FOLLOWER

Tuesday, June 19, 2012

BECAUSE OF SMILE

"Smile when you sit with your family, because there is someone somewhere wishing to have one. Smile when you go to work, because many people are still looking for a job. Smile because you're healthy, because many others are sick. Smile because you're still alive, the dead wish to come back to life to do good deeds. Smile because you worship Allah, others worship his creation. Smile because you are you, because there are others who wish to be in your place!"

Smile because you are grateful to Allah and say Alhamdulillah:))

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, June 18, 2012

LEPAK-ING

Tiba-tiba teringin makan tom yam,
Oder lah tom yam,
Then sampai je, tom yam bwarna COKLAT !! Hah ! Gerun nak makan,
Boleh makan ke ?
Cendawan pun besar-besar ni ?
Rasa apa ni ?
Serai tak ada, lada tak ada,
Rasa apa nie ????
Kenapa warna coklat ????
Bau pun tak da bau tom yam...

Bila makan. Wah !!
Sangat sedap :D
Sangat memuaskan,
Ditambah dengan sinus so bila mhirup tom yam tu rasa fresh sangat,
Even bpuluh kali bersin dn incik lalan kata "cover2 sikit, org sekeliling cafe tengk ni, tutp hdg bile nk bersin"
Huhu. Ingt senang nak tahan bersin ??
Myeksakan tau ! Hehe


With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

HOBI LELAKI

Lokasi : Xian leng aquatic BP
Memang cantik2 ikan kat sana,
Tapi malang untuk saya sebab saya mengalami selsema yang teruk.
Baru 5 minit pusing-pusing tengk ikan.
Dah tak larat, minta kunci kereta
Dan baring dalam kereta (-_-)
Oh ! Saya penghidap resdung tegar.

*fine, mgaku. Vitamin yg randy bagi pun cuma baru makan sehari. Salah saya. Ye (-_-). Balik rumah baru menyesal, kalau lah tak selsema, mesti dapat round2 dan tgk lagi banyak jenis ikan.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, June 16, 2012

SELAMAT HARI BAPA

Last month baru sambut birthday abah, dan harini sambut hari bapa pula.
Selamat hari bapa buat my lovely daddy. Kakak bangga jadi anak sulung abah :)

U know what,
Abah banyak ajar saya erti hidup,
Ye kadang-kala kita lihat dari mata kasar macam mama yang banyak berjasa, semua mama lah. Tapi sedar atau tak, dalam ketegasan seorang ayah sebenarnya banyak yang dapat dipelajari.

Dulu, saya selalu merajuk kat abah bila abah asyik busy kerja, weekend pun kerja. Saya merajuk dan kata "abah ni, nak tidur kat tempat kerje ke ? Busy je" masa saya sekolah rendah dulu, bila saya dah tidur baru abah balik kerja, bila saya nak pergi sekolah pula abah bersiap nak pergi kerja.

TAPI, bila saya sendiri dah bekerja, saya faham. Abah sibuk cari rezeki untuk besar kan kami. Bukan senang nak memikul tanggungjwb dan memenuhi kehendak anak2 yg bsilih ganti. Saya sendiri yang dah bekerja ni pun even kerja 8 jam, dalam aircond, pun tak sabar dan tertanya "bile nak weekend ni" kemudian badan terkadang letih bkerja. tapi abah ? Still bekerja. Bekerja dan bekerja. Saya kagum pada abah.

Abah memang garang kat tempat kerja sebb kerja abah memerlukan dia menjadi "leader" bg pkerja bawahan dia. Tapi bila kat rumah, tak, abah tak garang langsung. Adik-adik degil macammana pun abah senyum je. Abah kata, "sejuk hati abah tengk gelagat anak2 abah" Apa anak2 buat, abah setuju. Asalkan yg tbaik bt kami. Kadang2 kakak pun degil, tapi abah akan tegur secara lembut. Hari-hari abah ingat kan "sembahyang jangan tinggal kak, pintu rezeki sentiasa akan terbukak luas" abah selalu pesan tu.

Kalau orang lain, yang kejut bangun tidur sure mama kan ? Tapi saya, abah. Hehe. Abah yang kejut. Mama bangun pagi terus mengemas, abah lah yang ingatkan, bangun tidr, sembahyang. Semuaaa abah..

