FOLLOWER

Monday, January 21, 2019

SUPER MOM

Selaluuuu sangatttt selaluuuu,
Orang jumpa saya dan akan tanya "Ekin,tak penat ke?
"Ekin,badan nak guna lama tau"
Tapi,paling saye tak boleh blah ayat "ekin,bawa berehat,duit tak boleh bawa mati pun" then beberapa hari lepastu mesej nak pinjam duit **mata keatas**

Saya hargai sangat-sangat dengan keprihatinan semua orang yang ambil berat, terima kasih banyak. Dan kepada yang whatsapp cakap kagum dengan saya lah, adoi, tak de bendela yang saye buat ni, ramai orang lagi penat cari rezeki.

Percayalah, saya happy dengan apa yang saya buat **senyum lebar2**

Dalam hal sales,
Mungkin saya tak rasa pressure handle bussines dan kejar sales sebab masa kerja farmasi dulu bos memang letak target setiap branch kejar komisyen, kami akan saling berlawan siapa komisyen tertinggi, tiap bulan otak memang pressure sebab nak fikir macammana nak tambat hati pelanggan, macammana nak naikkan komisyen, macammana nak makesure pelanggan terikat dengan kite.

So,saya kan berhenti kerja sehari terus runn bussines, sooo otak saya pun terbiasa dah dalam sistem jual beli, otak dah terdidik "bulan depan aku kena dapat sales lagi banyak" saya paksa otak untuk fikir macammana cara nak naik kan jualan tiap bulan. Sooo, tak ada istilah penat kejar sales, kejar anak je penat hahah

Mengenai macammana saya bahagikan masa antara tanggungjawab sebagai isteri / mommy dan peniaga, bagi saya tiada masalah. Sebab saya obses kat suami dan anak, apa yang saya buat untuk mereka walaupun agak kelam kabut, nak masak, nak mengemas, nak handle pek kerepek lagi, saya tak rasa terbeban pun.

Serius, saya sangat obses dengan suami dan anak, mereka kegembiraan saya, tahukan perasaan obses tu mcmmana ? Rasa dah luah yang kita sayang mereka pun tapi macam tak puas lagi, nak tunjuk dn luah banyakkk lagi. Sesiapa yang rapat dengan saya, akan pelik tiap masa saya minta anak kiss, kalau suap anak makan pun, tiap suapan akan ucap "i love you" haha. Apatah lagi dengan incik lalan kan HAHAHA

Tapi sebenarnya masa saya tersusun sebab suami memahami. Bila dia ada kt rumah, dia akan handle anak, saya uruskan rumah. Dan incik lalan pun sumbang tenaga dalam bisnes. Allhamdulillah dikurnia suami ringan tulang.

Cabaran utama sebagai isteri, emak dan entrepreneur sebenarnya bukannya tenaga. Tapi bagi saya, bermasalah dengan orang sekeliling, macam yang saya mention diatas sekali, orang asyik suruh saya berehat-berehat-berehat, saya tahu niatnya baik, tapi sangat menganggu momentum saya.

Lagi-lagi yang berpantang larang, aduhai, katanya "jangan duduk lama nanti itu sakit lah" / "jangan berdiri lama nanti tak eloklah" / "jangan angkat berat nanti inilah"

Kalau tak boleh duduk / berdiridan angkat barang. What should i do ? I dont know lah, kadang-kadang rasa, is it true ambil berat atau sebaliknya haha

Ketahuilah,
Masa kecik saya suka berangan,
Anganan pertama saya berangan nak jadi pensyarah, ye memang tak jadi pensyarah pun tapi saya masih bangga dapat hadir ke mana-mana dan bagi tunjuk ajar pada pelajar mengenai bidang keushawanan makanan tradisional. Saya buat dengan sangat bersemangat :)

Anganan ke2, dulu saya berangan nak kahwin, ada suami anak dan buat income hanya dari rumah, yes Allhamdulillah saya milikinya sekarang.

Atas apa Allah bagi, saya sangat gembira dan bersyukur. Tiada kepenatan pun. Sebab buat dengan bahagia.

Mungkin, saya dah lalui, kerja shift balik pukul 10malam, pergi kerja awal pagi, berjauhan dengan suami, jumpa anak hanya bila anak tidur, tu semua jauh lagi memenatkan mental dan fizikal.

Sekaraang, Allah dah makbulkan impian saya, jangan khuatirkan diri saya ye 💕💕💕💕

No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...