FOLLOWER

Thursday, December 13, 2012

DAH SAMPAI

5 star sleeping experience at
1 star price :)

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, December 12, 2012

SAKIT JANTUNG PASPORT HILANG

Di katanya pasport hilang ???
Bagai sakit jantung lah kita.
Lepastu dia buat sengih simpul.
Sengih bermaksud tanda bersalah dan mengaku last minute.

Eh, kita tak kisah.
Tiket dah di booking ?
Kita cuma melambai lah sebelum berlepas. Haha.

Dia kata "Tak Boleh !"
Tahu kelam kabut,
Haa, orang jawa kata ini adalah "kuwalat" sudah dipesan, di ingatkan,
Tapi di abaikan.

Bila terjadi nya kes hilang begini,
Baru tergaru kepala.

Penyebab kes perempuan berleter,
Adalah :
1) Risau kan pasangan
2) Dipesan tapi tak ikut, then mengeluh.

Dan nasib baik tadi dia buat senyum simpul sambil gelak HAHAHAHAHAHA besar-besar kata pasport dah jumpa.

Kalau tak,....
Selamat tinggal,
Saya akan melambai anda dan mengucapkan "byee, kene tinggallllllllll, jangan nangiss yeeeee"
*syok juga apa yg saya bayangkan*
Huhu

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

CARA BUAT PASPORT KANAK-KANAK

Bersiap ! Esok nak berjalan-jalan wif my lil sibling (danny) dia pun excited gila. So harini very the kelam kabut buat pasport untuk dia.

12.30tengahari balik kerja,
Ambil dany dan aza,
Then ambil awal kat rumah pengasuh,
Jumpa mama dengan abah sebab nak ambil my kid danny.

1.30petang gerak ke muar,
Mula-mula terfikir nak buat kat melaka, tapi malas nak topup touch n go. Haha. So dari PJ terus ke Muar. Senang. Cuma yang memeritkan, just 40kmj je lah. Sakit hati menahan kesabaran kerana kesesakkan jalan nak ke muar. "SULTAN ! TOLONG BESARKAN JALAN LAH"

Pukul 2 sampai lah ke Jabatan Imegresen Muar. Jauh berbeze dengan melaka ! Buruk gila. Kotor gila. Usang gila. Tapi pekerja-pekerja kat sana okey. Ramah belaka.

So saya nak kongsikan kelecehan dalam membuat pasport kanak-kanak.

1) TIDAK DIBENARKAN SELAIN IBU BAPA : tandatangan kakak pun tak laku okeh. Terpaksa call mama dan nasib baik lah ofis mama ok, terus mama balik kerja. 30 minit menunggu, mama pun sampai.

2) BAWA SURAT BERANAK BUKAN MY KID : boleh sebenarnya guna my kid, saya tadi guna my kid tapi prosuder jadi leceh gila. Dekat 7 kali asyik di panggil ke kaunter.

3) IC MAK / AYAH : penting !

4) GAMBAR BERUKURAN IC 2 KEPING : better cepat2 ambil gambar, sebab kalau ambil gambar kat situ huh hodoh gila. Bertambah hitam. Haha

5) PHOTOSTAT IC MAK AYAH / PHOTOSTAT SURAT BERANAK BUDAK : siap2 kan ye. Jangan korang tengah beratur then sampai turn korang. Tiba-tiba kena beratur semula semata-mata sebab tak photostat ic. Tadi saya kena. LOL.

Ikut pengalaman saya tadi, tak bawa surat beranak, mama abah tak ikut, still tak photostat ic. Seriously leceh gila la. Nak tunggu mama sampai, bila dah sampai lupa pula photostat ic, bila dah photostat ic lupa pula nak bawa surat beranak.

Sangat kelam kabut. Bila settle, kene saman parking pula tuh !! Sembunyikan surat saman, nanti kena marah sebab tak letak kupon. Esok kalau sempat, kalau saya tak busy, saya update lagi okey ??

With love,
FatinFashiekin



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, December 10, 2012

BEST GIRL

I miss u guys !
Sejak bekerja ni,
Masing-masing bekerja dan busy mengalah kan Perdana menteri.

Plan reunion,
Tapi still hold.

Rindu nak hangout,
Take photo together.
Ketawa gelak non stop.
Then gosip !

I love u.
I love u.
I love u.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

KARENAH MEREKA LAGI

" Korang ni kalau ubat semua nama omputeh ko bagi aku.. Mana orang tua macam aku ni nak faham ! nak ingat !"

CONTOH :
Vamlo 5, hovasc, novasc, plendil

"Cube lah korang tukar nama ubat tu jadi bahasa melayu. Aminah ke, abu ke, senang aku nak ingat !! Ah ko ni !!"


Sesuke hati je kdang-kadang custmer ni. Ingat kami ni owner makmal ubat. Nak ubah, ubat demam namanya cik timah. Ubat pening nama nya cik siti. Pil perancang namanya pak badang. Haha.

Kadang-kadang lawak.
Kadang-kadang stress juga.

Tapi, layann kan je.
Kot-kot mereka ada anak-anak laki kacak handsome bergaya macam beto Kusyairi ! Hahaha.
*pang!* (-_-)

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, December 9, 2012

HEI MONDAY :)

Oh Allah,

I thank You for this day. I thank You for my being able to see and to hear this morning. I'm blessed because You are most forgiving and most understanding . You have done so much for me and You keep on blessing me. Forgive me this day for everything I have done, said or thought that was not pleasing to you.I ask now for Your forgiveness. Please keep me safe from all danger and harm. Help me to start this day with a new attitude and plenty of gratitude. Let me make the best of each and every day to clear my mind so that I can hear from You.