Masakan pertama saya adalah nasi goreng. Masa tu still sekolah rendah, sangat2 teringn belajar masak. Mama tak bagi, sebab nanti saya kecahkan dapur. Tapi abah relax dan cool sambil duduk dia ajarkan caranya. Saya ingat lagi, saya tumiskan lada tanpa minyak dan terus masukkan nasi. Pedas. Tak ada garam dan ajinamoto (baru belajar kan) tapi abah tetap makan :)

Kalau ada perancangan masa depan atau apa2 rahsia, saya selesa bercerita dengan abah. Abah tetap akan menyokong saya. Bagi galakan. Dan abah senyum je.

Kakak nak senang kan hidup abah, kakak nak bawa abah menunaikan haji dengan duit kakak, kakak nak bila abah tua nanti, kakak nak pastikan abah gembira, kakak nak balas jasa abah. Kakak pastikan badan abah tak sakit2. Kakak pastikan bank abah sentiasa berisi duit. Kakak pastikan cucu2 abah rapat dengan tok dia. Kakak akan tunaikan apa saja yang abah impikan. Kakak tahu kakak akan berjaya suatu hari nanti. Sebab abah selalu doakan kakak ;)

Terima kasih abah !
I love you.

Anak gadismu,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

TERDESAK NAK KAWIN TAPI HANTARA TERLALU TINGGI

Tergelak guling-guling bila baca "statement" laki tu yang terdesak nak menggunakan duit untuk berkahwin. Haha ;D

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SI KACAK !

FYI : this is my future son in law ;p
Kacak ! Bergaya ! Tembam ! Aktif !
Arief memang comel.
Secomel mama dia kak Hasnida :)

Oh ! Saya nak baby juga !
5 pun tak pa. Saya sanggup jaga.
Saya pun nak jadi mommy.
*ibu rindu alisya lah ;(

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, June 15, 2012

ISRA' MIKRAJ

Perjalanan Istimewa Israk Mikraj
27 Rejab mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan Nabi Muhammad SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj perjalanan Baginda dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis di Palestin serta dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit ketujuh.Firman Allah bermaksud: "Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya (dengan diturunkan nabi-nabi di negeri itu dan kesuburan tanahnya), agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Isra', ayat 1)
Peristiwa ini berlaku setahun sebelum hijrahnya Nabi SAW ke Madinah bersamaan tahun 721 Masihi. Ia berlaku di tengah-tengah tekanan dan hinaan yang kuat yang dialami oleh Rasulullah dan sahabat daripada kelompok Musyrikin Makkah seperti Abu Jahaldan Abu Lahab.

Israk Mikraj adalah satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah
dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Baginda kemudian naik ke langit sampai ke Sidratil Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.

Kisah-kisah dalam peristiwa Israk dan Mikraj mengandungi sesuatu yang amat menakjubkan kerana ia tidak sama dengan cara perjalanan ditempuh oleh manusia biasa. Perjalanan ini adalah perjalanan istimewa menggunakan kenderaan Allah yang kelajuannya tidak boleh ditandingi dengan apa saja kenderaan yang direka oleh manusia.
Dalam peristiwa itu Rasulullah SAW diperlihatkan kekuasaan Allah serta balasan yang bakal diterima umatnya di akhirat nanti. Firman Allah bermaksud: "Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad SAW) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain iaitu di Sidratil Muntaha. "Dekatnya ada syurga tempat tinggal, (Muhammad melihat Jibril) ketika Sidratil Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya."

"Penglihatan (Muhammad SAW) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah disitu yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. "Demi sesungguhnya Baginda telah melihat sebahagian daripada sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya." – (Surah an-Najm, ayat 13-18).

Antara pengajaran dalam peristiwa itu ialah mengenai wanita. Dalam perjalanan Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW turut melewati satu kawasan berbau sungguh harum dengan bau-bauan kasturi. Lalu Baginda bertanya kepada Jibril kawasan apakah yang sedang mereka lalui. Jibril menjawab: "Itulah makam Masyitah, seorang wanita penghulu syurga." Beliau ialah adalah pengasuh anak Firaun, pemerintah kejam di Mesir yang mengaku dirinya Tuhan. Masyitah berfizikal lemah, mempunyai semangat kuat dan jiwa keIslaman sehingga mampu menafikan keangkuhan Firaun.
Masyitah ialah pelayan raja. Beliau adalah seorang rakyat yang masih sedar dan beriman kepada Allah tetapi disebabkan kekejaman Firaun, beliau dan ramai lagi terpaksa menyembunyikan keimanan mereka.

