLLOWER

Monday, April 1, 2019

ANTARA KEMAHUAN AYAH ATAU DIRI SENDIRI

Dapat mesej dekat instagram dari follower lalan food, mengadu mengenai masalah beliau, dan bila dia highlight kan dia nak berjaya macam sayalah. I rasa macam "ishh,jauh sangat definisi berjaya untuk ditunjukkan kepada saya"

Ok. Isu utama adalah mengenai pemilihan kos. Ayah dia memilih kos yg selamat dan si pengadu memilih kos yang dia suka,
.
Jawapan kak adalah, "utamakan restu makayah", kalau serius nak kos tu, teruskan memujuk makayah, InsyaAllah mereka lembut hati. Tapi kalau mak ayah bkeras nak kos pilihan mereka, pun pengadu kena akur, sebab restu makayah adalah tiket kejayaan dunia dan akhirat.
.
Macam saya dulu,
Saya dapat tawaran untuk sambung belajar kos engineering dan business, and ofcz saya suka bisnes, tapi my uncle kata "ambil kos bisnes nak niaga apa? Family kita bukan usahawan" lebih kurang camtu la my uncle kata,
.
Fikir punya fikir, last2 saya bekerja, syok ada duit sendir, dan dah syok bagi parent duit,tlupa sambung belajar. Sebabtula saya pernah mention,since umur 18tahun saya tak pernh minta mama abah duit, walau seposen, tak pernah. Dan Allhamdulillah sampai sekarang, saya yang hulur pada mereka.
.
Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Baik, rupenye dia aturkan perjalanan saya, bermula bekerja setakat jaga kaunter, tapi dikurniakan bos dan manager yang baik, saya diajar mengenai pengurusan fail-fail dan kewangan company, pengalaman 10tahun berkerja tu jauh lagi bernilai dari sambung belajar.
.
Dan pengalaman pengurusan perniagaan yg saya belajar tu la yg saya terapkan dalam lalan food. Sebabtu la saya ingatkan kepada pengadu, restu makayah penting, dengan restu dn doa mereka, InsyaAllah boleh berjaya dunia akhirat.
.
Ye. Nak lalui perkara kita tak suka bukannya mudah, eh 10tahun kak lalui, tengok kawan2 ada kawan baru la, merantau merata, tapi saya, masih diketiak mak ayah. Dan hikmahnya yg sangat manis, disebabkan dulu duduk kat ketiak mak ayah, bila jumpa dengan suami sekarang, semuanya serba manis dengan dia, sebab suami yang pertama, HAHAH. Dan paling penting juga, saya tak perlu pening isu PTPTN la, kahwin pun dah ada simpanan sendiri sbb da lama kerja,
.
Kesimpulannya : Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui

Thursday, March 14, 2019

SAMBUTAN BIRTHDAY KASEH DISEKOLAH

Kaseh,
Lambat mommy update,
Sorry sayang.

Ok ni mommy nak share sambutan birthday kaseh kat sekolah,
Mommy memang plan nk yang terbaik untuk kakak kaseh,

Dan mommy memilih tema "frozen" sebab masani kakak memang sangat gilekn frozen. Telinge mommy naik kebas hari2 dengar lagu "let it go" 😆

So memandangkn kakak suka elsa frozen, mommy cepat2 mesej daddy minta izin beli dress elsa, eh eh tak, mommy da beli baru mommy minta izin HAHAHA. Dan daddy tak marah pun tau, mommy hantar vdeo kakak melaram gaun elsa, Daddy terus call mommy, daddy kata "mesti kakak suka" dan mommy jawab "ofcz laa suke, siap tak nak bukak" 😆ye memang xnk bukak, puas mommy memujuk utk bukak.

Part kek pula,
Kita sama2 cari gambar kek frozen kt Instagram, mesti kakak tk ingat kan ? Yee, kite sama2 cari, kakak happy sgt2 bila berlambak gambar kek frozen.. daddy geleng keple tgk gelagat kite dn daddy menyakat kat kakak kata xnk belikan then kakak nangis.. hehe

Ttg goodies pula,
Mula2 mommy plan nk bg buku mewarna, alat tulis, tp pk semula, kt sekolah kakak ada pelajar baby lagi, hmm then mommy tukar lah nk bagi sesuatu yg bermanafaat iaitu muqadam dan sampingan 😇

Kakak da 3tahun,
Mommy macam x caye je,
Tiap hari bertekak dengan kak mommy rasa mcm kak da besar da. Tlupe ank mommy kecik lg, mbebel je mcm orang tua haha

Mommy daddy sayang kakak tau,
Sayang dunia akhirat.

Tuesday, March 12, 2019

KAHWIN BEST !

Selamat pengantin baru adik atin?
Atin ni bas student praktikel masa kt farmasi dulu, lepas saya berhenti, fatin gantikan saya. Kebetulan nama saya pun fatin haha


Kami jadi rapat since dia praktikel then dia ada masalah dengan ex boyfriend dia, dia mengadu pada saya, pesanan saya pada atin masa tu "Allah akan bagi yang lagi baik, percayalah" masatu dia betul2 down, yela, bercinta dengan boyfriend bertahun tetibe je boyfriend kawin dengan orang lain, konon bagi alasan keluarga suruh la, penipu besar betul.


