FOLLOWER

Wednesday, January 23, 2013

GADIS DAN BENGKEL ?

Plan jadi surirumah tk menjadi,
11 pagi tadi bersemangat ke bengkel, tapiii ramai orang !!!!

So, adik punya rezeki lah,
Ajk masing2 makan KFC..
Then call mama, sebab pukul 1 mama dengan abah sure kelua lunch bersama.
So ada peluang pinjam masa abah sat pergi bengkel,
Saya ni ? Mana lah tahu apa-apa ??
So bila pergi bengkel. Tercengang ????

Saya cuma jawab "hah ?? Mana tbaik ?? Mahal tak ??" Tu je lah. Haha.
Dan brother bengkel tu pula tercengang tengk saya. Saya sendiri x tahu apa patut buat ?

Tunggu mama pukul 1 lama pula,
Saya pergi juga lah bengkel tu dulu,
Mama pun ada kata dah call owner bengkel kata anak dara dia ada tercangak kat sini semoga diberi perhatian.

Dan abah ?
Nanti dtg dengan mama,
Buat pemantauan sambil ajak lunch ;)

Ok. Kdg2 tfikir,
Macamana lah kalau duduk bjauhan dari mama dn abah ?????
Ok. Tahu, suami jd mangsa. Hahahah



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

CUTI ! BOSAN !

Harini cuti !
Tapi tak syok sebab mama kerja, abah kerja, incik lalan kerja, semuaa kerja. Saya je cuti. Haihhhh.

So ?
Jadi surirumah tangga lah,
1) Memasak
2) Mengemas
3) Membasuh
4) Hantar kereta ke bengkel
5) Tidurkan mereka
6) Buat minum petang
7) Basuh kereta
Kemudian ulang balik


Ok. Tu saja.
Sekarang cukup malas nak update blog. Sebabbbbbb ????????
Busy. Busy apa ????????
Rahsia. Hahahahah

Ok bye,

With love,
FatinFashiekin



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, January 21, 2013

KUATNYA ABAH

Renungkan, bagaimana ibu bapa kita mampu bertahan dalam menempuhi segala masalah dan kekurgan hidup dgn tenang, bagi memastikan kesenangan kita dan berjaya membesarkan kita sehingga hrini. Rahmati mereka YaAllah.

Sedangkan kita ?
Baru sedikit di uji,
Sudah menyalahkan takdir ?


Tak perlu mencari idola sehebat Aaron aziz. Sebab didepan mata kita, sudah terbukti seorang tokoh dan idola yang berjaya membesarkan kita, bertahan dengan kita dan menunaikan permintaan kita. Sebesar mana kesalahan kita, dia sudi memaafkan dan sentiasa memahami.

Kan ?


Bila dah besar, ada kerja.
Kerap, saya tengok my dad.
Dan terfikir "kuatnya abah", "abah tak penat ke ?" , "tak pernah dengar abah merungut"


Hopefully one day,
My future husband strong like my daddy !
My future husband sweet like my mommy ! :)

Allhamdulillah.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, January 19, 2013

DAUN MADE IN JAPAN

Tengah sibuk mengemas bilik memastikan tidak kotor dan suasana tidur tidak membosankan.

Tiba-tiba terjumpa daun ni.
:)

Masa incik lalan outstation pi Jepun,
Saya ni selalu kata dengan dia,
"Asyik-asyik dapat bunga, tapi bukan dari boyfren. Bila birthday pun dapat juga surprise bunga. Still bukan dari boyfren"

So, incik lalan balik dari Jepun,
Dia bagi saya adik beradik bunga.



Tapi DAUN !! (-_-")



Jadi laaaa,
Dia kata :
"Eh ! Kita petik dari Jepun tau ! Bukan malaysia tau !!"

Saya kata :
"Hmmm"

Kesimpulannya,
Jangan cari boyfren yang 30keatas, kerana mereka konon kearah matang. Dan atas kegagalan dimasa lampau dieorang asyik kata "belajar dari kesilapan" kesiann saya yang budiman ni. Haha.

Ok. Nak sambung selongkar balik.
Bye.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SAKIT JANTUNG

Tadi 9malam incik lalan balik kedah,
Ayah dia sakit dada.
Kolestrol tinggi so bagi kesan pada jantung. 2 saluran darah pada jantung tersumbat, so mengakibatkan jantung sedikit membengkak.

Ada 2 cara :
1) Doktor suruh relax, jaga makan dan control sendiri dalam 5-6bulan.
2) Operation secepat mungkin.

