FOLLOWER

Sunday, January 11, 2015

HOMESTAY


Misi pencarian homestay utk family incik lalan.
Kalau nak duduk di rumah mak ude, mak long, tok. Memang ada, dn luas.


Tapi,
Saya nak keselesaan yg maksimum kepada mereka saudara mara incik lalan yang dari kedah dan kl. Saya nak layan mereka sesempurna mungkin.

So,
Saya nak cari homstay yg selesa,
Bagi mereka rehat dengan tenang dan happy berada di johor :)


Homestay ni selesa,
Halaman pn luas, nak buat BBQ pun boleh,
Nak parking 10 kereta ke bas pun boleh.
Dalam rumah, aircond pun sempurna.
Lengkap lah.


Ok. Perbincangan akan dilaksanakan dengn sedetailnya! :)


Next, PA system. 
Mana aku nak cari (-_-)


Lady faizal,
FatinFashiekin


DINZLY DANISH

 

My yayang harini darjah 1!!!
Excited gila dia nak ke sekolah,
Yela dia tak layak masuk pra sekolah.
So ni first time menjejakkan kaki di SKPS


3 hari sebelum sekolah,
My yayang bebel, 
dia tanya kenapa nama dia susah nak dieja. Haha.
MUHAMMAD DINZLY DANISH‎.
Muhammad danish dia tahu,
Dinzly tu dia selalu lupa.
Almaklumlah, nama panggilan dia pun "awal",
Nama bukan main sedap,
Tapi panggil awal. 
Semua blaku sbb dia lahir bulan syawal :p


Mengenai hari persekolahan my yayang ni,
‎Mula-mula saya yang risau,
Risau camna kalau dia nak beli makanan,
Risau macamna kalau belt dia susah dibuka,
Risau mcmna kalau dia tak ada kawan.


Saya dah pesan pada dia :
"Kalau yayang tak boleh buka belt ke, kalau yayang tak ada duit ke, yayang cari abang danny tau. Abang danny darjah 5"


Lega sikit sebab ada danny tengkkan dia.
Yelah, my yayang tu kan bongsu.
Dia kan paling manja. Hehe


‎Bila tfikirkan my yayang darjah 1,
Terfikirkan my sayang akila,
Dia pun darjah 1.
Hopefully awal, akila dan alisya jadi anak yang berjaya ‎ye :)


Lady faizal,
FatinFashiekin


Saturday, January 10, 2015

COWBOY MELAKA


Saya yang beria bebenar nak datang sini,
Semua orang kata kat cowboy melaka ada macam-macam. Segala jenis barangan ada.


Bila menjejakkan kaki kesana,
Penuh orang, parking pun susah sebab orang ramai dan kebanykkan dieorang borong barang, so troli semuaaaa penuh.


Tempatnya mmg banyak barang,
Cuma tak organize, dsebabkan terlalu banyak, so berhabuk dan bersepah. Tapi uols jangan kerut kening pula bila saya kata berhabuk dan sepah ye, sbb tempat ni besar dan macam2 ada, kalau pekerja dia kemas pun ofcz lah memenatkan je sbb orang akan punggah.


Cuma yang saya kurang suka,
Sebab tak ada aircond,
Tempat besar, dsebbkan penuh barang ianya jd sempit, akan bersesak dengan troli orang lain, so suasana jadi panas dan rimas. So makesure uols pakai deodrant lebih hehe.


Serius tempat ni macam2 ada wey,
Peralatan kahwin, permainan kanak2, perlatan berkebun, peralatan memasak, uih, boleh rabun lah mata, kipas ada, generator ada, cangkul segala jenis pun ada, tikar pun ada, saya sepanjang dlm cowboy asyik terpelik dan kata "la! Ni pun ada jual kat sini. La! Ni pun ada. Laa ! Ni pun adaaa" tk henti2 iols tercengang.


