FOLLOWER

Tuesday, March 31, 2015

SINGBOARD ARROW KE RUMAH PENGANTIN


Terime kasih abah! 
Abah buatkan! Hehe


Tak sabar nak pacak kat depan tol dan tiap simpang. Saya minta abah buatkn signboard arrow yang jelas mata memandang. 
Saya cerita macamana saya nak,
Abah buatkan 
*sengih lebar2*


Gerenti korang yang datang majlis saya nanti tak kan sesat! Hehe. Ha, saya tak guna bunting ada gambar saya ye. Takut uols meluat tgk muke saya di tepi jalan ;p


Lady faizal,
Fatinfashiekin‎

Monday, March 30, 2015

KENDURI NGUMPUL ORANG

Kenduri "ngumpul orang" adalah istilah jawa,
Atau dalam erti lain (saya tanya mak ude)
Kenduri untuk mewar-warkan mengenai tarikh majlis, so gotong royong majlis, bila nak angkat balai dan lain2. ‎Macam meeting la juga kirenye.


Semalam abah kata masa tengah rewang,
"Macam tak percaya nak dapat menantu"‎
Ofcz iols lagi nervouse.


Ok. Apa yg saya buat sekarang adalah,
Menghargai tiap detik "bujang" ini dengan sebaiknya :)‎


Lady faizal,
Fatinfashiekin

‎‎

Sunday, March 29, 2015

ALLHAMDULILLAH



Lega sangat bila ita datang dan berpuas hati,
Allhamdulillah ! :)‎


Since saya kenal incik lalan,
Ni kali pertama ita datang melaka.‎
Masa saya tunang pun ita skluarga direct ke johor,
Incik lalan booking hotel utk keluarga mreka.‎


Lega bila ita datang,
Dan berpuas hati.
Allhamdulillah.
:)


Lady faizal,
Fatinfashiekin







Lady faizal,
FatinFashiekin‎‎

TEMUDUGA PERKAHWINAN


Allhamdulillah,
Saya pass! Lulus! Boleh kahwin dah ;)


Lokasi : pejabat kadi, muar
Waktu : ahad / 8.30pagi


Saya kena 5 soalan
Semua senang,
Cuma pegawai tu asyik-asyik gelak je tengk saya jawab soalan, ofcz lah saya mengigil kan, dia asyik suruh saya bertenang. Lagi lah teruk saya mengigil. lepastu dia sambung ketawa lagi. Even dia gelak2 dan dia sangat sempoi, saya rasa, saya lagi haru biru menjawabnya. Yela, tiap kali saya nak fokus dia gelak. 


Prosuder nya :
8.30 pagi, naik tingkat 1, ke kaunter 1, semakan akan dibuat, kemudian serahkan dokumen. Pergi ke bilik Penguat kuasa undang-undang, anda ditemuduga dibilik penguatkuasa. Setelah selesai, naik ke tingkat 1 semula, pergi ke kaunter 4 untuk pembayaran. Keesokan hari nya datang semula untuk ambil dokumen.


Mengenai temuduga,
Saya disuruh ke pejabat penguatkuasa. Saya sangat beruntung. Ada yang kena jawab soalan direct di kaunter no2 mengikut gambar diatas. Open air. Tak dapat jawab, kena sound direct secara terang-terangan. Maluuu ok. Ramai orang dengar. Bayangkan lah, situasinya mcm situasi kat bank. Kaunter terbuka.‎

Masa saya di kaunter 1 utk pmeriksaan dokumen,‎
Sebelah saya "pak cik" diatas sedang bercakap mengenai kes pceraian dan menceritakan mengenai punca pceraian. Pun secara terang-terangan.


Is it johor style kalau pceraian macamtu ea? Yela, agaknya dia buat sistem pceraian sama dengan sistem nak mohon pernikahan. Yela, masa nak nikah bukan main kan. So nk cerai pun buat apa nak malu. Gitu agaknya. 


Apapun, iols legaa--
Kepada uols yang akan pergi temuduga perkahwinan ni, semoga berjaya lah ye.
Semoga dapat penguatkuasa yang memudahkan urusan anda. Elakkan dapat penguakuasa permpuan kerana penguatkuasa perempuan sgt berdisiplin, yg ada dapat soalan "baca doa masuk bilik pengantin".. "baca doa sebelum keluar air mani".. haa mengelupor. ‎Haha. So, sila hafal buku yg diberikan masa kursus kawin johor. Okey ;p


Bila lulus tadi,
Terus iols rasa diri ni macam bijak gila
*kibas shawl*‎


Lady faizal,
Fatinfashiekin


Saturday, March 28, 2015

BILIK


Tadi incik lalan mengemas rumah,‎
Dan saya kata "hantar mms ye, nak tgk betul ke kemas dan bersih, setiap penjuru ye"..‎


Then incik lalan hantar gambar‎
"Bilik kite"‎
Tetibe iols rasa mcm sweet sangat pula bila dia dah set up bilik dengan caption "bilik kite" hahhahahaha. Tetibe rase macam nak penampo diri sendiri. Hahahaha.‎


‎Lady faizal,
FatinFashiekin

Friday, March 27, 2015

GUEST BOOK


Guest book yang simple,
Tapi part paling mahal bagi saya,
Ayat tersebut :
"All my life, i've prayed for someone like you,
And thank God because I finally found you"


Ikutkan hati,
Lagi panjang ayat nak tulis,
Haha.


Lady faizal,
FatinFashiekin


Thursday, March 26, 2015

TEMAN LELAKI BUKAN UPAHAN

iiols stress uols,
Harini episod akhir Teman Lelaki Upahan,
iols tak dapat tengk,
Padahal iols balik kerja pukul 6 !
(-_-)


Semua salah incik lalann
Memujuk-mujuk saya supaya temankan dia cari barang, pujuk tahap geli geleman iols nak melayan haha.


