FOLLOWER

Sunday, April 14, 2013

#BILIKGERAKAN #PRU13 #POLITIK

Hai hai hai,
Maaf lah kalau u all tak sealiran parti dengan saya ye.

Niat saya hanya untuk share,
Something, apa yg saya buat selama saya diam tk update apa2 kat blog ni. Hehe.

Memang busy lah.
Tapi Allhamdulillah berjalan lancar,
20hb nanti, adaaa lagii.

Seronok walau sibuk,
Dikelilingi mereka2 yang best dan paling penting, sepanjang bersama. Tak ada pun bercerita dan menyalah kan parti lain ke. Tak. Bila jumpa, bt kerja dan pastikn berjalan lancar. Tu dah cukup. Buat kerja sambil ketawa2, sengih2, gurau2, kecoh2. Bila selesai, saling berjabat tangan berterima kasih.

Mereka2 disamping saya majoriti nya cikgu. Saya dan koai je lain bidang. Yang lain, bidang perguruan.

Tapi, ok lah.
Semua nya dan majoriti pelanggan saya, so langkah je kaki. Memang dah kenal lah. Pak cik asthalin, pak cik sakit urat, mak cik regividon, akak yasmin, aunty elektrik, uncle perabot kayu, haha. Yela, tak tahu nama, so senang bila klasifikasikan dengan apa yg dieorg ambil atau apa kerja dieorang. Hehe.

Apa kami bt ?
Biarlah rahsia kami ye.

Yang penting,
Terima kasih PM,
Terima kasih Malaysia.

Orang kata "ah, itu, ah ini"

Saya nak kata
"Jangan nilai apa yang orang bagi cukup atau tak. Tapi cermin diri, dan tanya apa yang awak beri ? Jangan meludah ke langit, kerana ia akan jatuh ke muka sendiri"

Sekian


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, April 6, 2013

DEMI NEGARA

Tidak kusangka. Tidak kuduga.
Bulan 4 sibuk sebegini rupa. Huhu.

Weekend,
Since nak pilihanraya ni memang busy,
Dah agak dah.
Pagi kat sini.
Petang kat situ.
Malam baru kat rumah.
Demam ni akan berlarutan


Weekday,
Hari bekerja,
Dapat mandat dari bos,
Tak boleh balik petang selama sebulan.
Hewhewhew.
Dapat lari-lari pun,
( 12.30ptg-5.30ptg )


Tak pa.
Kena tahu nilai,
Jangka masa pendek
Dan jangka masa panjang.

Apa yang saya lalui depan mata saya,
Untuk jangka masa panjang.
Aktif dalam bidang2 yg berbeza ni,
Dapat kenalan baru,
Beramah mesra dengan kakak cantik, manis dan selalu bila kita jumpa dia je,pasti hati tenang ! Ayat positif 24 jam, siapa lg klu bukan kk liliey, Suka kak liliey ! Then koai, bestfren masa sekolah menengah, pergi sekolah sama2. Sangat ramah, cantik, cool dan confirm tak kekok dengan dia :)

Untuk kerjaya pula,
Score ! Score ! Score !
Pulun ! Pulun ! Pulun !
Sapu ! Sapu ! Sapu !
Ringan kan mulut, senyum,
Ramah tamah, manis wajah.
Custmer sayang,
Bos sayang,
Gaji tak terbilang. HAHA

Kesenangan jangka masa pendek pula,
Ape lagi, datting ler.
Tak da dah jumpa2.
Saya pun dah kata,
Saya busy everyweeknd.
Kalau nk jumpa pun setakat dinner sama sekejap, dia datang tempat saya.
Then balik. Tak da tgk2 wayang.
Lepak2 santai. Gaduh 3 jam.
Tak da. Saya free, dia kerja. Huhu

Saya kata :
"Saya busy tau untill pilihanraya tau ! Jaga diri tau ! Jangan gatal tau ! Solat cukup tau ! Jangan amik kesempatan tau ! Ingat tau !"