Incik lalan pula setiap kali jalan 1 section, ayat dia "ha ni lah yang saya cari ni".. lpastu "ha ni lah yang saya cari" tak sudah2.. bila masuk part barangan memasak, sampaikan konon memudah kan pagi2 nk goreng telur, dia beli bekas mengoreng telur..nk beli punya pasal.. memula dia ambil yang bentuk bulat je, lpastu saya kata bentuk LOVE tu comel. Nnti kwin, pagi2 goreng telur bentuk hati, cinta dipagi hari gituh. Hahaaha. Sanggup dia ambil yg bentuk love.


2jam kami dalam cowboy,
Tapi kami x habis round.
Sbb besar, next time incik lalan janji nk datang lagi, kalini dtg makesure ada list, kalau x, benda merepek je akan dicapai. 


So uols, yang nak kahwin ke,
Datang lah cowboy,
Macam2 ada :)


Lady faizal,
Fatinfashiekin



Thursday, January 8, 2015

PISANG


Seronok nya kerja dalam masyrkat,
Pelanggan hargai kita.

Dapat je makanan,
Ni dapat pisang 3kg.

Thats y I love my job
:)


Lady Faizal,
Fatinfashiekin


Wednesday, January 7, 2015

NAK KAHWIN DENGAN SAYA TAK?


Mama dan abah asyik ingatkan
"Bila nak pergi? Nanti kelam kabut?"
"Bila nk pergi? Org tu kata skg hampir full"
"Bila nk pergi? Sebulan cuma ada 2 kali"


Haih. Tension saya.
Ingt kan nak tunda ke bulan de‎pan,
Tapi bulan depan saya kena ke batu bahat,
Hadiri ‎ulangtahun farmasi ke 10 (-_-)


Takutnyaaa,
Masa cepat berlalu..


Sekarang, segala borang ke,
Segala copy dokumen ke, saya yang hanlde.
Incik lalan, busy dengan projek kanan.


Incik lalan kata
"Awak kan pembantu peribadi kesayangn saya, menguruskan semua apa yg patut saya buat, saya cuma perlu tandatangan je"


Saya balas
"Kalau saya pembantu peribadi awak, konon kesayangan, Dan sepatutnya. Dalam nama FS tu ada lagi satu abjad FFS. Sepatutnya "double-F" mewakili saya, 20% saya punya, ala, x bnyak" haha


Kidding k. 
Hanya gurauan semata.


________________________________________

Perbualan pertama :

Saya : yang, nak no ic yang tengah apa? Lupa lah. 02 ke 03 ke 04? 

Dia : nak buat apa?

Saya : tak kan nk rompak akaun bank awak, nk isi borang kawin laaaa..

________________________________________

Perbualan kedua :

Saya : yang, nak gambar berukuran pasport, kursus kawin kena ada gambar.

Dia : ok, gambar ada, nanti ambil dalam wallet saya, ada gambr mase renew pasport haritu.

Saya : hello, bukan semudah tu, nk gambar awak pakai songkok okey dengan t-shirt kolar @ kemeja. Lain xkan dterima, ingat, johor leceh sikit prosudernya. Dan ingat, no to kopiah, nti awk nampak tua. Hahaah


Dia : ala, masa bila nak ambil gambr bersongkok ni? Busy lah.


Saya : AWAK NAK KAWIN DENGAN SAYA TAK?? 


Dia : *ketawa mengekek* 


Emosi betul saya bila dengar dia gelak dengan pertanyaan "nk kawin dengan saya tak" dia punya gelak tahap guling2. Rasa macam saya buat pementasan maharaja lawak mega je.

LOL


Lady faizal,
FatinFashiekin


Tuesday, January 6, 2015

Monday, January 5, 2015

BANTUAN MANGSA BANJIR


Saya ambil inisiatif untuk menderma kan pakaian yang 80% ada perasaan sayang dalam hati, seperti jeans2 kesayangan, baju kurung, blause2 dan seluar track suit. Dan saya dengan redha dan rela memberikan nya pada yang memerlukan.


Semoga sumbangan tak seberapa dan sumbangan pakaian ini dapat meringankan beban mangsa banjir dipantai timur.


Kita tolak mengenai permusuhan kita di pandang bola, dari sisi politik dan lain2 perbalahan. Tapi kita ambil apa yg tjadi ni sebagai 1 hikmah untuk kita bersatu padu.


Gadis selatan,
FatinFashiekin


DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...