Pada suatu hari, ketika Masyitah menyikat rambut puteri Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh. Dengan tidak sengaja, beliau menyebut nama Allah. Apabila puteri itu mendengar perkataan "Allah", dia bertanya kepada Masyitah, siapakah Allah itu. Masyitah pada mulanya enggan menjawab tetapi selepas didesak berkali-kali, beliau akhirnya memberitahu bahawa Allah adalah Tuhan Yang Esa dan Tuhan Sekalian Alam.

Puteri itu mengadu kepada Firaun mengenai perkara itu menyebabkan Firaun terlalu marah apabila mengetahui Masyitah menyembah tuhan selainnya. Masyitah dipaksa Firaun memperakui dirinya (Firaun) sebagai Tuhan, tetapi dengan penuh keberanian beliau berkata: "Tuhan aku dan Tuhan kamu adalah Allah."

Perkataan itu menimbulkan kemarahan Firaun, lalu memerintahkan dibuat patung lembu daripada tembaga untuk diisi minyak bagi merebus Masyitah. Menteri Firaun, iaitu Hamman, salah seorang penghuni neraka, diperintahkan Firaun untuk membunuh Masyita. Firaun memerintahkan patung lembu itu diletakkan di atas api sehingga panas menggelegak dan mengarahkan Masyitah dan ahli keluarganya dilontar seorang demi seorang.

Pada waktu giliran bayinya hendak dimasukkan ke dalam lembu itu untuk direbus, Masyitah hampir mengaku kalah dan menyerah kepada kemahuan Firaun kerana terlalu sayangkan anaknya. Tetapi dengan kehendak Allah, berlaku kejadian luar biasa apabila bayi itu dengan fasih berkata: "Wahai ibuku! Teruskanlah dan jangan menyerah kalah, sesungguhnya engkau di atas (jalan) kebenaran." Masyitah dan keluarganya mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan Allah Tuhan Yang Esa dan Firaun hanya manusia biasa. Lalu semuanya syahid dibunuh Firaun.
Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini dirakam dan diingati setiap tahun olehseluruh manusia melalui peristiwa Israk Mikraj. Semua ahli keluarga Masyitah mendapat balasan syuhada daripada Allah kerana mempertahankan akidah sehingga mati.
Dalam perjalanan itu, Baginda turut diperlihatkan 10 jenis seksaan yang menimpa wanita yang membuatkan Rasulullah SAW menangis setiap kali mengenangkannya.

Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan daripada punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

Baginda juga melihat bagaimana perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

Ada pula perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

Selain itu, Baginda melihat perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

Baginda juga melihat perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

Ada pula perempuan yang Baginda nampak rupanya berbentuk anjing dan beberapa ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

Dan banyak lagi peristiwa yang dilihat oleh Nabi Muhammad SAW.
Berdasarkan kepada peristiwa Israk Mikraj, kita memperolehi pelbagai pengajaran berharga yang terkandung di dalamnya untuk direnungi serta dihayati. Antara pengajaran berguna tersebut ialah:

1. Manusia harus sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah, baik di kala ditimpa kesusahan mahupun di kala mendapat kesenangan. Ini kerana hanya Allah yang berkuasa memberikan pertolongan, menghilangkan segala kesedihan, dukacita dan kesusahan pada diri manusia. Sebagaimana yang diceritakan, Nabi telah ditimpa beberapa musibah sebelum terjadi Israk Mikraj. Dalam keadaan demikian, datang perintah untuk Israk Mikraj, iaitu untuk berhadapan dengan Allah swt. Ini memberi pengajaran kepada kita agar mendekatkan diri kepada Allah sewaktu didatangi musibah dan pelbagai permasalahan dalam kehidupan. Caranya ialah dengan melaksanakan semua perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya di samping terus meningkatkan ketakwaan dan amal ibadat.

