Baru2 ni saya tengok rancangan mikrofon impian,
Ada 1 brader ni anak dia hidap autism, dalam masa yg sama dapat berita ayah kena kanser tahap 4.
Dan 1 lg pesaing perempuan,
Masalah peserta perempuan tu,
Suami sakit tulang belakang (tapi boleh buat kerja)..
Dari penceritaan,
Kisah wanita tu jadi lebih banyak pilihan juri. Mungkin cara penceritaan, lagi2 bila dia buka cerita "saya dn suami makan telur sahaja" terusss semua juri menangis, then dia crte x amik sijil konvo lagi xde duit, then dia bawa kakak dia dan dia kata kakak dia minat zamani (dari part ni je dia da mgelat amik hti 1 juri)
Saya dn incik lalan agak emosi,
Walaupun pceritaan part brader tu simple, tapi sebagai mak bapak dn anak, saya rasa brader tu lagi pressure, saya tahu apa dia rasa.
Part wanita tu,
Kesusahan hanya suami isteri,
Duduk kampung,
Masih tiada anak,
So bnyak lagi choices wanita tu ada utk usaha, dia kerja kerani, boleh je jual kerepek saya ke kan tmbh side income, dn x jadi isu pelik suami isteri makan telur bila hujung bulan, telur sedap what....
Part si brader tu, nama dia syamim,
Duduk kl,
Ada ank autism,
Ayah kanser tahap 4,
Dia da bt banyak kerja tapi still tak cukup, wife pun kata, suami di tdr kadang2 mengigau pasal kerja.
(Semua part kesusahan syamim tak pada diri dia tp tanggungjwb yg ikat bahu dia)
Saya sngat faham apa dia rasa,
Sebagai mak, sebagai anak,
Saya faham dan incik lalan pun faham.
Syamim tiada pilihan berbanding wanita tadi,
**Syamim**
Anak autism : bukan pilihan,
Ofcz bukan senang nak dapatkan pengasuh budak autism, so wife symim kena jadi surirumah, anak beb, saya sendiri sentiasa pk kan msa depan anak2, so bayangkan syamim yg ada ank sakit autism, takut tau pk kan masedepan,
Ayah kanser : bukan pilihan,
Dengan keadaan ank autism susah dikawal, perlu penjagaan isteri 24jam, si ayah pula kanser TAHAP 4. Ofcz syamim nk jenguk ayah dia, nk hulur sikit kat ayah dia.
Syamim tak minta pun duit,
Kt rncangan tu, symim cuma minta dia nk settle hutang supaya dapat bernafas.
Saya boleh bayangkan,
Beban kat bahu syamim,
Ada anak kecik mmg banyak guna duit, tambhan pula sakit, dan autism ni bukan suka2 boleh tumpang letak kt orang, jenis orang tak tahan, kang tak memasal kena dera.
Part tanggungjawab sebagai anak, ayah akan kata "tak pe nak,ayah ok" tapi pressure dalam otak akan tetap salah kn diri "aku ank tak guna,ayah sendiri pun x mampu tolong"
Wei, sebagai anak sulung yg sentiasa galas tanggungjawab pada adik2 saya fham wei.
Incik lalan pn selalu cerita camna dia susah dulu sebelum berkenalan/berkahwin dengan saya, incik lalan kata tak ade duit bila raya la, tak dapat hulur kat mak ayah, sampai pinjam pula duit kt mak ayah. So dia rasa diri anak tak guna,
Skg bila kami kahwin,
Allhamdulillah dipermudahkan rezeki kami,
So part syamim ni,
Saya dah hulurkan dah bantuan saya,
Awak semua kalau nk hulur, tengok lah kat youtube, kemudian boleh derma ke syamim.
Part anak dan mak bapak,
Gua memang emosi,
Lagi2 part wife dia kata "suami tidur pun mengigau kerja", beb, benda tu betul beb, incik lalan pn macamtu beb, so sebab kami dah lalui struggle nak bina kesenangan, so kami WAJIB share, rezeki syamim sebab tabung derma bulan 1 belum ada pemilik, so incik lalan suruh bankin semua pada syamim.
Semoga Allah permudahkan hidup syamim sekeluarga,
Sent from my iPhone
Rasulullah SAW berkata: “Sungguh dia (Khadijah R.A) tiada ganti”. Dia beriman kepadaku ketika semua manusia mengingkariku, dia membenarkanku ketika semua orang mendustaiku, dia membantuku dengan hartanya ketika manusia menghalangku dan Allah menganugerahkan padaku semua anaknya ketika wanita lain tidak memberikanku anak.” [Musnad Ahmad].
Monday, February 18, 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PENGALAMAN BERSALIN AHMAD FURQAN BIN AHMAD FAIZAL
sekarang Ahmad dah 1 tahun, sebelum mommy makin pelupa, so mommy nak catit segalanya. sebab itu pengalaman manis, melahirkan anak lelaki din...
-
Memandangkan saya akan mula bkerja dan memandangkan susu badan saya tidak meriah. Saya telah melatih anak saya untuk minum susu formula. ...
-
Fuh, resize gambar sebanyak 500keping, then edit cincai2, pun just dapat siap kan tak sampai 100keping. Owner muka dah kata &qu...
-
Hai !! Allhamdulillah, lalanfood dah melangkah 1 lagi langkah kehadapan. Berdasarkan kenaikan positif selama 7bulan lalanfood...
No comments:
Post a Comment