FOLLOWER

Sunday, March 15, 2015

SAVE THE DATE?


Bagi mereka yang rapat dengan saya,
60% mengetahui tarikh sebenar wedding saya.
Yang ada tahu sendiri tanpa saya beritahu,
Maybe dari saudara mara saya.


Tapi, untuk kawan2 di blog / facebook / twitter / instagram, memang saya tidak akan mewar-warkan nya sehingga hampir majlis at least 2minggu awal :)



Tapi saya akan kept sharing my persiapan.
Saya suka share everything disini, my blog my personal diari. Baru lah boleh share dengan cucu nanti macammna persiapan wedding grandma dia ;p



Lady faizal,
Fatinfashiekin


PEMERIKSAAN HIV DAN THALASEMIA

‎Saya still tak cerita kan? Pengalaman saya masa nak ambil darah untuk ujian pemeriksaan pra perkahwinan. So saya share ye, biar sesiapa yang nak kahwin akan lebih memahami.

Pemeriksaan HIV adalah wajib dilakukan pada semua bakal pengantin, manakala thalasemia pula tidak diwajibkan kepada bakal pengantin.

Pemeriksaan HIV hanya menggunakan setitis darah sahaja, cucuk dihujung jari dan result akan terus dapat. TETAPI, sekiranya anda bersetuju untuk menjalankan pemeriksaan thalasemia, anda dikehendaki mengisi 1 borang mengenai kesihatan diri anda, dan kemudian darah yang diambil bukan setitik ye, darah diambil ditangan, saya tak tahu berapa ml darah sebab saya langsung tak pandang jarum tu. Mengigil.


Selama ni cucuk orang slumber je, bila orang kata "takut2" saya buat derk je. Sekarang bila diri sendiri nak dicucuk, hah baru tahu langit tu tinggi ke rendah. Haha.


Saya pergi ke klinik kesihatan kerajaan, saya rasa last saya pergi klinik kerajaan masa saya tingkatan 2, sebab saya accident dilanggar motor betul2 depan klinik tu. ‎Lepastu, dah sihat, pandang pun tak. Ni nasib baiklah terpaksa, kalau farmasi blh buat blood test HIV dh lama suruh kak ani cucukkan. 


9pagi saya dah terpacak disitu,
Tapi bukan saya seorang terpacak. Lagi ramai orang dah menanti dah. Saya ke kaunter pendaftaran, mak cik kaunter suruh saya serah kn borang bakal pengantin pada dia. 15 minit lepastu nama saya dipanggil, mak cik tu tanya saya samaada saya nak buat HIV sahaja atau dengan thalasemia. 


Ikutkan hati saya,
Memang takut nak buat blood test. Takut jarum. Tapi bila pikir semula, alang2 nak kena cucuk, cucuk je lah terus, so saya setuju untuk dilakukan pemeriksaan thalasemia. Saya diberikan borang dan disuruh isikan.


Selepas isi borang pengesahan butiran diri,
Saya disuruh masuk ke bilik 1 tanpa mengambil numbr, ketuk pintu dan direct masuk. Kat dalam bilik tu ada brader botak menanti. Aduh. Saya serius gigil2. Bila dia pakai glove, lagi saya gigil, bila dia ikat tangan saya dan sediakan jarum, lagiiii saya gigil-gigil, bila brader tu letak spirit kat tangan saya, lagiiiiii sayaaaa pucat lesi + gegigilllllll.. bila jarum masuk dalam kulit saya, muka saya macam orang meneran dah.. bila jarum keluar, muka saya macam orang baru lepas makan, 


Selepas settle di bilik 1, saya disuruh membawa darah saya ke bilik 4 (makmal), ni relax sbb member kerja situ, so sambil-sambil tu sharing is caring cerita, 


Selepas settle di bilik 4, saya disuruh ke kaunter pendaftaran, ambil numbr menanti berjumpa doktor. Masa ni dapdupdap, tak heran pasal HIV pun sebab tak pernah buat apa, saya kisah part thalasemia, yela, sian pada zuriat nanti.


Kemudian, no dipanggil, saya jumpa doktor. 
Keputusan saya, baguss,
Terus call incik lalan dan kata, boleh kahwin ;p


So persiapan sebelum membuat pemeriksaan HIV dan thalasemia adalah :
1) borang pemeriksaan HIV dari pejabat agama,
2) pasangan orang mana
3) pasangan kerja mana
4) pasangan kerja apa
5) tarikh kahwin bila
6) dah kahwin duduk mana


Seriously.
Setiap 1 bilik tanya soalan yang sama.
Termasuk kaunter pertanyaan ;p




Lady faizal,
Fatinfashiekin




Saturday, March 14, 2015

SHAWL FOR BEGINNER

Harini cubaan pertama menyarung bukan instant shawl ke majlis perkahwinan pula tu. Saya memang nak kena berlatih pakai shawl sbb wedding nanti tak dibenarkan memakai bawal dan saya pula mmg tak suka tudung awning keras. So, usaha belajar shawl.


