FOLLOWER

Monday, April 1, 2019

ANTARA KEMAHUAN AYAH ATAU DIRI SENDIRI

Dapat mesej dekat instagram dari follower lalan food, mengadu mengenai masalah beliau, dan bila dia highlight kan dia nak berjaya macam sayalah. I rasa macam "ishh,jauh sangat definisi berjaya untuk ditunjukkan kepada saya"

Ok. Isu utama adalah mengenai pemilihan kos. Ayah dia memilih kos yg selamat dan si pengadu memilih kos yang dia suka,
.
Jawapan kak adalah, "utamakan restu makayah", kalau serius nak kos tu, teruskan memujuk makayah, InsyaAllah mereka lembut hati. Tapi kalau mak ayah bkeras nak kos pilihan mereka, pun pengadu kena akur, sebab restu makayah adalah tiket kejayaan dunia dan akhirat.
.
Macam saya dulu,
Saya dapat tawaran untuk sambung belajar kos engineering dan business, and ofcz saya suka bisnes, tapi my uncle kata "ambil kos bisnes nak niaga apa? Family kita bukan usahawan" lebih kurang camtu la my uncle kata,
.
Fikir punya fikir, last2 saya bekerja, syok ada duit sendir, dan dah syok bagi parent duit,tlupa sambung belajar. Sebabtula saya pernah mention,since umur 18tahun saya tak pernh minta mama abah duit, walau seposen, tak pernah. Dan Allhamdulillah sampai sekarang, saya yang hulur pada mereka.
.
Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Baik, rupenye dia aturkan perjalanan saya, bermula bekerja setakat jaga kaunter, tapi dikurniakan bos dan manager yang baik, saya diajar mengenai pengurusan fail-fail dan kewangan company, pengalaman 10tahun berkerja tu jauh lagi bernilai dari sambung belajar.
.
Dan pengalaman pengurusan perniagaan yg saya belajar tu la yg saya terapkan dalam lalan food. Sebabtu la saya ingatkan kepada pengadu, restu makayah penting, dengan restu dn doa mereka, InsyaAllah boleh berjaya dunia akhirat.
.
Ye. Nak lalui perkara kita tak suka bukannya mudah, eh 10tahun kak lalui, tengok kawan2 ada kawan baru la, merantau merata, tapi saya, masih diketiak mak ayah. Dan hikmahnya yg sangat manis, disebabkan dulu duduk kat ketiak mak ayah, bila jumpa dengan suami sekarang, semuanya serba manis dengan dia, sebab suami yang pertama, HAHAH. Dan paling penting juga, saya tak perlu pening isu PTPTN la, kahwin pun dah ada simpanan sendiri sbb da lama kerja,
.
Kesimpulannya : Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui

No comments:

PENGALAMAN BERSALIN AHMAD FURQAN BIN AHMAD FAIZAL

sekarang Ahmad dah 1 tahun, sebelum mommy makin pelupa, so mommy nak catit segalanya. sebab itu pengalaman manis, melahirkan anak lelaki din...