FOLLOWER

Saturday, January 31, 2015

COME ON!!!



Harder! Struggle!
Comeon!


Tadi saya tanya incik lalan :
"Awak kata saya still gemuk,
Tapi kenapa akk yg fitting baju pgantin kita kata saya makin kurus? Dn dia serius terkejut dgn penurunan berat badan saya. Saya makin gemuk ke kurus sebenarnyaaaa. Awak tk pernah kata kurus punnn"


Incik lalan :
"Awak tu tak boleh dipuji,‎ sebabtu saya pun malas memuji, nanti lupe diri"


*saya sengih lebar2 sambil usap perut. Elehhh, nak cakap tersirat-tersirat pulakkkkk.Hahaha*


Lady faizal,
Fatinfashiekin


Friday, January 30, 2015

TUDUNG NEELOFA



Kelass ko jah, haha.
Tudung yang saya pakai harini 
"Neelofa 2 tone"

Sangat selesa, slumber dan simple,
Hari jumaat adalah hari "pakaian bebas"
Di farmasi.

So setiap jumaat,
Macam-macam gaya iols pakai :p

Harini,
Pakai shawl neelofa,
Suke tak? 
Nak yang macamni tak? 


Macambiasa, pegi ke facebook :


Rugi tak jengah uols,
Stylo tau.
:)

Lady faizal,
Fatinfashiekin






Thursday, January 29, 2015

MENGAJAR LELAKI CARA ROMANTIK?



Ini ada lah wallet incik lalan, 
Balik dari kursus kahwin har‎itu baru terfikir
"Eh wallet dia baru, dia letak gambar aku ke tak ea"
Saya pun terus ambil wallet dia,
Tengk still kosong,
Apa lagi saya selit lah gambar saya. Haha.


Dia memang tak romantik,
So saya ajar dia jadi romantik.


Sometimes perempuan ni,
Nak lelaki layan dengan romantik,
Dan berharap lelaki akan faham tnp diucap,
Tapi sedar lah wahai wanita,
Lelaki tak faham pun. Hehe


So saya slu buat,
Saya akan cakap pada dia direct
"Kata sayang saya, kata kekasih abadi, kata nak kahwin dengan saya, gambar saya dalam wallet awak tak ada pun, gambar awak dlm wallet saya full tau kepala sampai kaki. saya cuma nak letak gambar saya bahagian kepala je punnn, kepalaaa"


Bila saya dah pesan dn kata,
Dia faham dan terima,
Ada juga dia acah-acah tolak.
Tapi saya akan ulang ayat sambil kerut kening
"Ala, tumpang letak gambar kepala je punnnnnn, kepala jeeeeeeee"
Lepastu dia gelak. Means. Okey :)


Macam incik lalan,
Dia memang tak romantik,
Tapi bagi saya, 
Saya cukup dgn panggilan dari dia :


Sometimes he call me "anje"
Sometimes he call me "yayang"
Sometimes he call me "ucuk"
Sometimes he call me "cayunk"
Sometimes he call me "baby"


Dan kalau dia ada buat salah,
Dia akan tukar tune jadi :
"Anje ucuk---" atau pun "cayang ucuk--"

That simple things dah cukup dh bagi saya,
Tak perlu bagi bunga ke bukakan pintu kreta ke,
Tapi, andai saya nak dia buat somethings yang saya teringin di treat, yela, adatlah kan naluri wanita, so saya akan terus terang : "Yangg, kat jepun ada bunga sakura kan? Nak ea bawa balik ea".. then dia cuma bawa balik "Rumput2 dari Jepun" but its sokay lah. Haha. Walaupun kdg2 sakit juga hati kitew ni :p


Ok lah. Tu je nak pesan.
Ingat, jangan tertunggu-tunggu romantik dr pasangan, tapi biar kita yang terangkan pada pasangan, bagi mereka tahu. Nanti lama kelamaan apa yang kita nak mereka dah tahu dan ianya tak janggal buat mereka.