Seriously rasa aneh,
Tapi ku lalui jua,
Even merasakan jerawat lagi besar bbanding dahi. Hahahah. Seriously rasa dahi jendul ni sangat berangin. 


Benda baru,
Perkara baru,
So level confident diri saya still rendah,
Sentiasa merasakan pipi tersangat gemuk,
Sentiasa merasakan diri seperti ikan buntal yang tiba2 mengembang. Haha
Nak berborak dengan orang pun saya asyik betulkan shawl ;p


Lagi2 bila orang tegur "eh, macam pernah nampak akk ni! Akk farmasi kan!" punya jauh saya pergi ke selatan, ada juga custmer disitu. Dengan keadaan blur2 dan tak selesa, saya sengih2 dan bersalaman,


Tapi tak pa,
Praktis make perfect! 
Pasni usaha biasakan diri lagi,
Instant shawl memang mudah, tapi saya kena berlatih non instant shawl utk wedding. Semoga berjaya! :)


Lady faizal,
Fatinfashiekin


Friday, March 13, 2015

GUEST CORNER


Serius tak tahu nak deko macammana,
Hentam sajalah labu.
‎Hehe.

Guest book still tak cari lagi,
Prop still tak complete.

Tak pa,
Slowly right *muah*


Lady faizal,
Fatinfashiekin

Wednesday, March 11, 2015

BAJU PENGANTIN CHAMPANGE


Baju pengantin : champange
Baju pengapit : merah + grey
Baju dayang : kuning + grey
Kanopi : gold + krim
Baju sanak saudara : disarankn kuning
Baju family : mama still mencari


Ok,
Kenapa saya champange tapi yang lain berbeza warna? Sebab my MUA dah pesan :

1) "baju pengapit kena kontra dgn pengantin, jangan ambil warna pastel sama dengan pengantin"..


2) "dayang2 pun jangan sama dengan pengantin, nanti dalam gambar tak menarik."


3) "kanopi jangan ikut sama warna dengan baju pengantin, seri pengantin x nampak nanti, so bia 1 warna tertumpu pada pengantin sahaja"


4) "nikah biar putih, aura warna putih susah nak tanding bila confirm sah bergelar suami isteri nanti"‎



‎Lady faizal,
Fatinfashiekin‎

PERKARA NEGATIF PEMBELIAN ONLINE

Tiba-tiba abg courier dtg farmasi cari saya,
Terkejut juga dibuatnya.
Yela, saya bukan kaki beli online,
Tiba2 dapat box besar dan berat.


Masa tgk tertera nama saya,
Saya berasa pelik dan berkerut,
Nak buka bungkusan pun rasa berdebar,


Dan bila buka,
Ia adalah tempahan yg saya buat melalui online,
Yang pelik! Saya sebenarnya baru bayar 5% deposit sahaja, mengikut prosuder (deposit then 50%payment then before postage saya kena bayar lagi 50%) baru lah pos.‎


Ini tak,
Baru bayar deposit, dah dapat barang,
Saya ada balance lagi RM220.00 tau sebenarnya,
Ikutkan jiwa raga, nk berdiam haha.
Tapi mana boleh, kena amanah :)
Incik lalan lagi kurang asam, katanya "ini sudahhh untungggggg" haha


Dan bila saya whtsapp company tu dan kata saya dh dapat barang even belum settlekan payment mereka okey je, katanya akan ada next courier nak bagi free gift, so saya tanya lagi "berapa balance payment saya ye?" pun mereka diam. Huhu. 


Saya rasa, sohih, berlaku salah faham.
Memang menguntungkan saya,
Tapi kesian pd company dia. Rugi RM220.00, belum campur dengan kos penghantaran lagi tu.


Nasib baik dapat custmer baik macam saya,
Kalau jenis yang tak nak bayar dan berkeras,
Cemana? Isshhh3 ...


Lady faizal,
FatinFashiekin



Tuesday, March 10, 2015

TAK PERLU PRE WEDDING


Kami tak perlu kan pre wedding,
Sebab dah banyak gambar bersama dah.
Hehe. Membazir je ;p


So projek saya? 
Print out semua gambar.
Create photobooth + guest corner tu cecantik.


Next step,
Mencari bidai yang tinggi,
Untuk digantungkan gambar-gambar kami,
Dari tahun pertama bercinta,
Untill now! Yeah!‎


*aku baru berangan k,
Tak tahu hasil camna. Haha*



Lady faizal,
Fatinfashiekin



DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...