FOLLOWER

Thursday, March 28, 2013

KATA DR PROF MUHAYA

Tadi masa buat item master POS sistem, sambil tu dengar2 lah tazkirah dari Prof Dr Muhaya. Saya suka Dr Muhaya, kelembutan beliau dalam berbicara, kelembutan wajah beliau yang membuatkan hati tenang. Tentu seronok kalau dapat jadi menantu Dr Muhaya kan. Hehe. Ok, gurau, setiappagi kadang2 di MHI Dr Muhaya kerap diundang. So saya pula, sambil2 breakfast dan minum coffee, so buka lah rancangan yang daoat menggerakkan minda saya untuk berfikir.

Semkin hari, semakin jatuh hati pd Dr Muhaya.
Pergi kerja pula, tk sangka boss pun suka dengar Tazkirah dari Dr Muhaya.
Dan sekarang, internet kat farmasi pun dah super laju.
Kalau sebelum ni, huh, tersekat sekat,
Nak dapat ilmu tpi jadi makin kurang ilmu,
Kerana marahkan line internet hehe

Now, everyday sambil bt kerja dengar
Hati tenang dan senang.

KATA2 DR MUHAYA
TOPIK : BAHAGIA MEMBAHAGIAKAN

4 tahap bahagia:
- x bahagia langsung 
- bahagia yang salah,bahagia dgn dadah 
- bahagia bersyarat,bahagia jika anak2 dah kawin,bahagia kalau berpangkat,bahagia kalau rumah besar 
- bahagia walau apa pun berlaku, bahagia kerana ada Allah dan Rasul.

Jadi apa formula kita utk bahagia?
Tingkatkan kebergantungan pada Allah. Hanya Allah yang boleh beri bahagia. Bila bergantung pada Allah, semua jadi mudah. Oleh itu berfikir sejenak lebih baik dari solat sunat. 

Formula bahagia:

1. Menghormati makhluk Allah - manusia, haiwan, benda.
Apa makna hormat? Bila kita guna harta awam, bagaimana cara kita? Ikhlas atau tak?

2. Buat baik tanpa harapkan balasan, buat kerana Allah.

3. Sentiasa lemah lembut.

4. sentiasa tanya apa sy boleh tolong, bukan apa sy boleh dapat. Great livers are great givers. 

 Agak2 boleh bahagia tak kalau amalkan begini? InsyaAllah boleh. Millionare pun ada pengalaman begini - yg pertama, beli baju mahal2, tak bahagia jugak, kedua, dia beli barang branded tapi still tak bahagia, ketiga, buat benda pelik2 mcm panjat Everest tapi still tak rasa bahagia, next dia ikut kawan dia beri bantuan pada anak yatim. Dia bagi kerusi roda pada budak kudung. Bila lepas bagi, budak tu panggil dia dan kata - "aku nak lihat wajah orang yang aku akan lihat di syurga nanti". Mendengar kata2 itu, terus air matanya mengalir. Saat itu baru dia rasa bahagia, rupanya kebahagiaan hanya dapat apabila kita memberi utk orang lain, bukan beri pada diri sendiri. 

Jadi mudah tak nak amalkan formula untuk bahagia? Mudah je kan? 
Carilah kebahagiaan kita dgn memberi kebahagiaan pada orang lain... 
orang yg bahagia dgn Allah akan bahagia dgn manusia... 
Hanya orang yang bahagia dapat membahagiakan orang lain..
hanya orang yang menyayangi dirinya sendiri, dapat menyayangi orang lain...

No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...