Masa pun berlalu,
Yeay atin berjumpa cinta hatinya yang sekarang dan Allhamdulillah dah ikat pertalian yg halal pn.


Kak ekin happy for you atin !!!


Saya suka nak bagitahu kat semua orang "kahwin ni best"
Yeee memang lah best,
Entah lah, dulu sebelum kahwin, selalu laa telinge disogokkn dengn ayat "dah kawin baru tahu siapa sebenar pasangan dan hari2 nampak nanti bosan"


Eee apela ayat negatif macamtu,
Saya rase, kahwin best laaa !!
Saya selalu cakap kt incik lalan "ee walaupun dah kawin, ayang taksub la kat abangggggg, hari2 tengok pun jatuh cinte, hari2 hadap punnn rinduuuuuuu" 😆😆😆


Bagi saya sebenarnya,
Cara kite handle hubungan dengan pasangan kot yg menentukan is it kahwin ni membosankan, mcm saya, saya fokus pada kebaikan dan kelebihan pasangan, kekurangan dia saya cuba lengkapkan,


So kepada kt luar yg ditakutkan dgn kahwin, percayala, kawin best oi !! Ade jgk kata "ade ank nanti suami kurang syg kita" ye memang suami akan bermanja dengan ank lebih, lg2 kalau anak perempuan, memang melekat kat daddy dia, tp sy sebagai isteri suka apa yg saya tgk, rasa bahagia tgk husband dan ank sling bermanja, dn nanti saya akan selit antra mereka.. dianugerahkan suami yg sayangkan ank adalah kelebihan ye, percayalah, anda akn tersenyum bahagia.

Dn mcmna pn mnja ank dn suami, perkara penting, jgn asing tidur. Yela ank 2 kkdang suami isteri bt style sorg tdr dgn ank sulung, sorg tdr dgn ank no2. BIG NO. Tidur wajib kekal berkepit dengan suami, sempit cmne pun katil, dade suami untuk isteri begitu juga dada isteri HAHAHAHAHA

So nikmati keindahan perkahwinan semanisnya ye, kalau rasa tawar pn, maniskan lagi, jgn malu2 kat pasangan, tunjukkn je kat pasangan "hei abang, i love youuu, jumpa malamni huhu" whtsapp kt suami.. jadi miang sikit xpe,

Kahwin best lah !
Jangan takut kahwin !
Kepada pengantin baru, nasihat kak, mcmna tingginya ego sebelum kawin, bila da kawin, sentiasa ingt yg dn tampl dalam kepala "AKU NAK JADI ISTERI SOLEHAH,AKU NK RUMAHTANGGA SAMPAI SYURGA"

InsyaAllah segala dipermudahkan 💕

Friday, March 8, 2019

ADIK ANGGUN FELISA SEKOLAH

Banyaknyaaa tlepas update,
Segala kenangan gambar anggun tak sempat nk update.

Adik anggun,
Maaf ye kalau gambar kak kaseh lagi banyak berbanding adik dalam blog mommy ni, mommy busy la kumpul duit, sekarang malam pun mommy tidur pukul 3pagi, bangun 6pagi, tak ada masa free langsung, harap adik anggun memahami ye.

Gambar adik anggun mommy ade letak kat instagram, haa kat sana mommy aktif, cuma part story kuranglaa. Mommy usaha cari masa untuk update ye 😇

4/3 adik anggun da masuk sekolah dah sama dengan kakak kaseh, masa mommy hantar kakak kaseh dulu, mommy nangis tau sebab touching, yela kakak kaseh da setahun lebih baru mommy hantar, macam adik anggun 3bulan terus mommy hantar, mayb mommy tak sedih sangat sebab kakak kaseh ada untuk jaga adik, tu da buat mommy lega sangat2. Tambah pula, kakak da banyak cakap, semua benda dia mengadu kat mommy tiap kali balik sekolah, bila mommy tanya tentang adik anggun pun kakak cerita.

Maaf ye kecik2 mommy da hantar ke sekolah even mommy ade je kat rumah.. maaf, mommy busy.. walaupun mommy kat rumah, macam2 mommy kena buat.

Mommy doakan kakak kaseh dan adik anggun dilindungi selalu hendaknya ye 😇

Monday, February 25, 2019

“ABANG APPLY INSURANCE KEMALANGAN UNTUK AYANG”

Incik lalan : abang ada masukkan ayang insuren kemalangan tau

Saya : eh kan memang abang ada masukkn ayang insuren kan ?