Please broaden my mind that I can accept all things. Let me not whine and whimper over things I have no control over.And give the best response when I'm pushed beyond my limits.I know that when I don't always make the right choices, and I feel so bad for all my past sins, You listen to my heart.Continue to use me to do Your will. Continue to bless me that I may be a blessing to others. Keep me strong that I may help the weak... Keep me uplifted that I may have words of encouragement for others. I pray for those that are lost and can't find their way. I pray for those that are misjudged and misunderstood. I pray for those who don't know You intimately. I pray for those that don't believe.But I thank you that I believe. I believe that Allah changes people and Allah changes things.

I pray for all my sisters and brothers. For each and every family member in their households. I pray for peace, love and joy in their homes that they are out of debt and all their needs are met. I pray that every people knows there is no problem, circumstance, or situation greater than Allah. Every battle is in Your hands for You to fight. I pray that these words be received into the hearts of every eye that sees it.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BIG TEDDY BEAR

Terima kasih untuk teddy bear ni,
Wangi, lembut dan hangat didakap.
Sangat-sangat terharu sangat.

Actually this teddy adalah untuk birthday saya pada 26 oktober yang lepas.
Disember baru dapat.
Terima kasih.

Rasa sangat terharu,
Kepada si pemberi hadiah,
May Allah will always bless u :)

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SI PENDEK BERTAMBAH PENDEK

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, December 8, 2012

TADI

Datang 2 orang budak lelaki,
Adik beradik. Dalam lingkungan
(10 tahun dan 11 tahun)

Si adik : kak, nak antibiotik
Si abang : eh ! Tahan sakit lah.
Si adik : tahan sakit lah kak..

Me : dik, tahan sakit ? Antibiotik ? Dua perkara berbeze. Cube citer kat akak, siapa yang makan ? Sakit apa ?

Si abang : ambil kan ubat muntah kot kak ?? Sebab ayah muntah.
Si adik : tahan sakit lah. Ayah sakit.

Me : lah, muntah pula ? Kalau muntah, tak perlu ubat tahan sakit dik.


Si abang nampak menggigil,
Si adik pula gelabah dan keliru :
" tapi kak, ayah saya muntah darah kat rumah.. Lepastu nampak sakit "

Me : hah ! Muntah darah ? Banyak ? Adik cepat-cepat bawa pergi hospital. Bahaya tu dik ! Cepat-cepat bawa sekarang.


Tapi masing-masing keliru, munkin tak ada kemudahan kenderaan.

Si abang : macammana ni kak ? Dah malam ???
Me : adik call 999 panggil ambulans, ada hp kan ?

Then, tanpa toleh saya, masing-masing berlari dengan pantas. Hmm, semoga segalanya selamat. Still terbayang muka risau dieorang. May Allah protect Their Father. In Sha Allah..


Kalau orang tanya apa impian saya,
Saya punya impian nak jadi bermanfaat untuk semua orang, even dimanafaatkan pun tak pa. Asalkan ke arah kebaikan dan tak nak menyusahkan sesiapa. Saya nak jadi terbaik untuk semua orang.

Kalau boleh ada je orang perlukan pertolongan, saya nak cakap "saya boleh tolong" kan seronok bila dapat gembirakan orang, even sekadar tolong ambil kan barang yang jatuh, buat kan air untuk kawan dan mengalah dalam memberi laluan dalam pemanduan :)

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

FARAHLEE LOVE ME !

Ouh ! I adore her so much !
Dah lah cantik,
Lemah lembut.
Untung AllyIskandar :)

Eh ! Why I panggil dia kakak ?
Kami sebaya ! Huhu
Maybe sebab dia nampak matured.
Eh, kami sebaya lah.
Kesilapan sedikit.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

ISTANBUL AKU DATANG ( aku.datang.istanbul )

Istanbul aku datang :)



bagi saya,
mula-mula very the tertanya tau.
apakah ? jumpa tomok terus berpeluk kah ?
then tomok tu macam gatai semacam.
sian pada si lisa yang duk terkejar-kejar tomok.

dan macam yang uall tahu,
kekasih ke2 saya. BETO KUSYAIRI.
tapi napa dalam cerita ni dia buat rambut camtu ?
dia sangat kacak bila buat rambut terpacak okey. hehe
suka style percakapan beto,
nampak bengis tapi romantik.

ok back to the 'istanbul aku datang'
banyak sangat pengajarannya.
dan paling siut part tomok dengan budak serumah
siap komplot cover line tomok curang.

kalau saya ???
dear RIZAL, DON & MAROS,
kalau uall cover line doc macam cerita ni,
ekin akan toreh-toreh jantung korang
guna pisau pizza hut ! HAHA.



kata-kata yang menarik :

1) Bila 2 hidup dah sebati, tak semudah tu untuk dilepaskan

2) "kes saya tak sama macam kes awak,
saya tak pernah kene maki macam awak kene.
kene cerca macam awak tak ada harga,
saya tak boleh nak terima sebab dari situ menunjukkan,
siapa orang tu yang sebenarnya."

3) saya takkan minta peluang kedua sebab saya hanya perlu satu peluang sahaja.

4) Awak, saya sayang awak <3 i="i">


with love,
FatinFashiekin


DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...