Lady faizal,
Fatinfashiekin




Wednesday, January 28, 2015

IJAB DAN QABUL BY FABFURQ


Kad kahwin sudah selesai.
Bagus admin #ijabdanqabul ni,
Bila kita whatsapp terus reply,
Harga pun berpatutan.
Dan sangat ramah :)


Pada uols yang blur nak cari kad,
Masuk website mereka ye.
Macam saya, cari di insta je,
Zaman kan dah moden,
Just hashtag #kadkahwin keluar mcm2 jenis,


Bila saya dah berkenan dengan kad kahwin 
#ijabdanqabul saya terus :
1) cek latar belakang company, is it bdaftar or not,
2) stalker feedback custmer


Semuanya memuaskan.
Saya sangat menyarankan anda berurusan dengan #ijabdanqabul. Dah lah murah, dapat free 2 bunting lagi.


Ok, next,
Create props utk photobooth yang menarik.
Idea-Idea-Idea.

Lady faizal,
FatinFashiekin



Tuesday, January 27, 2015

IDEA DESIGN KAD KAHWIN


Antara kad kahwin yang saya short listkan,
Dan tunjuk pada incik lalan,
Mohon perkenan dari dia.


Dia dah bagi jawapan mengenai mana pemilihan dia, macam biasa, saya rasa kurang setuju. 
Tapi, saya tak membantah.
ada lah rasa sedikit "ala, yg lain x nk ke?"
Tapi bila dia beria nak yang tu,
Saya terasa seronok,


Yang mana 1 pilihan incik lalan,
Nanti kan lah ye.
Akan dipaparkan jua,

Ada salah 1 dalam gambar yang saya bagi ni.
Ok, kad kawin.
Settle.


Lady faizal,
Fatinfashiekin

Sunday, January 25, 2015

RESEPI LEPAT LABU MUDAH

‎Siapa baca entry lepas saya,
Tahu lah kenapa saya tetiba buat lepat labu ni.
Serius-ni bukan makanan kegemaran saya.
Serius-ni pertama kali saya makan.
Serius-ni pertama kali saya buat.


Oleh kerana sayangkan pasangan,
Dipaksa buat, saya buat juga lah,

BAHAN-BAHAN

1) 1 biji labu
2) tepung gandum 2 cawan
3) tepung jagung setengah cawan
4) 6 sudu gula
5) setengah sudu garam
6) kelapa parut gaul garam *actually xda kelapa pun still orite je. So jangan risau*
7) daun pisang yg telah dilayur *atas api kau layue2 lah daun tu asalkan tak terbakar*


Cara membuatnya :

1) rebus labu
2) lenyek labu
3) gaulkan dan campur sebati bahan no 2-3-4-5
4) campurkan labu yang dah dilenyek dengan bahan yang sudah digaul tadi
5) sediakan daun pisang yang dah dilyur
6) letakkan sedikit demi sedikit adunan yg dah digaul tadi diatas daun pisang yang dah dilayur, 
7) tengahnya letakkan kelapa parut
8) ratakan bagi menutup inti + cantikkan + bungkus
9) panaskan pengukus dan kukus sehingga 20minit

Siap! Biarkan sejuk! 
Makan! Siapppp! 
*kibas shawl* haha



Lady faizal,
FatinFashiekin



FITTING BAJU PART1


Assalamualaikum!!!


Harini iols dah pi butik,
Dah tentukan tema warna majlis,
Baju pun dah settle / pelamin dn semua2 lah.
Balik dari kursus kahwin terus ke butik kak salina bridal :) my mama dan abah pun join,
Ofcz lah meriah, iols bawa family kot.
WAJIB BAWA, pilihan mama selalu menarik.
Macam iols ni jenis angguk je.