TETAPI,
Memandangkan ayahanda incik lalan berusia 70an. Risiko tersangat-sangat lah tinggi. Kalau tak operate ada risiko, kalau operate pun ada risiko.

Risiko apa ?
Jantung bukan lah sesuatu yang boleh dipotong sesuka hati dan dibaik pulih secepat mungkin. TAK. Bagi orang muda, InsyaAllah. Sebab badan orang muda kuat. Contoh, accident, patah kaki, tulang akan cepat tumbuh semula kan ? Bagi yang berumur, susah. Kan ? Macamtu juga lah jantung. Dan rumit.

Sometimes, nampak juga muka incik lalan risau. Tapi dia try calm down. Sapa tak sayang ayah sendiri kan ?

Semoga encik Sulaiman kembali pulih. InsyaAllah. Tuhan, Lindungi mereka. Jaga mereka. Sejahterakan mereka.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

ALFATIHAH

Tadi custemer datang,
Perempuan.
Senyum manis.
Ramah.
Beli Augmentin.
Senyum lagi.

Sebelum balik,
Dia senyum,
Toleh,

Dia kata :

"Terima kasih banyak-banyak dik, sebab layan ayah akak baik masa hayat dia. Dia suka dan selalu kemari.. Terima kasih banyak-banyak ye"

Saya ?
Tergamam.
Meremang bulu roma sbb terharu.
Dan teragak untuk sambut terima kasih yang dia ucapkan.

Sungguh,
Terharu..

Bila akak tu balik,
Rasa terkilan juga.


Maaf,
custemer kami ramai,
Dan kami tak pasti yang mana,
Dan 100% custmer memang kami treat dengan layanan terbaik, tersopan, termanis.

Apapun,
Allhamdulillah,
Sikit yang kami buat,
Tapi tinggal kan kesan mendalam.

AlFatihah untuk pakcik tu,
Terima kasih pakcik kerana cerita kan perkara yang baik mengenai kami kepada anak-anak pakcik dan ia dikenang sehinggakan kami terharu.

AL-FATIHAH

:)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MARI TAMBAH TABUNG AKHIRAT



mari-mari-mari,
nanti boleh lah kita minum arak bersama disamping
bidadara yang kacak di syurga nanti ;)



Friday, January 18, 2013

AZAM 2013

Nak share azam 2013 saya. Segalanya simple, tapi uall jangan nak buat muka lekelleh lah kan ? Kadang-kadang perkara yang sekecil perkara lah kita abaikan. Ye tak ? *sila angguk didepan pc kalian*

Gambar saya sengajakan blur.
Sebab segan nak showoff sangat.
Hehe


1) Sembahyang cukup 5 waktu walau dimana jua berada mahupun situasi : WAJIBBBB !

2) Puasa Sunat cukup ! Buat sebaiknya.

3) Solat Dhuha / Tahajud / Hajat / sujud Syukur (kerap dan jgn pandg remeh)

4) Lepas subuh jangan tidur !! Rajinkan diri wahai anak dara.

5) Prihatin pada kebersihan sekeliling. Dirumah atau difarmasi. Prihatin ! Kita kan perempuan. Jaga kebersihan.

6) Banyakkan memasak lauk yang paling dibenci sebab tak semestinya kita tak suka dan orang lain pun tak suka. Contoh : sayur-sayuran. Makanan berkhasiat memang tak sedap kan ?

7) 1 hari 1 kali yassin. Amal kan fatin. Comeon ! Bukan sebulan sekali. Hehe

8) Jaga diri dengan sempurna, tak mau selekeh-selekeh. Rezeki susah nak dekat tau. Nanti custmer kate "euw, comot nya budak ini" haha

9) Pergi kerja awal. Biasanya memang awal. Kadang2 tunggu dalam kereta, tepat2 baru buka farmasi, lepasni, awal 10 minit. Warm up !

10) Tak boleh mengeluh pada rezeki. Contoh "bila nak jadi billionair ? Asyik tgk drama billionair je ??" Huhu

11) Hormat mama abah sebaiknya. Jangan kata "tidak" sentiasa jawab "ye!" Jangan malas-malas. Jadi anak yang solehah.

12) Hormat incik lalan, praktis make perfect, jangan besarkan perkara kecil. Komunikasi tu penting (bill pun tinggi) haha

13) Didik adik-adik menjadi lebih baik dari diri sendiri.

14) Menyimpan untuk masadepannn. U can do it fatin !

15) Makan, limit, 1 hari RM3. Lapar lagi, minum air paip. Haha.