Begini ceritanya, selasa lepas saya dapat mesej dari adik incik lalan (ita) menyatakan hasrat untuk datang ke melaka bsama kluarga mertuanya dan tidur dirumah incik lalan‎, saya inform incik lalan, dan kami berbesar hati untuk mereka datang ke rumah kami. ‎Adik ipar ita konvo dimerlimau, so akan menginap di rumah incik lalan.‎


Actually banyak benda dah settle dah kat rumah incik lalan. Yang kami cari pun just barang2 penambahan utk tidur seperti bantal dan toto. Barang2 penambahan ‎kat dapur supaya perut tetamu sentiasa dijaga. Tu je.


So harini incik lalan asyik2 call saya suruh saya temankan dia cari barang. Ade je motif dia nak suruh saya ke melaka. Nak bagi borang kawin lah. Nak belanje makan lah. Nak beli kan spek mata lah. 
At last katanya malu nak jalan sorang2, kalau ada geng baru syok katanya. LOL‎


Memandangkan saya pula, this weekend rumah akan kenduri, so saya tumpang sekaki utk cari2 barang dirumah saya.‎


Apapun,
Akhirnya cermin mata sudah ditempah! Yeay ! Saya sengaja minta cermin mata sebagai hantran, malas nak beli sendiri. Sbb cermin mata mahal! Incik lalan tak nak sebenarnya, dia kata "buat malu je letak hantaran cermin mata rabun" tapi, biar, lagi ber manafaat tau untuk kegunaan harian saya ;p


9malam. Settle.
Pulang ke rumah,


Ahad ni ada kenduri doa selamat "ngumpulkan orang". Ha, jawa sebut camtu lah. Kenduri mendoakan supaya majlis berjalan lancar :)


Lady faizal,
Fatinfashiekin

TEASER HENNA


For my wedding,
Henna disponsr oleh my lovely BFF @ my along @ my kakak @ my partner dlm kesusahan. Ahahha


Siapa? 
Rahsia.
Akan diperkenalkan kemudian.
Habis majlis je nanti iols war-warkan ye :)


saya tak perlu buka mulut jenis henna apa saya nak, dia serba tahu segala apa saya suka, Segala apa saya tak suka. ‎


Lady faizal,
FatinFashiekin‎

Wednesday, March 25, 2015

JEMPUTAN


Sesi memerah otak mengingatkan semula nama2 insan-insan untuk dijemput hadir ke majlis saya nanti,  takut terlupaaaaaaaaa-- almaklumlah, saya kan mak nenek haha


1) cikgu sekolah SARS1
2) cikgu sekolah SKPS
3) soon siang (bos + staff)
4) balai polis
5) maybank 
6) pejabat pos
7) shell
8) petronas
9) staff farmasi
10) ex staff farmasi
11) student praktikel
12) custmer farmasi
13) best friend SARS1
14) school mate SKPS
15) choon heng
16) coca studio‎


Ok tgh pk lagi,
Siapa yg belum dcatit namaaaaaaaaaa........


‎Lady faizal,
Fatinfashiekin

Monday, March 23, 2015

CAT BILIK PENGANTIN


Harini rasa diri ni selebet gile dan gila,
Dari hujung kepala ke hujung kami sampai ke bibir melekat dek cat.


Tapi Allhamdulillah, 
1 hari bereh! *lap peluh kat dahi*
Baru lah saya tahu,
Mengecat susah rupanya, tengk je senang,
Selama ni tengk je haha ;p


Nak mendongak, nak mencangkung, nak membongkok, nak menonggeng,
Semua gaya ada. Krem 1 badan wey.‎


Tapi bila dah settle! 
Sengih sampai telingga......


Warna bilik saya grey,
Yes ! Ofcz saya nk bilik pengantin yang romantik,
Lena tidur, damai, sejuk. Actually incik lalan nk bilik pengantin warna ceria seperti yellow, huh, dia kata dia nak bilik yang menceriakan, yang membolehkan minda dia sentiasa berfikir. Bukannya mendung dan lemau (-_-)


What ever is it,
Bililk tidur saya, so my decision,
Dengan bangga nya saya mengecat bilik warna grey dan whatsapp gambar pada incik lalan yg berbunyi "oh, grey, so romantik".. but actually at last, dia okey je, cuma sifat semulajadi incik lalan, akan suka apa yg saya tak suka. Hehe.‎ Dia sengih juga lah.


Sekarang dah siap mengecat! 
Jom tgk cerita #temanlelakiupahan !
Suka sangat cerita niiiiiiiiiii --
:)


Lady faizal,
Fatinfashiekin

‎‎

Sunday, March 22, 2015

BAJU PENGANTIN BY SALINA BRIDAL


Baju sanding saya pd mulanya saya memilih champange, tetapi sedikit permasalahan yang membuatkan saya terpaksa menolak baju tersebut.


Memandangkan harini cuti,
Saya te‎rus ke butik.


Baju pilihan saya adalah
"BIRU FROZEN"
:)


Cnfirm kakak dgn adik kalau tgk baju saya akan kata saya macam elsa. Tinggal nyanyi lagu "let it goooo,.. let it gooooo" hehe


Ok gambar diatas adalah baju royal blue songket,
Yes, skg mmg populer tema songket, tapi saya kurang berkenan kerana too dark.. dan songket mbuatkan saya kelihatan gem-s dan rend-s 


Baju yang saya berkenan, 
Lebih kurang tema irene nadia marcello punya wedding.


Ok,
Tu je nak share.
Bye bye laling


Lady faizal,
Fatinfashiekin


DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...