2. Menjauhi perkara mungkar dan maksiat. Semasa Israk Mikraj, tepatnya sewaktu Nabi diajak meninjau keadaan neraka, baginda ditunjukkan berbagai bentuk penyeksaan dahsyat yang sedang dialami oleh berbagai kaum sebagai akibat daripada segala macam bentuk kejahatan yang pernah mereka lakukan. Misalnya Nabi diperlihatkan kepada satu kaum yang memecahkan sendiri kepala mereka dengan batu besar, setelah pecah ia kembali bertaut seperti sediakala. Nabi juga melihat bentuk penyeksaan yang lain seperti seksaan bagi pemakan riba, penzina, pengumpat, yang suka memfitnah dan lain-lain lagi. Ini semua memberi iktibar supaya kita yang hidup di dunia ini tidak melakukan segala perbuatan tercela itu dan juga pekerjaan lain yang jelas dilarang Allah kerana begitulah seksaan yang bakal diterima oleh seseorang di akhirat nanti sekiranya perbuatan yang dilarang Allah itu dilakukan.

3. Perintah solat sebagai suatu bentuk ibadah yang Allah sendiri menggariskan ketentuan mengenainya. Kewajipan solat berbeza dengan kewajipan yang lain seperti puasa, zakat dan haji. Ini adalah kerana kewajipan solat diterima langsung oleh Nabi daripada Allah sewaktu bertemu Allah pada malam Mikraj tanpa perantaraan malaikat Jibrail. Ini menunjukkan keistimewaan dan kelebihan solat berbanding ibadah-ibadah lain, dan solat juga amalan yang paling awal dihisab di akhirat kelak. Dengan solat, kita berpeluang untuk berdialog langsung dengan Allah, iaitu ketika bersolat.

4. Mengakui dan tunduk kepada kebesaran Allah sebagai pencipta agar keyakinan terhadap kekuasaan-Nya benar-benar bersemi di jiwa manusia. Ini kerana sewaktu Israk Mikraj, Allah memperlihatkan kepada Nabi akan keagungan dan berbagai keajaiban ciptaan-Nya yang terdapat di alam tinggi bernama langit itu seperti Sidratul Muntaha, syurga dan lain-lain lagi.

5. Anjuran memberi salam. Di sepanjang perjalanan Mikraj, Nabi tidak pernah lupa mengucapkan salam kepada rasul yang baginda temui. Ini mengingatkan kita kepada keutamaan memberi salam dan galakan supaya selalu memberi salam kepada saudara sesama Islam sebagai tanda penghormatan dan untuk mengeratkan hubungan.

6. Mengingatkan usia dunia yang sudah tua yang mana dibayangkan melalui pertemuan Nabi dengan seorang nenek tua. Ia memberi gambaran kepada kita yang umur dunia sudah lanjut dan hampir berlaku kiamat. Hakikat ini memperingatkan setiap Muslim bahawa segala kemewahan dan kesenangan dunia hanyalah bersifat sementara. Hanya ketakwaan dan amal salih menjadi bekalan untuk ke akhirat.

7. Berwaspada dengan rayuan dan tipu daya iblis, di mana sewaktu Israk, pada awal perjalanan lagi jin 'Afrit telah mengejar baginda dengan membawa obor untuk menghalang perjalanan Nabi dan berusaha memperdayakan baginda. Peristiwa ini memperingatkan kita bahawa syaitan dan iblis tidak akan jemu-jemu untuk menyesat dan memperdayakan umat manusia dengan pelbagai cara.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DUGAAN 2.0

Currently sangat-sangat busy mengalahkan menteri,
Almaklumlah, dah nak raya, dah nak puasa.
my baby car pula asyik merajuk.
minta dipujuk je,
minta dibelai. huh.
incik lalan pula asyik kata,
my baby car tu patut diganti kan dengan yang baru.
hello ! nope, banyak lagi perkara lbh penting
yang harus difikirkan.
jangan membazir.
no no no

dah ada kereta buat apa menambah lagi ?
nanti kalau btambah, sapa nk guna ?
adik2 sekolah lagi,
kereta yang sekarang pun dah tak ada apa masalah,
setakat merajuk tayar tu masalah,
tcalar sikit. normel ler kan ?

