FOLLOWER

Thursday, January 31, 2019

CARSEAT ADIK ANGGUN

Yang dinanti telah pun tiba,
Yeay !! Dulu masa si kaseh, tak pernah ambil port pun tentang pemilihan carseat.

Tapi untuk adik anggun,
Saya pun dah lebih memiliki ciri2 emak2 yang prihatin, so survey lama dilakukan.

Dan Allhamdulillah incik lalan pun support suruh beli carseat yg berkualiti dan tahan lama.

Antara intaian saya yang bersesuaian dengan bajet :
1)graco
2)britax
3)maxi cosi

Graco, terlalu besar dan gemuk. Macam tempat duduk gamer dah huhu. Siap ada tmpt letak air. Graco idaman ramai org, tapi saya suka yg tak terlalu besar,

Britax, pilihan utama, tp too much simple pulakk. Dri review saya tgk, mudah luntur, berkulat dan rosak. Kualiti kureng sket.

So, maxicosi lah pilihan,
Maksimum hingga 20kg boleh duduk.
Design pn smart, npk gagah haha eh bukan gagah, design nya kemas, selesa, selamat dan npk charmingnyaaa.

Masalah cuma,
Sampai je carseat tu, kaseh yang berminat. Adohai. Dan sekarang incik lalan kata "bagi car seat tu pd kakak, adik oder baru"

Maaf la dik ye, mengalah la dengan kakak hang, adik punya minggu depan sampai.

Actually carseat ni diguna utk jemput adik balik sekolah dan pi sekolah je, kalau berjalan jalan, ofcz muatan kerete penuh, tak muat carseat 😆
Nasib baik saye bukan artis, so memangku anak tak lah dikecam HAHAHAHA

Monday, January 28, 2019

BIRTHDAY KASEH KE 3

Kaseh aneeqa farzana,
Selamat hari jadi yang ke 3,

Terima kasih sebab sentiasa menjadi anak yang memahami. Kadang2 mommy tak percaya yang kakak baby baru nak masuk 3tahun, sebab kematangan kakak disisi mommy buat mommy rasa kakak da besar, terima kasih sebab sangat boleh diharap.


Bila ada adik anggun,
Mommy takut kakak cemburu,
Rupanya tak, kakak sayangkan adik, sentiasa nak jaga adik bila mommy sibuk, seorang kakak yang penyayang sebab sentiada nak cium dn peluk adik

Kakak anak yang menenangkan mommy, bila mommy mula nak berleter sebab kakak ada buat salah, cepat2 kakak kata "sorry mommy,maaf" then kakak datang kat mommy, peluk dan kiss pipi mommy


Mommy beruntung dan bersyukur yang kakak ni anak mommy, tiap masa mommy panjatkan kesyukuran.

Doa mommy untuk kakak,
Semoga dipermudahkan segala urusan, hari2 mommy doakan kakak, bukan masa birthday je, even tiap nak panggil kakak pun mommy akan sebut, "kakak anak solehah mommy", semoga segala doa mommy untuk kakak menjadi anak solehah, anak yang sentiasa dipermudahkan,dimurahkan rezeki,sejahtera dunia akhirat, dipanjangkan umur, dimakbulkan oleh Allah SWT.

Mommy sayang kakak 💕

SIAPA ANJE !?

Incik lalan : "yang, kalau abang lupe sikat rambut, cuba laa ingatkan abang, tegur abang ke"

Saya : "adui, nampaknya anak ayang ada 3 ni, bukan 2"


Mula2 memang saya rasa, eh, rambut sendiri, kat kepala sendiri punnn nak isteri juga ingatkan, tak ke pelik.

Ye, perkara normel kalau sediakan suami baju, seluar luar dalam. Tapi sehinggakan sikat rambut pun bini, ishh3 macam adik bongsu saya pula haha

Tapi, saya tak bising pun,
Saya rasa funny dan "diperlukan",

Agaknya kalau saya mati ke,
Mesti incik lalan orang paling bmuram, silap2 meratap kat kubur sambil kata "stokin abang, ayang simpan mana" HAHAHAHA

So officially,
Tugas baru, sikat rambut husband. Anjer angat-angat tau HUHU

===========================

Semalam lepak katil dengan incik lalan, tengok dia transfer duit, then tertengk bahagian "favorite transaction" ada nama FATIN FASHIEKIN dan ANJE,

Saya : amboi !! Anje mane tu yang abang set, bukan main anje-anje pulak,


Incik lalan : yang, kat dunia ni, tak kisah lah skandal dulu atau pasangan dulu, tak pernah abang set "ANJE" tau, ayang je abang letak anje.


Saya : eh tapi kan ada 2 akaun, 1 nama penuh ayang, ayang ada maybank je, abang jangan nk tipu ayang

Incik lalan : habistu, kerete ayang sebelum ni siapa bayar ?

