FOLLOWER

Saturday, January 10, 2015

COWBOY MELAKA


Saya yang beria bebenar nak datang sini,
Semua orang kata kat cowboy melaka ada macam-macam. Segala jenis barangan ada.


Bila menjejakkan kaki kesana,
Penuh orang, parking pun susah sebab orang ramai dan kebanykkan dieorang borong barang, so troli semuaaaa penuh.


Tempatnya mmg banyak barang,
Cuma tak organize, dsebabkan terlalu banyak, so berhabuk dan bersepah. Tapi uols jangan kerut kening pula bila saya kata berhabuk dan sepah ye, sbb tempat ni besar dan macam2 ada, kalau pekerja dia kemas pun ofcz lah memenatkan je sbb orang akan punggah.


Cuma yang saya kurang suka,
Sebab tak ada aircond,
Tempat besar, dsebbkan penuh barang ianya jd sempit, akan bersesak dengan troli orang lain, so suasana jadi panas dan rimas. So makesure uols pakai deodrant lebih hehe.


Serius tempat ni macam2 ada wey,
Peralatan kahwin, permainan kanak2, perlatan berkebun, peralatan memasak, uih, boleh rabun lah mata, kipas ada, generator ada, cangkul segala jenis pun ada, tikar pun ada, saya sepanjang dlm cowboy asyik terpelik dan kata "la! Ni pun ada jual kat sini. La! Ni pun ada. Laa ! Ni pun adaaa" tk henti2 iols tercengang.


Incik lalan pula setiap kali jalan 1 section, ayat dia "ha ni lah yang saya cari ni".. lpastu "ha ni lah yang saya cari" tak sudah2.. bila masuk part barangan memasak, sampaikan konon memudah kan pagi2 nk goreng telur, dia beli bekas mengoreng telur..nk beli punya pasal.. memula dia ambil yang bentuk bulat je, lpastu saya kata bentuk LOVE tu comel. Nnti kwin, pagi2 goreng telur bentuk hati, cinta dipagi hari gituh. Hahaaha. Sanggup dia ambil yg bentuk love.


2jam kami dalam cowboy,
Tapi kami x habis round.
Sbb besar, next time incik lalan janji nk datang lagi, kalini dtg makesure ada list, kalau x, benda merepek je akan dicapai. 


So uols, yang nak kahwin ke,
Datang lah cowboy,
Macam2 ada :)


Lady faizal,
Fatinfashiekin



No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...