16) Sebulan ada 4 minggu : 2 minggu family, 2 minggu incik lalan.

17) Jangan suka marah-marah.. Sentiasa bertenang.. Panas baran itu perangai syaitan.

18) Jangan suka minta tolong pada orang, jangan susah kan sesiapa. Berdikari.

19) Jangan makan banyak. Diet ! Pastikan tidak melebihi 50kg kerana anda pendek wahai fatin.

20) Sayangkan kereta, mandikan dia selalu, belai dia. Wangikan dia. Jangan asyik merungut pada dia. Nanti dia merajuk.

21) Anggap setiap masalah adalah kerana ingin memperoleh ganjaran :)

22) Sayangkan musuh. Makin orang tu benci kita, makin kita kena sayang dia. Kita bukan Tuhan utk mhukum.

Sekian...
Simple. Tapi kalau blh harap tak terlepas pandang dan anggap semuanya remeh. InsyaAllah ;)

" Kadang-kadang manusia bukan tiada keinginan untuk melakukan perubahan terutama ke arah kebaikan kerana itu adalah fitrah insan yang dikurniakan Allah. Tetapi tabiat manusia juga mudah lupa dan alpa dek arus dunia yang menggoncangkan jiwa.

Namun bagi mereka yang tidak berputus asa dan yakin pertolongan Allah itu sentiasa ada maka dia akan terus-terusan berdoa dan dan berusaha.

Adapun yang paling penting bagi kita adalah mencari titik mula yang mana kita boleh jadikan ia sebagai loncatan dalam memperbaiki kelemahan. Dan titik mula itu adalah merasa resah dengan dosa yang kian bertambah.

Tetapi tidak memadai rasa gundah tanpa mengatur apa-apa langkah. Justeru, perkara yang boleh kita titikberatkan adalah:

1. Mengadu kepada Allah akan dosa dan minta pengampunan-Nya serta mohon dijauhi sifat lemah kerana tunjang kekuatan utama adalah istiqamah

2. Menjauhi tempat dan suasana yang boleh menggalakkan maksiat semakin bercambah.

3. Bersahabat dengan mereka yang boleh mengingatkan tentang ganjaran dan azab yang disediakan oleh Allah."

With love,
FatinFashiekin



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

HACK

Haih. Rasa-rasanya twitter / fb saya,
Ada hantu raya.
Menjelma menjadi saya.

Haha

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, January 16, 2013

BERUBAN


sidemirror RM400 ?
huh ! sejenis cermin je kot.

saya rela menyangkut sidemirror motr dikereta
daripada membayar RM400 untuk sidemirror kereta.
hahaha.

eh, saya dihantui apa yang jadi semalam.
jangan buka topik tu,
kalau tak, saya hunus kalian mengunakan pisau piza hut.
offline.

currently,
019-///9329 bukan disamping saya,
kat incik lalan.
korang mesej semua dia yg baca.
kalau ada reply dari numbr tu,
means dia menyamar jadi saya.

planning, esk nk pi LHDN
haih. lecey-lecey-leceyyyyy

mood : rasa nak beruban.


Tuesday, January 15, 2013

Keajaiban Cinta - Adira/Aliff Aziz

Lirik Lagu Keajaiban Cinta - Adira/Aliff Aziz

Takkan pernah aku menyerah
Walau harus terpisah ruang
Hanya bisa bermimpi
Terlukis dalam khayal
Betapaku tunjuk setia
Biar waktu terus berlalu

Hati takkan pernah berhenti
Menyanyikan lagumu
Membaca puisimu
Selamanya aku rindu

Biar hujan yang turun
Membasahahi jiwa ini
Ku tetap setia menanti dirimu

Kerna cinta ku mampu mematahkan sepi
Ku sanggup menunggu dirimu
Walau seumur hidup
Kerna cinta ruang tak menjadi misteri
Hanya ku melihat dirimu
Datang memeluk daku

Biar hujan yang turun
Membasahi jiwa ini
Ku tetap setia menanti dirimu

Kerna cinta ku mampu mematahkan sepi
Ku sanggup menunggu dirimu
Walau seumur hidup
Kerna cinta ruang tak menjadi misteri
Hanya ku melihat dirimu
Datang memeluk daku

Kerna cinta ku mampu mematahkan sepi
Ku sanggup menunggu dirimu
Walau seumur hidup
Kerna cinta ruang tak menjadi misteri
Hanya ku melihat dirimu
Datang memeluk daku (memeluk daku)

*terdengar lagu ni tadi masa driving kat hotFM. Eh, best !*

;)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...