Dia kata :
" Saya izinkan...., pergilah........ Asalkan.... TOLONG PASTIKANNNNN **** MENANG !!! DEMI **** saya relakan"

(-_-")

Gitu pula kan ????
Cess !!


With love,
Fatinfashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, April 2, 2013

ALISYA AQILAH

This is Alisya (kakak)
This is Aqilah (adik)

:)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, March 28, 2013

KATA DR PROF MUHAYA

Tadi masa buat item master POS sistem, sambil tu dengar2 lah tazkirah dari Prof Dr Muhaya. Saya suka Dr Muhaya, kelembutan beliau dalam berbicara, kelembutan wajah beliau yang membuatkan hati tenang. Tentu seronok kalau dapat jadi menantu Dr Muhaya kan. Hehe. Ok, gurau, setiappagi kadang2 di MHI Dr Muhaya kerap diundang. So saya pula, sambil2 breakfast dan minum coffee, so buka lah rancangan yang daoat menggerakkan minda saya untuk berfikir.

Semkin hari, semakin jatuh hati pd Dr Muhaya.
Pergi kerja pula, tk sangka boss pun suka dengar Tazkirah dari Dr Muhaya.
Dan sekarang, internet kat farmasi pun dah super laju.
Kalau sebelum ni, huh, tersekat sekat,
Nak dapat ilmu tpi jadi makin kurang ilmu,
Kerana marahkan line internet hehe

Now, everyday sambil bt kerja dengar
Hati tenang dan senang.

KATA2 DR MUHAYA
TOPIK : BAHAGIA MEMBAHAGIAKAN

4 tahap bahagia:
- x bahagia langsung 
- bahagia yang salah,bahagia dgn dadah 
- bahagia bersyarat,bahagia jika anak2 dah kawin,bahagia kalau berpangkat,bahagia kalau rumah besar 
- bahagia walau apa pun berlaku, bahagia kerana ada Allah dan Rasul.

Jadi apa formula kita utk bahagia?
Tingkatkan kebergantungan pada Allah. Hanya Allah yang boleh beri bahagia. Bila bergantung pada Allah, semua jadi mudah. Oleh itu berfikir sejenak lebih baik dari solat sunat. 

Formula bahagia:

1. Menghormati makhluk Allah - manusia, haiwan, benda.
Apa makna hormat? Bila kita guna harta awam, bagaimana cara kita? Ikhlas atau tak?

2. Buat baik tanpa harapkan balasan, buat kerana Allah.

3. Sentiasa lemah lembut.

4. sentiasa tanya apa sy boleh tolong, bukan apa sy boleh dapat. Great livers are great givers. 

 Agak2 boleh bahagia tak kalau amalkan begini? InsyaAllah boleh. Millionare pun ada pengalaman begini - yg pertama, beli baju mahal2, tak bahagia jugak, kedua, dia beli barang branded tapi still tak bahagia, ketiga, buat benda pelik2 mcm panjat Everest tapi still tak rasa bahagia, next dia ikut kawan dia beri bantuan pada anak yatim. Dia bagi kerusi roda pada budak kudung. Bila lepas bagi, budak tu panggil dia dan kata - "aku nak lihat wajah orang yang aku akan lihat di syurga nanti". Mendengar kata2 itu, terus air matanya mengalir. Saat itu baru dia rasa bahagia, rupanya kebahagiaan hanya dapat apabila kita memberi utk orang lain, bukan beri pada diri sendiri. 

Jadi mudah tak nak amalkan formula untuk bahagia? Mudah je kan? 
Carilah kebahagiaan kita dgn memberi kebahagiaan pada orang lain... 
orang yg bahagia dgn Allah akan bahagia dgn manusia... 
Hanya orang yang bahagia dapat membahagiakan orang lain..
hanya orang yang menyayangi dirinya sendiri, dapat menyayangi orang lain...

Wednesday, March 27, 2013

EKSKLUSIF LAH SANGAT

Dianugerahkn seorg kekasih yg segan2 bgmbr,
Sangat tk cool,
Katanya gambr dia eksklusif

Cehhhhh

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...