Saya : abanggggg heheheh


Dah tua-tua ni,
Panggil anje-anje,
Rase lemak macam mencair je dalam badan sebab terharu HAHAHAHA

Saturday, January 26, 2019

Wednesday, January 23, 2019

APPS LALAN FOOD

Hai. Ok harini nak share ttg apa saya upgrade pada lalan food. Segala progress memang ditulis diblog ni memandangkan blog ni adalah diari saya kan. So manatahu nanti dah jadi jutawan boleh bagi anak baca liku perjuangan mak dia bangun kan lalanfood hahahah


Lalanfood masuk tahun ke3,
Kalau tahun pertama saya just cuba2 je berniaga, tahun ke2 pula saya upgrade ape yang perlu diperbaiki so untuk tahun ke3 ni, da tahu mana patut buat, mana lebih efficient so untuk elak kerugian dari segi masa dan nak kerja dilakukan cepat tapi tepat, utk 2019 mengikut azam yg saya senaraikan sebelum ni :
AZAM 2019 NO 6 :
-menaiktaraf akaun syarikat

We did it !!!!
Tiada sistem tulis2 lagi ye,
Ada bertulis pun cuma benda simple untuk buat simpanan, tapi yang lain 100% just melalui handphone dan boleh ke laptop terus.

Serius saya sangat2 lega dan gembira, tak perlu lah nk garu kepala bila hilang resit ke, nak tahu apa apps ni boleh buat ?

Perkara simple je, aliran tunai, tapi disebabkan auto, so saya lega, :
-custmer bankin duit terus akan msuk bahgian amount bank
-terus link dengan maklumat contact customer
-terus link dengn kerepek apa dia beli, berapa kuantiti, berapa diskaun pun saya akan dapat trace,
-dari kemudahan diatas, saya akan tahu dengan tepat tanpa kesilapan jumlah terjual, baki stok, berapa diskaun
-bukan tu je, custmer akan bagi bukti pembyran kan ? So pn terus save kt bahagian dokumen yg apps da sediakan
-dn bila custmer da buat pembyran, saya akan mula pos kn?kalau sblum ni kena key in semula, ni tk, just dari handphone apps siapkan invois/resit, saya cuma perlu bluetooth kn hp saya ke printer dn print apa yg telah tersedia.
-bab2 cukai semua haa tu pun ada tp nk explain, incik lalan la part tu, i tk faham sgt hahaha

Fuh, sangat senang !
Kalau tak saya terbazir masa nk keyin kat laptop, dan kalau incik lalan nk cek, walau kat manapun incik lalan, di boleh cek juga 😇

Sesungguhnya saya sangat happy !!! Zaman sekarang makin canggih, so tak salah percaya pada kepakaran teknologi yg ada, tak dinafikan kalau gunakan kepakaran i punya otak, ada yg tak teli, letih menyemak oi hahahah

So kesimpulan,
Kalau hp hilang, nayaaa hahahaha

Ada saya terbaca,
"Tak lama lagi tenaga manusia tak kan diperlukan, tetapi kecanggihan teknologi yg menggantikan tenaga manusia"

I sokong apa yg i terbaca tu,
So sekarang sikit2 i nak terapkan dalam lalanfood,..

Ok lah,
Sekian untuk harini,
Doakan lalan food dikenali seluruh dunia

Tuesday, January 22, 2019

ANGGUN FELISA 50HARI

Nampaknya,
Anak-anak ikut muka saye,
Maaf lah daddy,
Tak ada muka daddy lah 😆😆
Alisya dn akila je la ikut daddy 🤣

Last month botakkan adik anggun,
Nasib baik cepat tumbuh,
Sekarang, ok bila nak akikah ni,
Saye ofcz lah nak akikah siap kanopi semua, yela kongsi kesyukuran kan.
Dn klu blh nk bkumpul dgn sedara mara, bt BBQ skali ke.

Tapi, bermula next month saya mula sibuk, tempahan raya menderu masuk ni, adik pula saya kena prepare juga masuk playschool,

Still argue dengan incik lalan,
Incik lalan nak kaseh masuk sekolah chinese, saya pula bertegas supaya hold dulu, tunggu adik setahun baru mereka pisah sekolah.

Ye, setuju nak galakkan kaseh reti cakap chinese,
Tapi, risau adik tu haa kecik lagi sorang2 tak ada geng, kalau ada si kakak, lega lah sikit kan.