‎Masa tunggu mama abah settle kat tanjung,
Dan kami lepak coffeebean,
Saya warning incik lalan :
"Yang, ni saya nak pesan, awak tu jenis cakap lepas, kalau tak suka, direct je awak cakap, so pi butik nanti behave, yela, saya takut awak terkecikkn hati owner butik. Nnti kalau dia marah, makeup kn saya macam pondan, sapa susah? Awak juga tau.." 


Incik lalan bising lg konon kata hak pelanggan lah tp mlas iols nk menaip panjang apa yang dia bebel sbb incik lalan memang jenis banyak complain bab2 yang saya rasa saya suka. Dia memang tak sependapat dengan saya selalu.


Kemudian,
Saya tunjuk pada incik lalan contoh pelamin yang saya nak- warna yang saya nak- dn dia memang bantah lagi apa yg saya suka (-_-) lepastu dengan muke sakit hati saya kata :

"Sayangg, selama ni yang duk pilih kan baju untuk awak siapa? Saya kan. Yang selama ni pesan kat awak mana wrna awak handsome, mana wrna awak nampak pucat? Saya kan...so, saya tahu apa terbaik untuk awak, tak kan saya nak biarkan suami saya tak handsomeee" baru lah dia berhenti berbetah dan membantah sambil sengih2.


TIBA DI BUTIK

Ada patut kak salina ingat kan abah saya bakal pengantin lelakiiii. Hahaaha. Incik lalan masuk butik lambat, so cuma nampak abah. Hehe.

Harini tengok baju nikah,
Tengok baju sanding.
Sepanjang dalam butik, incik lalan diam je.
Saya yang paksa dia memilih warna baju,
Yela, amboiii, masa kt cafe td berdentum dentam statement nak warne tu ini, bila sampai butik, silent je. Tersenyum sipu. Semua dia setujuuu.


Allhamdulillah,
Urusan dipermudahkan,
Baju sanding sangattt saya sukai! 
Mula2 bagi incik lalan cuba dulu,
Bila dia segak keluar dari bilik persalinan,
Giliran saya pula masuk bilik persalinan.
Keluar je dari bilik persalinan, terus saya kata
"Sayangggg! Cantik tak bakal isteri awak! 
Macam princess tak! " saya kan gedik. Haha.
Incik lalan, senyum perhati saya. Diam maknanya cantik lah kan. Haha.

Ada gambar berdua saya dengan incik lalan,
Tapi biarlah privacy ye,
Sebab untuk official tunggu tarikh sebenar :)

Then, tukar baju nikah pula,
Pun gojes!! Saya suka bajunya!!
Saya kata pada incik lalan
"Sayang! Cantik x! Mesti nanti masa nikah, awak pandang je saya awak akan terpegun melihat saya dan kata 'cantik isteri abang'" haha 


Kak salina dan mama memang dah tak pelik dengan karenah saya, saya kan memang mengada. Incik lalan pula memang saya dah sahih tahu, depan org dia shy guy, ape lagi, saya memang suka bahan dia. Tapi membahan dalam menjaga batasan :)


Paling best, 
Kak salina kata
"Ekin, awak diet ke? Awak kurus, serius kurus, macammana awak diet"
Ok. Masa dengar ni terus iols kata pada incik lalan "did u hear that!!!!!" 


Puas kak salina tanye,
Apa awak makan? Mcmna boleh kurus?
Saya cuma kata "diet atkins kk"


Sehingga sekarang ios tengk perut sendiri sambil kata perlahan-lahan "aku dah kurus-russs-russs-russs" balik tu terus squat! Terus sitt up! Haha. Terus berjuang! Ada masa lagi untuk create body idaman bakal suami. Bak kata penceramah, dah boleh praktis joget tiang / gelek gerudi / gelek arab. Haha. Serius k, penceramah kursus kawin yang cakap :p


‎Allhamdulillah untuk kelancaran program harini,
Sangat happy. Next program. Confirm kan design kad kahwin. Dan goodie bag for VVIP :)


Lady faizal,
Fatinfashiekin


DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...