Incik lalan : tu medical card, ni insuren kemalangan, sebab abang perhati ayang kalau drive memang menempah maut, so abang standby lah insuren, apa2 jadi abang dapat duit nanti

Saya : kurang asam betul ! Eee ingatkan ambil kan insuren sebab sayang ke, cinte ke, risau ke... eee

Incik lalan : eh betul ape, penat dah tegur bawak kerete perlahan, tapi bila abang tengok milaege wah bukan main laju dia tekan minyak. So alang2 ayang macam nak menempah maut, abang standby la cover insuren apa2 jadi kat ayang

Saya : 😒😒😒😒😒😒😒

—————————————————-

Apa patut saya respon ?
HAHAHAHAHAHA
rasa syukur ada suami prihatin,
Atau, rasa geram sebab dia punya "punch line" tu tajam,
HAHAHAHHA

Memang la saya bawa 140-160 keatas, tak nak bazir mase kan, nak cepat sampai destinasi 😆😆

Monday, February 18, 2019

REZEKI SYAMIM

Baru2 ni saya tengok rancangan mikrofon impian,
Ada 1 brader ni anak dia hidap autism, dalam masa yg sama dapat berita ayah kena kanser tahap 4.

Dan 1 lg pesaing perempuan,
Masalah peserta perempuan tu,
Suami sakit tulang belakang (tapi boleh buat kerja)..

Dari penceritaan,
Kisah wanita tu jadi lebih banyak pilihan juri. Mungkin cara penceritaan, lagi2 bila dia buka cerita "saya dn suami makan telur sahaja" terusss semua juri menangis, then dia crte x amik sijil konvo lagi xde duit, then dia bawa kakak dia dan dia kata kakak dia minat zamani (dari part ni je dia da mgelat amik hti 1 juri)

Saya dn incik lalan agak emosi,
Walaupun pceritaan part brader tu simple, tapi sebagai mak bapak dn anak, saya rasa brader tu lagi pressure, saya tahu apa dia rasa.

Part wanita tu,
Kesusahan hanya suami isteri,
Duduk kampung,
Masih tiada anak,
So bnyak lagi choices wanita tu ada utk usaha, dia kerja kerani, boleh je jual kerepek saya ke kan tmbh side income, dn x jadi isu pelik suami isteri makan telur bila hujung bulan, telur sedap what....


Part si brader tu, nama dia syamim,
Duduk kl,
Ada ank autism,
Ayah kanser tahap 4,
Dia da bt banyak kerja tapi still tak cukup, wife pun kata, suami di tdr kadang2 mengigau pasal kerja.
(Semua part kesusahan syamim tak pada diri dia tp tanggungjwb yg ikat bahu dia)


Saya sngat faham apa dia rasa,
Sebagai mak, sebagai anak,
Saya faham dan incik lalan pun faham.

Syamim tiada pilihan berbanding wanita tadi,

**Syamim**
Anak autism : bukan pilihan,
Ofcz bukan senang nak dapatkan pengasuh budak autism, so wife symim kena jadi surirumah, anak beb, saya sendiri sentiasa pk kan msa depan anak2, so bayangkan syamim yg ada ank sakit autism, takut tau pk kan masedepan,

Ayah kanser : bukan pilihan,
Dengan keadaan ank autism susah dikawal, perlu penjagaan isteri 24jam, si ayah pula kanser TAHAP 4. Ofcz syamim nk jenguk ayah dia, nk hulur sikit kat ayah dia.


Syamim tak minta pun duit,
Kt rncangan tu, symim cuma minta dia nk settle hutang supaya dapat bernafas.


Saya boleh bayangkan,
Beban kat bahu syamim,
Ada anak kecik mmg banyak guna duit, tambhan pula sakit, dan autism ni bukan suka2 boleh tumpang letak kt orang, jenis orang tak tahan, kang tak memasal kena dera.


Part tanggungjawab sebagai anak, ayah akan kata "tak pe nak,ayah ok" tapi pressure dalam otak akan tetap salah kn diri "aku ank tak guna,ayah sendiri pun x mampu tolong"


Wei, sebagai anak sulung yg sentiasa galas tanggungjawab pada adik2 saya fham wei.

Incik lalan pn selalu cerita camna dia susah dulu sebelum berkenalan/berkahwin dengan saya, incik lalan kata tak ade duit bila raya la, tak dapat hulur kat mak ayah, sampai pinjam pula duit kt mak ayah. So dia rasa diri anak tak guna,


Skg bila kami kahwin,
Allhamdulillah dipermudahkan rezeki kami,


So part syamim ni,
Saya dah hulurkan dah bantuan saya,
Awak semua kalau nk hulur, tengok lah kat youtube, kemudian boleh derma ke syamim.


Part anak dan mak bapak,
Gua memang emosi,
Lagi2 part wife dia kata "suami tidur pun mengigau kerja", beb, benda tu betul beb, incik lalan pn macamtu beb, so sebab kami dah lalui struggle nak bina kesenangan, so kami WAJIB share, rezeki syamim sebab tabung derma bulan 1 belum ada pemilik, so incik lalan suruh bankin semua pada syamim.

Semoga Allah permudahkan hidup syamim sekeluarga,


Sent from my iPhone

SIBUK

Banyak benda nk share,
Tapi serius busy hoi,
Hari2 tidur 3.30pagi,
Hari2 bangun 6pagi.

Saye sedang kejar masa dan masa cemburukan saya,
Banyak benda kene settle sebelum puasa, dn tiap masa ada komitment.

Tapi tak pa, kepenatan dalam mencari rezeki. Doakn dipermudahkn urusan saya ye

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...