Kaseh next month baru sekolah,
Memandangkan saya pn baru habis pantang, sian woo cuti sekolah kalini, masing2 memerap kat rumah, nak buat acaner, pantang. Kang update gi holiday masa pantang, kene kecam kang, hahahaha jawa style, pantang kalau pijak tanah pun tak boleh tau, akan disuruh "raupi" apa tu raupi ? Rahsia. Hahaha


Psst,
Incik lalan,
"Tahun depan nk baby lagi tak"
HAHAHAHA menyeramkan laki aku ni HAHAHAHAA

Monday, January 21, 2019

SUPER MOM

Selaluuuu sangatttt selaluuuu,
Orang jumpa saya dan akan tanya "Ekin,tak penat ke?
"Ekin,badan nak guna lama tau"
Tapi,paling saye tak boleh blah ayat "ekin,bawa berehat,duit tak boleh bawa mati pun" then beberapa hari lepastu mesej nak pinjam duit **mata keatas**

Saya hargai sangat-sangat dengan keprihatinan semua orang yang ambil berat, terima kasih banyak. Dan kepada yang whatsapp cakap kagum dengan saya lah, adoi, tak de bendela yang saye buat ni, ramai orang lagi penat cari rezeki.

Percayalah, saya happy dengan apa yang saya buat **senyum lebar2**

Dalam hal sales,
Mungkin saya tak rasa pressure handle bussines dan kejar sales sebab masa kerja farmasi dulu bos memang letak target setiap branch kejar komisyen, kami akan saling berlawan siapa komisyen tertinggi, tiap bulan otak memang pressure sebab nak fikir macammana nak tambat hati pelanggan, macammana nak naikkan komisyen, macammana nak makesure pelanggan terikat dengan kite.

So,saya kan berhenti kerja sehari terus runn bussines, sooo otak saya pun terbiasa dah dalam sistem jual beli, otak dah terdidik "bulan depan aku kena dapat sales lagi banyak" saya paksa otak untuk fikir macammana cara nak naik kan jualan tiap bulan. Sooo, tak ada istilah penat kejar sales, kejar anak je penat hahah

Mengenai macammana saya bahagikan masa antara tanggungjawab sebagai isteri / mommy dan peniaga, bagi saya tiada masalah. Sebab saya obses kat suami dan anak, apa yang saya buat untuk mereka walaupun agak kelam kabut, nak masak, nak mengemas, nak handle pek kerepek lagi, saya tak rasa terbeban pun.

Serius, saya sangat obses dengan suami dan anak, mereka kegembiraan saya, tahukan perasaan obses tu mcmmana ? Rasa dah luah yang kita sayang mereka pun tapi macam tak puas lagi, nak tunjuk dn luah banyakkk lagi. Sesiapa yang rapat dengan saya, akan pelik tiap masa saya minta anak kiss, kalau suap anak makan pun, tiap suapan akan ucap "i love you" haha. Apatah lagi dengan incik lalan kan HAHAHA

Tapi sebenarnya masa saya tersusun sebab suami memahami. Bila dia ada kt rumah, dia akan handle anak, saya uruskan rumah. Dan incik lalan pun sumbang tenaga dalam bisnes. Allhamdulillah dikurnia suami ringan tulang.

Cabaran utama sebagai isteri, emak dan entrepreneur sebenarnya bukannya tenaga. Tapi bagi saya, bermasalah dengan orang sekeliling, macam yang saya mention diatas sekali, orang asyik suruh saya berehat-berehat-berehat, saya tahu niatnya baik, tapi sangat menganggu momentum saya.

Lagi-lagi yang berpantang larang, aduhai, katanya "jangan duduk lama nanti itu sakit lah" / "jangan berdiri lama nanti tak eloklah" / "jangan angkat berat nanti inilah"

Kalau tak boleh duduk / berdiridan angkat barang. What should i do ? I dont know lah, kadang-kadang rasa, is it true ambil berat atau sebaliknya haha

Ketahuilah,
Masa kecik saya suka berangan,
Anganan pertama saya berangan nak jadi pensyarah, ye memang tak jadi pensyarah pun tapi saya masih bangga dapat hadir ke mana-mana dan bagi tunjuk ajar pada pelajar mengenai bidang keushawanan makanan tradisional. Saya buat dengan sangat bersemangat :)

Anganan ke2, dulu saya berangan nak kahwin, ada suami anak dan buat income hanya dari rumah, yes Allhamdulillah saya milikinya sekarang.

Atas apa Allah bagi, saya sangat gembira dan bersyukur. Tiada kepenatan pun. Sebab buat dengan bahagia.

Mungkin, saya dah lalui, kerja shift balik pukul 10malam, pergi kerja awal pagi, berjauhan dengan suami, jumpa anak hanya bila anak tidur, tu semua jauh lagi memenatkan mental dan fizikal.

Sekaraang, Allah dah makbulkan impian saya, jangan khuatirkan diri saya ye 💕💕💕💕

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...