bagi saya bawa BMW 5 series pun belum tentu
saya bawa tak calar ;p

lagipun, saya bujang lagi,
tak mau hutang2. takutttt.
 
orang kata :
"bujang lah bagus, tak ada komitment,
nak apa2 pun senang"

dan bagi pendapat saya,
bujang ni lah nak menikmati kehidupan duniawi tau,
saya tak mau lah bujang2, muda2,
hutang sekeliling pinggang.
no no no

hello, berhutang itu cukup STRESS okeh.
even saya punya hutang cuma pada "ASB/INSUREN"
yang lain adalah sedikit simpanan utk mjlis kwin 5 thn lg haha,
 duit makan saya dan jaley2 ;p 

untung kan duduk dengan family ?
lapar je terus mesej mama 
"mama, kakak rasa nak pitam sbb lapar,
masak sedap-sedap ye"
tak perlu bayar sewa rumah.
tak perlu kupon parking.
tak perlu jammed.
cuma bill elektrik dan bil air ke,
standard lah anak sulung.
kena hulur2 lor.
balas jasa ! jangan jadi anak durhaka okeh ? huhu


 

saya selalu ingat :

kadang2 tuhan tak bagi kita
kesenangan dalam bentuk harta benda.
tetapi Dia limpahkan kita dengan
kebahagiaan dalam hidup.
atau mungkin rezeki yang sederhana tetapi
sentiasa ada dan tidak putus2.
janganlah kita iri hati dan berbuat jahat pada org
yg ada kelebihan pada mereka.
kerana mungkin.
tuhan sedang menguji kita.
dan iya. mungkin juga.
kesenangan itu ujian dari Dia.
ingatkah kita padaNya sewaktu
senang?

*tiba-tiba rindu pada kak zura, sebab dia mentor saya.
huhu. haritu terfikir "dah lama tak mesej dgn kkzura"
pagi tu tiba-tiba kak zura mesej ! rindu rindu rindu !
kalau dulu dapat teman dia pi dating, makan nasi ayam dengannnnn....
next topik please ! tapi sekarg kak zura dah khwin
dan bhijrah. rindu masakan kak zura ;D


yg tgh tu kak zura,
muka masam ? garang ?
kkzura mmg macamtu. 
custemer pn banyak kali compalin tk senyum.
tapi baik hatiii. 
dan suami kak zura sangat handsome
seperti kembar seperti ERY PUTRA. kau ado ? hehe

with love,
FatinFashiekin

Wednesday, June 13, 2012

HEI YOU !

Hei hei.
Saya busy sikit,
Nanti saya update ea.
Nanti datang lagi tau !
Jaga diri tau :)

Saya sayang kalian,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, June 12, 2012

WHO HE IS




*sila abaikan orang sebelah. TQ. haha


He's one of my best friends in the world,
and if I ever lost him, a part of me would be lost too.

I love him for who he is,
whatever mistakes he's made,
no matter how terrible, even when he's being a jerk.
I love the person he was when we first met,
and the person he's now become.
I don't think I know how to stop loving him.

with love,
FatinFashiekin


Sunday, June 10, 2012

SHOPAHOLIC

Memandangkan awal bulan,
Memandangkan dah lama tak shopping,
Memandangkan pi kerja handbag pun dah tak muat nak letak makeup..
Memandangkan komisyen for last month pun sangat menepati piawaian,
Memandangkan keadaan mengizinkan,
Memandangkan tiada halangan..
Memandangkan komitment semua dah disettlekan.
Memandangkan next month boleh diet plus save budget sbb dah puasa.
Memandangkan harini saya tak dating.
Memandangkan adik2 ajak saya jalan-jalan.
Memandangkan saya pun da lama tak pi shopping cmplx muar.

Harini saya pi la shopping :D
Wif siblings lah !
Serunuk ! Eh, seronok.

*yeah, harini saya memang kelihatan seperti "MOMMY" tapi I don't care. Sebab saya memang nak sangat ada anak. Dan saya suka bila orang panggil saya "PUAN" .. Tapi bukan "mak cik" okey ? (-_-) jaga-jaga bahasa haaa ;p


With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...